CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, January 25, 2010

ye lah sangat

slm

setat 18hb lalu aku dah mula me-report duty di jkn perak. alhamdulillah.. tempat baru sangat enjoy!

tinggal bertiga di rumah sewa yang comel bersama kakak + abang ipar di kawasan pinggir bandar. sangat best!

aku telah menjawat jawatan baru - isteri hujung minggu.. syukur, semuanya berjalan dengan lancar. kedua-dua mak ayah juga dilawat sama rata pada hujung minggu. sangat happy!

akan aktif kembali berbelog bila aku suda biasa dengan rentak di tempat baru ini. sangat excited!

Saturday, January 16, 2010

kali pertama tengok wayang

bersama enchek su-a-mey ;p

slm


agaknya ramai suda yang menuntun filem nih walopun tayangan baru bermula 14jan10 ari tu. semalam aku pegi untuk tayangan jam 2110mlm di panggung wayang big cinema daerah manjung ni.

takmo ulas panjang2.. dari 10 bintang aku bagi 9.5 bintang. mane lagi 0.5 bintang? rase tak best plak nuntun wayang tanpa jagung pop (popcorn) kami tiba lambat, time tu punya lah ramai manusia beratur kat kaunter nak beli jagung pop tu.

sudahnya, kami cuma ketawa sepanjang cerita tanya mengunyah dan menyedut! okeh tipu.. tak sepanjang cerita kami ketawa, sebab ade part jugak lah yang macam sedey2.

tengahari ni kami gerak ke kajang. enchek su-a-mey ade game bola. tak sure kat area mane. tentu aku busan.. kalo tau area mane.. bleh jumpe dengan kamu urang yang tinggal kat sini kan? ~ okey, nak gi prepare diri untuk busan sepanjang petang nanti (~o^")

Thursday, January 14, 2010

hanimun (~o^)

slm

aku sudah berada di perak dengan mud hepi senyum sampai ke telinga 24jam. =) enchek su-a-mey telah membela aku dengan begitu sempurna sekali! masih bercuti sebelum memulakan kerja di tempat baru. orang bilang - sedang mengumpul semangat. aiseh!

mari ber-stori tentang hanimun pula. disebabkan keadaan enchek su-a-mey sangat sangat dan sangat susah untuk mendapat waktu bercuti lagi, jadi kami telah merancang untuk terus berhanimun sehari selepas majlis selesai.

15dis09 - selasa

bas dari terminal bas medan gopeng, ipoh jam 1200tgh mlm. sangat penat sebetulnya. naik jak bas malam tu.. terus terlena. bukak ja mata, nah.. sampai sudah =) kesian nya kat penganten baru tu ish..ish.. mau kejar hanimun punya pasal ya.



0300pg di klia. check in di kaunter layan diri. dan kerana TERlebih pandai aku check in tanpa merujuk no seat
enchek su-a-mey dan hasilnya.. seat kami terpisah. sorak sikit kawan2.. padan muke yey! enchek su-a-mey nda abis2 marahkan aku. ;p awal2 kawen dah kena marah.. kecik ati aku.

penerbangan ke kk jam 0730pg. jadi, ade mase terluang.. kami tidur di sekitar klia. atas stage lagi. tiada malu sudah.. mata harus dilayan terlebih dahulu. penat yang tak tau nak discribe kan lagi dah. ya amat2 penat.

atas kapal, aku tak makan tau. maklumlah, aku dok kat depan
enchek su-a-mey di belakang.. jauh tu. jadi tak berselera plak. rindu kunun. huhu! ngade. sampai di kk jam 1005pg. trus ke bandar kk untuk sopin barang2 yang telah dipesan orang2 tertentu.



tak tahu nape budak tecit depan kami tu mau jugak bergambar. anak segera kami lah tu.. huhu! tak dapat berjalan banyak sekitar bandar kk kerna hujan turun dengan lebat sekaley! aku nih jenis tak minum air kelapa, soya atau tebu secara fanatik. boleh minum.. tapi kalau ada pilihan air lain.. aku tak minum ar ketiga-tiga air tu. tapi ntah macamana kat sana cam terpanggil jak aku nak minum air kelapa muda tu. magis sungguh! kasik rest2 badan dulu di gerai tu.. jam 1400ptg lebey2 macam tu kami dah gerak ke airport semula untuk penerbangan seterusnya ke ld pula jam 1605ptg. untuk info kamu.. teksi pegi balik airport - bandar kk - airport adalah rm60 ya. punya teman yang tinggal di sekitar kk, tapi kami pergi weekdays. waktu kerja lagi.. jadi tak boleh menggunakan khidmat mereka. lagi pulak kami nda mau menggangu kerja orang lain. baik tak kami? baik kan..

sudah check in, sudah calling.. sudah boarding.. tetiba announce dibuat

"penerbangan ke ld sudah dibatalkan kerna keadaan cuaca"

ape boleh buat? tiada kuasa untuk menghalang. nyarislah kami cuma backpackers. tiada luggage, tiada barang di kargo.. trus menuju ke hotel yang mas telah tetapkan. perlulah kan.. kami sudah terlalu penat. bermalam sehari berserta makan malam dan sarapan pagi di tanjung aru, kk ditaja oleh mas. cewah.. mau jugak aku mentionkan di sini ya. ;p

16dis09 - rabu

penerbangan yang dibatalkan telah diaturkan semula jam 1035pg. dan sampai di bandar ld jam 1130pg. sampai jak di sana, terus ke opis untuk membuat report sebab lama kan aku bercuti kawen ari tu. rajin terlampau wo.. aceli sebab yang paling teruja nak memperkenalkan orang baru dengan staf2 yang lain.
dorang bilang enchek su-a-mey macam hero hindustan! wuhu.. yelah sangat! nehi.. nehi..



pas selesai di opis.. kami ke kuarters kediaman aku pulak. dan enchek su-a-mey telah menunjuk kan heronya dengan cuba untuk membaiki sinki kami yang tersumbat, kipas meja yang rosak dan membetulkan lampu di dapur. sangat macho lah dia ari tu sebab sumenye tak menjadi. huhu.. enchek su-a-mey tak berjaya menunjukkan kepakarannya =) xpe bang, kita cuba next time ek.

17dis09 - khamis

keesokkan paginya, kami gerak ke semporna dengan menaiki bas. tambang rm22/seorang. perjalanan cuma mengambil masa 2jam ++. banyak berenti basnye pun. kalau terus jak mungkin lagi cepat sampai.

sampai sekitar jam 10pg kot (terlupa sudah akibat laporan terlalu lama diperam, maaf!) kami pilih servis di sini. tempat yang telah di-suggest oleh sepupu
enchek su-a-mey yang pernah tinggal di sini dulu. disebabkan rancangan kami telah tercela di hari pertama kerna penerbangan dibatalkan di kk kelmarin dulu, maka kami nda dapat untuk bermalam di mabul. kuciwa tau. sib baik walk in.. tiada berbooking2. kami hanya rugi pada masa. =(



maka yang sempat hanya ber-snokel di sana jak lah. menaiki bot laju ke mabul setengah jam, sampai2 terus makan tengahari. kemudian terus dibawa menuju ke taman laut yang aku terlupa namanya. turut terlupa mau ber-sun block. hasilnya.. aku trus bertukar menjadi gadis america latin yang hot! minah2 saleh kat situ sume jelez sama aku!


okeh, tempat yang aku pegi ni korang jangan bayangkan tempat hotel 5 bintang yang berprestij. ni biase2 je. klau ngam ngan time.. korang akan dapat
  • rm180/seorang
  • 3hari2malam di bilik yang berderet kat gambar atas tu. no aircond ye. juz kipas je. setiap bilik of coz dilengkapi bilik air + tandas.
  • pakej termasuk sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan malam ade bbq
  • sesuai untuk yang gilekan dengan aktiviti snorkel + dive. owh ye.. trip untuk aktiviti ini 3 kali satu hari. pagi, tengahari dan petang. kot kalo korang tak nak pegi.. korang bleh skip. sekadar nak island hoping pun bleh. sangat tak sesuwai untuk aktiviti hanimun pun. tapi kami kamikaze.. mau jugak =)
  • peralatan untuk snorkel + dive memang ade untuk disewa. snorkel kami dapat rm50 untuk dua orang dapatlah google + life jacket + fin. okey le tu.. kan?


macam kami sele
sai trip tengahari tu, kami suda tak daya. maklumlah, belum abis penat berjalan, aku mengayuh air laut pulak. sampai kejang2 lah kaki aku tu. balik jak dari snokel, kami trus jalan pusing2 pulau mabul. banyak jugak lah hasil tangkapan kami. ececeh!



balik dari meninjau kawasan.. trus minum petang. kemudian, kami pulang ke semporna. mereka punya cara untuk mengucapkan selamat jalan kepada tetamu yang meninggalkan pulau mabul. ni aku amik kat youtube. ramai dah upload. kami nda sempat rakam. lagu yang comel!


Well Im, Glad To Say The Drop Offs Ok
Barracuda Points Not Far Away
Lobster Lair Is Also There
And The Hanging Gardens Are Very Rare

Divers Down At The Waterside
Looking At The Drop Off With Gaping Eyes
Wondering Whats There Down Below
Is It Knobby Clark Or Is It Jacques? Cousteau?


sampai di semporna jam 1700ptg macam tu. disebab hati dah patah dikuciwakan oleh mabul.. kami bermalam di sini jak. masih dalam pakej hanimun bajet (~o^") huhu. malam pula, kami keluar makan di sekitar bandar semporna. harga makanan adalah standard. tak mahal sangat.. tapi tak murah jugak.



18dis09 / jumaat

pagi tu selepas sarapan, kami ke kawasan live aquarium. tak banyak ikan sangat pun. yang jadi tarikan ade beberapa ekor ikan yang besar bapak. tu je.. yang lain.. biasa2 aja. kawasan macam terbiar sikit lah. kemas2 beg.. terus gerak ke terminal bas untuk ke airport tawau pula.

masa terlalu banyak dihabiskan di airport. akhirnya.. penerbangan yang dijadualkan jam 1720ptg telah ditunda ke jam 1930mlm. owh mai! kalau tau, mau jak kami ke tawau untuk sambung aktiviti sopin2. haih! jadi kami adalah pasangan suami isteri yang paling lama bertapa di airport tawau hari itu. mundar mandir lah kami dalam tu.

selamat sampai di klia jam 2300. dijemput ibu + ayah enchek su-a-mey. dan perjalanan pulang di teruskan ke kuala kangsar. alhamdulillah, selesai suda hanimun yang ke-tama. yeay!


enchek su-a-mey cepat babai kat sume pembace blog modusoperandi11dis09

babai! ~ kate
enchek su-a-mey

Monday, January 11, 2010

11jan10

slm

entri berjadual ditaip pada 10jan09

sebulan suda aku memegang jawatan sebagai seorang isteri. dan aku sekarang dalam perjalanan pulang ke tanah melayu. nak jumpe lelaki di dalam gambar sebelah ni. penerbangan dijangka sampai jam 1 tengahari. mungkin disambut enchek su-a-mey, ibu, si comel yaya dan ayah di terminal lcc. sejak aku pulang ke sabah, setiap hari.. beliau tak pernah lupa untuk text aku dengan pertanyaan,


bile syg nak balik jumpe abg ni? lame dah tau syg pegi =(

padahal terbang pada 03jan10. baru kurang lebih seminggu kami tak berjumpa. terus terang aku takde jawapan untuk itu. bukan aku tak rindu. giler kau tak rindu sama laki sendiri. tapi kalau dah dua2 dok feeling tangkap leleh, sape nak pujuk sape kan? kirenye aku amik part yang aku macho lah. jadi.. enchek su-a-mey lebih kepada manjew2 gitu yaw!

dan ari ni aku amik keputusan yang aku mau terus pulang. kalau ke sabah pun, datang sebagai pelancong je. okeh.. macam belit2 kan? korang mesti tertanye2 (ada ke yang bertanye?)

a. takkan aku benti keja
b. takpun dibentikan keja
c. fida saje tipu ni..
d. lawak semata2 di pagi senin

tak ah.. aku dapat tukar keja kat sini dah. alhamdulillah.. orang bilang rezeki kawen. ini kot hadiah kawen paling sorga untuk kami berdua.

jadi, untuk kawan2 yang masih tinggal berlainan negeri dan tempat sama suami.. aku doakan semoga kamu jugak dapat rezeki begini satu hari nanti. insyallah, ade jugak rezeki allah swt untuk kamu berdua. =) walopun masih tak tau di daerah mane aku di tempatkan.. aku tetap mau bersyukur sebab aku tak perlu lagi terbang untuk berjumpe enchek su-a-mey. skang ni aku perlu sekadar beroda jak lah. sandang gelaran suami isteri di hujung minggu pun.. aku tetap soka!

nota kaki : masih berhutang entri tentang mabul dan aktiviti2 laen semasa cuti kawen dulu. akan diupdate kemudian jika diberi ruang dan waktu olehNya.

Saturday, January 9, 2010

13dis09

slm

maaf.. kerna mengambil masa yang lama untuk melapor. aku masih di bumi sabah =( nampak tak mud masih belom hepi lagi di situ? okeh, abaikan. ini kali aku mau kasik laporan untuk majlis bertandang pula.


macam hari sebelum2nya. bangun pagi jam 6 lebey2. kemas segala dulang hantaran untuk disimpan di dalam kutak. kononnya nak di bawa sekali time hari bertandang tu, tapi sampai time aku nak balik sabah ari tu jugak lah baru antar balik pada tuan empunya =p jangan salahkan aku, tapi salahkan mr.b yang gemar makan kari kepala ikan di kedai nasi kandar. owh.. tersasar dari tajuk utama.

kak andam sampai dalam jam 10.30pg. time tu, aku tengah mengemas hadiah2 kawen yang sengaja dilambakkan di ruang tamu. malam semalam masing2 bateri badan dah flat. aku siap pakai tudung, *mr. b baru sampai, dengan tak mandi nye. ish2.. ape punye pangai tu lah. bakal anak2ku, jangan ikut perangai bapa kamu ni nanti ye! ~ berangan sebentar!

* masih kamu ingat isi entri sebelum ni? ye.. kami masih dilarang untuk tidur bersama =p

gelang di kaki dipakai oleh pembantu kak andam tika mataku terpejam kerna baru dipakaikan bulu mata pelesu. tetiba kakiku di tarik. haruslah aku terkejut, kan. sib baik tak tersepak, risaunya lah tersepak anak orang. huhu! ape2 pun aku soka.. barang hiasan yang aku pakai ari tu! melets sangat tau.. cucuk sanggul ala2 burung merak tu aceli langsung tak berat, tapi yang perlu dirisaukan, time aku bersalam mencium tangan orang. boleh menyebabkan lubang idung orang tercocok tau! bahaye sangat =)

siap2 sume dalam jam 11.45pg. kami berjanji dengan semua ahli konvoi untuk memulakan perjalanan jam 12.30tghr. semua yang dirancang berjalan dengan sempurna buat setakat jam itu. kasik bergambo skit dkt pelamin..

mr. b amat teruja bila mana mukanya tak payah dibedak2 cume disembur dengan toner jak. time aku ke guardian + watson ari tu, diminta pula cari toner jenis yang spray2. takde plak aku jumpe. kot sape2 tau, mintak bagitau ye ape jenis toner yang pkai spray tu. ish.. kalah pompuan! tapi jangan lah yang brand mahal2. untuk mr.b jak pun, kalau untuk aku tak ngape mahal2. tapi macam pelik jugak lah dia kali ni. nape perlu berhensem2 lepas kawen kan? em.. aku pelik dah ni!

bile sume anggota konvoi cukup. kami pun gerak mengikut time yang telah ditetapkan. suku perjalanan.. baru disedari oleh adikku yang beliau terlupa membawa hset + wallet. kot kena tahan tengah jalan kang, wat naye je. sib baik problem di settle kan dengan tenang dan tak perlu berpatah balik. fuh! ~ kasik lap peluh sikit!

sampai dengan penuh bergaye.. walaupun konvoi kami dihalang oleh pakcik mr.b sendiri untuk me-marking kereta di depan rumah kerana mereka tak perasan rupenye kereta yang samseng itu membawa sepasang penganten.. iaitu kami. =p

bile sume ready untuk berarak, tetiba berdentum dentam bunyik mercun papan yang dibakar oleh sepupu sepapat mr. b. ceh.. itu je pun seprais nye. takde lah nak berahsia bagai ngan aku.



sebelah tangan dok kepit erat lengan mr.b sebelah lagi memegang bunga tangan besi. kot kalau free, mau jak aku melambai2. feeling2 gadis melayu menang tempat pertama plak kan. sampai di bawah khemah, trus dipelawa untuk makan dulu. dj yang bertugas tak henti2 mengulang nama dan kerja kami pada tetamu sume. tapi sume tu.. tak betul. dia kate..

aku keja sebagai pegawai pemakanan kat sandakan yang betul nye penolong pegawai jak pun + keja kat lahad datu!

mr.b sedang menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat perkapalan. yang betulnye.. dia keja tetap lah pakcik!

tetiba mr.b bangun marah2 sebab.. semua tu dusta belaka.. jerit mr.b. terkejut lah pakcik dj tu. tak lah, menda tu tak terjadi pun. saje aku kasik tambah2 sikit.
kami dok kat meja makan tu gelak2 je, melayan stori tak betul yang dicanang oleh pakcik dj tersebut. kawan2, pasni make sure dj tau serba sedikit pasal panganten atau keluarge kite sebab dorang ni kadang ade gak bercerita tentang kita pada tetamu. pas makan, kami disuruh dok atas pelamin untuk maen kawen2 sekali lagi. yeah!



pelamin hasil keja tangan penganten lelaki, ibu mertua dan mak angkat penganten lelaki sendiri. bagai nak rak photog amik gambo kitorang kat situ. time kenduri aku semalam tak banyak pun dorang amik kat pelamin anganku musnah tu. tak aci tau! kecik ati!

pas maen kawen2 kat pelamin, kitorang dok meronda bawah khemah. jalan2 dok kenal sedare mare, sepupu sepapat, kawan2, jiran2 dan tak lupa juga orang kampung. pas tetamu dah kurang, kami pun bergambo plak dalam bilik. yang ni pun aku sedey jugak sebab time aku kenduri, xde pon kitorang bergambo dalam bilik aku. ati menjadi kecik sekali lagi!

pas maen2 dalam bilik.. hah? maen2? biar betik? korang nih.. suke ek! maen2 tangkap gambo dalam bilik. kitorang pun menembak gambo luar pulak. maen2 buaian.. masuk dalam semak.. dok main cak2 kat pokok pinang. aish.. sume yang mencabar lah kami nye posing. dan hasilnya sikit dari photog azamrasid..


gambo mr.b sorang je? sikit punye lebo aku senyum kat pelamin belakang tu. rupenye gambo aku tegak berdiri je nampak. gambo lagi satu.. jelas sesangat kami tak tengok point yang same, kan? nak maen kawen2 balik semula bleh tak.. enchek su-a-mey?

bile laporan dah siap dibuat barulah secara rasminya aku bleh panggil mr.b dengan panggilan enchek su-a-mey di dunia blog ini =p haha! getek!

Tuesday, January 5, 2010

12dis09

slm
bersiaran secara langsung dari bumi sabah dengan mud yang tak brape hepi, aku mau menceritakan stori tentang hari persandinganku pula.

malam sebelum, hujan tetap turun dengan lebat tika maghrib menjelang. kami dah mula risau. mungkinkah banjir akan berlaku lagi? segala barang2 + peralatan sumenye dihimpunkan di atas katil seperti semalam. sediakan payung sebelum hujan bak orang selalu bilang.

masing2 tak henti berdoa. kain di kaki pelamin dirombak semula oleh kami2. takut basah lagi sekali. air di longkang makin lama makin tinggi naiknya. kami dah mula pasang strategi, jika banjir.. toto atau mane2 tilam lembut akan dijadikan benteng menahan air masuk ke dalam rumah seperti yang dilakukan oleh jiran sebelah, malam kelmarin. =( kami tak terpikir plak macam gitu kaedahnya. setakat korbankan toto.. tidaklah kami hairankan sangat kalau kesan yang kami hadap = berhempas pulas memberus rumah sampai ke tengah malam. jawapan kami, tetap memilih toto sebagai kubu pertahanan! kami nekad, tekad dan jitu ~ tetiba!

*mr.b dah gelabah cal aku bertanyakan baju persandingan beliau. argh.. aku pun baru teringat! time kak andam datang kelmarin dia cuma bawakkan baju untuk nikah jak. aku mintak dia call kak andam sendiri. dan.. nak jadikan hal, kak andam pun terlupa nak bawak. pagi esok kak andam janji gerak awal dari butik untuk jumpe mr. b di tengah jalan untuk pas kan baju beliau.

*mr.b tak tido di rumah aku untuk mlm 11hb & 12hb tu kerna dilarang oleh ibu mertuaku.. ye, kawan2! =)


alhamdulillah, jam 830mlm hujan dah renyai2. ibu melarang set-up semula. biar pagi esok buat. risau jika tetiba malam nanti hujan kembali lebat. malam tu jugak.. aku melakukan pemakaian inai di jari tangan dan kaki. mulanya inai daun. tapi bila dilihat hasilnya setakat oren malu2.. di top-up sekali lagi dengan menggunakan inai yang ini. sudahnya, jariku jadi merah garang2. aku puas hati.

esoknya, bangun pagi macam tak caye yang diri ini sudah menjadi isteri! text beliau dengan ucapan..

"assalamualaikum.. suamiku. selamat pagi! tengahari nanti kite lunch same2 ye"

sweet tak? tak ah, ngade je lebih! pas subuh, kami set-up semula bilik penganten dan pelamin. nampak? fobia banjir lumpur semalam still lagi memberi kesan pada kami. 2 kali kami buat kerja yang sama untuk 2 hari berturut2. haih!

seawal jam 8pg, tetamu mula datang sudah. jam 10.30pg kak andam sampai dengan barang2 hantaran. berpusu2 lah dorang mengambil gambar. aku je yang tak sempat ambil sebab.. kamera bukan di tanganku.


lori cendol, orang katering, dj, kompang.. rasenye dorang sampai around jam 10pg jugak kot. maaf, aku kurang pasti sebab aku sudah dikuarantin kan di dalam bilik bersama teman2 dan kak andam.

menu cendol dimasukkan secara rahsia oleh ibu dan aku tanpa pengetahuan mana2 pun ahli keluarga lain. bikin seprais la kunuk!

dj plak adalah dj last minit sebab masing2 terlupa mau mencari. di kawasan perumahan ada sorang pakcik yang keja dj, ingatkan nak gunakan khidmat dia je tapi oleh sebab masalah kesihatan, beliau tak dapat terima tempahan. pakcik helmi ni, ayah jumpe banner promonya di tepi jalan seminggu sebelum kenduri. cuma ingin mencuba, ayah telefon.. alhamdulillah.. pakcik helmi punya kelapangan tarikh 12dis tu. mengetengahkan konsep lagu campur2 dengan nasyid+zikir permintaan dari ayah penganten pompuan sendiri. =) getek!

persatuan kompang taman kuala kangsar. punya isu dua minggu sebelum kenduri kerna mereka beranggapan kenduri ku batal / tangguh sebab masih belum menerima kad kawen dari kami. haih! mengamuk ibu. seorang makcik plak suke suki memaklumkan kononnya ayah penganten pompuan mengatakan majlis tak jadi. dasar.. bawak mulut. =(
padahal ayah tak cakap ape pon tau!

tapi.. ape2 pun majlis berlangsung dengan meriah u olls! gambo sekitar kenduri kawen ku..


macam artis lah ari tu. dari segenap sudut orang mengambil gambo. tapi ada jugak gambo aku yang tak senunuh bila dilihat kembali. contoh.. orang lain sudah redi diambil gambo, aku pulak dok bercakap2 lagi. nampak lah gigi arnab ku tu. bikin malu jak!

kami berarak dari arah bertentangan dengan tempat dirinya ibu + ayah di kepala khemah. jadi.. kami langsung tak bertembung. kata ayah, tak payah bersambut2.. sume dah jadi famili. owh.. cam tu ek? gambo ibu ayah dan adik lelaki kelihatan sedang menyeludup duit untuk disimpan di dalam peti besi rumah =p haah.. ye2 je umah aku ade peti besi. okeh.. aku tipu!

gambo time aku men kawen2 atas pelamin, gambo mr.b yang telah diedit oleh abang sepupunya dan diletakkan di fb beliau (bleh klik untuk membaca tulisan tersebut.. sangatlah 18sx =p), dan gambo aku memegang bunga tangan macam pegang mikropon!

kawan2 dari tadika, sekolah rendah, menengah, teknik.. sampailah ke poli pun datang jugak. sayang kat korang sume. muah!



lokasi menembak gambar luar : em cee kay kay (mckk)


memang tak tersenarai langsung dalam list aku yang ini.

kelmarin photog bilang mau menembak di mckk. sebab.. bangunan die macam olskool. jadi mereka2 ni berminat sangat. aku macam cuak lah. xmau nye kitorang suke suki masuk sekolah tu tanpa izin dari mana2 pihak atas.


tetiba "ting"! aku tingat yang aku punya jiran yang kerja kt sekolah tu. petang tu tanpa segan silu terus text beliau. mintak izin. dia pun btul2 support aku trus die call pk sekolah.. pk setuju.. dia call guard inform tentang aktiviti kami esok yang mau menembak di kawasan sekolah tersebut. segala berjalan dengan lancar sekali!

gambo las sekali yang kat padang tu.. time permulaan jak. gambo seterusnya kami perlu berlari 100meter pecut tanpa bernafas. giler!


gambo sebalik tadbir pembikinan album gambo kawen