CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 31, 2010

hati gumbira

slm

kan dah kabo.. aku jadi semakin ketagih mau ber-blog.

- album selamat dah dapat.
- kad nikah jugak sudah siap.

satu dulu ye.. nant korang sakit ati plak tgk gambo penganten basi nih =p

Tuesday, March 30, 2010

yang ditunggu udah tiba

slm
sekali dah update.. macam nak lagi dan lagi pulak. =p ketagih jadinye ye. okeh.. kali nih nak kasik story pasal album gambo kawen. tak penah citer lagi kan? tukang tangkap gambo aku time kawen dolu-dolu adalah mereka ni. dolu lah sangat kan.. baru tiga bulan ye. masih punya mud penganten baru lagi ni. haha.. pasan!

kawen bulan doblas tahun lepas. bulan tiga tahun berikutnya baru dapat album. lambat kan? memang lambat. tapi aku tak kisah. memang mereka dah awal-awal kasik warning tentang kelewatan ni. aku + enchek su-a-mey tak amik menda tu macam problem besar pon. kami ok jak!

kebiasaannya pasangan penganten baru perlu berjalan-jalan ke rumah sedare mare untuk perkenalkan orang baru dalam famili kan? kami belom punya kesempatan lagi untuk berbuat demikian. memang ramai dah bertanye. alasan paling kuat.. "dapat album kawen nanti kami datang + usunglah album kawen ke sana"

adalah lah jugak aku dengar cakap-cakap belakang yang dok komplen. nape album lambat sangat dapat. korang ingat senang ke semangat menurun seni nak dapat? kot kang kami tiap-tiap h
ari kami dok folo up.. mengacau idup mereka.. tak ke nanti tensen jadinye. last-last.. gambo kami sume jadi macam takde ati.. takde perasaan. pastu korang gak komplen. nape gambo kami jadi macam ni lah.. macam tu lah. aku jugak yang saket ati tau.. nyampah! eh.. emosi terlebih plak ek.

tapi dengan mereka ni. korang kena tahan lah. time kawen dolu.. memang tahan perut je lah keja aku. menahan kontrol gelak tak bleh cover. aku memang ade penyakit gelak besar ala-ala.. menang duit besar punyiew. mereka ni memang loya buruk paling pro. enchek su-a-mey bile ade geng jenis2 kuat gelak.. naik sheh la beliau. kadang-kadang memang terbabas jugelah gelak aku. makanya.. melecet sedikit title ratu sehari aku tu. =p

bleh pulak time aku buat final payment ari tu, mereka tetiba cakap ade berlaku sedikit kekeliruan pasal total amount. cis.. aku dah mule selak2 note time nak kawen dulu. biaselah.. bride to be sure ade satu buku note untuk sume preparation ni kan. macam tu jugak aku. tiga bulan dah selamat kawen still lagi kena selak. kelam kelibut bak cicak tercabut ekor. mencari sume deposit + bayaran yang telah aku buat. belom sempat dapat note.. bleh plak tetiba mereka kasik text yang konon2 dorang saje bikin suprise. fuh! tarik napas aku panjang-panjang. korang nampak tak, tahap cane mereka layan aku? touching okeh!

ape-ape pon.. juz aku nak war-warkan kat korang sume yang esok baru aku dapat album kawen aku tu. pastu bleh la bawak ke



sini nanti kan? eh.. dah terlepas ek? mayb pas ni puan pengarah bleh buat sebagai aktiviti tahunan ke? hehheh.. sape berani usulkan cadangan ni pada beliau? =)

bukan sengaja aku tak mau datang. aku keja ari tu.. kesian orang "menurut perintah" ni hah. =(

baju nikah aku tu pun.. rasenye dah bleh bukak offer untuk disewa. nak dijual, ralat juga rasanya sebab itu hadiah dari ibu enchek su-a-mey. kecik plak hati dia nanti kan.

Monday, March 29, 2010

tak baik tau senyap-senyap

slm

adalah sangat tidak adil, bila sibok mau kawen.. sibok pula aku ber-blog. slamat sudah aku kawen. blog dibiarkan saja sunyi sepi. kesian. habis madu sepah dibuang. dapat gading bertuah, tanduk dah tak berguna lagi. ish ish..

maaf, kesibukan dalam membina hidup baru sedikit sebanyak mencuri masa yang sepatutnya aku gunakan untuk bercerita. eceh.. macam-macam sja alasan kau ni aaa! =p kuarters yang pernah diperkatakan dalam entri terdahulu sudah dapat kuncinya. laman belakang dah berdiri megah sepohon kelapa dan serumpun pandan. enchek su-a-mey dah macam semangat nak beli pasu. nak tanam-tanam kucai + pokok cabai. tak tau lah menjadi ke tak. aku kasik semangat je lah. maklumlah tangan aku ni panas. tak penah menjadi kalo bercucuk tanam. kalo dibagi duit.. memang sejuk je tangan ni. =) minggu-minggu akan datang mungkin aku akan sibuk berkemas pula. banyak barang nak dibungkus dan dipunggah.

dagu dah mula berlapis.. perut dah tak pandai mengempis. baju kurung dah mengketat. lengan dan semakin berat. aku sangat tertekan =( enchek su-a-mey larang berdiet. tak baik melawan, derhaka namanya tu. haha.. sebut pasal derhaka ni kan. adelah dalam last week. terjadi satu peristiwa. terang-terang memang salah aku pun. rehat tengahari jumaat lepas aku pulang berehat di rumah. maklumlah, lepas berkursus. ambil peluang lah nak tidur2an. phone pun sengaja dicaj jauh. biar alarm berbunyi.. aku perlu bangun untuk matikan. kalau dekat, mau menyambung tido aku tu nanti.

cukup time, bangun.. zohor.. bersiap terus pergi kerja. keluar simpang dari lorong rumah, baru aku terperasan yang aku terlupa nak membawa phone. mikirkan malas nak membuka kunci pagar, gril dan pintu.. malas nak berpatah balik.. aku teruskan perjalanan tanpa pengetahuan enchek su-a-mey. bad.. sangat bad kan?

cukup jam lima, aku bergegas pulang. sebab kebiasaan enchek su-a-mey akan call time die nak ke tempat punch card. sampai di rumah.. cepat2 capai phone. text dari enchek su-a-mey cuma bertanya samada aku pergi keja atau menyambung tido. sikit pun tak menunjuk rasa curiga. aku balas.. ceritakan hal sebenar.

enchek su-a-mey marah. on the way dia pulang tak abis-abis dia send text sambil drive.. kasik ceramah. perilaku yang sangat bahaya. menegur salah yang aku telah lakukan. dia pulang.. aku masam. sepatah ditanya, sepatah aku jawab. padahal.. terang lagi bersuluh memang salah aku kan? bila ditanya berkali2.. aku jadi macam erk.. tak sanggup mau nyatakan di sini. sampai aku menangis. aku menangis bukan aku sedih ditegur.. tapi aku menangis sebab menyesal. aku tak mintak ampun atas salah aku. haih.. ego aku tak pernah surut rupanya. masih sama seperti zaman bujang. malam tu sangup aku ikat perut tunjuk protes.. macam aku sengaja mau menunjuk perangai buruk. owh.. aku sangat teruk! dan jugak lah sehari setengah aku masam menjeruk. enchek su-a-mey tak jemu-jemu memujuk. =) tu yang cinta kat dia sangat-sangat tu.

dalam bulan depan,
enchek su-a-mey plan nak bawak aku gi key-ell. dia nak bawak aku dating ke taman burung sane. mesti best kan? dah lame tak gi dating jauh-jauh. =) tak sabar!

tadi ayah tercinta call. celcom ni sengaja tau. bagi text suruh ayah bayar bil. pahahal belom sampai masa yang sepatutnya pun. ayah tentu rasa kelam kelibut, maklumlah tauke lembu. phone sangat penting pada beliau. jangan risau ye yah.. sok-sok i bayar, k? dan jugak lah ayah kasik soklah cepumas..

"dah pregnant ke belom?"

okeh, aku dah menguap. time tu tidoq! =o

Saturday, March 20, 2010

macam2 perkara

slm

perkara satu

satu petang tu dj radio dok menyebut tentang pentandingan futsal. tapi gaya sebut berbunyi "futsol". enchek su-a-mey menegur..


futsal lah.. bukan futsol! huruf bukan huruf


marah betol die. hahaha!


perkara dua

rumah sewa insyallah dapat kunci dalam minggu depan. berurusan dengan orang gomen. tapi mereka bercuti pula. beranggapan, rezeki dapat rumah terlewat sikit lah dari perancangan asal. bersyukur juga.. alhamdulilah sebab sume perkara dipermudah olehNya.


kami bakal tinggal di perumahan kakitangan kastam.. walopun kami xde kena mengena ngan badan berkuasa tersebut =p


perkara tiga

pertanyaan dari aku yang buta i.t

komen yang banyak tidak dapat dipublish. kenape ye? sib baik stil ade je kat situ. tak ter-delete langsung. cuma nak di approve je tak boleh. buntu!


perkara empat

selepas enchek su-a-mey habis keja halfday ari ni, kami akan menghadiri kenduri kawen kawannya. i love kenduri kawen! huhu..

pas makan nasi minyak.. kami terus menuju ke usm. menghadiri hari graduasi adik enchek su-a-mey. mungkin tak dapat berlama2 di sana.. sebab esok aku perlu berkerja =(

tak merase nak jalan2 kat penang!


Thursday, March 11, 2010

Tuesday, March 9, 2010

ti..

slm
ti,
ko sukew sangat bile ko berciter yang ko dah dapat tukar + dok sekali ngan husben ko. aku tumpang gembira ti. sebab aku pun rase ape yang ko rase tu. tambah2 bile ko disahkan preknan.

ti,
aku tak dan nak mintak maaf kat ko ti. sungguh.. aku tau aku selalu cakap sore tinggi2 ngan ko. kurang lebih 2thn aku dok satu rumah ngan ko time poli dulu. dalam umah ko paling tua. ko banyak kasik nasihat kat aku. tapi aku selalu bangkang2 cakap ko kan ti? tapi ko tak marah kat aku pun.. kat member lain pun ko tak marah kalo kitorang bantah2 nasihat ko tu. dalam umah, ko sorang je yang tak bermain cinta2 time blajo. ye.. aku ngaku aku dulu sedikit gatai. tak bleh diri sendiri kalo takde cinta2. rupenye ko dah lame ber-couple ngan husben ko tu. yang lain ko citer.. part cinta2 plak ko secret2 ye. pandai sungguh ko cover. =) aku kagum sama ko.

ti,
tingat aku kalo kite ade exam or quiz. abis dinding bilik bibik ko tulis macam2 formula. tu care ko nak ingat point. pas abis paper.. ko padam balik dinding yang abis ko conteng tu. takut tuan rumah marah ek?

ti,
ade skali tu kitorang ramai2 dok make-up kan ko. sebab ko terlalu simple. sikit celak pun ko takmo pkai. lip glos yang kaler merah samo pun ko taknak. aku ade simpan gambo ko yang dah siap bermake-up. siap set rambut lagi, kan ti? then kite bergambo ramai2 kat tangga umah.


ti,
time konvo kite.. ko paling menyerlah. kaler baju tudung + baju ko lain sangat. ko pun dah cuak o bebeh. sebab tu bukan kaler yang ko pilih. kak long ko yang cari kain sume. padahal takde ape pun. ko dah risau kot2 ko kena halau. mengusik jiwa aku ti. aku senyum.. tapi air mate aku mengalir lah ti.

ti,
kak long ko text aku. dia cakap, ko selalu dok citer pasal aku kat famili ko. time kaseh ti. ko ingat gak kat aku. first time aku gi kelantan, aku tak lupe yang famili ko layan aku. dok belanja makan. dok bagi aku tumpang tido kat umah ko. ko bawak aku berjalan kat area bandar kota bharu tu. aku taknak lupa tu ti. akak ko harap.. kalo aku turun kelantan, dia mintak aku singgah umah ko even ko takde (^-^") insyallah ye kak long!

ti,
terkejut aku dengar berita tu ti. rata2 sahabat yang lain pun same. masing2 bercakap yang dorang rase macam baru je bersembang ngan ko. tak kire melalui fesbuk + text + kat tepon. rupenye.. kat situ ko dah tunjuk "tanda".

al-fatihah buat buat ti, suami dan mak mertua. moga di tempatkan di kalangan orang yang beriman, insyallah.

Suami isteri bersama ke liang lahat


TERKOPAK... kereta Perodua Myvi merempuh belakang sebuah lori di kilometer 63.8 Jalan Ibam - Rompin berdekatan Kampung Bangkung kelmarin.

KUALA ROMPIN: Allahyarham Bilal Mahmud, 29, sangat gembira apabila isterinya, Siti Khatijah Ismail, 27, dapat bertukar ke sini awal bulan depan tetapi hasrat mereka untuk tinggal serumah tidak termakbul, sebaliknya dikebumikan dalam satu liang lahad.

Sebelum kejadian, mangsa bersama ibunya dalam perjalanan pulang ke Kampung Jenglau Empat, di sini, selepas menjemput isterinya di Alor Gajah, Melaka.

Difahamkan, ibu dan isteri Bilal meninggal dunia di tempat kejadian manakala dia mati ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Klinik Rompin.

Abang sulung Bilal, Sa’aid Mahmud, 40, berkata adiknya terpaksa berulang-alik dari rumahnya ke Melaka setiap hujung minggu untuk mengambil isteri yang bekerja sebagai pensyarah di Kolej Komuniti Alor Gajah, Melaka.

“Dia sering berulang ke sana menjemput isterinya untuk pulang ke sini atau ke rumah mentuanya di Pengkalan Chepa, Kelantan sejak setahun mereka berkahwin,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di kampung berkenaan di sini, semalam.

Menurutnya, Khatijah yang mengandung empat bulan anak sulung dijadualkan mula bertugas di Kolej Komuniti Kuala Rompin pada 1 Mac ini dan pada hari kejadian Bilal menjemputnya pulang ke kampung.

Arwah anak keenam daripada tujuh beradik dan lebih mesra dipanggil Ateh di kalangan ahli keluarga terdekat.

“Sebelum ini dia hanya tinggal berdua bersama ibu di rumah pusaka peninggalan arwah ayah selain isterinya yang pulang sekali-sekala pada hujung minggu.

“Namun apabila isterinya dapat bertukar ke sini, arwah sangat seronok dan gembira, tambahan pula bakal menerima anak pertama pada tahun ini,” katanya.

Sa’aid berkata, dia tidak menyangka tragedi ini akan berlaku memandangkan arwah sempat menghubunginya sebelum kejadian kira-kira jam 3.40 pagi dan berhasrat untuk berjumpa apabila sampai di kampung.

“Ketika itu saya dalam perjalanan pulang bercuti ke kampung manakala arwah masih di Alor Gajah dan sebelum arwah bertolak pulang, dia sempat menghubungi isteri saya dan memberitahu akan berjumpa kami keesokannya (hari kejadian).

“Sebelum itu saya hairan apabila arwah yang boleh dikatakan kelakar tapi lembut membahasakan dirinya ‘aku’ ketika bercakap melalui telefon dengan saya, sedangkan dia tidak pernah berbuat demikian sebelum ini, namun saya menganggap ia hanya gurauan semata-mata dan tidak terlalu memikirkannya.

“Ketika sampai di kampung kira-kira jam 6.30 pagi saya sempat berehat dan hanya mengetahui berita sedih itu kira-kira jam 9 pagi selepas diberitahu adik,” katanya yang tinggal di Kota Damansara, Kuala Lumpur.

Menurut Sa’aid, lima kali solat jenazah diadakan berikutan terlalu ramai kenalan menziarahi mangsa sebelum ketiga-tiga jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jenglau Empat, di sini, kira-kira jam 11 malam kelmarin.

Dia pasrah dan reda dengan kejadian yang meragut nyawa tiga ahli keluarganya dan menganggap kejadian itu adalah ketentuan Allah.

Oleh KHAIRULMIZAN YAHYA
am@hmetro.com.my
2010/02/28

Saturday, March 6, 2010

satu pagi

enchek su-a-mey text aku
"demi kesejahteraan n keharmonian rumahtangga kite, kite kena cari umah baru"

akibat masalah di entri yang sebelum ni lah. enchek su-a-mey sanggup untuk berulang alik ke tempat kerja nye yang melebihi dua marhalah. kesian kat dia =(

ade ura-ura baru lagi..
name aku mungkin naik untuk bekerja di hari raya! sebab aku kan junior yang bertukar ke tempat keja yang baru. terang2 lah aku ni mangsa keadaan tau. cis! terpakse lah ciom tangan enchek su-a-mey di malam raya. nampak tak aku ni pikir panjang ke depan =p


enchek su-a-mey dan aku dah nekad nak cari umah sewa petang ahad nanti. moga2 dapat! masa semakin suntuk dah ni..

Wednesday, March 3, 2010

rumahtangga bergolak akibat mereka

slm

sekarang di tempat aku keja sedang berhadapan dengan konflik di mana mereka2 yang sama jawatan dengan aku hari2 akan mengeluh kesah. setat aku mula keja dulu sampailah sekarang.. aku dah terbiase dengan situasi masuk keja jam 8 dan habis keja jam 5. same jugaklah macam seniorita kat sini.

2 orang darinya dok susah hati.. ke mane lah dorang nak menghantar anak pagi buta / subuh sep'ie. kalau waktu shift.. kami mesti masuk sebelum atau tepat jam 6.30pg. awal tu beb!
shift kedua plak akan berakhir jam 7.00mlm. cebik aku sekarang ni bile dikenangkan aku akan bertugas hingga malam =(

pada aku yang masih bujang ni.. ehem2 maksud bujang.. masih berbadan satu. bukan bujang yang blom berkawen tu. aku mungkin tak terase pertukaran waktu bekerja tu. pada aku.. aku belom lagi tau kepayahan untuk mengagih anak2 untuk dihantar ke rumah pengasuh atau ke taska. ye.. kadang2 aku cuba letakkan aku di tempat dorang. macam sorang seniorita ni sedang mengandung lapan bulan, husben nya pula berkhidmat di pengkalan tldm, lumut. tiga orang anak yang lain perlu dihantar ke taska. so.. ape2 hal memang perlu berdikari secara 200%.

cuba kalau nanti aku pun macam tu. sudahlah enchek su-a-mey jauh.. badan perlu memikul satu nyawa. pagi2 memandu.. kalau awal bulan kehamilan tu.. kirenye memang aku gagah lah kot ce.. kalau dah cecah tujuh.. lapan.. sembilan.. dan sehinggalah bila cukup ranum. nah.. gimana lah nanti kan?
seniorita tu aku tengok betul2 gigih lah. tabik spring empat lima enam kali lah aku pada dia. apsal kali ni karangan aku penoh ngan nombor ek? aneh!

seniorita2 kat sini mengelarkan waktu shift ni = waktu tiada kehidupan. okeh.. yang ni memang aku setuju bebenor lah. bile dah confirm aku masuk waktu keja shift, offday aku sure berterabo. takkan lagi dapat cuti sabtu&ahad dah. enchek su-a-mey plak dah memang off ari ahad,
kesianlah pulak pade beliau.. kan?

sapelah yang gatai bikin and usik2 ngan penggubalan agihan tugas di bahagian dapur hospital ni. langsung tak memikirkan tentang kehidupan orang lain? kan aku dah semakin panas nih. korang dah merosakkan keharmonian rumah tangga aku tau tak? masih tak biase menggunakan word "rumah tangga" itu. nampak sangat yang aku belom dapat menerima kenyataan lagi.. aceceh!

Monday, March 1, 2010

terasa kehilangan

slm

alfatihah buat teman seperjuangan ketika sama2 menuntut di politeknik johor bahru dulu.

allah swt lebih menyayangi arwah.

siti khatijah bt ismail
23 jan 1983 - 26 feb 2010







berita lanjut

nota kaki : aku akan sambung dengan entri kenangan2 tika bersama arwah. cuma perlukan sedikit ruang waktu untuk itu ('0';)