CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, October 19, 2011

penTUAan

as.salam
camane aku bleh silap eh? aku br 28 tahun lh!

hari jadian yg ke 29tahun

as.salam
kekok bila mau mulakan bicara di saat hari jadian.
tak pernah rasenye memberi ucapan sempena kelahiran sendiri..eceh!
alhamdulillah, mencecah ke angka terakhir sebelum berpangkal kan tiga tahun hadapan, allah swt kurniakan aku dengan rezeki yang tak ternilai besarnya. syukur kepadaNya.
malam ni kami bertiga mungkin bersantap di luar. acara biasa menyambut hari kelahiran. tapi bergantung juga dengan kondisi anak dara sorang ni. semalam mummy balik kerja awal bila pengasuh call mengadukn suhu badan hannah naik mendadak.

Thursday, October 6, 2011

epal puree

as.salam

teruja sangat bila anak dah menginjak ke umur 6 bulan. mengeletis je mommy nak bagi hannah makan segala macam. cubaan pertama mommy bagi hannah bijirin beras (nestle product). bancuh dengan ebm. berselera dia. tak menolak rezeki yang masuk ke mulut.

cubaan kedua, mommy buat puri epal. tambah kismis. tapi kali ni bancuh dengan susu tin. tak cukup-cukup pulak padahal mommy buat sehiris epal je. takut nak buat banyak kot-kot hannah tak suka ke.

cubaan ketiga, mommy buat bubur nasi dengan ikan bilis. perlahan je makan. mungkin pelik hannah rasa ikan bilis tu kot. tapi alhamdulillah banyak dimakan walaupun tak habis semua yang mommy buat. mommy tolong habiskan. nak buang sayang (^o^")

meh, kongsi cara2 membuat puri. copy paste dari buku 'The Total Child'

basuh epal dibawah air yang mengalir













































kupas kulit dan buang bijinya
stimkan epal sehingga lembut. kalau guna buah lembut, tak payah stimkan (^o^)
kisar, lenyek atau parut buah tersebut


campurkan dengan ebm atau air untuk cairkan sedikit teksturnya







senang je kan? saaangat!

Tuesday, October 4, 2011

hannah turun kl

as.salam

minggu lalu kami sekeluarga turun ke kajang dan kuala lumpur. menghadiri majlis perkahwinan saudara sebelah enchek su-a-mey di siang hari. kemudian menziarah opah. malam pula majlis rumah terbuka anjuran MPKJ. seharian yang padat dengan aktiviti. kami yang tua ni pun penat duduk dalam kereta. apatah lagi hannah. tapi alhamdulilah, dia tak banyak ragam. senang bawa hannah berjalan jauh lagi lepas ni.


hannah bersama dua pupunya. lahir lebih kurang sebulan lepas kelahiran hannah

semua dua pupu yang lahir sama tahun hannah dah jumpe. nanti mommy upload gambo ye.

pelaminnya sangat sweet
 kami tak sempat pun berjumpa pengantin. sebab nak berkejar ke jalan ipoh pula. snap gambar pelamin je lah. enchek su-a-mey tak habis-habis dok perli time aku mintak permision nak masuk umah pengantin. 
"sayang dah macam geng makcik-makcik eh, gi kenduri kawen mesti nak tengok pelamin lah, tengok bilik penganten lah, hantaran lah.."
sentap!
hannah teruja melihat key-ell..yaw!
kami ke jalan ipoh, melawat opah yang uzur. opah masih sihat. matanya masih tajam mengenal orang. opah cuma makan vitamin je seharian sebab dia kurang makan nasi. makan nasi pun berulam dengan mempelam. itupun kalau ada mempelamnya. kegemarannya kuih goyang je. tu je lah yang selalu dia mintak kalau nak makan pun. moga opah sentiasa sihat. sebelum balik, opah semacam sedih. opah mintak maafkan semua kesalahan dia, halalkan makan minum dia. 

runtuh dinding hati mendengarnya (^o^") 

hannah bersama onyang



mintak enchek su-a-mey berhenti kan kereta semata-mata nak gambar hannah berlatar belakangkan klcc. teruja sangat pun aku nih. perjalanan jauh hannah yang kedua selepas cameron highland sebelum ramadhan lepas

  
klcc di belakang hannah
kami bawa balik macam-macam pemberian makteh dan makwe untuk hannah. terima kasih sangat-sangat. =)


Thursday, September 29, 2011

mommy hannah tak hot sangat =p

as.salam

lupe nak updated pasal tshirt mommy yang hot2 beli untuk anak kesayangan. aku tak hot pun tapi teringin. makanya.. tshirt itu lah tshirt hitam pertama buat hannah.

smart je. siap ade nama lagi kat belakang. ramai sedare mare yang bertanya. aku cakap beli kat internet je. dorang tak tau pun aku ade blog. aktiviti bawah tanah ni. enchek su-a-mey pun tak tau. hebat kan?

minggu hadapan hannah cukup 6 bulan. aik.. macam baru je post entri hannah 5 bulan. nampak sangat mommy dah tergelincir dari jalan benar. huhu. maap..maap!

semalam pengasuh dok tunjuk gigi bawah hannah. dah nak keluar. patut lah asik nak mengetap je sekarang ni.

sabar ye sayang, genap 6 bulan mommy bagi makan eh.

Monday, September 26, 2011

hannah, 5 bulan

as.salam

mommy dah terlewat hampir 2 minggu nak menceritakan tentang hannah. anak dara dah menginjak ke 5 bulan. alhamdulillah, dapat vaksin bulan ke-5, hannah tak demam. balik je KKIA terus minta pengasuh bagi ubat demam untuk hannah.

berat hannah dah menjangkau 6.3kg. ringan lagi. ayah masih gagah dukung hannah kalau mommy sibuk bershopping =)

hannah dan pandai.. 


- kalau nak mengisi perut, dia menyelak sendiri baju mommy mencari punca kekenyangan perut =) kalau dulu tenang je nak bf hannah kat khalayak umum. sekarang, langsung tak tenang. nak kena jenguk-jenguk juga tangan si hannah ni. yang sepatut cover.. habis nampak. kadang-kadang saja mommy kepit tangan hannah. tak dok diam eh.

- pusing 45darjah semasa meniarap. dia masih meniarap. kadang tidur ngan menyusu pun nak meniarap juga. lantak! punggung memang terangkat-angkat lah juga konon macam nak ke depan. tapi.. sedey. 

- rasa keseorangan. kalau dia tengok takde sape keliling dia. dah menjerit minta perhatian. mommy balik keja nak masak dinner langsung tak berkesempatan. memang kena tunggu ayah balik, baru dapat masak. selalu makan lambat dah sekarang ni.

- pilih rancangan tv. betul.. mommy tak tipu. hannah suka rancangan *peach machine di channel babytv.com tu je. kalau bagi tengok rancangan lain. dia bo layan. lebih senang melayan kipas siling yang berpusing sambil senyum-senyum.

- marah-marah kalau dia tak suka sesuatu. contoh kalau mommy dah bawa hannah jalan-jalan keluar rumah, then mommy masuk je dalam rumah. mengamuk tetiba. tanjat mommy. menjerit macam stok kena dera tu. langkah je keluar, senyap automatik. drama pwinces!

mommy minta maaf eh hannah, sekarang mommy dah campur susu formula ngan susu mommy. stok jadi tak cukup masa mommy demam raya hari tu. habis pakai semua stok yang ada sebab risau hannah berjangkit dengan mommy. kami bagi hannah susu dulac. dah hampir sebulan pakai, macam takde masalah. 

sekarang hannah dah tak dihantar ke taska dah. lepas raya aritu terus cari pengasuh. ade kes tak best kat taska tu. bila ingat-ingat semula, selama 2 bulan ape lah yang terjadi kat hannah selama mommy hantar ke situ. mommy macam nak menangis je. hannah dah tentu tak tau nak mengadu. (^o^")

Tuesday, September 6, 2011

raya 2011

as.salam

cagane raye tahun ni? dua hari sebelom raye aku demam + selsema. mak enchek su-a-mey dah sound.

"hai.. demam hannah nak dapat adik ke?"

(^o^")

alahai.. ke situ pulak die. sebab cuaca kowt!

ni gambar kami sekeluarga di pagi raya.

malam raya di kampung enchek su-a-mey. tapi sembahyang raya di kampung aku.


gambar keluarga aku

hujung tahun ni, mak + ayah bakal menerima menantu dan cucu lagi. tahun depan gambar keluarga makin meriah lah.


yang ni pulak gambar di sebelah keluarga enchek su-a-mey.

uit.. kami tak recycle baju raya tau.

sebelah tengahari dah balik kampung enchek su-a-mey pula.

kami bergambar pada hari yang sama. untung kampung dekat2.

gambar ihsan dari : abang & adik ipar. tenkiu!