CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 14, 2009

esok.. aku mau terbang

slm

jadual aku untuk 15sep09.. insyallah..

jam 08:15pg : dari sini aku akan ke kota kinabalu dengan menaiki kapal terbang jenis fokker yang jika terlanggar sekumpulan awan akan mengakibatkan gegaran satu kapal dan secara automatiknya akan terkeluarlah segala surah2 yang aku hafal dari mulutku..

jam 09:10pg : dijangka sampai di lapangan terbang antarabangsa kota kinabalu. akan bergegas menaiki teksi untuk ke terminal dua pula. kalau sempat.. kasik panaskan badan dulu untuk aktiviti sopin2 di sini barang 10-30min sebelum berangkat ke terminal air asia. eh, bukan sopin dulu, aku kena pegi ke bahagian cc utk tukar tiket blk kawen ;) ujung tahun. mau pulang awal kerna aku sedang dipengaruhi perasaan yang amat sangat ter risau sekali jika kepulangan aku kali ini tidak membawa apa2 perubahan di senarai semak keja kawen. owh.. kakak tersayang memesan pearl.. aktiviti mencari juga memakan masa lagi tuh.

jam 12:30tghr : dari kota kinabalu, berbekal tiket harga economy promo (tiada bekalan makanan kerna berpuasa) untuk terbang ke kuala lumpur. mungkin aku bakal tersesat kerna tidak pernah terbang dari sini. biasanya aku terbang pulang ke tanah melayu dari tawau jak.

jam 15:00ptg : dijangka tiba di terminal penerbangan tambang murah, kuala lumpur. kendian.. menunggu bagasi.

jam 15:00ptg ++ : baru boleh mula berpikir.. siapa mau jemput aku nih? siapa sudi.. katakan lah!!! owh.. abang2 teksi ramai tunggu di luar sana.. cuma hulurkan saja duit raya.. huhu!

nota ringkas : kamu excited tak? kamu
excited tak? kamu excited tak? dengar entri yang sama dari aku dua hari berturut-turut? huhu.. aku yang sekarang giler excited sebetul nya!

2 comments :

  1. semoga selamat semuanya. Sure extited sgt kan? :D

    ReplyDelete
  2. moga selamat segalanya..:):)

    selamat hari raya n maaf zahir batin..:):)

    ReplyDelete

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!