CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, August 23, 2009

tue adalah tuesday/selasa rupanya

slm
alhamdulillah, hari kedua aku berpuasa dan bertarawikh. iya, aku terkantoi mengerjakan tarawikh pada malam pertama ramadhan. terasa amatlah rugi ;(

masih awal untuk membicarakan tentang - balik kampung. teruja mungkin. tahun lepas aku tidak pulang beraya di kampung kerna giliran bercuti jatuh pada rakan setugas. pagi raya bekerja seperti biasa.. tapi perasaan dalam hati. mau jak aku terbang pulang.. klau boleh lah kan.

dan.. ini adalah akibat kebuduhan kesalahan diri semasa membooking tiket.

cubitan + tamparan sudah berkali2 dilakukan terhadap diri sendiri. tapi ternyata apa yang kelihatan bukanlah cubaan.. ini betul-betul..


adakah tue = selasa, orang perak bilang tuesday?
puas berfikir.. mengapalah aku membeli tiket pada hari itu? sah2 mr.b bekerja. jadi siapa lah yang bisa mengambil aku di airport nanti? aduhai.. sudahlah pulang dengan membawa beg yang besar lagak mau bercuti raya 2bulan ;p


terlintas.. mungkin kerna economy promo = harga yang senang hati untuk aku bayar itu telah membuatkan aku tidak berfikir panjang. mr. b tidak boleh mengambil cuti buat masa ini, cuti tahunan yang ada cuma satu minggu.. itu pun sudah di reserved untuk kawen. tidak mahu mengambil cuti kecemasan / cuti sakit (insyallah, kalau boleh) supaya prestasi nya kelihatan bagus. maklumlah orang baru bekerja.

terfikir.. kesempatan ini, mungkin aku boleh mencurik masa untuk berpuya2 di sekitar key-ell setelah 06bulan menahan diri daripada melakukan aktiviti tersebut? tapi.. mega sale sudah pun tamat.. sopin untuk raya je lah akhirnya.. oh ya.. untuk persiapan kawen pun boleh juak. ;) senyum


3 comments :

  1. alahai siannyer.. sekarang ni ada jualan mega raya kot..;)

    selamat menyambut ramadhan..:)

    ReplyDelete
  2. cikin
    owh..mtk2 ade..

    fara
    hehe..ye kot..

    ReplyDelete

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!