CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, September 16, 2014

pemulihan cara kerja dan fisioterapi


as.salam

alhamdulillah, dapat jugak satu hari satu entri. masih berkesempatan untuk bercerita tentang harits. semua cerita ni sebenarnya berlaku pada tahun lepas. kerana itulah blog ini menjadi sunyi sepi. kesian.. terbiar.

kali ini nak bercerita tentang temujanji harits ke unit pemulihan cara kerja dan unit fisioterapi.

untuk kelas yang pertama, diorang cuma lakukan latihan ringkas dan ringan untuk harits. untuk mengetahui setakat mana kemampuan dia.

harits banyak enjoy. maklumlah dikelilingi dengan pelajar praktikal, kakak2 yang muda belia kan. mestilah enjoy =)

kami jugak diajar latihan praktikal yang boleh buat dirumah dengan menggunakan benda-benda yang ada di sekeliling.

bagus tau kelas-kelas yang harits pergi ni. pengajar2 pun banyak menggalakkan harits untuk berusaha sendiri. menangis lah anak jantan aku tu meraung tunjuk perangai taknak buat menda yang disuruh. tak sampai hati tengok memang lah, tapi sebagai ibu mau nengok anak sihat.. tahan je lah hati ni. mami memang kena kuat, bak kate enchek su-a-mey.

aku pun senang dengan pengajar2 ni. tapi kalau pada hari temujanji harits tidak sihat, aku dinasihati untuk tak membawa dia walaupun harits sedikit batuk or selsema. kalau demam lagilah dilarang sama sekali. sebab utama diorang takut harits takde mud untuk melakukan sebarang aktiviti.

 
macam kita jugaklah, kalau tak sihat.. hangin satu badan kalau disuruh buat kerja kan.

pada usia harits cukup 1tahun 2bulan harits baru berkemampuan untuk menyulur. alhamdulillah memang nampak perubahan. kalau sebelum ni harits banyak meniarap, terlentang. kalau dia nak ambil sumthin yang jauh dari dia, dia akan berguling.


banyak aktiviti yang boleh dibuat ketika di rumah. macam setengah pendapat melarang untuk letakkan bayi dalam walker kan. hannah dulu memang kami masukkan dalam walker. begitu juga dengan harits. untuk biasakan harits gunakan tapak kakinya.

masa ni, harits langsung taknak duduk. kena pegang sungguh2 sebab dia banyak melurutkan badannya.




bermula november 2013 sehingga sekarang harits masih berulang ke unit pemulihan cara kerja dan fisioterapi sehingga dia boleh berjalan satu hari nanti. in shaa allah.

Monday, September 15, 2014

pemeriksaan pendengaran


as.salam

berikutan dengan keadaan harits yang telah dirujukkan ke klinik pakar kanak-kanak, hospital taiping. makanya harits perlu menjalani pemeriksaan keseluruhan pada dirinya. apa yang menyebabkan dia lewat perkembangan. 

untuk ujian penglihatan, pihak klinik opto akan terus hantar laporan ke klinik. kami hanya akan tau keputusannya ketika temujanji dengan pakar nanti. walaupun secara kasarnya, kami dah tau tentang keadaan matanya.

kali ni harits kena buat ujian pendengaran pula. 

perkara pertama, kami diberi info ringkas mengenai pemeriksaan ni. harits perlu diberi ubat tidur. sebab semasa ujian, keputusan yang elok bergantung pada keadaan pesakit yang tenang. memang kami bangunkan dia seawal 4pagi untuk memastikan jam 9pagi ketika pemeriksaan dia akan mengantuk dan tidur. usaha ni mengelakkan dia daripada diberi ubat tido sebenarnya =)

dan sekali lagi cabaran bermula. tempat baru kan.. memang untung lah kalau dia dapat tido. langsung tak tido.
 

dah dibagi susu pun. matanya tetap buntang. sabo je lah. 

walaupun dalam keadaan bilik yang sunyi sepi seakan bilik kedap bunyi. macam studio jamming pulak (^o^") sejuk, nyaman.. masih tak dapat melawan matanya. 

tiada usaha lagi.. redha je lah menyerah harits pada pembantu kesihatan tu untuk diberi ubat tido. bukan sekali dibagi ubat tido. sampai 2kali jugak lah dibagi telan. hai lah anak.. tahan sungguh matamu.

setelah setengah jam berlalu..


dengan ayah2 pun leboh..

memang kuat lah ubat tido ni. tapi kesannya nanti.. mendapat lah. harits akan muntah mongek. kesan ubat katanya.

alhamdulillah, ujian gelombang kedua-dua belah telinganya keputusannya sangat bagus. sebelum ujian pun telah ditanya samada harits menoleh atau tidak sekiranya namanya dipanggil. kami jawab, memang dia tahu kita panggil nama dia. 

untuk pemeriksaan ini harits tak perlu diulang temujanji dah. discaj!

Sunday, September 14, 2014

pemeriksaan Harits peringkat awal

as.salam

alhamdulillah, berkesempatan untuk mencoret kisah harits sekali lagi. pemeriksaan harits pada bulan ke-10. aku ditanya kebimbangan mengenai perkembangan harits yang tidak mengikut carta tumbesaran. of coz la aku bagitau aku bimbang. tapi ayat memujuk hati jugaklah yang aku dengar.


"kadang-kadang perkembangan bayi ni berbeza puan. puan pun tak boleh nak bandingkan anak pertama dengan anak kedua. anak perempuan dengan anak lelaki. semua akan berbeza"

ok, faham. 

pada usia harits 10bulan. harits masih belum boleh duduk, berdiri. kalau boleh pun.. semuanya fully support. maksudnya aku sendiri yang akan duduk kan atau diri kan dia. kemudian dia akan tergoyang-goyang umpama pinggang nya langsung tak berfungsi. senang cakap tulang belakang nya langsung tak bekerjasama untuk menampung beban berat badannya. 

pada pemeriksaan nya juga kali ni aku informkan pada jururawat bertugas mengenai mata kanan nye sedikit juling (squint) bila aku tunjukkan sesuatu pada harits. dia akan tengok. tapi untuk bola matanya sebelah kanan mengambil masa sedikit untuk melihat objek tu dengan betul. tapi bila dia bagi tumpuan lama.. mata dia memang takkan nampak apa-apa masalah. yang ni aku rasa doktor masa pemeriksaan di klinik opto tu cakap mata harits kategori mata malas (lazy eye)

maaf, aku sedikit lompat cerita. bila aku bercerita tentang mata harits, klinik kkia terus dapatkan tarikh temujanji dengan klinik opto di klinik pakar hospital taiping. untuk pemeriksaan awal kata mereka. 

setiap kali aku dapat tau tentang sesuatu yang berkaitan dengan harits. aku dan enchek su-a-mey banyak mencari info. mata malas ni boleh dirawat. tapi dalam usia harits yang masih dikategorikan sebagai bayi masa tu mungkin sedikit sukar.

sebelum berjumpa doktor, kedua mata harits dititik kan sejenis ubat untuk membesarkan anak mata. kalau bayi atau kanak2 digalakkan tidur supaya ubat nak berkesan dengan cepat.

hm..tau lah harits. kalau dapat tempat baru. memang tak tidur lah. sibuk menengok orang keliling. 


doktor ada memaklumkan yang harits juga mungkin sedikit rabun. tapi dia tak boleh nak pastikan betul-betul lagi masa tu. ini disebabkan keadaan harits yang dikategorikan sebagai global delay development. sesetengah bayi yang mana dia lewat perkembangan akan bersangkut paut dengan anggota tubuh yang lain jugak. contohnya mata harits mungkin belum betul berkembang. yang mana otot mata masih belum berfungsi sepenuhnya. 

kami dapat tarikh temujanji yang lain. doktor nak tengok mata harits masa dia berumur 2tahun nanti.

bermula dari pemeriksaan mata, harits terus dirujuk di bawah klinik pakar kanak-kanak di hospital taiping pulak.

kami kena buat pemeriksaan pada harits dari segi penglihatan, pendengaran, kemampuan fisio, cara kerja dan pertuturan.

kad temujanji untuk harits (^o^")

Saturday, September 13, 2014

sedikit berita

as.salam

kehadapan blog yang disayangi. maaf kerana sudah lama terabai. banyak yang nak dibagitau ni. terlalu banyak kisah yang mau diceritakan, yang hendak dikongsikan dan pengajaran yang mau kamu tau.

seperti entri ringkas bergambar yang telah di-postkan sebelum ini, mungkin ada yang rajin telah minta pertolongan dari pakcik google tentang maksudnya, kan? atau mungkin ada di antara kalangan kamu yang sudah tau maksudnya.

harits telah di-diagnosis kan sebagai anak global delay development. Dari semua segi dia membesar tidak mengikut graf tumbesaran yang sepatutnya. pada awal pertemuan dengan pakar kanak-kanak. kami telah diberi pendedahan ringkas mengenai cerebral palsy. harits menunjukkan simptom-simptom awal penyakit itu. 

aku akan ceritakan semua detik-detik perkembangan harits nanti. in shaa allah, jika ada kesempatan aku akan mula ber-blog. moga blog ini akan dapat membantu sesiapa yang berhadapan dengan situasi anak yang sama. seperti yang aku lakukan selepas mendapat tau tentang harrits dan cerebral palsy ini, aku banyak mencari info.

dan blog Kasihku buat Nabila ini banyak membantu aku. kami pernah sekali dua bersembang dalam laman fesbuk dulu. tapi selepas akaun fesbuk aku ditutup, langsung aku terputus hubungan dengan beliau (^O^")

baiklah, ini saja sedikit berita buat kamu semua. 

semoga sahabat semua sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang allah swt.