CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, October 31, 2009

aku dalam mud : cubaan untuk bertenang

slm

pernah atau tidak kamu berhadapan seperti situasi begini yang biasa kita lihat dalam drama2..

kring-kring.. telefon bimbit berbunyi
maafkan aku, tidak pandai aku mengeja gimana deringan bunyi telefon zaman serba moden sekarang ni (*o*")

menjawab.. "hello.."

pemanggil menyampaikan berita dan terus berkata-kata dalam tempoh masa 1-2minit
jangkamasa itu aku hanya anggar sjak

hanya -diam-

masih -diam-

hingga ke saat seterusnya..

dan jawaban terakhir yang mampu dibalas.. "APA?"
dengan nada terkejut+hampa+sedih+#%swhgebd19)*jsql; .. semua perasaan negatif..

aku baru jak menghadapi situasi itu tadi pagi.. dan aku cuba bertenang! aku akan pergi seketika untuk mencari ketenangan..

Friday, October 30, 2009

perhatian buat bakal penganten 2010

slm
maklomlah.. aku kan sedang dipengaruhi mud contest2 pulak sekarang ni. jadi, bila berhadapan dengan perkataan "contest kawen2" tu jak, nyaris pecah jantung aku dibuatnya! alergik sungguh! pada bakal2 penganten yang majlisnya dijadualkan pada 2010 depan.. ini ada berita bagus buat kamu. bagi yang suda mengetahui.. harus kamu mula mencipta slogan dan terus menghantar. bagi yang tidak.. nah, ini info untuk kamu, cikidaut..

tapi.. kamu perlu dapatkan dulu majalah nur edisi november 2009. gile ah.. tentu kamu teruja nanti tatkala kamu menyelak halaman2 yang mengandungi hadiah2 seperti..

tajaan
pelamin kontemporari - ini
kanopi penganten - ini

tajaan
pakej video - ini
busana nikah + sanding, solekan - ini

tajaan
gubahan hantaran - ini
pakej fotografi - ini

suka ka tidak? kamu nda mau kah? kalo aku jadi kamu.. aku mau. tapi.. apakan daya! majlisku sudah dijadualkan berlangsung tahun ini juak (insyallah, doa2kan lah ya!).

kamu sangat beruntung okey! sebab.. kamu suda kurang satu pesaing, iaitu aku!
gilak nya perasaan inih!

apa2 pun.. aku doakan ada diantara kamu yang berjaya + bertuah memenangi tajaan2 atas tu nanti.

Thursday, October 29, 2009

keja kawen #34 - penanda arah

slm

bila jalan2 ke blog
nurul farhana ini, terlihat plak aku penanda arah beliau. trus teringat pada penanda arah yang aku bikin. kamu dilarang gelak ye! sehabis baik suda aku buat tu.

iyaaa, itulah diaaa.. penanda arah ke kenduri kawenku. yang penting - warnanya wajib mengikut tema hokeh? pelbagai versi telah aku buat kerana ia mengikut mud + idea + tahap kerajinan yang aku ada tika ianya dihasilkan. lep2 (love2) aku tampalkan sekali - bagi menandakan aku kawen bukan kerana dipaksa tapi kerana cinta. wah.. gitu! perasaan teruja sudah bercambah dalam diri.. ;p

karikatur yang ditempah dengan harga rm30 henggit tu perlu digunakan semaksima mungkin bagi mengelakkan rasa ralat sesudah majlis selesai.

hazab sangat bila tiba masa untuk aku menampal nama beliau. sudah la panjang. hurufnya banyak pulak.. terpusing sana, terpusing sini. lihat jak lah nama ku.. simple + nice. nda payah banyak berpikir. lurus jak gayanya...huhu. cukup ku rasa mau membikin nya dalam 10 keping. kawasan untuk ia diletakkan yang telah dikenal pasti cuma 8.. tapi biarlah.. bikin jak lebih2.. mana tau, mungkin diperlukan di saat2 akhir nanti.. kan?

jika ada antara kamu yang sudi untuk hadir ke kenduri kawenku ini nanti.. sila lebarkan pandangan mata anda untuk meninjau kawasan sekeliling kuala kangsar ala2 mencari clue dalam rancangan explorace kerna penanda arah ini hanya bersaiz A3. tiada bunting atau banner yang ditempah selaras dengan niat kami yang mau "bersederhana" ini. eceh.. mintak pujik.

owh, jangan risau ya wahai para tetamu.. anak panah akan digantung dibawah nya nanti. hasil dari kertas kotak2 yang dipotong dan telah dispray merah - warna tema yang membawa maksud "merah membara semangat waja". nampak? rasa patriotik juga turut tersemai.

perasan jugak aku, tika kami berdua berbalas text.. mesej yang dihantar kadang2 penuh dengan kata2 pujangga-mangga! aduh.. simptom2 penyakit gelabah kerna asik memikirkan tarikh kenduri semakin dekat ini sangat2 membuatkan aku mau menekan butang panik! teeeet...

nota kaki 1 : butang panik ku tertinggal di kuala kangsar. maka.. aku mengambil keputusan untuk tangguhkan dulu untuk menekannya hingga tanggal 21nov ini.. insyallah. weee.. kasik lah aku gembira sikit! ;)

nota kaki 2 : aku ada sedikit berita baik untuk kamu2 yang bakal bergelar penganten utk bulan mac hingga dis 2010 nanti.. eh, aceli bukan sedikit tau.. hampir rm20k punya hal! bagi aku time edit2 infonya dulu.. k.

Wednesday, October 28, 2009

redha

slm

aceli, masalah bukan besar mana pun. jika tiada "dia", kenduri ku tetap boleh berjalan dengan lancar. ibarat.. tiada khemah, bukan kenduri namanya. tiada singahsana, bukan raja+ratu sehari lagaknya.

aku kira, aku boleh berdikari hari itu. walau tanpa "dia" disisi. sungguh.. aku boleh jaga diri aku sendiri. sudah diijab kabul.. aku boleh menjaga mr.b, beliau pun sudah sanggup menjaga aku sampai mati. memang itu yang dijanji tatkala dia sanggup menjabat tangan ayahku di hari nikah kami.

aku boleh tolong betulkan tengkoloknya, sampinnya.. malah aku juga boleh tolong lapkan peluhnya. begitulah sebaliknya. takkan lah beliau sanggup melihat aku sememeh di atas singgahsana pulak kan. jangan dibuat perangai begitu ya mr.b ku!

aku penat.. di sana aku dah bertanya, di sini pun aku dah pelawa. masing2 menolak. aku tak memaksa. apatah lagi mau menyumpah.. "owh, majlis ko nanti jangan harap ada yang sanggup!". tidak.. aku bukan kejam begitu.

rata2 menolak kerna takut nanti mereka berat jodoh. benarkah begitu? memang.. aku pun belum pernah memikul tugas itu. semasa kenduri kakak ku dulu, aku tidak disuruh, masakan aku sendiri pula yang mahu gaduh2. lagipun, aku sendiri sudah sedia sibuk.

baru aku tahu yang sekarang ni aku kurang kawan yang sanggup dicabar. aku tiada kawan yang sanggup menjadi si "dia". nda apalah.. aku kira aku sudah siap dari segi mental + fizikal untuk menghadapi hari itu..

iya.. walaupun tanpa si "dia" yang sanggup menjadi pengapitku..

siwiyes..aku redha!

Tuesday, October 27, 2009

mainan tidur

aku dah disolek cantik oleh kak andam. ibu meminta ku terus keluar dari bilik. semacam pelik pulak, sepatutnya tunggu mr.b sampai dulu, baru aku keluar. tapi nda payah lah mau masam2 muka tanda protes. nanti kurang pula berseri muka ku ini. ikut jak lah.. apa yang diminta.

di ruang tamu, ramai suda sedara-mara, jiran2 yang datang. tika ku keluar dari bilik, ramai yang memandang. aku tunduk jak. malu kunun.. ;p

pengapit memimpin tanganku menuju ke *chior yang berbaldu merah, tekad benang emas hasil keja tangan arwah nenek. tapi nda aku kenal pula siapa pengapit ku ni. ah.. nda perlu banyak berpikir.

selamat suda aku duduk di atas chior yang mengadap pintu masuk. menjeling juga aku di luar rumah. bilalah mr.b mau sampai ni? tertanya2 di dalam hati.

di ruang tengah (ruang menonton tv) terdengar suara sepupu2 (anak2 dara+teruna) sedang seronok mengusik sesama sendiri. wah.. gembira korang ek? aku yang kat depan ni,
sesak nafas ku rasa.. jantung mengepam darah semakin laju.. nda dipedulikan oleh mereka. tapi aku masih dapat mengawal.

dari luar, kelihatan seorang makcik berlari2 kecil menuju ke dalam rumah.

"okeh, sedia ye.. penganten lelaki sudah sampai", katanya.

jantungku berdegup kencang lagi. ku tanya pengapit.. elok terletak tak tudung ku? cantik tak gincuku? bulu mata palsuku masih kuatkah gamnya? aku semakin nda keruan!

tetamu yang datang sudah ber sok sek. nda pasti.. mengumpat kah. memuji kah. malas aku ambil peduli. mataku menjeling ke pintu..

eh..

aku salah memandangkah? kenapa "dia".. mana mr. b?

keadaan sekeliling sudah hingar bingar. seakan di pasar. aku bangun dari tempat duduk ku. menuju ke arah pintu. belakang baju ku sudah basah mengakibatkan tudung + veil aku melekat di badan kerana pada tika itu, sempat jugak tangan ku menarik2 belakang baju supaya nda melekat. kelihatan seksi ku rasa. keadaan semakin nda selesa. mungkin peluh jantan udah keluar. risau + cuak + pikiran macam2.

sampin + butang baju melayu yang dipakai "dia" memang sah itu pemberianku pada mr.b sehari sebelum kami dinikahkan.

"dia" tersenyum. seakan mengejek.

dan..

owh.. mr.b ada bersembunyi di balik "dia". tapi nda berbaju melayu. cuma memakai jeans + polo t jak.

apa semua ni? baru jak aku mau membuka mulut..

dem! aku mimpi tak enak sekali lagi.

*chior - bahasa orang perak bermaksud, alas / bantal nikah

Saturday, October 24, 2009

hargailah keluarga anda

baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.

aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"oh maafkan saya, saya tak perasan"

katanya "maafkan saya juga, saya tak nampak saudari"

kami amat bersopan dan saling menghormati, kami saling melambai sambil berlalu pergi.

tetapi di rumah lain pula ceritanya, bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda.

lewat petang, tika memasak makan malam, anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam.
bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh.
jerkahku, "jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku.
aku tak sedar, betapa kasarnya kata-kataku.

sedangku berbaring di katil mendengar muzik, terdengar suara halus datang membisik,
"bila bersama orang tak dikenali, begitu bersopan dan merendah diri, tetapi dengan ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci. cubalah kau pergi lihat di lantai dapur, kan kau temui bunga-bungaan berterabur. itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu, dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan ungu. dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu, kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu".

pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali, airmataku mencurah ibarat air di kali, senyap-senyap ku ke biliknya, dan melutut di katil,
"bangunlah, anakku, bangunlah si kecil. apakah bunga-bunga ini dipetik untuk ibu?"

dia tersenyum, "adik terjumpanya belakang rumah di semak. adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu, ibu tentu suka terutama yang ungu."

"maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini, ibu tak harus menjerkah kamu sebegitu"

"oh, ibu, itu tak mengapa, saya tetap sayang ibu melebihi segala"

"anakku, ibu pun sayang kamu, dan ibu suka bunga itu, terutama yang ungu"

family

adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti, hanya dalam beberapa hari.
tetapi keluarga yang kita tinggalkan, akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat. dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja, melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak. bukankah begitu? jadi apakah maksud yang tersirat?

tahukah anda
makna "family"? (f)ather (a)nd (m)other (i) (l)ove (y)ou

pesanan khidmat masyarakat : hargailah keluarga anda

sumber : tidak diketahui. hasil dari email yang telah diforward2 ;)

Friday, October 23, 2009

no 38, jalan tembusu, fasa 2c

slm
serasa nda mau cerita tentang persiapan kawen2 lagi buat masa ini. sesak dada + pikiran pun belum lagi tenteram. cuti dulu 2-3 hari boley? aku mau cerita tentang rumah sewa kami lepas kawen jak ni.

jangan kamu tanya soklan itu.. menikam tepat di jantung. ya.. kami tidak tinggal sekali. mr. b akan tinggal berdikari di rumah ini seorang diri. aku pulak akan tetap di bumi sabah menabur bakti.. ecehceh..

jangan kamu menilai rupa paras luaran rumah ini awal2. di luar memang begini. sengajak kami biarkan berlumut.. kelihatan exotic (gitukah ejaannya) kan? haha.. sebetulnya, beliau belum punya masa lagi untuk mengecat bahagian luaran. perhatian lebih banyak ditumpukan di bahagian dalaman. tika aku ke sana, aku nda sempat masuk ke dalam. kami berdua jak time tuh yang bertujuan untuk menghantar mesin basuh. masih ada garisan2 yang belum boleh aku lintas masuk lagi ;) mau kasik tau jugak di sini.. dinding kat dalam rumah kami tu warna nya pink+merah terang (pink tu org peghak cakap - meghah samo! - kelihatan comel tak kami ni?).. huhu

jadi, luaran rumah jak yang boleh dipertontonkan buat masa ini. nampak tak ruang rumput2 tumbuh menghijau di tepi rumah tu? usul mr.b, beliau mau buat aktiviti tanam menanam sayuran bagi menyahut seruan mantan pm.. konon! katanya pokok pisang tu pun, nda mau ditebang. disuruhnya aku bikin nasi lemak daun pisang, bekalannya untuk pergi bekerja. ish2 tinggi sungguh harapan beliau. seni melipat bungkus nasi lemak tu pun aku nda pandai. kang ada yang bawak nasi lemak bergulung daun pisang jak nanti ke tempat kerja. hah.. sapa mau jawab tu?

Wednesday, October 21, 2009

pendapat kamu diPERLUkan

slm

aku sebenarnye.. nak mintak pendapat. kalo korang dapat hadiah cam gini..

korang sanggup tak, nak pakai menda alah ni?

KE..

korang juz simpan.. or display wat hiasan je ek?


mau pendapat kamu.. kamu.. dan kamu!

terima kaseh kerana membantu
(~o^)

ini adalah : salt + pepper

Monday, October 19, 2009

tambah satu tahun lagi

slm

pernah atau tidak kamu hadiahkan sesuatu untuk diri kamu? kebiasaan suda untuk aku menghadiahkan diri aku sendiri setiap kali tiba hari lahirku. aku percaya, kamu juga ada yang begitu..

syukur tak lupa dipanjatkan kerna dipanjangkan umur oleh maha pencipta, yang masih membenarkan umatNya yang kerdil ini untuk bernafas di bumi. alhamdulillah..

dua tahun berturut-turut hadiah untuk diriku telah berjaya menghabiskan rm - rm yang ada (kepuasan diri sendiri..katanya) tetapi untuk tahun ini cukuplah seperti gambar di atas itu. sedarkan diri sendiri kerna tahun ini pengeluaran rm amatlah dititikberatkan. iya.. aku masih sedar ;p

aku nda pandai bermain alat itu.. nda pernah mengenal tab2+note2, apatah lagi masuk ke kelas muzik. tapi punya niat mau mempelajari untuk menggunakan alat itu. mr.b pun pernah menyatakan minatnya terhadap alat itu jugak suatu masa dahulu.

tetapi
yang penting, mungkin hadiah hari lahirku ini akan ditunda iaitu akan dibeli sesudah majlis kawenku.. dan yang pasti setelah kami duduk bersama. bukankah lebih romantik bila sama2 memetik gitar sambil mensumbangkan lagu? wah gitew!

nota kaki 1 : pernah menghadiahkan seorang teman alat itu suatu masa dahulu. xmahal mana pun.. beliau amat handal bermain tetapi tidaklah se-glamer yuna ;p

Saturday, October 17, 2009

telur rebush

slm

persiapan kawen2
tak banyak kaum lelaki yang sibuk melibatkan diri. setakat komen itu tak kena, ini tak kena.. pandailah dia (merujuk pada mr. b ye, bukan lelaki lain ;p)

bagi mr. b, dia tak bleh lari dari tanggungjawab. beliau pun busy jugak untuk men-nyelek bekas telur hasil keja tangan bakal mil di hari kawennya nanti. eh.. pembetulan di hari kawen kami nanti. haha.. getek tak aku? permintaan khas dari bakal fil ku.. masih mau mengekalkan pemberian -telur rebus- semasa majlis kenduri nanti. biar nampak old skool katanya!



bukan kami nda mau jadi old skool jugak, tapi tiada siapa yang ibu aku boleh harapkan untuk merebus telur + membungkus dalam bekas. mau senang keja, kami cuma bekalkan muffin jak. tu pun dah packing siap2 dalam plastik. sedare mare aku ramai. tapi semuanye ramai datang time ari kenduri je. so.. tak nak pikir banyak2 tenaga sape yang bakal dikerah + diperah, bagik muffin je lah.. senaaang.

tapi.. telur rebus tetap dibuat juga untuk bunga pahar. dalam kuantiti yang sedikit tu boleh lah kami handle. kalau ratus2 memang tak mampu.

aceli aku mau pendapat kamu semua untuk satu persoalan. next entry lh aku nanyak.

nota kaki : puan nano pun ade buat special entry cara membuat bekas telur camni. alahai.. malangnya tangan aku tak berseni mcm mereka2 tu
;(

Friday, October 16, 2009

semalam aku tertekan, ari ni aku tekanan!

slm
bak kate kamu2.. aku perlu bijak tangani masalah emo terlebih ni. maka.. semalam tercipta satu sejarah hidupku di mana aku udah mengambil tindakan yang amat drastik.

dan ya.. aku udah cipta satu akaun

walaweh.. aku dh ade fesbuk! satu berita gembira bagi peminat2 aku di luar sana yang memang udah lama nantikan saat ini tiba.

maafkan aku, kerna buat kamu semua tertunggu2. dan ternyata emo aku makin tertekan nampaknye.. dengan nak blajar cara meng handle menda alah ni. canggih bebeno pn. skang, aku tak abih lg godek2 fesbuk nih.. tang mana nak komen orang.. tang mana nak kondem orang. cis.. bute it rupenye aku nih!

Thursday, October 15, 2009

aku bukan kawen ngan anak raje

slm

mungkin bila hari semakin dekat, emosi kadang tak stabil. mana nak memikirkan soal kerja yang sudah sedia bertimbun (read : keja sepatutnya dilakukan 4orang tapi aku sorang je yang dikerah) soal kakitangan bawahan yang macam2 kerenah (read : udah berumur) soal keja kawen lagi (read : banyak menda lagi belum dibuat) soal mau tukar keja cepat (read : macam xde harapan!) sungguh.. aku udah mengeluh entah ke berapa kali suda aku rasa.

aku : ko datang tak nanti?

dia : ko ade sediakan tempat tido untuk aku ke?


aku : klo ko tak kawen lagi, ade je tempat untuk ko. la ni.. ko dh kawen. pandai2 lah korang. hotel pun banyak lah kat kuale ni. nanti aku bagi no.

dia : la.. klo ko nak aku datang, sediakanlah tempat tido untuk aku. hotel ah seng pun jadilah. laki ko kan kontraktor. xkan lah 50 hengget pun nak berkire ngan aku. hantaran ko kan tinggi.


aku : yang kontraktor laki aku, bukan aku.

dia : sudah lah ko, berkire ngan aku.

aku : aku menjemput, kalau boleh datanglah. tapi kalau tak boleh.. aku takkan pakse.


kite dah lame tak jumpe.
ntah2 time aku mati esok baru dapat jumpe ko. ye.. buat masa ini. segala sen yang kluar memang aku akan berkire. dia pun dah berkawen. tentu dia juga penah merase ape yang aku rase sekarang ni. dalam hantaran yang dibagi pada aku pun, langsung tak termasuk peruntukan diagihkan untuk membayar duit penginapan kawan2 yang hadir..

aku bukan kawen ngan anak raje, aku kawen ngan anak ketua kampung je lah!

Monday, October 12, 2009

keja kawen #32 - coti kawen

slm
okeh, memandangkan aku masih belum dapat transfer ke bumi tanah melayu, aku dan mr.b sudah membuat perancangan coti kawen kami. pening jugak merancang. sesi tarik2 muka mmg wajib ade. majuk 2-3 hari perkara biase. kalau punya coti sampai 03 bulan mau juak aku apply..wah..gile tamaknya!

sebulan lebih coti yang dapat ni pun sebab puas menahan diri dari pulang selalu. maka hasilnya, balik kampong ujung tahun kali ini ada lah dalam 13hari aku akan bersendirian berdikari tanpa mr.b kecuali hari minggu atau public holiday sebelum aku ditabalkan menjadi suri hati pengarang jantung intan payung beliau. coti tahunnya hanya punya satu minggu lebih jak, maklumlah masuk kerja tengah tahun. katanya mau memohon coti tanpa gaji, tapi ianya masih dalam pertimbangan. coti yang selebihnya pula sudah digunakan untuk hari raya yang lepas dan konvo nya kelmarin.

selepas majlis, rasanya cukup setakat menghabiskan masa sebagai pentadbir rumah tangga tersohor jak. paling busuk pun.. kami akan meredah lautan ke seberang.. pulau pangkor pun dah tak jauh dah dari rumah kami ;p wajib bagi kami untuk berpra-hanimun kerna selepas itu kami terus tinggal berjauhan. ;(

03 minggu sesudah berkawen.. kemudian pulang semula ke sabah. tak dapat aku bayangkan gimanalah keadaannya nanti.. haih..

nota kaki 1 : ini baru perancangan.. borang coti pun belum diisi lagi. apalah feedback dari pengarahku nanti. mau tokojut beliau.. tengok aku mau coti sebulan. takut x berasap pula dapur hospital kami.. haha!

nota kaki 2 : sangat berharap moga2 blog ini akan dibaca oleh menteri kesihatan. luluskan cepat permohonan pertukaran aku itu. bolehkan berdoa begitu?

Sunday, October 11, 2009

02 purnama lagi katanya..

slm

kebiasaan suda setiap gambar ticker genap bulannya, aku akan buat sedikit ulasan.. kan? aduh.. sebenarnye dalam pikiran.. banyak menda yang dipikir. nda tau mana satu yang perlu dikeluarkan dulu. (*o*")

Thursday, October 8, 2009

keja kawen #31 - lokasi menembak

slm
entri yang satu ini dah lame aku peram. bile dibace2 balik quotation yang telah dihantar oleh photog ini. aku tertanye2 jugak. memang dinyatakan yang dorang akan cover bape2 jam dari hari nikah, bersanding sampailah ke hari untuk bertandang. so.. xde plak dibagitau sama ade dorang wiling nk bawak aku jalan2 cari pasal sekitar pekan kuala kangsar tu utk photo shoot.

sampailah ke hari ni baru aku teringatkan isu ini. tadi pun dah beremail2 dengan dorang tanyekan persoalan yang diperam. feedback.. nyata positif! meh aku nk bawak korang jalan2 gi kuala kangsar plak.. mungkin salah satu.. lokasi photo shoot aku ke.


medan menara pavilion
dulu ianya digunakan sebagai tempat istirehat oleh Sultan Iskandar selepas bermain polo. ;p


jambatan sultan abdul jalil shah
atau lebih dikenali sebagai jambatan sayong.
silap plak aku tak snapkan gambar jalan di atas jambatan tersebut. kat atas tu pun.. quite nice jugak sebetulnya.


masjid ubudiah
masjid nih biase kamu lihat di kalendar2 atau di iklan tika masuk waktu solat kan? masjid nih kt area bukit chandan. huish.. dah bleh jd pemandu pelancong dah aku nih.


istana iskandariah
kat sini lah, berlangsungnye perkahwinan raja muda perak dulu. time tu aku dah ade kat sabah. so.. tak dapat nak rase kemeriahannye. bayangkan lah, pekan kuala yang kecik tu dipenuhi dengan kereta2 vvvip. jammed wo..


istana kenangan
pun bleh dipanggil istana kuning.. sebab dia warne kuning. relevan tak sebab dia? ni adalah istana lama. sebelah istana iskandariah je tempatnye. kalau bergambar di sini.. mesti aku kelihatan klasik. tapi nda ngam pulak ngan baju untuk hari bersanding. kalau untuk majlis bertandang.. tentu sesuwai sangat. erk..jauh pulak kami kena drive ;(


galeri sultan azlan shah
kat kawasan luar galeri ni bleh bergambar. ni aku amik gambar kt pintu masuk je. klau nk masuk, kena bayar skit. rm4 untuk dewasa. kat dalam tu landskap dia cantik tau.. kawan2!


taman rekreasi kuala kangsar
nampak tak pokok yang telah ditrim bulat2 itu? cute kan kalau kami berdua main cak2 di situ.. haha!

tak sure plak, gambar boleh nampak clear atau tak. dekat salah satu gambar tu ada macam papan tanda kan? itu adalah garispanduan "tatakelakuan di kawasan taman" salah satu rules yang korang kena folo adalah..
dilarang berkelakuan sumbang / berasmara
ahah.. xmo berkelakuan begitu ye bila berada di taman.


menara jam, pusat bandar kuala kangsar
tetiba plak aku bergambar tepi jet pejuang itu ye. tapi tak semudah yang disangkakan, jet itu tempatnye dia atas. takdenye aku gagah nak memanjat. jatuh air mukeku sebagai ratu sehari tau!
public phone merah tu.. bukan kat genting je ade.. oghang kuale pun mampu weh beli sebijik!


stesen keretapi
banyak gak aku tengok penganten2 bergambar kat sini. aku pun mau jugak. tak mau mengalah.

jambatan victoria
aku tak sempat nak ke sana. gambar ni pun aku ambil dari website majlis perbandaran kuala kangsar. tempatnya di kawasan enggor. tempat tinggal aku zaman muda2 gonjeng dulu. jambatan tu, bukan jalan biasa. tapi jambatan besi untuk jalan keretapi. jalan bawahnya belok yang sangat tajam. setiap kali nak lalu kat situ.. korang kena hon2 dulu sebab, jalan sebelah sana takkan nampak korang.. so.. kena hati2 nak drive area situ.


ya.. itulah dia tempat2 yang menarik yang boleh digunakan sebagai lokasi menembak. menarik tak? mesti kamu2 pun mau berkawen kat sini kan? ;p

Tuesday, October 6, 2009

citer inai lagi.. muak la korang!

slm
ade yang bertanye inai ni tahan bape lame kan? aku pakai hari jumaat. sampai lah ke saat ini.. beginilah keadaan jari aku. bermakne selama itu.. aku ni mandi + membasuh baju + membuat kerja2 di dapur (masak + membasuh pinggan mangkuk) ye kawan2. gambar ni baru jak aku amik tadi.

kisahnye.. aku nek ke admin td untuk menghantar monthly report.. tolak mulut2 yang mengusik nakal (mulanya aku cuma beranggapan.. owh aku kan bakal penganten, tentu lh dorang mau membuat lawak 18sx samaku) dan aku cuma mengambil kira.. orang yang terus datang padaku dan mengucapkan tahniah.. apakah?

tahniah kerana aku sudah berkawen! mak aii.. angin monsun mane plak bertiup kencang nih. siap mau mintak buah tangan lagi sempena majlis kawenku itu. aku masih anak dara okeh! sudahnya.. terpaksa menanam tebu di bibir.. insyallah kak, next year nanti fida bawakkan ye. kelat2 mukaku tadi tika menabur janji manisku ;p

mulenye dorang x percaye gak yang aku ni blom kawen, tapi bile dilihat jari jemariku nih.. sebelah jak tangan yang berinai.. kompem sesangat lh yang aku ni bercakap benar.
cerita tentang inai ni jugak. masa aku terbang dari kl - kk - ldu ari tuh. ramai yang aku tengok berinai tangan, kaki + lukis2 sampai ke siku lagi. ramai sebenarnye berkenduri time raye. aku perasan jugak yang dorang pun ade menjeling aku. mesti dalam pale otak dorang berkata..

"pehal lak minah nih, tangan sebelah je berinai.. ni mesti tengah malam berinai tetiba laki cakap x jadi kawen. tu yang dan wat sebelah je tu"

ish2.. daya imaginasi.. menjatuhkan aku! pandai2 je ek korang wat citer. time dalam flight gak.. aku dok sebelah penganten baru. cane aku tau? jari tangan + kaki masih punya inai (bukan di kuku tau! tapi di hujung2 jari tu) kemudian sepanjang flight.. dia akan mengusap2 cincin + gelang tangan emas yang masih kelihatan baru (hadiah semasa batalkan air sembahyang, mungkin)

adakah aku macam tu nanti? balik ke sabah seorang diri sesudah kawen.. meroyan lah aku dalam kapal tu tingatkan laki! choi!

Monday, October 5, 2009

wayang gambar terakhir tika bergelar tunangan

slm
ini adalah wayang gambar terakhir yang sempat kami tengok sehari sebelum aku terbang kelmarin dulu.
aku pun tak pasti sama ada aku perlu syorkan atau tidak pada kamu semua untuk menontonnya.. ada di antara kamu yang sudah tonton kah?

di akhir cerita.. couple ni decide nk kawen n dorang xmo g hanimun.. x patut betul rasenye kami tengok citer nih!

bleh buat mud aku nk gi hanimun.. mati. tapi perasaan tu sekejap je! pas kuar je dari wayang, semangat nak gi hanimun.. makin berkobar2 plak jadinye.. boley x camtu?

Saturday, October 3, 2009

ahah.. ini lah dia!

slm

aku nak kongsi same2 - ini lah dia jenis inai yang aku pakai kelmarin. dibeli di kedai india yang memang menjual macam2 peralatan + pakaian termasuk pelbagai jenis inai. permintaan aku pada auntie tu.. aku maukan yang berwarna merah + murah + yang bleh dipkai kejap tapi hasil memuaskan. rm5 paling murah die kasik kat aku.. puas aku pujuk dia. aku rase rm3 pun die bleh lepaskan. tapi mungkin sebab muke aku ni nampak sangat2 desperate. dia pun pandai up rega.. klo korang dapat rega yang lagi murah.. aku tabik spring 8x lah!

ade member aku bilang, kt maidin nye inai pun ade yang merah2 gak. tapi aku tak penah try lagi.

cuma mau berkongsi pengalaman baruku, kalau kita pakai jenis inai yang begini.. rasenye paling bagus dipakai sehari sebelum majlis nikah. warna inai ni bukan macam inai daun yang kite tumbuk selalu tu.. yang daun memang akan tahan lame. yang ni plak.. pangai die, cuci ngan air.. warnenye akan pandai turun. kalau ngan sabun lagi lah warnenye turun laju2. air pun bleh tukar warne jadi oren!

skang jari aku yang berinai merah menyala kelmarin.. sudah nampak sedikit bercapuk-capuk. choi!

tapi bila dibaca2 blk aturan kat kotak ade gak dikabo..
  1. sebelum inai digunakan, basuh tangan dengan sabun - aku langsung tak basuh tangan pun. balik je dari pekan trus pakai. name pun desperado kan.
  2. lepas pkai, biarkan hingga kering - yang aturan nih aku memang folo.
  3. pas kering, bersihkan inai dengan tisu atau tuala - aku gune tisu basah + wangi tu.
  4. pastu, sapu bahagian berinai dengan sebarang krim kulit atau minyak rambut. biarkan selama 30min - aku pkai baby cologne. kasik wangi skit lah konon!
  5. pastu baru bleh bilas ngan air - yang ni aku tak pasti yang aku memang tunggu 30min or kurang.
  6. untuk warna inai yang lebih menarik, kurangkan penggunaan sabun + air bersabun - pas aku basuh inai, elok plak aku masak + membasuh pinggan mangkuk.

tu sebab kot, jari aku bercapuk-capuk. sangat choi!


Friday, October 2, 2009

keja kawen #30 - trial berinai

slm

ini hanyalah bertujuan untuk percubaan jak. hasilnya amat memuaskan. merah btul2! time nak kawen nanti xde lh sebok2 nk mencari inai jenis ape nak pkai sebabnya aku dh tau ape yang bagus. sebelah tangan jak aku pkai. kang kalo pakai 2-2 belah.. mula keja nanti rakan sekerja yang lain sibok menanye plak. x larat aku nak menepis gosip.. aiseh!

ni pun pkai sambil2 nengok tv. maklumlah sendiri yang pakaikan. warne agak tak sekata sebab aku pakai agak nipis dan sekejap jak. bila tiba harinya nanti.. tentu orang lain yang pakaikan untuk aku kan.. kan ke? perasaan!

borang2 sudah selamat sampai ke tangan tok kadi. senang ati teman nak terbang ke sabah esok2.

Thursday, October 1, 2009

keja kawen #29 - buku info rumahtangga

slm

mulanya kami berhajat nk sertakan kasut untuk mr. b dan sandal untuk aku diletakkan di atas dulang nanti. tapi bakal mil x setuju. jadi.. senarai keja kawen dirombak untuk kali yang ke berape ntah.

kononnya pulak nak bagi camera digital yang ciut miut untuk aku bagi nak mencukupkan dulang yang aku balas padenye.. tapi.. camera itu aku yang punya.. bukan ahmad albab yang punya. mr.b pulak membantah, katanya aku udah punya dslr, nape plak nk buang duit untuk camera digital pulak. aku cuma pikir, payah bagi aku nk mengusung dslr yang gabak tu kalo aku ke kursus. selama ni menumpang camera orang laen jak.

turut menyimpan niat dah kunun2 nk suprisekan dia. beli senyap2.. tup2 ari kenduri dh ade atas dulang.. tentu magis! tapi takut plak malam sat lagi.. die asingkan tempat tido plak ngan aku tanda protes.. haha.. gile keji pikiran aku skang nih!


dan hasil dari google2 website keja2 kawen nih.. jumpe plak hantaran2 yang menghantar buku2 info tentang hal rumahtangga. quite okey gak lah.. murah2 je pun buku yang aku beli. siap mintak diskaun dari mamak kedai tu. aku khabarkan pada beliau aku mau kawen.. mau pakai duit banyak lagi. dapatlah diskaun 5% setiap buku. allhamdulillah.. rezeki mulut manis. tak banyak harga yang dipotong.. sekurang2nya aku rasa senang hati gak lah. buku tersebut santai jak.. xde berat sangat nk diulang baca nanti. aku dah start bace.. dah bace nanti aku kasik wrap skali lagi.. biar nampak mcm baru. pas kawen.. turn mr.b plak menghafal. bagus tak idea nih? wah.. mintak pujik plak.

nota kaki : naaah.. straight 3 entri tentang keja kawen! ;p