CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, July 25, 2009

keja kawen #14 - busannnnna!

slm

kali ini aku mau berkongsi busannnnna impian aku pula (^o~)

acara

:

nikah

busana

:

kebaya moden (putih + silver)

koleksi

:

peribadi. gmbr blkg baju jak ek ..sengajak mau kasik suspen ;)



acara

:

bersanding

busana

:

aku gilakan fesyen yg begini pula tika ini..tapi dlm fikiran tertanya2.. butik tempahanku itu punya design ala2 yang begini kah yang penting berwarna kelabu?

koleksi

:

sumber



acara

:

bertandang

busana

:

kebaya songket (gold + brown) mau yang begini juak! tentu aku kelihatan klasik dengan cucuk sanggul itu..wah!

koleksi

:

sumber


dengan itu.. pulang beraya nanti.. misi mencari busana perlu dilancarkan. besar anganan aku ni weh..

Tuesday, July 21, 2009

Sunday, July 19, 2009

mengapa pulau jadi pilihan?

slm

puas btul aku berjalan dari satu blog ke satu blog hujung minggu kali ini. kebanyakannya sudah tentulah blog pengantin baru yang pulang dari ber-hanimun. dan ramai pula yang pergi ke pulau, kan?

rancangan hanimun kami, kedua-dua nya adalah ke pulau. bukan takut tidak cukup tanah besar untuk beromantik (wah!).. tapi ini semua adalah kerna kami gilakan berenang. owh.. maaf, sedikit tipu pula di situ. aku lebih sukakan aktiviti island hoping dan snorkeling. lain pula dengan mr. b, beliau lebih gemar untuk swimming + diving (belum punya lesen jak lagi ;p)

persiapan? jangan terperanjat.. kami sudah mula pergi ke kolam renang awam utk belajar cara berenang dan menyelam tiap kali aku pulang ke tanah semenanjung. gara-gara mau berhanimun ke pulau punya hal.. huhu.. daaan swimming suit juga telah ditaja oleh bakal mil (jgn kamu bayangkan two piece tu pula - milik ku adalah jenis full piece daaa ;p

maklumlah aku ini sudah punya ciri bakal isteri solehah - menurut sjak cadangan bakal suami tanpa bantahan. kalau diikutkan aktiviti snorkeling aku, aku cuma pakai life jacket + google = kemudian aku hanya perlu terapung2 di permukaan air. jadi tidak perlu bersusah payah menahan nafas yang lama di dalam air + tidak perlu juga
aku mengepak2kan tangan melainkan aku mau purak2 aku juak handal berenang pada orang keliling? (~o^)
kelemahan aku di situlah.. ibarat ikan tercampak ke darat pula gayaku di dalam air. menggelupur!

di bawah ini hanyalah telahan sjak.. tidak diketahui sejauh mana tepatnya pada diri kamu2.. tapi pada aku ada sedikit terkena tempiasnya..okeh..jom kita belajar menilik..


pulau

keindahannya dan kedamaian pulau pasti menjadi pilihan individu yang gemarkan ketenangan. walaupun terpaksa memperuntukkan sejumlah wang yang agak banyak untuk merealisasikan percutian ini, itu tidak menjadi halangan! apa yang pasti, kenikmatan dan ketenangan akan diperolehi kelak!

personaliti
bijak mengawal emosi, itulah gambaran tepat mengenai personaliti individu yang gemarkan percutian ke destinasi-destinasi sebegini. selain itu, individu yang tergolong dalam kategori ini juga memiliki jiwa yang agak sensitif, justeru tidak hairanlah sekiranya orangnya agak sensitif perasa dan mudah tersinggung.
percintaan
perwatakan yang lembut dan ramah sering membuatkan individu di sekeliling mudah jatuh hati dengan individu ini. tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai peminat. walau bagaimanapun individu yang memiliki ciri-ciri sebegini sememangnya bijak memilih pasangan hidup dan sentiasa berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan. sekiranya sudah terikat dengan cinta, kejujuran dan keikhlasan individu ini tidak perlu diragui lagi oleh pasangannya.


bandar-bandar besar
lain orang lain persepsinya. Percutian di bandar-bandar besar mungkin digemari oleh segelintir individu. ada yang berpendapat percutian di bandar-bandar besar ini mampu memberikan satu kepuasan yang agak eksklusif. sudah tentu di bandar-bandar besar sebegini memiliki serba-serbi kemudahan yang memuaskan dan sekaligus memudahkan perjalanan percutian individu itu.
personaliti
individu yang gemarkan percutian di bandar-bandar besar ini dikatakan memilliki sifat yakin diri sendiri dan mereka tergolong dalam kategori individu yang optimis. kadangkala agak keras kepala dan ada kalanya sukar menerima pandangan dan pendapat orang lain. selain itu soal kewangan juga harus dipandang serius kerana mereka terlalu mudah mengeluarkan wang untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah, pendek kata orangnya agak boros!
percintaan
cinta bukanlah agenda utama dalam hidup individu yang tergolong dalam kategori ini. mereka tidak serius apabila membincangkan topik berkaitan cinta. takut pada komitmen soal ini. walau bagaimanapun, individu di sekelingnya juga perlu berhati-hati kerana mereka yang tergolong dalam kategori ini dikatakan gemar bertukar-tukar pasangan.

taman tema
selalunya destinasi sebegini menjadi pilihan utama kanak-kanak. tapi tidak kurang juga, ada segelintir golongan dewasa yang gemarkan percutian ke taman-taman tema ini. keseronokan dan kemeriahan itulah yang dicari sehingga sanggup menghabiskan masa seharian dengan bermain-main sambil berjalan-jalan di destinasi taman tema pilihan mereka.
personaliti

selalunya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman. mereka gemar menghabiskan masa diluar bersama teman-teman. sikap mudah bergaul menjadikan mereka individu yang sangat disenangi. sikap agak keanak-anakan juga menjadi faktor mengapa ramai yang gemar mendampingi individu yang tergolong dalam kategori ini.

percintaan

melihat sikapnya yang agak keanak-anakan, ada kalanya membuatkan pasangannya agak bosan. mereka sukar untuk bersikap serius sekiranya dikehendaki membincangkan sesuatu perkara. walau bagaimanapun pasangannya harus bersyukur kerana individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan seorang yang tabah dan rela berkorban, khususnya untuk kebahagian pasangannya itu.


bandar/kota bersejarah

bandar bersejarah merupakan tempat utama mencari ilham bagi mereka yang berjiwa patriotik. tak hairanlah ada yang sanggup menitiskan air mata tatkala mengingatkan pengorbanan para pejuang dahulu kala mempertahankan negara tercinta. contohnya Melaka, pasti kita akan kagum dengan pengorbanan yang telah ditaburkan. tanpa pengorbanan tersebut oleh mereka yang terdahulu pasti kita tidak dapat menikmati kehidupan seperti sekarang ini.

personaliti

individu yang gemar bercuti tempat bersejarah umumnya mempunyai jiwa dan perasaan yang abstrak. sukar di tafsirkan dan dimengertikan. dari segi penampilan, mereka lebih gemar berpakaian ringkas dan sempoi contohnya seluar besar, baju besar, beg besar dan bersandal nipis. mereka ini persis seniman jalanan yang gemarkan kehidupan yang sederhana.

percintaan
sikapnya yang agak tegas dan serius kadangkala membuatkan cinta mereka ini tidak dapat dilihat secara telus. dan ini amat membimbangkan sekiranya pasangan mereka tidak dapat memahami dan mengenali secara lebih dekat siapakah diri mereka yang sebenar. lazimnya mereka ini sebenarnya gemar dimanja walaupun kadangkala mereka terlalu sukar untuk mempamerkan kasih sayang terhadap pasangan.

gunung-ganang

mendaki gunung, berekspedisi dan menghabiskan masa di kawasan hutan merupakan saat paling indah bagi mereka yang berminat denga aktiviti lasak. malah, peluang dapat bersama teman-teman menghabiskan cuti hujung minggu di kawasan pergunungan merupakan pengalaman paling manis bagi mereka. satu kepuasan yang tinggi nilainya sekiranya impian untuk menawan puncak gunung yang menjadi target utama berjaya. tak kisahlah sekiranya terpaksa mengeluarkan wang yang banyak semata-mata ingin menyertai sesebuah ekspedisi, asalkan hati puas dan gembira.

personaliti

selalunya, individu seperti ini tidak gemar menghabiskan masa di kompleks membeli belah atau bersembang di cafe mewah bersama teman-teman. pada pendapat mereka, sikap begini hanya mendatangkan kerugian dan tidak memberi apa-apa makna dalam hidup mereka. individu yang gemarkan aktiviti lasak seperti ini merupakan seorang yang berfikiran terbuka. lasak dan berdikari. tak hairanlah jika mereka ini bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. pastinya mereka ini bukan seorang individu yang membosankan.

percintaan

individu jenis ini sukakan pasangan yang mampu hidup berdikari tanpa bergantung kepada sesiapa. malah, kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan melakukan aktiviti lasak bersama teman-teman yang mempunyai minat yang sama dengan mereka. selalunya mereka jenis ini bukanlah seorang yang taksub dengan cinta atau terlalu manja. mereka gemarkan percintaan yang berlandaskan prinsip ‘ada kalanya kita bagai pasangan kekasih, dan ada kalanya kita sebagai kawan biasa’. bagi mereka yang tidak memahami prinsip seperti ini, pasti hati mudah terhiris dan terluka. tidak hairanlah jika individu seperti ini lebih senang menjalinkan cinta dengan kawan-kawan yang sudah mereka kenali.

nota kaki : maafkan aku, mud tidak sabar mau ber-hanimun aku ini sudah kian sukar untuk dikawal! eceh!

Thursday, July 16, 2009

keja kawen #13 - hanimun

slm

harus bertanya2 lagi kan? mengapa keja kawen yang satu ini berulang sekali lagi.. belakang lah aku akan cerita. rancangan kami mau ke negeri ini pula nanti..

pulau yang mana.. masih belum ditentukan lagi. masa bila pun belum boleh ditetapkan.. hujung tahun.. takut dan bimbang dengan musim tengkujuh.. kan.. ;)

klik pada imej

klik pada imej

klik pada imej

hanimun episod di negeri ini akan ditaja! weehoo..

negeri ganu memang soho.. tempak molek tanah subo..
na-na-na-na-na
terengganu kiteee..


mekasih ah pade poksu+moksu sefamili! hehe.. budget2 la kunun kalo dorang bace blog aku ni.

Tuesday, July 14, 2009

masalah ringan badan + jerawat yang aku hadapi

slm

oleh kerna aku
memasang badan memakai kebaya kelmarin, ada yang sibuk membandingkan badanku ini dengan badan mereka ketika zaman anak dare mereka dulu. ada lah juak antara mereka sempat menyumpah,

"jaga la kau fida, lps kawen nanti.. merasa la badan kau mengembang macam kakak ni"

jgn begitu ba..kak. sesedap mulut jak diorg nih menyumpah aku. tersengih2 tersipu malu jak yang aku mampu. mau melawan.. ndak payah lh. ada yang sebaya mak aku suda. x sampai hati pulak mau melawan cakap.. haih..

masalah pertama

untuk kamu2 tahu.. bentuk badanku sgt lh kurus kedempeng ringan. sudah la aku ni bleh tahan tinggi orangnya. jom buat kira2 bmi. tau jugak kamu kan bagaimana caranya.. contoh dibawah adalah kiraan untuk aku..

w (berat dalam kg)
---------------------------------------
h (tinggi dlm m) x h (tinggi dlm m)

contoh : jika berat badan 45kg dan tinggi 1.57m,
bmi = 45 / (1.57 x 1.57) = 18.26

bmi
dibawah 18.5 ---- tidak cukup berat
18.5 - 25 ---- berat yang berpatutan
25 - 30 ---- terlebih berat
30 - 40 ---- gemuk
Lebih 40 ---- sangat gemuk (obesiti)

keputusan.. aku ini dikategorikan sebagai "tidak cukup berat" rata-rata entri terhangat teman bloggers bride to be yang lain adalah mengenai kerisauan mereka tentang berat badan. lain pula masalah yang aku hadapi.. kerisauan aku pula tentang ringan badan. punya lh sesak perut cubaan aku untuk makan banyak, tapi tidak jugak berjaya. mau jugak aku ni merasa berat badan yang ideal. eceh..!

masalah kedua : posisi jerawat dan isyarat kesihatan

aku punya masalah jerawat juak. begitu riang gumbira mereka beramai2 membina perkampungan di muka ku ini..ish..

dahi

- bermaksud haba badan melampau, peredaran darah yang tidak baik. minda dan badan mungkin terlalu letih.
- nasihat : amalkan tabiat tidur awal, bangun awal. dapatkan tidur yang cukup dan minum banyak air.

hidung
- jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah
- dihujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sistem penghadaman tidak normal
- disalah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem produksi

dagu
- fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) pincang. Kaum wanita mudah mendapat jerawat disekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yang tidak teratur.

pipi kiri
- fungsi hepar mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

pipi kanan
- fungsi paru-paru mungkin tidak normal

nota kaki : gilak.. kalo gini kompleks jerawat punya sebab.. cane lh aku nk handle problem jerawat nih.. apa2 pun.. renung2kan dan selamat beramal! huhu

Saturday, July 11, 2009

keja kawen #12 - warna tema

slm
lihat.. 05 bulan lagi kiraan detik untuk sampai ke tarikh majlis kawenku. dengan itu aku mau mengumumkan warna tema idaman hati untuk majlisku nanti. pemilihannya langsung tidak mengambil masa yang lama kerna sememangnya aku sukakan warna2 ini. entri mengenai ini terpaksa diperam dipendamkan dahulu kerna kamu2 tau kan mengenai kontroversi yang pernah ditimbulkan oleh tunang tershayang..

warna yg menjadi kegilaan aku ialah..jeng-jeng-jeeeeng..

meriahnye makngah! aceli aku suke kombinasi warna nih. jgnlh kamu2 bygkn bahawa...baju pengantenku nanti ade 4-4 color di atas...tidaaak. cuba kamu2 bayangkan begini ya...
  • baju nikahku sudah berwarna puteh+silver,
  • baju bersandingku nanti berwarna kelabu.
  • pelaminku pula...berwarna merah+hitam+putih.
  • set hantaran aku...MUNGKIN ade kombinasi 4-4 color tersebut.
  • hm...bunga paharku...TETAP..bermain dengan color2 ini.
  • hadiah pintew buat teman.. sudah kamu lihat bukan dalam entri sebelum ini. warna yang diperlihatkan cuma yang berwarna putih+merah sjak, sebenarnya ada juga yang berwarna kelabu+hitam..
  • uniform familiku...kain untuk si bunga berwarna kelabu, cumanya untuk si kumbang..masih belum ditentukan lagi warnanya dan bila masa yang sesuwai utk dibeli.
  • bilik tidurku...owh...yang ini aku mau ade keempat-empat color diatas...

sumber dari sini

maknanya di sini...majlis ku nanti tidak lari daripada gabungan 4-4 warna itu. aku cuma serahkan angan2ku ini pada yang pakar. mau bikin sendiri? kamu2 tau kan...aku ni jauh di perantauan (bukan luar negara ;p aku masih di malaysia)
kiranya alasan itu tidak diterima ..iya, aku mengaku aku bukanlh jenis orgnya yang bertulang ringan + kepala hotak yang berupaya mengeluarkan lampu mentol dengan iringan bunyi "ting" itu.

nota kaki : color pn mcm website radio Hot.fm tu kn. nantilh aku jemput dorg on air kt majlis kawen aku nanti...layaaaaan!

Friday, July 10, 2009

tiada lagi batik..kini kamu dapat suda DUNIA kamu..

slm

selamat pagi jumaat yg penuh dengan kap ba ro kap alip ta nun...mmg btul2 barkat. mr.b suda dapat dunia yg beliau mau2kn itu. jadilah kan..satu minggu jak dia dapat me-nyematkan dirinya dengan pakaian formal.

mungkin selepas ini beliau akan katakan tidak pada khakis/slack + kemeja + neck tie..

(^o~) kasik kenyit mata sikit -wink-