CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 5, 2010

12dis09

slm
bersiaran secara langsung dari bumi sabah dengan mud yang tak brape hepi, aku mau menceritakan stori tentang hari persandinganku pula.

malam sebelum, hujan tetap turun dengan lebat tika maghrib menjelang. kami dah mula risau. mungkinkah banjir akan berlaku lagi? segala barang2 + peralatan sumenye dihimpunkan di atas katil seperti semalam. sediakan payung sebelum hujan bak orang selalu bilang.

masing2 tak henti berdoa. kain di kaki pelamin dirombak semula oleh kami2. takut basah lagi sekali. air di longkang makin lama makin tinggi naiknya. kami dah mula pasang strategi, jika banjir.. toto atau mane2 tilam lembut akan dijadikan benteng menahan air masuk ke dalam rumah seperti yang dilakukan oleh jiran sebelah, malam kelmarin. =( kami tak terpikir plak macam gitu kaedahnya. setakat korbankan toto.. tidaklah kami hairankan sangat kalau kesan yang kami hadap = berhempas pulas memberus rumah sampai ke tengah malam. jawapan kami, tetap memilih toto sebagai kubu pertahanan! kami nekad, tekad dan jitu ~ tetiba!

*mr.b dah gelabah cal aku bertanyakan baju persandingan beliau. argh.. aku pun baru teringat! time kak andam datang kelmarin dia cuma bawakkan baju untuk nikah jak. aku mintak dia call kak andam sendiri. dan.. nak jadikan hal, kak andam pun terlupa nak bawak. pagi esok kak andam janji gerak awal dari butik untuk jumpe mr. b di tengah jalan untuk pas kan baju beliau.

*mr.b tak tido di rumah aku untuk mlm 11hb & 12hb tu kerna dilarang oleh ibu mertuaku.. ye, kawan2! =)


alhamdulillah, jam 830mlm hujan dah renyai2. ibu melarang set-up semula. biar pagi esok buat. risau jika tetiba malam nanti hujan kembali lebat. malam tu jugak.. aku melakukan pemakaian inai di jari tangan dan kaki. mulanya inai daun. tapi bila dilihat hasilnya setakat oren malu2.. di top-up sekali lagi dengan menggunakan inai yang ini. sudahnya, jariku jadi merah garang2. aku puas hati.

esoknya, bangun pagi macam tak caye yang diri ini sudah menjadi isteri! text beliau dengan ucapan..

"assalamualaikum.. suamiku. selamat pagi! tengahari nanti kite lunch same2 ye"

sweet tak? tak ah, ngade je lebih! pas subuh, kami set-up semula bilik penganten dan pelamin. nampak? fobia banjir lumpur semalam still lagi memberi kesan pada kami. 2 kali kami buat kerja yang sama untuk 2 hari berturut2. haih!

seawal jam 8pg, tetamu mula datang sudah. jam 10.30pg kak andam sampai dengan barang2 hantaran. berpusu2 lah dorang mengambil gambar. aku je yang tak sempat ambil sebab.. kamera bukan di tanganku.


lori cendol, orang katering, dj, kompang.. rasenye dorang sampai around jam 10pg jugak kot. maaf, aku kurang pasti sebab aku sudah dikuarantin kan di dalam bilik bersama teman2 dan kak andam.

menu cendol dimasukkan secara rahsia oleh ibu dan aku tanpa pengetahuan mana2 pun ahli keluarga lain. bikin seprais la kunuk!

dj plak adalah dj last minit sebab masing2 terlupa mau mencari. di kawasan perumahan ada sorang pakcik yang keja dj, ingatkan nak gunakan khidmat dia je tapi oleh sebab masalah kesihatan, beliau tak dapat terima tempahan. pakcik helmi ni, ayah jumpe banner promonya di tepi jalan seminggu sebelum kenduri. cuma ingin mencuba, ayah telefon.. alhamdulillah.. pakcik helmi punya kelapangan tarikh 12dis tu. mengetengahkan konsep lagu campur2 dengan nasyid+zikir permintaan dari ayah penganten pompuan sendiri. =) getek!

persatuan kompang taman kuala kangsar. punya isu dua minggu sebelum kenduri kerna mereka beranggapan kenduri ku batal / tangguh sebab masih belum menerima kad kawen dari kami. haih! mengamuk ibu. seorang makcik plak suke suki memaklumkan kononnya ayah penganten pompuan mengatakan majlis tak jadi. dasar.. bawak mulut. =(
padahal ayah tak cakap ape pon tau!

tapi.. ape2 pun majlis berlangsung dengan meriah u olls! gambo sekitar kenduri kawen ku..


macam artis lah ari tu. dari segenap sudut orang mengambil gambo. tapi ada jugak gambo aku yang tak senunuh bila dilihat kembali. contoh.. orang lain sudah redi diambil gambo, aku pulak dok bercakap2 lagi. nampak lah gigi arnab ku tu. bikin malu jak!

kami berarak dari arah bertentangan dengan tempat dirinya ibu + ayah di kepala khemah. jadi.. kami langsung tak bertembung. kata ayah, tak payah bersambut2.. sume dah jadi famili. owh.. cam tu ek? gambo ibu ayah dan adik lelaki kelihatan sedang menyeludup duit untuk disimpan di dalam peti besi rumah =p haah.. ye2 je umah aku ade peti besi. okeh.. aku tipu!

gambo time aku men kawen2 atas pelamin, gambo mr.b yang telah diedit oleh abang sepupunya dan diletakkan di fb beliau (bleh klik untuk membaca tulisan tersebut.. sangatlah 18sx =p), dan gambo aku memegang bunga tangan macam pegang mikropon!

kawan2 dari tadika, sekolah rendah, menengah, teknik.. sampailah ke poli pun datang jugak. sayang kat korang sume. muah!



lokasi menembak gambar luar : em cee kay kay (mckk)


memang tak tersenarai langsung dalam list aku yang ini.

kelmarin photog bilang mau menembak di mckk. sebab.. bangunan die macam olskool. jadi mereka2 ni berminat sangat. aku macam cuak lah. xmau nye kitorang suke suki masuk sekolah tu tanpa izin dari mana2 pihak atas.


tetiba "ting"! aku tingat yang aku punya jiran yang kerja kt sekolah tu. petang tu tanpa segan silu terus text beliau. mintak izin. dia pun btul2 support aku trus die call pk sekolah.. pk setuju.. dia call guard inform tentang aktiviti kami esok yang mau menembak di kawasan sekolah tersebut. segala berjalan dengan lancar sekali!

gambo las sekali yang kat padang tu.. time permulaan jak. gambo seterusnya kami perlu berlari 100meter pecut tanpa bernafas. giler!


gambo sebalik tadbir pembikinan album gambo kawen

6 comments :

  1. hehe... bestnyer bacer citer fida..:):)

    all d best fida n hubby...:):)

    ReplyDelete
  2. fida...cantek sgt ok. semua nmpk perfect walopon Cik Nad xdpt ke sana..sungguh rugi xhadirkn diri.
    bunga tgn juga simple yet sgt2 cantek & berseri (sbb biasa org gune typical rose). Upload laa byk2 lg picture...xjemu memandang k. Tahniah!!

    p/s: ada kwn nad memuji dimple en suami anda... jaga baik2 tau. hehee

    ReplyDelete
  3. taniah akak! seronok la dah kawen..heheh.

    cantek color grey baju sanding..berkenan di hati plak..heheh

    ReplyDelete
  4. kasihan kamu....tapi dah selesai semua...
    miza takut...huhu

    ReplyDelete
  5. cikin
    mekaseh ye puan cikin. ade jugak kate best citer2 ni =)

    ciNDerella stRikEr
    huhu.. cantek ek? cewah.. tanye ulang2 plak. xpe.. wish dr cik nad pun dh cukup.

    uik.. ade yg memuji. mekaseh lh. hensem tu takde.. manis tu ade. haha! tetiba plak terpuji husben sendirik.

    NurulShigim
    huhu..mekaseh ye nurul. tak dpt grey time nikah, time sanding pun jadilh =)

    miza
    insyallh, kite doakn semua berjln dgn lancar ye. xmo takut2.

    cik EPAL
    haha.. sj nk menyedapkan cerite je tu. xsmpai pn 100m. kite link ek. slm kenal.

    ReplyDelete

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!