CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 18, 2009

pernah memiliki

slm
berehat sejenak dari membicarakan tentang keja2 kawenku. sengaja mau mengenangkan telefon2 bimbit yang pernah dimiliki oleh aku dari dulu hingga lah sekarang.





tahun 2001 : motorola T10
berjauhan dengan keluarga buat pertama kali membuatkan ayah aku sanggup membelikan telefon ini untuk aku. mahal katanya.. tapi tidak pula aku tahu berapakah nilai telefon ini tika itu. sayang juak dia pada aku. dipos khas dari perak ke johor. (telefon aku berwarna hitam - bukan seperti imej itu ya!)

tahun 2002 : nokia 3310

dibeli dengan menggunakan duit pinjaman ptptn. mengamuk gila ibuku bila mendapat tahu aku membeli telefon ini. ampun mak!

tahun 2003-2004 : nokia 3610
seakan penyakit berjangkit pula pabila melihat salah seorang rakan menukar telefon yang berlampu putih. aku juga turut terpengaruh. kali ini sedikit bijak.. bila pulang ke kampung.. silent mode. takut sejarah lama berulang kembali. huhu.. derhaka ala2 manja gitu!

tahun 2004-2005 : motorola e398

sudah bekerja secara part time di shakey's pizza , jaya jusco ayer keroh. turut terpengaruh dengan rakan juak. telefon pertama yang punya camera + skrin berwarna. gila megah aku tika itu ;p

tahun 2006-2007 : nokia 6030
telefon sebelum punya masalah. skrin tiada gambar, kerap termati sendiri. horror! beralih semula kepada telefon yang hanya punya kemudahan asas. skrin berwarna - tetap! tapi tiada camera ;(

tahun 2007 - sekarang : sony ericsson k530i

edisi terhad sempena tahun baru cina. pada mulanya mr.b beli untuk beliau. tetapi disebabkan kerja2nya terdedah dengan aktiviti yang lasak maka diminta tukar dengan nokia 6030 ku. bila aku ingin terbang ke sabah, semacam tidak ngam pula aku membawa harta orang kan.. jadi trus dihadiahkan telefon beliau ini padaku. suke!

tahun 2008 - sekarang : nokia 1200
telefon sampingan. semasa pertama kali sampai di kawasan sabah umumnya dan lahad datu khasnya.. talian maxis seakan dianak tirikan. selalu jak tiada line. masih mau mengekalkan talian ini, maka aku telah mendaftar talian lain. membeli dengan harga rm139. maka talian celcom digunakan selalu kerna liputan yang lebih meluas di sekitar negeri di bawah bayu ini.

idea entri ini adalah diinspirasi dari entri puan anil.
bestnyeh klo dpt hadiah kawen camtu gak. ;p (adakah aku perlu memberi hint pada tetamu/ahli keluarga lain yang sdg memikirkan apakah hadiah yang perlu dibelikan untuk aku?) huhu.. demand terlampau plak aku!

nota kaki : aku tersedar.. rupanya entri sebelum ini adalah salah satu keja kawen. maka tajuk telah diubah. maaf di atas kesulitan yang berlaku.

4 comments :

  1. cik owner..saye mencilok jgk entry ni blh...tringin plk nk letak kronologi h/p saye...hehehe...

    ReplyDelete
  2. Fatt.Nazz
    huhu..ok. sy link awk ek.

    ReplyDelete
  3. ok..kite pon link awk jgk la ye..hehe...

    ReplyDelete

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!