CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, May 11, 2011

hannah, 1 bulan

as.salam

usia hannah dah lebih satu bulan. pemeriksaan di klinik baru2 ni beratnya dah 4.25kg. lenguh lengan mommynya nak mengampu dia.

jahitanku.. alhamdulillah, kering seelok2 nya. tapi kekadang terasa ngilu juga tatkala mau berdiri jika dah duduk lama. hm.. normal bukan? terlupa pulak nak bertanya semasa di klinik tempoh hari.

tempoh berpantang masih belum berakhir lagi. ada juga saat dimana aku mengelat..

tak mau berstokin,
tak mau bertungku,
tak mau berbengkung,
tak mau berbedak,
tak mau berpilis + berparam..

lauk orang berpantang, setakat ini aku berpuas hati! sedap walaupun kesukaan aku untuk makan pedas2 tersekat.

sehingga ke hari ini, masih berbaki lagi 9hari aku berpantang 44hari.

ok..soklan :

haruskah aku berpantang minuman berais hingga ke 100hari?

meruntun je jiwa dan kolbu aku nak minum air berais nih!

3 comments :

  1. wahh..kite beza hari jek.. ank ita da 35hari.. bsalin 6 april.. part btungku plg mls....huhu... ita da 3hari tak bertungku....

    ReplyDelete
  2. ais... memang masalh betul nak avoid. huhu... sabar yer awak :) jauhnye gambar hannah ;)

    ReplyDelete
  3. dah sebulan ye.kejap je kan.mesti rasa malas nk masuk kerja betul x?
    hadiah hannah x pos2 lagi..nanti kami paksa en suami pos weekend ni ye :)

    ReplyDelete

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!