CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 24, 2010

6 bulan plas plas

slm

cane ngan ari2 terakhir di tahun 2010 nih.. ada ok ka? aktiviti jalan2 akhir tahun ni aku ngan famili enchek su-a-mey berjalan ke utara tanah air. tak lame punye percutian, dua hari satu malam jak =)

berani
sunggoh lah kan aku tempek gambar terkini aku kat blog. btol2 bina badan kan? baru semalam timbang berat badan kat opis. nah kau.. 58kg! risaunya lah kena marah ngan misi time next month nye check up nanti. nafsu makan skang sangat2 lah di tahap luar kawalan. mudah terasa lapar.

hujung tahun camni jugak adalah musim kawen2. esok ade jemputan dari besfren. dah la kena ot sok. takut lambat plak sampai. abis lah makanan. cececeh.. makanan plak yang aku pikir eh. orang pegi nak jumpe penganten lah. haih!

barang2 untuk anak. belom buat apa2 pembelian. list pun belom disiapkan lagi. ade jugak lah aku google2. cuma sempat bace je. belom lagi sempat aku copy + paste. suke tengok set2 romper tu. punyelah comel. boboy atau gegirl.. masih menjadi tanda tanya. pertengahan jan next year baru nak buat 3d scan. excited sangat dah ni. (^o^")

Saturday, December 11, 2010

setahun sudah

slm

alhamdulillah, kami sudah genap setahun.
anak.. cukup usianya enam bulan dalam perut.

auto publish
tuan blog sedang ber-babymun di luar tanah air (^o-") luar lah sangat kan! huhu.. ke utara malaysia je kot. heh!

Saturday, December 4, 2010

5 bulan plas plas

slm

alhamdulillah, hingga ke bulan yang ke lima ni aku sihat. membesar bagai johan. sudah punya double chin.. lengan pun sudah bermuscle.. baju2an sudah mengetat.. hebat tak rasenye? tentulah hebat =)

masya allah
kali pertama terase pergerakan anak dalam perut. time tu baru balik keja shift pagi. haruslah aku tido2 dulu kan. bangun je dari tido rase macam perut memulas nak c*rit-b*rit. memikir2 lah aku ape yang aku salah makan. bila nampak perut macam bergolak2 (huhu.. aku tak tau nak terangkan cane) oh.. anak sedang menggeliat rupenye. ketawa je lah aku sorang2 sebab
enchek su-a-mey tak balik keja time tu. pelik eh, nape nak ketawa2 plak. gembira sangat kot. sebab sebelum ni bila ramai yang bertanye bape usia kandungan aku. dan.. aku cakap lima.. bertanye plak dorang. anak dah gerak2? mungkin anak dah gerak2 tapi aku yang tak perasan. macam pertama kali aku rase tu lah.. rase macam perut memulas2. tapi aku ignore kan je. sebab anak gerak2 pun sikit2 je time awal2 bulan dulu.

kelmarin pegi ke kkia buat check up. kali ni dapat scan and kena cucuk att. dah masuk 3 hari.. lengan still lagi rase sengal2. tido pun kena hati2. kadang2 bleh terbangun sebab rase lenguh.

hb turun banyak! mungkin sebab aku malas nak minom susu bancuh2 ni. harapkan enchek su-a-mey je tolong bancuhkan. kalau tak.. memang takkan minom. nak minom yang kotak selalu tu macam tak bagus pulak. kandungan gula nye sangat tinggi. tak elok tu tau untuk diri sendiri ngan anak!

subhanallah
time doc tu scan anak.. jari anak dok genggam + buka. wa.. sangat comel! rase nak jerit je. tapi aku kan sorang2.
enchek su-a-mey tak meneman aku pun. so.. sedikit segan lah aku kalau nak jerit2 suke tengok si anak dalam perut sendiri kan.

bile doc print hasil scan tu.. hitam + gelap. tak nampak pun gambar anak! kecewa betul. ni yang macam tak sabar2 nak tunggu usia 28minggu nak pegi ke scan 3d.

banyak yang terase sekarang ni. perut pulak mudah rase gatal. serius.. kadang2 tu rase macam mau berguling2 je sebab gatal sangat2. kulit mula merenggang kan. tido malam dah banyak kali kaki ni terkena "sesimpul mengkarung". korang tau tak? huhu.. ala yang belakang betis tu rase cramp2.
enchek su-a-mey lah yang dipakse bangun untuk mengurut. minyak urut memang dah sedia tepi katil. memula rase tu memang meraung jugak lah. bukan tak penah rase cramp2 kaki ni. tapi bile terkena time berbadan dua nih.. haih.. manje nye terlebih pulak. huhu

next week mau ke utara tanah air skali lagi. mau borong blouse2 je. maklumlah baju kurung yang biase pakai semuanya dah sempit depan belakang.
pergi keja pkai seluar je lah. blouse bleh dipakai selalu nanti walaupun lepas bersalin. cewah! tapi tu lah.. larat ke aku nak berjalan. nak membeli barang2 kat tesco tu pun bape kali kaki aku ni cramp. cane tu nak sopin2 (^o^")

okeylah.. kawan2. stop di sini dulu. next week aku updated lagi ye (jari bersilang) =p

Wednesday, November 3, 2010

4 bulan plas plas

slm semua

heheh.. malu okeh sebab sebulan sekali baru mau hapdet ini blog. kawan2 len semua nya berlumba-lumba punya info + cerita tentang perKEMBANGAN terkini dorang. aku je lah yang tertinggal.

buat keadaan aku sekarang ni. alhamdulillah. berat badan yang berkurang time bulan posa yang lepas sudah berjaya di top-up semula dengan jayanya. esok punya temujanji di kkia jam 8 pagi. harap semuanya dalam tulisan berwarna biru seperti biasa =)

pengambilan susu - sudah boleh diterima oleh tekak. tak seperti tiga bulan pertama dulu. bagus sangat untuk gigi dan tulang. pernah bile aku gosok gigi dan berdarah. tak mau mengadu sama enchek su-a-mey. risau dimarah, aku diamkan je. nakal eh! harap2 pas ni gigi dan tulang aku semakin kuat lah. tak mau jumpe dentist!

selera makan - juga syukur. selera tak macam dulu. macam2 mau dimakan.. tapi still lagi ade sikap demand. lambat sikit makan.. perut sure masuk angin dan menyebabkan angin menolak ke atas dan muntah2 pun berlaku. tengah malam pun bleh terbangun sebab lapo. itu normal bukan?

penampilan - yang ni malas nak citer. ade ari aku nak melawa. ade ari aku tangkap muat jek. tu yang susah nak teka jantina baby tu. eh.. macam lah kena mengena sangat kan? terlampau jugak aku ni. enchek su-a-mey mau bawak kuar berjalan malam esok untuk beli baju baru.. yeay! tapi katenye kena tengok dulu result buku merah okey ke tak. klo tak okey.. kuar duit sendiri katenye. haih!

kerja2 rumah - sudah boleh melakukan kerja2 rumah seperti mula2 menjawat jawatan suri rumah tapi berkerjaya dulu. enchek su-a-mey sangat berbangga!

buat masa sekarang kami masih belom punya masa untuk berhura-hure ke tempat2 rekreasi. makanya.. tiada gambar terkini untuk dikongsi. mungkin di lain entri. badan masih seperti dulu cuma di bahagian perut jak yang sedikit buncit. =p

Friday, October 1, 2010

3 bulan plas plas

slm

nak ucapkan selamat hari raye pun x sempat aritu. maap sangat2. macam berbakul-bakul je salah silap yang telah dilakukan. pastu dah raye. ramai gak yang dah buat open house. pastu dah ade yang start buat pose sunat syawal. ampun maap belum jugak buat2 kat blog nih. sekarang nih baru sebok-sebok nak ucap selamat hari raye. mintak ampun kat sume.

okeh.. ni alasan nya
  • mengalami alahan di awal kehamilan yang sangat sangat sangat teruk. sampai 3 kali aku taip "sangat" tu maksudnye. memang sangat! =p
  • berat badan makin kurang menyebabkan nak on blog pun tak larat - tengok tu kritikal sangat!
tu le sebabnye. sampaikan aku langsung tak sempat nak ucap selamat hari raye aidilfitri pade semua. so, kat sini aku nak mintak maaf banyak2 kot aku ade buat korang terase ati ke. tulisan kat sini sumenye mengikut sesedap rase. pikir pun tak berkali2 macam nak buat karangan exam. dah taip, kadang2 je check balik. kalau tak, terus klik kat publish je.

ramai jugak kawan bloggers yang dah selamat menjadi puan dalam bulan syawal. selamat penganten baru. moga kekal ke akhir hayat dan dikurniakan rezeki yang lebih lepas ni.

buat yang dah selamat melahirkan baby. alhamdulillah.. rezeki tuhan yang satu memang dinanti2kan semua pasangan. selamat menjalankan tugas sebagai ibu + bapa. bagi yang belum.. insyallah, "rezeki" tu ade. cepat dan lambat je. allah swt dah mengaturkan yang terbaik untuk kita. bersangka baik je dengan semuanya.

raye pertame tahun ni.. kami mengamalkan demokrasi terpimpin. malam raye di rumah enchek su-a-mey. pagi raye di rumah aku. pas semayang raye kami balik ke rumah enchek su-a-mey semula sebab dorang ade buat rumah terbuka di raye pertama. malam raye tido kat umah aku plak. sebabnye raye kedua aku kena keja plak..uhuk..uhuk..

tak brape nak beraye sebab kesihatan dalam kondisi yang tak menentu. kadang ok kadang tidak. letihnye macam orang berpose dua bulan berturut2.. padahal ponteng je banyak.

perbezaan yang dirase sekarang
  • laksa bukan kegemaran aku dah sekarang ni. kalo dulu dengar je laksa, terbau je kuahnye memang gile sangat aku nak makan. sekarang ni tidak lagi.
  • dulu enchek su-a-mey buat sepah2 kat umah. aku lah orang yang paling bising kat muke dunia ni. sekarang ni aku pulak suke beno buat sepah2. dia le yang mengemas.
  • buat keja umah langsung dah tak mau. masak, basuh baju, lipat baju, menyapu.. sume2 lah. langsung takdak mud nak buat.
  • kemalasan diri yang berganda. mau baring je. datang keja pun.. buat keja skit, lepak +tido kat surau je lebih.
  • nak pose penuh langsung tak dapat. dapat doploh ari je. malu aku ngan anak sedare enchek su-a-mey bile cakap aku ponteng pose. maka, duit raye aku tahun ni kurang skit. eh, aku dapat duit raye? huhu.. dari enchek su-a-mey jew =)
  • bile malam.. walopun perut lapo, tapi mesti tak tau nak makan ape. langsung tak berselera. sian enchek su-a-mey. die turut same menahan lapo. bile dipakse makan.. tak sampai setengah jam sure kuar balik.
  • langsung tak bleh minum air kosong. mau yang manis2 je. ish2.. tak elok tu.
  • member lain cakap.. kecantikan semulajadi aku dah kurang. uhuk..uhuk.. sedey! dah malas nak bermake-up2. kuar umah selekeh semacam je. sedar sume tu.. tapi malas nak mencantek2. =p
banyak bezanye. berdoa kuat semoga bulan seterusnya aku makin kuat. makin rajin - jari bersilang. =p

Wednesday, September 8, 2010

sangat geram!

slm

kejadian lebih kurang seminggu dah berlalu. tapi marah dalam hati ni still lagi geram. khamis malam jumaat yang lalu umah kami telah dipecah masuk. aceli "makhluk" tu tak masuk umah pun. dia bukak tingkap tu then kait je barang2 dari luar rumah.

nak jadikan cerita, malam tu bleh plak aku tinggalkan handbag kat atas sofa. enchek su-a-mey plak elok letakkan camera digital atas sofa gak. memang sonok lah "makhluk" tu dok mengait.

kami sedar time enchek su-a-mey nak gi kerja. tercari-cari beliau camera digitalnya sebab nak diisi bateri yang baru di-caj. bertambah pelik bile beliau terlihat handbag aku elok letak kat tepi tingkap. bile di-cek2. confirm.. purse+ kunci umah,keta + camera digital abis di-kidnap. "makhluk" tu dok memanjat tembok batu depan umah. nak panjat pagar.. takut berbunyik kot!

dalam purse adelah rm40, duit nak bayar kerepek pisang kegemaran enchek su-a-mey. yang lain2.. ic, lesen, kad nikah, atm card, credit card.. abish! kelam kelibut pagi2 tu menalipon sume bank untuk block card.

dah terang skit. kami kuar umah, berterabur segala resit, barang2 dalam handbag aku luar rumah. sempat jugak lah "makhluk" tu dok meneliti barang2 dalam purse aku tuh. then terus wat report polis, wat ic ngan lesen. berjaye jugak kami somi istri emergency leave jumaat lepas. kunci umah dan keta perlu ditukar serta merta. sebab.. "makhluk" tu dah berjaye amik kunci2 aku.

tapi syukur alhamdulillah, sebalik kejadian. malam sebelum tu kami dah berbelanja sakan beli persiapan raye. daaan.. "makhluk" tu setakat mengait je dari luar rumah. kalaulah die dapat masuk dan jadi apa2.. hish, nauzubillah.

Monday, August 30, 2010

ramadhan 20

slm

lagi sepuluh hari kite nak beraye. cuti baru2 ni sempat lah jugak aku balik ke rumah mak enchek su-a-mey. dan kami telah melakukan aktiviti untuk menyambut hari raye. telah berjaye membuat tat nenas dan tempeyek. owh.. kedua2 nye sedap belake. ce, tgk tat nenas tu. mak
enchek su-a-mey mintak aku uli jem nenas tu beso2. katenye bukan nak buat meniage. puaskan ati orang makan je. aku setuju bebeno tu.

ate, kome tak geram tengok tat nih? sib baik ber-selotep. gambo tempeyek tak sempat nak snap. tertinggal kat umah kuale. yang tu pun sedap gak. gigih kami berjage lepas bersahur. siap sume jam seploh pagi. pas siap sume.. dua2 pengsan sampai ke zohor.

ooh.. satu berita yang mau dikongsikan bersama,

alhamdulilah, baru 9 minggu. dia sangat kecil. doakan semoga semua dipermudahkan oleh-Nya. amin.

rezeki bantuan raya pun dah diumumkan. rezeki lagi tu. alhamdulillah (^o^)

Tuesday, August 10, 2010

selamat berpuasa

see..badan bagai dipam-pam
slm

juz nak mengucap selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak. mohon maaf diatas semua keterlanjuran sepanjang berblogging ini.

selamat berpuase ye, kawan2.

Thursday, August 5, 2010

roti segar

dia adelah bayi lelaki =)

alhamdulillah, ibu dan bayi selamat dan sihat.







nota kaki : insyallah next year turn aku plak.

Wednesday, August 4, 2010

berita gumbira

slm

alhamdulillah, enchek su-a-mey dah terbukak ati untuk membawa aku berjalan2 ke sempadan utara. yeay.. bleh shopin baju raye. gerak dari kuala kangsar mungkin lewat petang dan bertungkus lumus untuk sampai ke pintu gate sempadan sebelom jam 10mlm. semoga semua perjalanan dipermudahkan.

ari ni aku bakal mendapat anak sedare lagi sorang. doa supaya kakak aku selamat semuanya ye. gambar baby akan diupload nanti. roti segar dari oven. haruslah ditepekkan di sini kan.

alhamdulillah jugak. bertimpa2 berita gumbira yang aku dapat. =)

Saturday, July 31, 2010

sekali dalam bulan biru

slm

ish2.. tuan punye blog nih mcm dah lupe diri plak ye. lame gile amik mase nak update blog kan. maaf eh. bile on je laptop, enchek su-a-mey yang men. on jak, die sibuk soh carikan ini lah. carikan itu lah. aceli, khamis lepas beliau telah selamat di-interview. untuk jawatan kerajaan. alhamdulillah dipanggil jugak akhirnya. hasilnya akan diketahui raye nanti. tak lame lagi je tu =) kena kuat berdoa nih.

kerja di opis semakin buat aku lelah. haih. bekerja dengan orang yang lebih berumur, lain carenye. beban keja akan bertambah bile seorang rakan akan berpindah. semua akan bertai-chi keja. owh..yang dikendong pon tak terkejar. ini pulak ditambah baru. kena kuat berdoa nih, tabahkan ati.

kesihatan sekarang agak so-so. tekanan di tempat keja dah semakin terbawak2 ke rumah. sering ditegur enchek su-a-mey. biaselah, aku nye emosi ni kan stok pelakon anugerah skrin. balik keja, ade je hidangan luahan hati buat enchek su-a-mey, menadah telinga je lah beliau.

next week rancangannya mau berjalan ke sempadan utara. tapi macam berat ke tak jadi je. enchek su-a-mey tak nak pegi dalam keadaan yang kelam kabut. taknak bertolak awal pagi. aku dah over eksaited dah nak sopin2 baju raye kt sane nih. kena kuat berdoa nih, bukakkan ati die ye. cewah.

alhamdulillah, bersyukur sangat2. ade rakan blogger yang dah selamat melahirkan baby. ade yang baru disahkan hamil. yang baru bergelar puan.. tahniah ye. pade yang masih dalam perjalanan ke hari bahagia. jaga kesihatan juga ye. macam ucapan nak tinggalkan blog lame plak gayenye nih. mud mau melahirkan entri baru kadang je tiba. susah nak ramal =)

jaga diri ye sume. slm.

Tuesday, July 13, 2010

takutnyew!

a. sejak bile plak lah aku ni "suke" terhadap kaum sejenis nih?

b. aku sudah sah berkawen, ok!

c. aku report ke polis nak? ni dah kire cam ugutan je ni.

d. dah la send text tengah2 mlm. esoknye, bleh plak cal pagi2 bute jam 3-4pg. ngacau idop orang betol lh!

e. "k0 nk mmp0s ngan ak kew..." - takutnyew! =p

Thursday, July 8, 2010

coti emergency

slm

todei.. memula enchek su-a-mey gi keja seperti biase. aku keja shift petang. jadinya, berilek2 dulu lh sambil menuntun tv. takdenye aku nak nengok hi-lite pasal bola spain vs german. tak reti pon nak tengok. yang pasti.. cukup untuk aku tau yang spain menang. huhu

tapi, dalam jam tujuh lebey macam tu. enchek su-a-mey text. dia bagitau yang dia patah balik. sebab enjin overheat. semalam lagi sebetulnye. ingatkan dah settle bile tambah air. tapi rupenye enjin nye memang dah problem.

bile dah enchek su-a-mey coti.. of cos lah aku pun turut gedik2 nak coti. text pade bos + rakan tugas. coti diluluskan. yeay!

maka, sekejap lagi kami akan berabiskan mase di worksyop di hari coti emergency yang indah ini. waseh!

kancil ijo kesayangan enchek su-a-mey dah lame tak sakit. sekali sakit.. umangaih, caj macam masuk hospital private. huhu!

Tuesday, July 6, 2010

kafein

slm

aku peminat kopi/kafein tegar. sukar mengelak untuk tidak menikmati kopi/teh tiap2 hari. dan sekarang aku dalam tempoh untuk berpantang.. katakan tidak pada kafein!

dan aku tahu yang kafein akan mengakibatkan kesukaran untuk hamil udah lama. tapi aku berpantang ni baru bermula. demi maukan bebi.. aww! =p


sekadar berkongsi info


Sukar Hamil.. Salah Siapa?


Kesuburan adalah anugerah yang perlu dihargai dan dipelihara. Banyak faktor boleh menjejaskan kesuburan seseorang, sama ada lelaki atau wanita. Untuk mengekal dan meningkatkan kesuburan, wanita perlu:

Kurangkan pengambilan kafein. Ada kajian menunjukkan pengambilan kafein melibihi miligram sehari boleh melewatkan kehamilan. Biasanya secawan kopi mengandungi antara 80 hingga 175 miligram kafein.


sumber : petikan entri dari sini

Kafein boleh jejas kesuburan.
Wanita kerap minum kopi sukar hamil.


Wanita yang mengambil kafein menyamai empat cawan kopi sehari berkemungkinan besar kurang mempunyai peluang mendapat anak sehingga 26 peratus - sebagai tambahan kepada bukti ia boleh menjejaskan kesuburan dan kesihatan janin.


sumber : petikan entri dari sini


Wednesday, June 30, 2010

bont*t epal

slm

kelmarin dulu kuar ngan enchek su-a-mey sama maknye. jalan2 + sopin2 + makan2. time tuh kitorang kat jj ipoh. ntah cane.. mak enchek su-a-mey berpaling tengok aku. tenung muke aku lame2. aku dah cuak o bebeh le.. kot2 ade lebah ke kat muke aku. terdiam nih.. straight je aku diri ngadap mak enchek su-a-mey..

tetiba die cakap










"dagu tuh dah macam bont*t epal plak mak tengok"












aku pon tak tau nak balas reaksi tu cane. ala2 comel kah itu? atau.. aku perlu berlagak seksi? tu bleh dikategorikan sebagai satu pujian ka? kompius!

Wednesday, June 23, 2010

hamil

slm

tajuk sengaje nak kasik gempak sebab dah lame blog ni tak melahirkan entri baru. maaf ye jika itu telah membuatkan kamu, kamu dan kamu kecewa. entri sebelum ni bukan bercerita tentang aku sudah berjaye hamil. tapi aku cume tertekan. dan bile aku asik tertekan.. peluang untuk aku hamil tipis. pernah terbace. tak tahu kebenarannye (^.^")

juz nak bercerita tentang anugerah allah yang satu tu. kali kedua agaknye aku bercerita psal ni. lepas entri yang ini. maklumlah keliling dah tanye. dua tiga bulan awal perkahwinan memang pertanyaan bleh dibalas dengan senyuman dan kalo kuat bleh dibalas " petang nanti kami nak gi beli baby kt tesco kot".. tu pun klo kuat lah. setengah orang akan paham dan mereka takkan bertanye lagi. setengah orang pulak susah nak paham. balik2 mereka akan perli-memerli. adalah sangat menyakitkan hati bile yang memerli orang yang kite akan jumpe hari2. orang yang same2 bekerja dengan kite hari2.

tak perlu lah diulang2 ayat yang menyakitkan hati. cukup sekadar dalam diam kamu mendoakan aku untuk hamil dan punya anak dalam masa terdekat. itu lebih baik bukan? tapi aku perlu mintak maaf juga pada die mungkin di mulut beliau memerli, tapi di hati beliau sangat mendoakan aku. mungkin.. hanya allah saje yang tau.

tentang bunting pelamin. dulu.. dulu lah ye cerita ni. aku langsung tak faham ape maksudnye -bunting pelamin ni. mase sekolah menengah dulu lah aku cuba untuk terjemahkan satu persatu perkataan. pada fahaman aku bunting adalah mengandung. dan pelamin of coz tempat kite bersanding tu kan. di sekeliling aku ni ramai yang berkawen ngan askar + polis + guru + nurse yang mane lepas abis belajar dorang akan dipostingkan, kan? untuk mengelakkan dorang akan dipostingkan jauh, dorang mesti nikah dulu, kenduri kemudian supaya alasan kukuh untuk berkhidmat di kawasan berdekatan.

maka, bile dah nikah.. menda dah halal. tunggu ape lagi. maka ter-mengandunglah sang perempuan ini. hari kenduri mereka pun bersanding. jadinya.. sang panganten pompuan bunting di pelamin. kat situ lah timbul idea maksud bunting pelamin aku tu. maksud sebenarnye pula aku pun tak pasti bile aku start tau. =p okeh.. cukup menceritakan kebodohan aku dulu-dulu =p

dan aku terlepas bunting pelamin tersebut sebab hari ketiga aku bernikah, aku period. lepas kawen, adelah dalam tiga minggu aku dok bersame ngan enchek su-a-mey sebelom aku terbang ke sabah. dalam tempoh tu, aku memang ade rase macam loya2, muntah, tak lalu nak makan, mengidam macam2, badan macam sedikit naik sampaikan enchek su-a-mey syak yang aku hamil. janggal menggunakan perkataan -hamil. tapi itu lebih indah =)

tapi aku tak bleh nak agak lagi sebab kitaran period aku memang setiap bulan akan tolak tambah sehari atau dua je bezanya. dok di rumah enchek su-a-mey ketika itu tau je lah bagi orang bercuti.. makan, tgk tv, tido, memanjat sane sini memasang langsir, buang sawang, menyapu, mengemop, dok mengemas umah memang berhempas pulas lah.

sehinggalah hari aku period, sakit aku lain macam. sampaikan satu hari darah yang keluar berketul macam hati lembu + besar. cuak, aku takut. beritahu enchek su-a-mey, beliau ajak ke klinik. tapi aku takmo. aku risau.. jika itu yang dikatakan "keguguran". alhamdulillah lepas tu tiade ape yang berlaku. pade pikiran aku, itu cuma darah beku, bukan "apa-apa". syukur sekali lagi, period aku berjalan dalam kitaran yang okey setiap bulan.

bercerita tentang syak oleh enchek su-a-mey tu memang aku bertekad juga mau cek sendiri. tapi malangnya aku tak punya kekuatan untuk beli pregnancy test tu di farmasi atau kedai. serius.. aku malu. macam orang lain memandang aku semacam. memang pernah berkali2 jugak lah aku ke bahagian pregnancy test nih. lame okeh aku dok situ. dalam diri berkire2 nak beli ke tidak. punya konflik dalam pale otak ngan ati. nak atau tak nak. berhenti di bahagian tu pun orang dah pandang semacam. last2 aku tak beli.

enchek su-a-mey pun pelik. bile disuruh die yang belikan dia menolak. tau pun.. maloo. akhirnya.. aku langsung tak beli dan tak penah beli. tips ye.. dari kakak aku. nak beli yang murah beli je kat farmasi bodo2. yang kat guardian / watson tu mahal sikit. aceli sikit je lah. =)

akibat terlalu lame menghabiskan mase di bahagian itu, rupenye ovulation test kit pun ade ye? itu mungkin dapat bantu kot orang yang macam aku untuk mengenalpasti waktu subur. betulkan aku jika aku salah =p

tentang period - maaf ye jika entri kali ini banyak membicara tentang hidup seorang perempuan + isteri. =) kedatangan period setiap bulan tak pernah lewat sehari dua. tapi memang menyakitkan hati lah bile tiap kali period datang =) bagi kami yang berharap ni kan. ape2 pon kami tetap berdoa kuat sekiranya ade rezeki buat kami nanti. berusaha juga penting.. selebihnya tawakal. sentiasa positif.

kami baru enam bulan, kalau nak dibandingkan dengan mereka yang banyak tahun tapi masih belom punya anugerah itu. siapalah kami. kami mohon kami sekuat mereka. pada kamu yang sudah punya anugerah besar itu, aku turut menumpang gembira + bahagia.

memang kadang tertekan jugak lah dengan kerja, kawan, dan famili yang berharap supaya kami berdua dikurniakan anugerah itu seawal umur kami begini. tiap kali keluar bersosial bersama mak enchek su-a-mey dan berjumpe saudara mara atau kawannya. ayat yang biase.. "ni menantu, cucu je takde lagi" mule2 sentap. tapi menda tu sebenarnye jadi pendorong dan doa juge untuk kami untuk terus berusaha.

dan ye.. bile pikiran asik memikirkan tentang hamil. secara tak langsung badan bertindak balas untuk meniru simptom2 kehamilan. maksud aku badan akan mudah rase letih, loya2 dan sekaligus memang nampak seperti dia hamil. yang itu aku tau melalui citer bersiri "glee" di ntv7 baru2 ni. tak pasti same ade itu fakta atau auta. sesape bleh sahkan tak tentang ini?

akhirnye, tu je yang aku nak kongsikan tentang topik hamil kali ni =) jangan pikir aku sudah hamil ye. aku masih berusaha keras dan doa kuat2 ni.

nota kaki : wah! panjangnye entri, kagum!

Thursday, June 3, 2010

eh?

If I am under pressure, how can I be pregnant?

Wednesday, June 2, 2010

sama2..bukit didaki..sama2

slm

aku kalo boleh la nak amalkan cara idop sihat sentiasa. tapi akibat dari cuti sabtu ahad aku telah ditarik oleh Kementerian Kesihatan (biar aku kasik bold+ merah kan sikit) maka dapatlah aku satu ari je nak eksesais. ahad lepas berjalan aku dan enchek su-a-mey mendaki bukit larut.

tu pun dah rezeki aku dapat cuti ari ahad. same rest day ngan enchek su-a-mey. minggu ni kemponan aku nak eksesais same2 =( kenduri kawen pun mungkin tak dapat pegi sebab aku TERpakse bertugas. klo tak minggu nih aku dan famili enchek su-a-mey akan kelantan dah tau! haih!

bukan ape.. bile mulot keliling dok bercakap yang badanku semakin berisi. jadi macam takot pulak. tapi.. sebenarnye, keja rumah kite yang ari2 tu pun dikire eksesais jugak. balik keja.. terus bersilat di dapur. membasuh baju.. menyapu.. mengemop. kan eksesais jugak tu. =) positif okeh!

Thursday, May 27, 2010

korang best lah

slm

walopun esok adalah cuti.. dan seterusnye cuti ujong minggu. tapi aku dengan rase sedihnye nak kabo ke kome yang ari sabtu aku kena ot manakala enchek su-a-mey pula kena keja half day. sob.. sob! sedih wo.

so.. tiada aktiviti yang panjang untuk kami ber-dating. oh ye.. kuala kangsar sudah tibe musim durian. =)

ari ahad.. kami mau berkebun. pokok bayam dah tinggi lutut, tapi ade dua pokok je. yang lain sudah menjadi santapan sipot ba*i. tak sempat kami tabur racun.. dia dah santap dulu. chait!

Monday, May 24, 2010

jelek

slm

ujong minggu kali ni berjaye jugak aku keluar dating sama enchek su-a-mey. walopun pagi tu aku TERpakse masuk keja o.t selama 2jam. memula sekali kami cari kedai perabot. masih cuci2 mata untuk melengkapkan kediaman. kemudian terus ke wayang, booking tiket muvi iron man 2. iye.. kami ketinggalan. orang dah sibuk story muvi2 lain.. kami baru nak tengok.
enchek su-a-mey malas nak bersesak dengan orang ramai time muvi baru kuar di wayang. ikotkan saja lah.

sebelom masuk wayang, harus dialas perut dengan makan fas fud walopun dalam keadaan aku sedang berpantang - say no to fas fud. apakan daya, aku hanya insan biasa. bisa cair + mudah tergugat iman. cewah!

okeh.. cerita asal adalah tentang JELEK

a. bila aku dan enchek su-a-mey sedang menengok muvi. bdak2 kecik @ skolah @ baru blajar nak up dalam 4-5 orang dok bising2. sebaris pulak duduknye di belakang kami. time lampu dalam wayang off.. bleh plak sorang budak nih, dok menjerit.. "mama.. saye takut gelap" ok.. memula memang lah aku pun amik port.. gelak sebab lawak. tapi bile ko dok ulang ayat tu dalam 6-7 kali. tu bleh buat aku marah! sudah lah buat bising. kaki tu panjang betul dok letak kat belakang kusi aku. dah tu plak dok goyang2 kan.
enchek su-a-mey dua kali jugak lah menegur.. tapi dorang jenis tak hormatkan orang langsung. sepanjang muvi aku pening pale sebab kusi aku digoyangkan oleh bdak2 tu. macam nak muntah pun ade.. mabuk akibat perilaku dorang.

b. di surau awam. adik.. akak tak marah kau nak bermake up lepas kau semayang. tapi kan dik.. ce tengok sekeliling. ade makcik yang sedang menunggu kau bangun sebab dia pun nak menggunakan sejadah yang sedang kau duduk tuh. ni bleh plak ko nak membelek muke kau nak dekat seploh minit. dok tekan black/white head. oh adik!

ngape le korang taknak memikirkan orang lain langsung!


Thursday, May 20, 2010

Tuesday, May 18, 2010

hantaran kawen

slm

ujong minggu ari tu tak ke mane pon. enchek su-a-mey sampai ke rumah jam 4pagi ahad. beliau perlukan masa untuk mendapat tenaga semula. maka.. beliau abiskan masa pagi dengan hanya merehatkan mata - ayat halus tu =p

sabtu dan ahad.. keluar bersama famili ke pekan kuale. daan.. aku berjaya menempah baju raya sebanyak 4psg termasuk 1psg jubah. padahal terang2 sudah nama ku akan naik di hari raya untuk berkhidmat untuk negara. saya yang menurut perintah.. pasrah! tapi aku tetap mau bergaya dan berbaju raya baru 4 hari berturut2 =)

aceli ade sorang silent reader telah meng-email aku dan mau melihat gambo hantaran. berkurun kawen dah aku nih. malu weh nak citer pasal hantaran2 lagi. tapi disebabkan tak mau menghampakan.. aku rela tahan malu dan rela dikritik. cheh! beliau akan menggunakan sangkarin2 juga untuk hantarannya. maka aku persembahkan hantaran yang telah kak andam aku gubahkan. tapi tak semua dalam sangkor.. ade yang dalam reban - enchek su-a-mey yang panggil begitu =p

you.. harap ni bleh bagi sikit idea untuk you gubah hantaran you sendiri. kalo nak tanye pape, email i smule ye. i tak tau name you =) i send by email.. tapi you tak reply pown.




hantaran dari kiri - sweeets, tepak sirih, perfume+shaver machine, belt+wallet, jam, cincin, cupcakes, jeans+shirt, fruties, cookies.

Friday, May 14, 2010

dating - cancel!

slm

esok enchek su-a-mey ke kajang. ade game futsal. aku tak folo sebab tiada geng untuk memakai skirt pendek bersorak di tepi gelanggang ~aku tipu perihal skirt pendek tu~ untuk merangka sebarang aktiviti semasa ketiadaan beliau sangat lah tak berkesan. tak berjalan otak nih. biasenye tiap2 malam kami selalu merancang aktiviti ujung minggu. bila permintaan saudara terdekat meminta beliau hadir secara mengejut begini, sedikit sebanyak mengganggu gugat masa yang telah diperuntukkan untuk kami berdating. haih!

jadi ujung minggu aku ke mana nanti?

akan di up-dated di entri baru ya! =)

Tuesday, May 11, 2010

usianya baru cecah 5

slm

check punye check ulangbulan ke-4 aku tak publish rupenye. tergantung2 je kat list entri tuh. uh.. nyanyuk suda! so.. tak bleh aku nak kenang2 kan semula. aci tak kalo aku publish balik? haha..

Sunday, May 9, 2010

kenduri kawen

slm

menghadiri kenduri kawen penganten lelakinya x-classmate enchek su-a-mey dan penganten perempuan nya rakan blog aku. first time berjumpe. kecik jak orangnya. majlis di parit buntar. kad kawen yang sangat comel ber-coverkan 2 biji basikal. tapi aku lupe nak snap. uh.. maafkan aku!

pelamin yang sangat sweet sebab kat belakang tu ade gambo dorang ti
me majlis nikah + bersanding. idea best tu.



gambo enchek su-a-mey bersama teman. asik gelak je dok ngan dorang nih. orang ni ngate orang tu, orang tu ngate orang ni. ish2 macam kanak2 ribena!




time ni nak balik dah. masing2 nak meninggalkan jejak di buku tetamu. bukan setakat jejak.. dorang sebenarnya mau menulis pesanan2 yang berbaur nakal. tapi tak kesampaian kerna ade sorang dua makcik yang dok berdekatan dengan meja buku tetamu tersebut. padan muke korang! huhu




bergambar kenangan sama enchek su-a-mey masing2. =p


awk..cane ngan hadiah dari kami? suke tak? semoga kamu berdua bahagia hingga ke akhir hayat ye..amin.



Friday, May 7, 2010

terkena suda =p

slm

aku terima suda tag dari puan nad 04mei ari tu. aku dah tak aktif ek? lagi mau tanya ye?
sebagai wasiat.. encik moo...


1. Thank & link the person that gave you the cow -
huhu.. thanks buat puan nad sebab sudi kongsi2 wasiat ni. dan saya dah link ke blog puan nad ye. =) lame daaah.

2. Bagi balik wasiat ni kat 7 bloggers yg paling active atau7 paling tak active - malu ah nak kasik wasiat ni pade yang aktif. sebab blog aku ni pun dah tak aktif macam dulu. mau kasik pade yang tak aktif.. same je pangai ngan aku. simpan je lah.. aci tak?

3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat..
terlepas kot syarat yang satu ni. =)

4. Cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv
- mau jugak landing dekat2 ngan enchek su-a-mey
- picit black/whitehead di muka hensem enchek su-a-mey
- mata tengok tv, mulot ngunyah2 (cane lah badan tak beso =p)

5. Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan
takde kot. aku tak berani makan yang pelik2 =(

6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK
on 07mei2010 - jumlah rakan yang ade seramai 373

7. Feveret soalan ni.. camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe...kat mana???
jumpe time kami same2 keja kilang lepas abis spm tahun 2000. kilang tanako buat jeans namenye. huhu!

yey! berjaye.

Wednesday, April 28, 2010

malunye nak taip entri lame =p

slm
lame sungguh aku amik mase untuk entri balik kenduri kawen ngan berpoya-poya di taman burung ari tu ye. huhu.. menguruskan keperluan di rumah banyak memakan masa senggang aku.. so, tak dapat nak kasik entri baru dalam masa yang terdekat.

kasik stori gi kenduri kawen dulu ye. well.. malam kenduri aku bersama adik + kakak enchek su-a-mey semua berkebaya. dalam erti kata lain "semua melawa". baju yang dipakai semua punya sejarah sendiri. baju aku of coz lah time baju nikah dulu kn. erk "dulu".. macam dah lame je ek =( baju adik enchek su-a-mey pulak baju kenduri time kakak enchek su-a-mey kawen dulu. daan.. baju kakak enchek su-a-mey adalah baju bersanding dia. hah.. semua bersejarah kan? cuma enchek su-a-mey + mak + ayah + abang ipar enchek su-a-mey sedikit sempoi malam tu.

malam tu aku malas nak ber-make up. maklumlah.. segan pula aku mau duduk lama-an di hadapan cermin disaksikan ibu enchek su-a-mey. aku kan pemalu orangnye. ececeh! jadi ramai yang menegur aku sedikit pucat. sudahnya pelbagai spekulasi pula yang timbol. kamu paham2 jugak kan isu ape yang timbul =(

wlaupun demikian (uih.. ayat!) aku pulang bukan dengan tangan kosong. ade acara penyampaian hadiah misteri dari penganten malam tu. huhu.. aku menang weh! aku dapat jolokan "gadis berketrampilan menarik" ish2 tak sangke! adik
enchek su-a-mey pengapit penganten pula dapat gelaran "gadis melayu terakhir". tiada pula gambar aku di atas stage masa mengambil hadiah. tiada bukti yang dapat ditempelkan di sini kerna enchek su-a-mey sedang sibuk makan kambing golek sampaikan terlupa mau menye-nap gambar =( biase die tuh!

pulang jam satu pagi kerna kami galak berkaraoke. oh.. aku tidak. blom punya semangat lagi mau menyanyi depan khalayak.

esoknya, aku dan enchek su-a-mey gerak ke taman burung seperti yang dirancang. naik komuter di hentian kajang. ramai hari tu. tak tau lah mereka2 sume ni ke mana. bersesak2 weh. ingatkan hari minggu tak ramai orang. dan yang paling touching.. aku tak merase nak naek koc merah jambu itew. =p




di taman burung pun ramai juge. orang2 kite kurang.. yang ramai pelancong2 je. saaangat luaaas (betapa aku nak bayangkan kat korang taman itu luas) bape kali entah kami benti. air mineral berbotol2 kami bawak. jangan beli di dalam taman.. sedikit mahal bagi aku yang kurang mampu ini =p kami siap2 beli di bawah, di depan masjid negara. tapi berat beg ah time nak mendaki bukit nak ke taman burung tu.


persekitaran bersih. memang dijaga oleh petugas2 sane lah. ade show. sangat terhibur tengok binatang yang di-trained kat situ. ade burung nuri nek beskal.. nek jeep.. pandai mengira. enjoy lah kami berdua kat sane. merase jugak lah kami sesat. maklumlah sangat luas kan.

kami bergambar sama burung2 yang ade kat sane. yuran dikenakan.. eh ape plak yuran. caj yang dikenakan adalah rm25 ringgit siap print + frame. kalau nak gune camera korang sendirik, cuma bayar rm18 je. ha.. yang ni aku mampu =) huhu! see.. burung antoo kat bahu aku tu. tu burung harry potter tau. ececeh.. harry potter pun tak penah tengok sampai abis.. beria je aku kabo kat korang eh. kami keluar taman jam satu tengahari.

terus menuju ke stesen keretapi kuala lumpur yang heritage tu. enchek su-a-mey merase jugak menaiki ketapi ekspres rakyat. kami di gerabak kedua terakhir. malas suda berjalan mau mencari kantin / cafe mereka. tido - terjage - tido lagi - terjage balik je.. sepanjang perjalanan. selamat sampai di stesen kuala kangsar jam lapan malam..



terus ke pekan kuale untuk menyaksikan panjut sempena keputeraan sultan. itulah laporan untuk entri yang sebelom ni. ari pekerja esok..insyallah kami akan ke parit buntar, untuk menghadiri kenduri kawen kawan kepada enchek su-a-mey.

nota kaki : awk, kami ade hadiah spesel untuk kamo berdua =)


Friday, April 16, 2010

nak melawa..

slm

sok aku akan ke kenduri kawen. nak pakai baju sbelah..

bile lagi kan nak pakai baju tu sementara masih MUAT =p tapi kamu jangan ingat aku akan pakai sepasang sume. kang ade plak yang terkompius mane satu penganten. aku pkai ngan batik lepas je.

nota kaki : agak2 over ke tidak eh?

Monday, April 12, 2010

berhijrah demi kesejahteraan


slm

hujung minggu yang terlalu penat untuk digambarkan dengan kata2. eceh! entri sebelum hanya memberitahu tentang aktiviti mengemas saje kan? entah kenapa tetiba aku macam tak dapat nak menahan diri untuk terus mendesak enchek su-a-mey supaya dapatkan juga lori untuk hari ahad semalam. tak larat mendengar aku membebel gamaknya.. enchek su-a-mey berjaya mendapatkan lori sewa. lihat.. pelbagai barang untuk diangkut.

gambar sebelahnya pula, lori yang berisi barangan rumah kami. nampak tak penunggang motosikal di kiri lori? itu enchek su-a-mey. lori dah tak muat letak motor. jadi.. terpaksa beliau bawa sendiri. gelap suda kedua belah tangan beliau.. kerna jaket tak dipakai, sebab aku dah selamat bungkus dalam kotak cantik2 =p kuranglah sikit hensem, katanya.

Saturday, April 10, 2010

xtiviti

slm
skang aku kat manjung. umah enchek su-a-mey. dia keja plak. arini aktiviti kami membungkus barang2 umah. insyallah dalam masa terdekat dah bleh pindah umah sewa baru. semalam dah pegi ke tnb. daftar masuk meter baru. banyak aku belajar dah weh.. cane prosedur nak masukkan meter air. cane nak gi tnb untuk masukkan meter elect. patut berbangga pada diri sendiri dah ni =) suma buat sendiri.. hebat rasenye!

okeh.. untuk minggu depan pulak. kami akan ke kajang. menghadiri kenduri kawen cousin
enchek su-a-mey di sana. so.. kat sini ade tak yang telah dijemput? kot2 kenduri yang same ke kan? kesempatan macam ni lah harus diambil. time korang wat gathering ari tu tak sempat aku nak terjah. jawooh =( kalo ade.. kasik inform ye. bleh wat jejak kaseh.. huhu.

kendurinye 17 april malam.. maka esoknya 18 april kami nak amik peluang nak ke..
rase2 best tak eh? tengok website.. banyak aktiviti dorang. takpe.. nanti dah pegi nanti aku kasik stori kat sini k. macamlah stori bercuti ke luar negara. padahal setakat taman burung je pun. =p

pas jalan2 memenatkan kaki di sana. kami akan pulang ke pangkal jalan dengan menaiki..

from wikipedia

enchek su-a-mey tak penah nek ketapi. hentak2 kaki guling2 mau naik ketapi jugak. katenye nanti takot tak sempat. skang kan tengah rancak projek double tracking. manelah tau kan.. tup2 ketapi dah berwajah baru ke. aku pun dah lame tak nek ketapi. last nek time belajar kat poli jb dulu. dari jb ter
us ke stesen tumpat. gile jauh ah. paling best kitorang breakfast kat kafe dia. panggil kafe ke kantin ek? lupa suda =p order plak teh tarik. tau je lah dalam ketapi.. nak minom sopan cagane pun.. sure tumpah jugak. kenangan..

tengok dalam website ktmb pasal ni..

nak snap gambar banyak2. korang tak nak join ke? untung2 bleh menang moto! eh2.. xde moto pun. cuma duit dan hadiah sampingan.

dan 19 april adalah hari coti.. mengemas rumah mungkin? =( malasnyeh!

la ni aku melayan slot akasia

macam filem i'm not single. filem yang aku dok berebut nak tengok wayang time bercinta dulu ngan mr.b (skang enchek su-a-mey lah =p) die nak tengok filem lain, aku nak tengok filem nih. last2 kena gelak je sebab filem die macam.. ops, xbleh buat ulasan nanti kena saman. haha! bersiri kali ni.. rasenye lagi best kot.

well.. slot nih aku tengok sebab sorang pelakon tu macam seseorang lah! huhu..

Thursday, April 8, 2010

im sori!


slm

weh.. kamu2. sori. tetiba mud dikacau dengan aktiviti keja harian + melengkap keadaan rumah sewa baru yang gojes!

nak gambo kawen lagi eh? huhu.. nanti i kasik upload lagi ye. =* rindu mau berceloteh. tapi kesuntukan waktu pula.

Saturday, April 3, 2010

Wednesday, March 31, 2010

hati gumbira

slm

kan dah kabo.. aku jadi semakin ketagih mau ber-blog.

- album selamat dah dapat.
- kad nikah jugak sudah siap.

satu dulu ye.. nant korang sakit ati plak tgk gambo penganten basi nih =p