CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 9, 2009

keja kawen #24 - kehidupan selepas kawen

slm

tidak mau aku terlepas untuk mencatat sedikit kemanisan (eh, manis ke? cam tak pose je nih dpt rasa manis atau tidak) baiklah, aku tukar.
tidak mau aku terlepas untuk mencatat sedikit entri pada tarikh 090909 hari ini, cantik kan? sebab itu lah aku gigih untuk tidak tidur dan menaip entri ini waktu subuh sipi'e begini.

ini adalah diantara isu yang pernah aku bualkan dengan
staf tempat aku bekerja dan rakan2 ketika berita aku ingin berkawen di war2 kan pada pengetahuan mereka.
  • mintak la tukar. ingat senang ke pas kawen sorang dok sini, sorang dok sabah. klau 2-2 kat semenanjung. boleh lah tahan lagi. ade cuti lebih sikit bleh jumpe.
bukan aku tak mahu bertukar! tegas aku katakan di sini. sudah tiga kali aku mohon pertukaran. cukup jak setahun aku berkhidmat sebagai penjawat awam ini memang aku terus berusaha untuk bertukar. tapi, ketiga2 permohonan telah mendapat reaksi yang sama dari pengarah hospital - dilepaskan serta merta setelah ada pengganti.
  • bistu, suami nanti.. kena cari kerja kat sini ke? okey lah tu, sorang keja gomen sorang swasta.. kan dapat epw tu. bleh la dapat duit lebih lagi.
tidak, selama 2tahun 4bulan aku tinggal di sini. aku tidak pernah merasa epw yang pada kamu - sangat lumayan itu. kenapa? aku tinggal di kuarters. menurut pengurusan di sini, sekiranya kamu tinggal di dalam kuarters.. secara automatik rm730 (yang lumayan itu) akan dipotong tanpa sebarang budi bicara. semacam pelik jugaklah, sudah la aku terpaksa berkongsi rumah dengan staf yang lain. yang sebetulnya aku layak untuk mendapat satu unit kuarters jika mengikut taraf kerja aku. owh.. bukan taraf yang ingin aku ceritakan di sini. bayangkan lah, sudah lah aku ni dari semenanjung.. sah2 la payah nak mencari rumah sewa yang rata2 di kawasan ini terlalu ramailah pendatang! aku tak nafikan epw itulah pun sebagai galakan untuk aku ingin berkhidmat di sini (nampak no mata duitan) .. dulu. tapi itu dulu. diorang tak terpikir.. walaupun dapat epw tu, mintak menyewa di luar lagi.. berapa jak lah yang tinggal? berharap sangatlah, ada pihak jkns + kkm yang baca blog ini ;p aku ditindas okeh! kata.. rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.. kan?

semasa aku melapor diri dulu, kami seramai enam orang. rasanya, cerita ini berulang sebab aku pernah ceritakan dalam entri yang lepas2 (perasan nya lah aku ini, ada ka yang rajin membaca, haih!) tiga orang perempuan termasuk aku. sorang dari kelantan, sudah selamat berkawen.. dan sudah selamat berpindah ke negeri sembilan awal tahun ini.. dan bakal berpindah lagi hujung tahun nanti ke negeri kelahiran, kelantan. senang bukan? guna orang dalam rupanya. bila ditanya.. mulanya dia kata tiada orang dalam.. rezeki allah swt yang bagi. wah.. statement! mungkin dia terpikir ini bulan ramadhan, tak baik untuk menipu.. statement diubah.. bukan saya yang uruskan, husband saya yang urus. dia ade kenal2 gak ngan orang kkm. memang lh, kalau Allah tak diizinkan.. memang dia takkan dapat bertukar. tapi jangan lah sampai tak mengaku yang dia tak menggunakan orang dalam.

sorang lagi, dari kedah. juga sudah berkawen. dan sekarang sedang giat menjalankan usaha untuk bertukar. surat sokongan dari tempat kerja husband nya, medical report ibunya dan laporan polis (ada sedikit kes terjadi dulu) telah dihantar.. tapi jawapan masih sama -
dilepaskan serta merta setelah ada pengganti.

aku sangat teruja tika entri ini ditaip dulu. spa bilang terdapat tujuh orang calon dihantar ke sabah untuk jawatan yang sama denganku. tapi 7-7 tidak datang melapor diri. aku cuma terpikir, mungkin mereka mau beraya dulu kot, jadi mereka akan datang selepas raya nanti. tapi itu terjadi jika aku berfikiran positif. jika tidak.. gimana? nampaknya.. tambah lagi 2 tahunlah aku berkhidmat di sini rasanya jika tiada pengganti. aku tak mau.. begitu!

selalunya bila aku terlalu sangat berpikir mau berpindah ni.. semangat bekerja juga pandai untuk menurun. bangun jak pagi, jika tak pikirkan soal kerja yang menimbun.. memang serasa malas mau kerja. kadang takut juga rezeki yang dapat macam tidak sah pulak aku terima ;( dan semalam, di ofisku banyak jugaklah yang telah aku kemas2kan. sebetulnya untuk aktiviti 5s (susun, sisih, sapu, seragam, sentiasa amal) tapi sorang staf aku telah menegur..

bos ni, mengemas semua macam nda mau pulang ke sini sudah ka lepas raya nanti?

hah, amik ko! bahasa badan aku telah disalah ertikan. mereka pun tau yang aku memang ada buat permohonan untuk bertukar. sudahlah, aku pulang bercuti ni tiada siapa yang ambil alih untuk menyelia.. pandai2 lah kamu orang bawa diri nanti. eh, macam terlebih sudah aku menaip nih. maaf.. ini jak lah cara aku untuk melepaskan rasa.

nota kaki 1 : tahun ini kemungkinan besar tiada duit raya untuk aku dari mr.b kerna kelmarin beriban jugak lah beliau habiskan untuk membeli perabot di rumah baru kami nanti. mulanya.. kecewa juak lah.. tapi kan itu pun untuk aku jugak. redho jak lah.. huhu.

nota kaki 2 : esok gaji lagi.. (~0^")

2 comments :

  1. samalah kita. after kawen kamik pun harus long distance. sorang swak, sorang kL. Apekahh? Mau histeria kat umah igt hubby kann? sob sob sob.

    ReplyDelete
  2. crystalmerah
    argh! histeria + meroyan lagi. gini lah kan.. cari rezeki punya pasal. mintak2 lah xlame kite dok jauh.. amin!

    ReplyDelete

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!