as.salam
4 bulan tertunggak entry hannah menyambut ulangtahun pertama. tanggal 7 april 2012 yang lepas, tiada majlis besar dibuat. cuma kami bertiga raikan di resepi rahsia saje.
hannah sangat behave. cuma terkejut sedikit bila mana ternampak api di atas kek. =)
hamil untuk kali kedua dengan usia anak pertama semakin aktif buat aku sedikit lelah (-o^")
seperti pengalaman yang lepas, semasa pemeriksaan bulanan.. terdapat kandungan albumin dalam urin. alasan - kurang minum air di bulan puasa. alhamdulillah, tahun ketiga berpuasa penuh (insyaallah)
akhir entri, aku nak mintak maaf pada semua yang sudi menjenguk blog yang dah lama tak ber-updated nih sekiranya sepanjang menulis aku ada terkasar bahasa. mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki.
pada yang dah nak pulang ke kampung. hati2 ya.. ops selamat sudah dilancarkan =) aku sebenarnya dah mula bercuti ni sehingga raya ke-tiga. raya ke-empat terus ke merdeka aku bekerja. berkhidmat demi negara katanya. hadaaap je lah.
selamat hari raya semua. maaf zahir dan batin.
ulang tayang gambar tahun lepas bleh? kami masih berTIGA =) |
No comments :
Post a Comment
time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!