CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, September 13, 2014

sedikit berita

as.salam

kehadapan blog yang disayangi. maaf kerana sudah lama terabai. banyak yang nak dibagitau ni. terlalu banyak kisah yang mau diceritakan, yang hendak dikongsikan dan pengajaran yang mau kamu tau.

seperti entri ringkas bergambar yang telah di-postkan sebelum ini, mungkin ada yang rajin telah minta pertolongan dari pakcik google tentang maksudnya, kan? atau mungkin ada di antara kalangan kamu yang sudah tau maksudnya.

harits telah di-diagnosis kan sebagai anak global delay development. Dari semua segi dia membesar tidak mengikut graf tumbesaran yang sepatutnya. pada awal pertemuan dengan pakar kanak-kanak. kami telah diberi pendedahan ringkas mengenai cerebral palsy. harits menunjukkan simptom-simptom awal penyakit itu. 

aku akan ceritakan semua detik-detik perkembangan harits nanti. in shaa allah, jika ada kesempatan aku akan mula ber-blog. moga blog ini akan dapat membantu sesiapa yang berhadapan dengan situasi anak yang sama. seperti yang aku lakukan selepas mendapat tau tentang harrits dan cerebral palsy ini, aku banyak mencari info.

dan blog Kasihku buat Nabila ini banyak membantu aku. kami pernah sekali dua bersembang dalam laman fesbuk dulu. tapi selepas akaun fesbuk aku ditutup, langsung aku terputus hubungan dengan beliau (^O^")

baiklah, ini saja sedikit berita buat kamu semua. 

semoga sahabat semua sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang allah swt.

 

Thursday, November 28, 2013

Saturday, March 16, 2013

dia dah besar..

as.salam

selamat berhujung minggu sume. weekend ni aku tak ot. hoye! akan balik kampung untuk bersiap-siap sempena kenduri kawen adik enchek su-a-mey minggu hadapan. owh.. dah lame rupenye tidak buat persiapan majlis kawen2 nih. xcited sangat lah.

pernah berhadapan dengan situasi begini tak?


bila mana si anak tak mau dok dalam car seat nye? alahai, terpakse mami bawak keta secara sopan santun tau!

harits muke tak puas hati.. apsal?

Sunday, March 10, 2013

makanan tambahan

as.salam

dah berjanji dua purnama sudah yang aku akan buat maklum balas tentang produk yang aku guna kan? ke korang tak bace post aku aritu? sedih aku tau!

time nak abis cuti beranak aritu aku dah mule kelam kabut. stok ebm untuk harits yielek! langsung aku tak buat. mule lah tak senang duduk. belajar dari pengalaman semasa bf si hannah dulu aku ade amik makanan tambahan dari jenama shaklee. tapi time hannah dulu aku tak apply pun esp. entah kenape eh, dulu xde pakej yang masukkan esp. ke aku yang tak tau. wallahualam.

beli dari member enchek su-a-mey. cepat je lah dapatnye. selepas lebih dua bulan mengamalkannya.. alhamdulillah hasil tuaian semakin meriah! ewah.. macam padi plak ye. tapi tidak lah penuh lagi esbok aku tu. setakat ni bekalan susu untuk harits semasa di hantar ke taska menggunakan yang beku. masih belum di tahap pam hari ni, esok pakai. blom lagi lah begitu. harits ni jenis kalau minum tru botol, kurang minumnye. balik je rumah memang balas dendam sungguh. macam taknak lepas kalau dapat menyusu! haih.. memang banyak kali lah mommy skip masak dinner untuk ayah. huhu nak-nak pulak bile si hannah pun menumpang sebelah. memang mommy flat terus atas tilam..


produk kedua yang aku amalkan sekarang adalah vco keluaran everlynn. alhamdulillah dah masuk botol kedua dah. pakai produk ni pun aku nampak kesan yang ketara jugak. tambah-tambah kat kulit muka. licin je aku rasa. tegang pun ye juge =)  


gambar aku sekarang ni. suci je rupenye kan? maksud aku muka lah. haha.. gambar ni candid, hokeh! anak buah aku skang ni celik gadget sungguh lah. ntah bile le die snap. cek fon nak cari gambo harits tetiba ade plak gambo aku nih. so, buat tatapan mengkeme.. ini aku yang terbaru. comey ke tidok?


vco ni jugak aku sapukan kat pipi si harits. harits alami ruam susu yang berlarutan. kalau kena nak dekat 2 minggu baru nak elok. pastu kena lagi. petua orang tua, aku yang kena pantang makan. ala.. tentu aku nih jenis bukan begitu kan. dah mule keja ni, makan memang payah nak memilih. nak-nak kalau lunch pun aku tak sempat nak cari keluar. memang makan je ape yang ade. ce try klik gambar anak teruna aku yang tido mengepak tu. korang akan nampak pipinye kemerah-merahan. kesian...


ini gambar nak kate terbaru tidak jugak. lebih kurang lepas aku sapu vco kat kulit harits. merah2 dah hilang.. kan? kan dah jadi pau kukus =)


sekarang harits mula sibuk main air liur. kebiasaan aku selepas bersalin. keguguran rambut semakin banyak. kedua-dua makanan tambahan yang aku amik, aku tengok tak membantu pun. risaunye lah rambut semakin menipis. kena carik produk lain plak ni... ade yang tau tak?

Saturday, March 2, 2013

hari2 yang berlalu

as.salam

lama tak bersiaran. haaatcho! asik bersin je dari tadi. maklumlah banyak nau habuknya. jeles bile baca walopun kalangan korang jarang update blog tapi sebenarnya draft post berlambak bukan maen.. tunggu nak publish je. yang aku nih, draft pun tak dak. nampak sangat lah pemalasnye lahai.

februari lepas. bulan kelahiran enchek su-a-mey. tiada sambutan yang hebat. raikan bersama famili kecil kami saja. masih mengekalkan tempat yang sama seperti tahun lepas. mulanya nak ke sentosa villa. aku pernah buat post psal tempat nih. tapi hujan. maklumlah.. taiping kan tempat paling lembap di malaysia. haa.. tetiba nak refresh fakta geografi plak kan. cafe nye dalam taman, so di sebabkan kami ni membawa budak2 kecil, risaukan kesihatan mereka. makanya.. haruslah kami perlukan tempat yang berbumbung saja.

makan petang yang berat. alhamdulillah dengan rezeki allah. kesihatan yang dikurniakan dan rezeki yang diberikan kepada kami sekeluarga. enchek su-a-mey sudah pun 30-an. aku bakal menyusul bulan oktober nanti. in sha allah.. 


menjamu selera di ruang yang terbuka begini. memang tak senang duduk lah si hannah. dah elok duduk dalam baby chair, bangun balik tengok2 kolam tu. tapi tu lah.. kalau guest setakat datang makan jak kat sini.. tak boleh langsung guna kolam tu. kalau stay kat sane baru boleh. pandang je lah nak oi.


bila dok makan kat tempat2 macam resort nih. hati ni teringin beno nak pi bercuti. padahal baru je balik cuti beranak. tapi..tak kirelah.. tu lain. ni cuti nak rehat2. dapat yang tepi pantai. kan ke best! berangan je lah.


gambar terbaru si pau goreng (hannah) dan si pau kukus (harits) saya!

nota kaki : pn. nad, sy masih belom boleh review lagi tentang cik lis sy tu. sport rim tak tukar lagi lah. hahaha.. nak letak gambar terbaru rasenye macam belom cukup complete. acane tu.. =)

Sunday, February 17, 2013

bumper baby cot for SALE

as.salam

simple entri kali ni. ade tak sesiapa berminat dengan bumper cot seperti gambar di bawah? ukuran untuk bumper ni sesuai untuk baby cot yang dibeli di ikea ni. tapi bak kate pembuatnye.. baby cot yang standard tu pun boleh gune juge =)


Product dimensions
Length: 123 cm
Width: 66 cm
Height: 80 cm
Bed width: 60 cm
Bed length: 120 cm

blog tuan punye di sini

readystok bumper pad.
design : cars background - black
saiz : baby cot standard,katil kayu biasa/katil standard ikea/katil mcm dalam gambar.
readystok. pm jika berminat!!! serious buyer only!
backing : japanese cotton = polkadot black
finishing with piping cord
saiz : baby cot standard,katil kayu biasa/katil standard ikea/katil mcm dalam gambar.
readystok. pm jika berminat!!! serious buyer only!

ps : aceli aku pesan sebenarnye. tapi disebabkan hal tertentu aku tak jadi. jadinye kesian plak pade yang membuat. terpakse mencari pembeli lain. takde rezeki harits nak ber-bumper cot =(

Friday, February 1, 2013

ini harta..sapa yang punya?

as.salam

masih belum tidur? tak bleh tidur pule. macam nak update pasal cik lis kat blog. tak sabo2 tunggu esok.

cik lis aku dah bertukar warne! yeay! nak pilih warne untuk disemburkan pada badan cik lis bukan senang. berminggu-minggu pikir nak warne ape.

nampak je kelisa lain yang siap di-transform ke mini cooper atas jalan sume macam lebih kurang. kuning, merah, putih, biru.. sume macam orang mude. akak ni kan mak mude. taknak lah macam mini cooper tu. nak yang macam biase2. biar orang tengok, orang dah kenal dah kereta sape. cewah! alangkan ko glamer sangat kan..

warne untuk cik lis ni adalah warne yang sama untuk kereta jenis ford. mondeo namenye. kod kaler jenis parkside. pegi show room ford, mintak flyers. pastu past kat kedai cat. mintak dia carikan kaler yang same macam keta ford tuh. keji tak? tapi lagi keji orang2 yang dalam show room tu.. kami ke sana naik keta keluaran malaysia je. tengok kami semacam. mesti dok kutuk dalam hati. mampu ke nak beli keta ford? hek eleh.. kami nak flyers jew! hahaha

ni gambar mase cik lis dalam oven besar. 


aceli gambar dah siap aku tak sempat nak snap. nanti aku snap eh. dapat je cik lis terus gantung mende ni kat cermin belakang. kena bagitau orang belakang yang aku nih jenis driver yang drive perlahan (^o^")

credit : http://kiutmiutkraf.blogspot.com/ 
salah eja taxy tu. tapi aku dah betulkan =)