CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 8, 2010

sangat geram!

slm

kejadian lebih kurang seminggu dah berlalu. tapi marah dalam hati ni still lagi geram. khamis malam jumaat yang lalu umah kami telah dipecah masuk. aceli "makhluk" tu tak masuk umah pun. dia bukak tingkap tu then kait je barang2 dari luar rumah.

nak jadikan cerita, malam tu bleh plak aku tinggalkan handbag kat atas sofa. enchek su-a-mey plak elok letakkan camera digital atas sofa gak. memang sonok lah "makhluk" tu dok mengait.

kami sedar time enchek su-a-mey nak gi kerja. tercari-cari beliau camera digitalnya sebab nak diisi bateri yang baru di-caj. bertambah pelik bile beliau terlihat handbag aku elok letak kat tepi tingkap. bile di-cek2. confirm.. purse+ kunci umah,keta + camera digital abis di-kidnap. "makhluk" tu dok memanjat tembok batu depan umah. nak panjat pagar.. takut berbunyik kot!

dalam purse adelah rm40, duit nak bayar kerepek pisang kegemaran enchek su-a-mey. yang lain2.. ic, lesen, kad nikah, atm card, credit card.. abish! kelam kelibut pagi2 tu menalipon sume bank untuk block card.

dah terang skit. kami kuar umah, berterabur segala resit, barang2 dalam handbag aku luar rumah. sempat jugak lah "makhluk" tu dok meneliti barang2 dalam purse aku tuh. then terus wat report polis, wat ic ngan lesen. berjaye jugak kami somi istri emergency leave jumaat lepas. kunci umah dan keta perlu ditukar serta merta. sebab.. "makhluk" tu dah berjaye amik kunci2 aku.

tapi syukur alhamdulillah, sebalik kejadian. malam sebelum tu kami dah berbelanja sakan beli persiapan raye. daaan.. "makhluk" tu setakat mengait je dari luar rumah. kalaulah die dapat masuk dan jadi apa2.. hish, nauzubillah.

No comments :

Post a Comment

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!