CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, April 23, 2011

04 apr 2011 - due date

seperti biasa pergi keja jam 8pg - 5 ptg (divided shift)

gi punch card, terus ke KKIA untuk weekly check up
. masih tiada tanda2 untuk bersalin.

berat badan : 64kg


tekanan darah : 110/72


gagah breakfast dengan air barli sahaja supaya keputusan urin cantik. tapi malang, urin masih mengandungi albumin. tandanya aku masih kurang minum air (^o^")


temujanji dipanjangkan untuk bertemu dengan doktor. Semua JM dah menegur.. "ai.. tak nak bersalin lagi ke? kuat lagi datang check up"
senyum je lah.

dapat jumpe doktor, dia scan anak. semua dalam keadaan okey. kepala anak sudah masuk laluan, air ketuban pun mencukupi. cuma doktor masih tak puas hati dengan keputusan pemeriksaan urin aku. dia minta untuk buat satu lagi test.

aku mintak untuk breakfast dulu. lapar sangat dah. so, makan roti + air mineral je. takut nak makan menda lain yang boleh mempengaruhi keputusan ujian.

pas breakfast, masuk klinik. bagi sample, tunggu result..

mendukacitakan!

kes aku dipanjangkan ke antenatal clinic. sabo je lah!

balik dari KKIA, masuk opis inform kawan2 yang lain yang aku kena ke anc clinic untuk rujuk doktor pakar.

sampai klinik running no sumenye baru belas2. aku plak dapat no. 49. mau pitam sudah aku menunggu.

tunggu.. punya tunggu.. tunggu dan tunggu lagi..

jam 12++ dapat jumpa doktor cek perut, tekanan darah. doktor amik time yang lama untuk study buku pink

akhirnya.. doktor bagi surat untuk register masuk ke wad jam 2petang

pasrah! balik ofis inform kawan2 sekali lagi tentang aku kena masuk wad dah ari ni jugak. balik rumah, mandi dan bersiap. jam 2 petang daftar masuk sendiri ke wad bersalin. aku masih taknak benarkan enchek su-a-mey amik cuti. bukan mau bersalin pun lagi.

aku kena monitor
- untuk 24hours urine protein.
- setiap pagi urin perlu diambil dan diuji tahap albuminnya.
- kekerapan buang air kecil dan urin juga perlu disukat ml nya.

No comments :

Post a Comment

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!