CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 26, 2011

anak

slm

subhanallah, eksited sangat bile first time dapat tengok gambar anak. tido dah macam orang tue dh. berbantalkan lengan lagi. susah nak snap gambar dia. terpusing sane.. terpusing sini.

ade sekali tu.. sempat jugaklah nampak anak menguap.
alolo.. apelah yang letih sangat tu. tapi tu lah, langsung tak dok diam. tak dan tuan doktor nak snap gambarnye.

aceli pegi ke hospitalnye dah lame.. 06hb jan aritu. asik dok postponed je nak post gambar anak kat blog. baru skang ade keluangan waktu nak bercerita.

udah punya nama untuk anak? kami belom lagi. sedang mencari dan masih mencari nama bayi perempuan, insyaallah.

Tuesday, January 25, 2011

selusuh

slm

kali ni nak kongsi ngan sume pasal selusuh. bukan nak jadi mommy je yang perlu tau. yang belom pun kena amik tau. sekadar info. untuk masa akan datang atau perkongsian sesama kawan+keluarga, btol tak?

selusuh ni s
ekadar usaha dan ikhtiar. jangan la pulak ade yang anggap selusuh ni boleh buat kite mudah untuk bersalin. Allah yang tentukan segalanye. masing2 ada bahagian dan rezeki dalam mengalami pengalaman bersalin.

banyak yg bleh kite gunekan untuk buat selusuh;
- air (air mineral, air masak atau sebaik2nye air zam-zam lah)

- minyak (minyak kelapa muda, minyak masak biasa atau minyak zaitun)
- kurma

- kismis



pengalaman yang ade aku baca adalah menggunakan air yang direndam dengan akar fatimah macam kat gambar atas tu. ade yang panggil akar fatimah. macam2 namenye. bunga akar fatimah, sanggul siti fatimah atau genggam siti fatimah.

akar tu aku dapat dari mak sedare enchek su-a-mey yang baru balik dari mekah. belum lagi rendam untuk tujuan membasuh akar tu. bukan untuk buat selusuh. lagipun masih awal lagi untuk diguna =p

cara buat selusuh -sebijik2 aku copy dalam majalah pa&ma

cara satu
1. al fatihah
2. surah al hasyr ayat 21
3. selawat syifa (penyembuhan)
"Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami nabi Muhammad s.a.w yang menjadi penawar kepada hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya"
4. bacakan doa
"Ya Allah, dengan hak Maryam dan dengan hak mereka yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang maha pemberi rahmat"
kemudian ditiup pada air atau minyak dan perlu diminum tujuh hari sebelum tarikh jangkaan bersalin
5. sapukan air atau minyak kat perut ibu dari atas ke bawah sambil baca selawat 7x
6. minyak selusuh perlu diminum sebanyak satu sudu apabila terasa sakit bersalin (yang nih, macam aku kurang pasti plak. larat ke nk telan minyak? kalo air tu tahanlah lagi. so.. mintak kawan2 cek balik ek)

cara dua
1. istighfar 3x
2. hadiahkan bacaan kepada nabi Muhammad s.a.w, keluarga, para sahabat dan para pengikutnya
3. al fatihah 1x
4. selawat 11x
5. alam nasyrah 7x
6. al ikhlas 3x
7. al falaq 3x
8. an naas 3x
9. al fatihah 1x
kemudian berdoalah apa yang dihajati

cara tiga
1. al fatihah. apabila sampai di ayat 5, lintaskan dalam hati memohon dimudahkan bersalin sebanyak 3x
2. selawat syifa 7x
3. surah al hasyr ayat 21 3x
4. surah al a'raaf ayat 54 3x
5. hembus pada air, minyak atau kurma

begitulah. selusuh tak digalakkan dibawak masuk ke labour room (apa yang telah dilalui oleh kawan aku sendiri) sebabnye khuatir ransangan berlebihan yang boleh memudaratkan mommy dan anak. ransangan macamane.. itu aku tak tau.

huish.. post aku kali ni penuh ilmiah. bangga (^o^)

Thursday, January 20, 2011

7 bulan plas plas



slm

alhamdulillah, sampai sudah ke bulan yang ke-tujuh aku mengusung anak di dalam perut nih. syukur juga berita gembira diterima bahawa aku+anak tidak mengalami sebarang masalah setelah pakej tiga hari dua malam aku ditahan di hospital akibat turun darah.

ditemani rakan terus ke labour room. memang telah dinasihatkan oleh bidan yang merawat setiap bulan di kkia sekiranya;
- turun darah
- keluar air
- pergerakan anak kurang dari 10kali dalam masa yang ditetapkan
terus2 lah ke labour room.

selepas daftar, bp diambil, berat ditimbang, anak di-scan, bahagian 'laluan keluar anak' diperiksa.. aku ditahan dan dimasukkan terus ke maternity ward. pada fikiran aku, hanya diperiksa je. tapi rupanya prosedur baru, ibu perlu ditahan sehari-dua untuk pemantauan menyeluruh. datang cuma sehelai sepinggang, mengharapkan enchek su-a-mey dapat half day dan menge-pack barang2 harian secara kelam kabut. haih!

memang telah dinasihatkan orang keliling, masuk je bulan ke-tujuh semua barang kena ready dalam bag. tapi name pun aku. langsung tak amik pusing. sume nak mudah. balik je dari hospital semalam, terus2 aku packing barang dalam beg. bimbang kepada sebarang kemungkinan!


tinggal di wad, makan hidangan yang disediakan oleh kakitangan dari unit sendiri tersangatlah istimewa rasanya. maklumlah, perhatian kepada makanan yang hidangkan mereka sangatlah melampaui batas. pesakit lain dapat 2keping roti, aku pulak sampai 4keping roti. mau tak menjeling je akak katil sebelah aku tuh. (^o^")



kelayakan tinggal di dalam bilik untuk 2orang pesakit kadang2 terasa macam sunyi je. maklumlah.. dua-dua pesakit masih belom keluar anaknya. bila akak sebelah keluar untuk di-scan, tinggallah aku keseorangan dalam bilik. akak satu bilik ngan aku nih punya masalah placenta praevia (uri bawah) dah dekat sebulan berumahtangga kat hospital. sian tu. keadaan aku yang sakitnya - turun darah ni memang tak digalakkan untuk berjalan banyak. nak gi bilik sebelah buat lawatan pun dah kena marah dengan misi.



17hb - 19hb jan 2011 cukup untuk aku memakai uniform all pink yang hot itu. wajah gembira dirakam setelah mendapat tahu yang aku dah boleh pulang petang 19hb. cuti sakit bersambung sehingga ahad ini. disarankan berehat saje oleh doktor dan misi.

cuma nak berkongsi info tentang pendarahan yang berlaku ketika hamil ni;
- tindakan mekanikal daripada hubungan intim
- perubahan tahap keasidan dalam vagina (pH)
- kesan jangkitan pada sel di serviks keadaan seperti cervicitis (pembengkakan akibat jangkitan selalunye disebabkan jangkitan yis. tapi biasanye bleh diobati dengan sapuan ubat krim yang memang akan diberi oleh doktor.

tapi ape yang berlaku kat aku, tiada sebab. memang dibagitau oleh doktor. 30% pendarahan yang dialami oleh ibu hamil adalah kerana tiada punca. aku pun tak pasti.. ke saje je doktor tu nak tenangkan aku.

ape2 pun, aku sangat bersyukur sebab aku dan anak ok. periksa tekanan darah + degupan jantung anak setiap 4jam sekali sangat dinantikan aku sepanjang berada di wad. teruja sangat nak dengar jantung anak berbunyi. duf..duf..duf..


Friday, December 24, 2010

6 bulan plas plas

slm

cane ngan ari2 terakhir di tahun 2010 nih.. ada ok ka? aktiviti jalan2 akhir tahun ni aku ngan famili enchek su-a-mey berjalan ke utara tanah air. tak lame punye percutian, dua hari satu malam jak =)

berani
sunggoh lah kan aku tempek gambar terkini aku kat blog. btol2 bina badan kan? baru semalam timbang berat badan kat opis. nah kau.. 58kg! risaunya lah kena marah ngan misi time next month nye check up nanti. nafsu makan skang sangat2 lah di tahap luar kawalan. mudah terasa lapar.

hujung tahun camni jugak adalah musim kawen2. esok ade jemputan dari besfren. dah la kena ot sok. takut lambat plak sampai. abis lah makanan. cececeh.. makanan plak yang aku pikir eh. orang pegi nak jumpe penganten lah. haih!

barang2 untuk anak. belom buat apa2 pembelian. list pun belom disiapkan lagi. ade jugak lah aku google2. cuma sempat bace je. belom lagi sempat aku copy + paste. suke tengok set2 romper tu. punyelah comel. boboy atau gegirl.. masih menjadi tanda tanya. pertengahan jan next year baru nak buat 3d scan. excited sangat dah ni. (^o^")

Saturday, December 11, 2010

setahun sudah

slm

alhamdulillah, kami sudah genap setahun.
anak.. cukup usianya enam bulan dalam perut.

auto publish
tuan blog sedang ber-babymun di luar tanah air (^o-") luar lah sangat kan! huhu.. ke utara malaysia je kot. heh!

Saturday, December 4, 2010

5 bulan plas plas

slm

alhamdulillah, hingga ke bulan yang ke lima ni aku sihat. membesar bagai johan. sudah punya double chin.. lengan pun sudah bermuscle.. baju2an sudah mengetat.. hebat tak rasenye? tentulah hebat =)

masya allah
kali pertama terase pergerakan anak dalam perut. time tu baru balik keja shift pagi. haruslah aku tido2 dulu kan. bangun je dari tido rase macam perut memulas nak c*rit-b*rit. memikir2 lah aku ape yang aku salah makan. bila nampak perut macam bergolak2 (huhu.. aku tak tau nak terangkan cane) oh.. anak sedang menggeliat rupenye. ketawa je lah aku sorang2 sebab
enchek su-a-mey tak balik keja time tu. pelik eh, nape nak ketawa2 plak. gembira sangat kot. sebab sebelum ni bila ramai yang bertanye bape usia kandungan aku. dan.. aku cakap lima.. bertanye plak dorang. anak dah gerak2? mungkin anak dah gerak2 tapi aku yang tak perasan. macam pertama kali aku rase tu lah.. rase macam perut memulas2. tapi aku ignore kan je. sebab anak gerak2 pun sikit2 je time awal2 bulan dulu.

kelmarin pegi ke kkia buat check up. kali ni dapat scan and kena cucuk att. dah masuk 3 hari.. lengan still lagi rase sengal2. tido pun kena hati2. kadang2 bleh terbangun sebab rase lenguh.

hb turun banyak! mungkin sebab aku malas nak minom susu bancuh2 ni. harapkan enchek su-a-mey je tolong bancuhkan. kalau tak.. memang takkan minom. nak minom yang kotak selalu tu macam tak bagus pulak. kandungan gula nye sangat tinggi. tak elok tu tau untuk diri sendiri ngan anak!

subhanallah
time doc tu scan anak.. jari anak dok genggam + buka. wa.. sangat comel! rase nak jerit je. tapi aku kan sorang2.
enchek su-a-mey tak meneman aku pun. so.. sedikit segan lah aku kalau nak jerit2 suke tengok si anak dalam perut sendiri kan.

bile doc print hasil scan tu.. hitam + gelap. tak nampak pun gambar anak! kecewa betul. ni yang macam tak sabar2 nak tunggu usia 28minggu nak pegi ke scan 3d.

banyak yang terase sekarang ni. perut pulak mudah rase gatal. serius.. kadang2 tu rase macam mau berguling2 je sebab gatal sangat2. kulit mula merenggang kan. tido malam dah banyak kali kaki ni terkena "sesimpul mengkarung". korang tau tak? huhu.. ala yang belakang betis tu rase cramp2.
enchek su-a-mey lah yang dipakse bangun untuk mengurut. minyak urut memang dah sedia tepi katil. memula rase tu memang meraung jugak lah. bukan tak penah rase cramp2 kaki ni. tapi bile terkena time berbadan dua nih.. haih.. manje nye terlebih pulak. huhu

next week mau ke utara tanah air skali lagi. mau borong blouse2 je. maklumlah baju kurung yang biase pakai semuanya dah sempit depan belakang.
pergi keja pkai seluar je lah. blouse bleh dipakai selalu nanti walaupun lepas bersalin. cewah! tapi tu lah.. larat ke aku nak berjalan. nak membeli barang2 kat tesco tu pun bape kali kaki aku ni cramp. cane tu nak sopin2 (^o^")

okeylah.. kawan2. stop di sini dulu. next week aku updated lagi ye (jari bersilang) =p

Wednesday, November 3, 2010

4 bulan plas plas

slm semua

heheh.. malu okeh sebab sebulan sekali baru mau hapdet ini blog. kawan2 len semua nya berlumba-lumba punya info + cerita tentang perKEMBANGAN terkini dorang. aku je lah yang tertinggal.

buat keadaan aku sekarang ni. alhamdulillah. berat badan yang berkurang time bulan posa yang lepas sudah berjaya di top-up semula dengan jayanya. esok punya temujanji di kkia jam 8 pagi. harap semuanya dalam tulisan berwarna biru seperti biasa =)

pengambilan susu - sudah boleh diterima oleh tekak. tak seperti tiga bulan pertama dulu. bagus sangat untuk gigi dan tulang. pernah bile aku gosok gigi dan berdarah. tak mau mengadu sama enchek su-a-mey. risau dimarah, aku diamkan je. nakal eh! harap2 pas ni gigi dan tulang aku semakin kuat lah. tak mau jumpe dentist!

selera makan - juga syukur. selera tak macam dulu. macam2 mau dimakan.. tapi still lagi ade sikap demand. lambat sikit makan.. perut sure masuk angin dan menyebabkan angin menolak ke atas dan muntah2 pun berlaku. tengah malam pun bleh terbangun sebab lapo. itu normal bukan?

penampilan - yang ni malas nak citer. ade ari aku nak melawa. ade ari aku tangkap muat jek. tu yang susah nak teka jantina baby tu. eh.. macam lah kena mengena sangat kan? terlampau jugak aku ni. enchek su-a-mey mau bawak kuar berjalan malam esok untuk beli baju baru.. yeay! tapi katenye kena tengok dulu result buku merah okey ke tak. klo tak okey.. kuar duit sendiri katenye. haih!

kerja2 rumah - sudah boleh melakukan kerja2 rumah seperti mula2 menjawat jawatan suri rumah tapi berkerjaya dulu. enchek su-a-mey sangat berbangga!

buat masa sekarang kami masih belom punya masa untuk berhura-hure ke tempat2 rekreasi. makanya.. tiada gambar terkini untuk dikongsi. mungkin di lain entri. badan masih seperti dulu cuma di bahagian perut jak yang sedikit buncit. =p