CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 31, 2009

aku dan peristiwa 31ogos

slm
dan salam kemerdekaan. ;p wah.. semangat patriotik sungguh. bila tiba tarikh ini, ada dua peristiwa hari merdeka yang paling aku ingat dan masih melekat terpahat.

dulu, tahun 1994. ramai rakan sebaya yang sudah punya 'walkman'. nampak cool jak bila memakai 'walkman' dan duduk di luar rumah. cemburu sungguh aku melihat ramai anak2 jiranku yang berkemampuan. aku..? sudah tentulah tiada.

bila terlihat satu peraduan melukis bertem
akan kemerdekaan di dalam rancangan kanak-kanak angkasapuri (masih kamu ingat atau tidak program ini di tv dulu?) terus aku menyertainya. sebab? hadiah ketiganya akan memenangi sebuah 'walkman'. lukisan menggunakan warna cat air + krayon jenama buncho. lukisan aku lebih kurang begini..
cuma, latar belakang tunku itu adalah bendera malaysia. simple. nda mau dilihat terlampau meriah, kerna takut jika tidak terpilih untuk mendapat tempat ketiga.. haha.. gilak naif aku tika itu. semata2 maukan 'walkman'.

dan mau tau aku dapat tempat ke berapa? aku dapat tempat kedua - dapatlah sebuah kamera. tapi bukan itu yang aku mau.. siwiyes, aku call penerbit angkasapuri (sanggup tuh!) untuk tukarkan hadiah ke tempat ketiga. tapi tidak dapat.

nota kaki 1 : kamu, aku pernah rosakkan 'discman' kamu itu kan? aku mintak maaf ek. aku mau ganti.. tapi kamu bilang tak payah.. kamu sayangkan aku kan? huhu.. sayang kamu jugak!

aku pernah pergi ke stadium merdeka pada malam sambutan tahun..2002 (mungkin kot.. lemah daya ingatan sungguh!) pergi bersama rakan2 politeknik ku. malam itu disambut dalam keadaan hujan yang lebat, habis berbasah kami.

dan.. malam itu jugak kami tidak pulang ke rumah. boleh pulak overnite di taman tasik titiwangsa. gilak sungguh kami tika itu. dengan nyamuknya, baju basah, x selesa, lapar, tapi bila dah berkumpul ramai2.. bercerita dari malam ke pagi.. sungguh tidak boleh aku lupakan. kami bergambar malam itu, mau jak aku tempelkan di sini, tapi zaman itu, masih menggunakan kamera jenis filem.. manalah aku ada scanner. owh.. lagi pulak.. gambar peristiwa itu ada di kampung sebenarnya. ;p

nota kaki 2 : siapa tonton 1957 hati malaya malam semalam? siwiyes.. aku menangis! part paling terharu.. time tunku beritahu pada semua, yang rombongan tidak cukup wang mau pergi ke london.. tersentuh hati i.. aww..

Sunday, August 30, 2009

tersurat & tersirat

[radio]
kita menganggu siaran
askar-askar jepun telah mendarat di kota bharu

[salmah
]
askar-askar jepun telah mendarat di kota bharu
?

[sarjan hassan]

ya, jepun telah pun mendarat di kota bharu

...

[sarjan hassan]
kita sesama bangsa, bersatu padu lah hendaknya

[aku 1]
selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-52
untuk semua warga
satu malaysia

imej : itu bukan aksi tunjuk langit ye.. itu gaya "satu malaysia"

[aku 2]
aceli aku juga sudah tertewas + kecundang
di bulan ramadhan ini diserang oleh si jopun.. ;p

Saturday, August 29, 2009

mengarut+merepek+meraban = mengareban!

slm

aku tidak dapat tidur sehari suntuk. semacam terlebih power pula. entah mengapa. pelik juak. selalu dapat landing
jak, tentu trus lena dibuai mimpi. sampaikan terbuka2 mulut ini tanpa disedari.

tidak pula terfikir mau meng-on kan lappy dan ber-belog. tau apa aku bikin dari malam hingga ke pagi waktu bersahur?

;) aku mengemas almari. wah.. gilak rajin. disampuk apakah! tidak terus2an mengemas. jumpa baju yang seakan sudah lama tidak dipakai (maklumlah.. aktiviti nge-date udah lama aku tidak praktikkan) maka harus lah di try dulu. risau juga jika tidak ngam lagi di badan. alhamdulillah.. masih selim+steady.

bukan baju jak aku try.. segala tudung + shawl yang aku rasa mau aku gayakan.. akan aku lilitkan di kepala. pelbagai fesyen aku buat.

nah.. tambah lagi satu sesi aneh diriku.. siap bermake-up! smokey eyes dan ber-contact lense..

masih berbaki lapan belas hari lagi untuk aku pulang ke tanah melayu..
adakah aku dilanda tekanan perasaan? ka.. terlalu banyak berpikir ni?
;(


nota kaki : bukankah lagi manis jika aku dapat menambahkan pahala beribadat di malam ramadhan..

Friday, August 28, 2009

keja kawen #21 - kenderaan pengantin ke majlis bertandang

slm

aku sudah terpikir apakah kenderaanku untuk ke majlis bertandang nanti. jarak rumahku ke rumah mr. b tidaklah jauh. dalam 30 minit jak.

hati sebenarnya sangat terpaut dengan model kereta roll-royce buatan tahun 1929 ini yang pada aku sangatlah gojes.. yes.. kereta antik! nak2 jika yang didatang khas dengan hon yang berbunyi seperti treler panjang tayar 16 itu (adakah?) sepanjang jalan dari rumahku mau jak aku hon2 tandanya raja+ratu sehari mau berangkat. hiks!

aku pernah terlihat kereta jenis ini di sekitar pekan kuala kangsar. owner.. orang melayu. macam mau jak bertanya berapakah sewa nya untuk majlis besar ku nanti. tapi.. semacam segan pulak. ;p aku ni pemal
u orangnya. lebih kurang begitu lah.. smart kan? wah.. besarnya angan2.

di
sekitar key ell aku dapat tau, ada bridal boutique yang menyediakan sewaan kereta jenis begini. tapi tu kan di key ell. aku setakat key key (read : kuala kangsar) kereta antik ba tu.. nda maunya mereka sudi menghantar ke mari. aku pulak.. nda sudi melihat amaun yang dikenakan nanti. haih! baiklah.. rasanya owner kereta tersebut xkan senang hati untuk menyewakan kenderaan antik nya kepada kami..kan.

beralih kepada yang ini pula. kepingin juga yang begini. kereta katak orang bilang volkswagen buatan mana dan tahun bila? (maaf, tidak ku tahu). ramai yang punya kereta begini di sekitar kuala kangsar. ada yang masih cantik lagi aku lihat. berkilat jak. sayangnya owner kereta tersebut. dan yang penting ianya masih pantas di jalan raya.. nda padan dengan gelaran - kereta dolu2 - yang dipegang. sungguh comel jika dihias dengan net2 dan couple bear di depannya. kalau dapat sudah tentu pengantin yang drive.. kami berdua jak dalam kereta.. romantika de-amoure!

sepadan lah dengan kami untuk majlis bertandang yang mengenakan busana songket. sungguh asyik! raja siap bertanjak segala.. ratu pula bercucuk sanggul merak.. ish2.. ngam suda tu. tapi.. semacam xkan terlaksana jak angan2 aku yang satu ini.

okeh.. rasanya.. cukuplah aku berangan. sebetulnya.. kami cuma akan menaiki ini jak.. taraaa..

kelisa..buatan malaysia tahun 2002. huhu.. keretaku yang banyak berjasa sepanjang percintaan kami. haha..getek! sengajak kasik panjang cerita.. isi utama hanya pada penghabisan entri. jangan marah ya teman2.. hari jumaat + berpuasa lagi.. tingkatkan kesabaran kamu itu!

Thursday, August 27, 2009

alhamdulillah


gaji sudah bergerak

tunggakan sudah dibayar

senyum sepanjang hari
menambahkan pahala lagi
(~o^)

Tuesday, August 25, 2009

keja kawen #20 - kartu kawen 2

slm
lama sungguh aku bercuti dalam membicarakan tentang keja kawen kan? maaf.. lari dari tujuan sebenar blog diwujudkan. ;p

okeh.. aku perkenalkan kartu kawen bernombor dua aku yang amat tersangat lah ringkas untuk dikirimkan kepada tetamu yang bukan beragama islam. langsung tidak menunjukkan ke-formal-an nya kan?

tiada apa salahnya, tetamu2ku bukan yang berpangkat datuk/datin/dato'... cuma untuk teman dari zaman poli dan semasa bekerja di hotel dulu. jadilah.. aku kan ingin bersederhana jak.. ececeh..

nota kaki : owh.. bakal mil belum dapat lagi gadget broadband nya itu kerna promosi tersebut belum sampai lagi di sekitar ipoh. fuh.. selamat..

Monday, August 24, 2009

ini siwiyes!

slm

tiga hari bersahur.. ketiga-tiga hari ini lah
bukan aku yang bangun paling awal. bukan aku yang menyediakan juadah. dan bukan aku yang menyiapkan meja. gini kah mau berkawen? jangan ditanya soalan itu kerna akan aku jawab.. no komen!

siwiyes.. blum lagi datang mud untuk bangun awal dan persiapkan juadah + meja untuk rakan serumah yang lain. kak mun.. i sayang u sangat2. seakan mengerti adikmu yang paling bongsu ini masih mau bermanja2 lagi dengan membawa title - bujang - buat tahun yang terakhir (insyallah).

benarkah ada promosi baru buat penjawat awam yang ingin melanggan broadband dengan harga rm50/sebulan, modem free, speeds of up to 3.6mbps.. promosi hingga bulan 10?

mr. b bilang mau daftarkan buat ibunya. streamyx mereka di rumah kerap membuat onar. cuak o..bebeh jugak aku. risau kerna bakal mil ku ini sering membuka blog2 jualan baju+kain dari indon. mana lah tau.. mungkin tersesat terjah ke mari. terbaca pula tentang bakal menantunya ini malas bangun pagi. siwiyes.. serasa mau di-private kan jak blog ini pula.

ohh.. tidaaak!

Sunday, August 23, 2009

tue adalah tuesday/selasa rupanya

slm
alhamdulillah, hari kedua aku berpuasa dan bertarawikh. iya, aku terkantoi mengerjakan tarawikh pada malam pertama ramadhan. terasa amatlah rugi ;(

masih awal untuk membicarakan tentang - balik kampung. teruja mungkin. tahun lepas aku tidak pulang beraya di kampung kerna giliran bercuti jatuh pada rakan setugas. pagi raya bekerja seperti biasa.. tapi perasaan dalam hati. mau jak aku terbang pulang.. klau boleh lah kan.

dan.. ini adalah akibat kebuduhan kesalahan diri semasa membooking tiket.

cubitan + tamparan sudah berkali2 dilakukan terhadap diri sendiri. tapi ternyata apa yang kelihatan bukanlah cubaan.. ini betul-betul..


adakah tue = selasa, orang perak bilang tuesday?
puas berfikir.. mengapalah aku membeli tiket pada hari itu? sah2 mr.b bekerja. jadi siapa lah yang bisa mengambil aku di airport nanti? aduhai.. sudahlah pulang dengan membawa beg yang besar lagak mau bercuti raya 2bulan ;p


terlintas.. mungkin kerna economy promo = harga yang senang hati untuk aku bayar itu telah membuatkan aku tidak berfikir panjang. mr. b tidak boleh mengambil cuti buat masa ini, cuti tahunan yang ada cuma satu minggu.. itu pun sudah di reserved untuk kawen. tidak mahu mengambil cuti kecemasan / cuti sakit (insyallah, kalau boleh) supaya prestasi nya kelihatan bagus. maklumlah orang baru bekerja.

terfikir.. kesempatan ini, mungkin aku boleh mencurik masa untuk berpuya2 di sekitar key-ell setelah 06bulan menahan diri daripada melakukan aktiviti tersebut? tapi.. mega sale sudah pun tamat.. sopin untuk raya je lah akhirnya.. oh ya.. untuk persiapan kawen pun boleh juak. ;) senyum


Friday, August 21, 2009

kata ibuku.. mulut ku masin.

slm

tahun 1430 ini adalah tahun ketiga aku menyambut ramadhan di bumi sabah. walaupun sudah masuk ke tiga kali, sedih juak masih terasa. jika di rumahku, memang sudah menjadi kebiasaan bersahur hari pertama, tentu ibu akan menggorengkan nasi goreng telur untuk kami sekeluarga. sangat rindukan nasi goreng itu! ;(

alhamdulilah, aku dipanjangkan umur olehNya untuk berpuasa pada tahun ke 26 ini. syukur yang teramat.

seingat aku ketika aku di usia 11-12tahun, siaran waktu berbuka puasa yang selalu ditayangkan di tv pada pukul 4.30ptg itulah yang selalu aku nanti2kan. siap buat perbandingan lagi adakah sama waktu yang disiarkan di tv1 dan tv3 waktu itu.

walaupun ibu sudah menampal jadual waktu berbuka puasa di dinding dapur, gigih jugak aku mau melihat waktu berbuka bagi kawasanku di tv. sampaikan sanggup selepas waktu sekolah, tidur di dpn tv supaya tidak terlepas siaran sensasi itu ;p benar, aku tidak bohong.

hari kejadian, ibuku bekerja (nurse - anaknya yang satu ini mabuk darah pula.. haih!) shift pagi. jadi, petangnya kami sama2 duduk di depan tv (masa itu tv kami jenis yang lama, besar gaban, siap ada penutup macam slidding door lagi) sambil aku menunggu rancangan kegemaran ku itu, ibu membaca surat khabar.

dan kebiasaan, tentulah waktu berbuka bagi kawasan sabah akan disiarkan dulu. terpacul ayat dari mulut ku yang muncung ini..

bestnye klau duduk kat sabah kan mak? pukul 5 dah berbuka

mak senyum2 jak. malas melayan gamaknya. nah.. skarang baru aku tau best atau tidak duduk di sini? mau berbuka awal kah atau mau berpuasa bersama2 keluarga? jika aku telefon ibuku sepanjang bulan ramadhan tentu ayat ini x terlupa untuk disebut.. kata ibuku.. mulut ku masin.


nota kaki 1: tinggi darah lah mr. b pas kawen nanti. huhu.. haip! esok pose.. xbaik taw.. istighfar banyak2.
nota kaki 2: selamat berpuasa ya kwn2. semoga kita peroleh keberkatan dan keredhaanNya sepanjang bulan ramadhan yang mulia ini. amin..

Wednesday, August 19, 2009

27hari lagi aku mau pulang ke tanah melayu.. yay!

slm

*kelmarin aku jalan beriringan dengan mr.b semasa pulang dari kerja. bluwek! ok.. aku ngaku.. aku tipu. ini adalah akibat rasa cemburu bila aku baca blog teman yang lain bila menceritakan mereka punya masa untuk nge-date bersama bf / tunang tersayang. istighfar banyak2.

pulang ke pangkal jalan - jalan beriringan dengan mr.b (by fon). entahlah.. rasukan jin happy pula beliau *kelmarin. kami mensumbangkan lagu secara duet.
  1. lagu pilihan beliau iaitu - kau mawarku. aiyo.. aku failed. langsung bercelaru liriknya aku kerjakan. mr. b pun marah2.
  2. tetap pilihan beliau - sandarkan pada kenangan. wah.. high note. aku tidak mampu. sudah la aku pulang ke rumah berjalan kaki, nanti ada pula gadis ditemui tidak sedarkan diri di tengah jalan kerna sesak nafas. ndak mau.. aku minta lagu lain.
  3. masih pilihan beliau - doa buat kekasih. yang ini memang liriknya aku hafal dengan jayanya - feveret mak!
  4. aku dan dirimu - pilihan aku la pulak kan. mr. b plak failed dengan liriknya.

nota kaki :
aku pesan padanya.. banyakkan buat latihan selepas ini kerna.. tinggal 27hari lagi aku mau pulang ke tanah melayu.. yay! lama tau.. aku dihalang pulang oleh mr.b sejak bulan mac dulu ;(


tuisyen bahasa sabahan

orang sabah bilang

orang semenanjung cakap

kelmarin

semalam

kelmarin dulu

kelmarin


Tuesday, August 18, 2009

pernah memiliki

slm
berehat sejenak dari membicarakan tentang keja2 kawenku. sengaja mau mengenangkan telefon2 bimbit yang pernah dimiliki oleh aku dari dulu hingga lah sekarang.





tahun 2001 : motorola T10
berjauhan dengan keluarga buat pertama kali membuatkan ayah aku sanggup membelikan telefon ini untuk aku. mahal katanya.. tapi tidak pula aku tahu berapakah nilai telefon ini tika itu. sayang juak dia pada aku. dipos khas dari perak ke johor. (telefon aku berwarna hitam - bukan seperti imej itu ya!)

tahun 2002 : nokia 3310

dibeli dengan menggunakan duit pinjaman ptptn. mengamuk gila ibuku bila mendapat tahu aku membeli telefon ini. ampun mak!

tahun 2003-2004 : nokia 3610
seakan penyakit berjangkit pula pabila melihat salah seorang rakan menukar telefon yang berlampu putih. aku juga turut terpengaruh. kali ini sedikit bijak.. bila pulang ke kampung.. silent mode. takut sejarah lama berulang kembali. huhu.. derhaka ala2 manja gitu!

tahun 2004-2005 : motorola e398

sudah bekerja secara part time di shakey's pizza , jaya jusco ayer keroh. turut terpengaruh dengan rakan juak. telefon pertama yang punya camera + skrin berwarna. gila megah aku tika itu ;p

tahun 2006-2007 : nokia 6030
telefon sebelum punya masalah. skrin tiada gambar, kerap termati sendiri. horror! beralih semula kepada telefon yang hanya punya kemudahan asas. skrin berwarna - tetap! tapi tiada camera ;(

tahun 2007 - sekarang : sony ericsson k530i

edisi terhad sempena tahun baru cina. pada mulanya mr.b beli untuk beliau. tetapi disebabkan kerja2nya terdedah dengan aktiviti yang lasak maka diminta tukar dengan nokia 6030 ku. bila aku ingin terbang ke sabah, semacam tidak ngam pula aku membawa harta orang kan.. jadi trus dihadiahkan telefon beliau ini padaku. suke!

tahun 2008 - sekarang : nokia 1200
telefon sampingan. semasa pertama kali sampai di kawasan sabah umumnya dan lahad datu khasnya.. talian maxis seakan dianak tirikan. selalu jak tiada line. masih mau mengekalkan talian ini, maka aku telah mendaftar talian lain. membeli dengan harga rm139. maka talian celcom digunakan selalu kerna liputan yang lebih meluas di sekitar negeri di bawah bayu ini.

idea entri ini adalah diinspirasi dari entri puan anil.
bestnyeh klo dpt hadiah kawen camtu gak. ;p (adakah aku perlu memberi hint pada tetamu/ahli keluarga lain yang sdg memikirkan apakah hadiah yang perlu dibelikan untuk aku?) huhu.. demand terlampau plak aku!

nota kaki : aku tersedar.. rupanya entri sebelum ini adalah salah satu keja kawen. maka tajuk telah diubah. maaf di atas kesulitan yang berlaku.

Monday, August 17, 2009

keja kawen #19 - busana majlis bertandang

slm

well.. hari minggu yang satu ini berlalu lagi. keja kawenku..? ada satu point yang telah di-strikethrough. baju songket gold + brown yang menjadi kegilaan untuk dipakai ketika majlis bertandang.. sudah berjaya ditempah oleh mr.b dan bakal mil kelmarin. sedikit pun tidak merancang apa2 dengan aku.. alih2 kak andam di butik tempahan aku send text.

kalian mau bikin suprise ya sama aku? busana yang mulanya dalam perancangan mereka dulu nyata tidak boleh melawan keindahan busana songket yang aku suggest kan. sungguh la mata bakal mil ku itu sudah dikaburi. wah.. sama pula citarasa kami.. ya? ada peluang menjadi menantu kesayangan nih.. amin!

nah.. sekarang mari aku ceritakan tentang masalah yang bakal dihadapi pula. oleh kerna perancangan asal untuk baju bertandang bakal mil ingin menempah di tempat lain yang cuma menyediakan sewaan baju tanpa solekan.. maka aku sudah aturkan mak andam yang lain untuk majlis bertandang ku nanti dengan bayaran rm180 (deposit = rm50 suda dibayar)

tetapi, bila baju untuk bertandang sudah disewa di butik yang sama untuk majlis nikah + bersanding, maka eksesori untuk majlis bertandang akan diberi setakat yang 'biasa2' sjak. kak andam risau jika jenis yang 'vouge2' diberi ianya akan rosak pula nanti bila diguna oleh mak andam yang lain.

berbelah bagi sebenarnya aku ini sama ada untuk menukarkan tarikh mak andam yang sepatutnya make-up kan aku untuk majlis bertandang ditukarkan kepada majlis nikah. free kah dia waktu itu. bila dicall tadi petang, bilang suaminya.. dia pulang ke siam (mak andam aku yang satu ini diimport tau.. huhu) haih.. gimana lh aku mau buat keputusan kalau begini..

mr.b sanggup untuk menaja make-up (katanyalah!) untuk majlis bertandang di butik pilihan tersebut. tambahan yang diperlukan - rm250. maknanya.. depo yang telah dibayar pada mak andam sebelum ini akan terbakar (read : burn) sayangnyeh.. wlaupun cuma rm50. aku berkira ok!

nota kaki 1 : mud aku aceli lega lah juak.. kerna busana untuk majlis bertandang sudah selesai diuruskan.. tapi untuk tersenyum belum boleh lagi ku rasa. busana untuk persandingan masih belum dilihat + dipilih. pulang beraya baru lh dapat dilaksanakan..
wat tudu.. faktor geografi ;(

nota kaki 2 : cucuk sanggul klasik yang dipanggil burung merak oleh mr.b itu seakan2 memanggil pula namaku (~o^) huhu

Sunday, August 16, 2009

seperti yang disarankan..

slm
kamu tau kan special entry dari cik shareeda tentang siri ini? setelah 2hari suntuk aku melayan ghost 2.. kini tiba suda giliran blogger boy ini pula.. weee..

nota kaki : ada point baru untuk keja kawen telah di-strikethrough. later2 aku kasik crita ya. sedikit senyuman ku kuntumkan tika ini. berbunga2 ati mak ni.. nok! (^o^)

Saturday, August 15, 2009

menderita ketagihan..

slm

kala ini aku sedang menderita ketagihan menonton siri ini pula. ya.. aku di sini serba-serbi ketinggalan. di sabah - jika kamu tidak melanggani astro.. nescaya tv yang kamu ada itu cuma mendapat siaran rtm jak. begitu lah nasib aku di sini. semacam berlumba2 aku dan rakan serumah menahan diri untuk tidak mahu memasang astro di rumah.

astro, kamu bikinlah pelbagai pakej dan promosi - sebelah mata pun kami tidak pandang (~o~) betapa cekalnya hati kami bertiga.


rtm pun ok ape.. <- dari tiada kan..?

nota kaki : dalam kata lain, aku memang kekurangan bahan tentang rancangan2 dari tv swasta yang lain. layankan apa yang ada di website jak lah. lagi pulak.. aku ini kekurangan kasih sayang juak - huhu.. tetiba!

Wednesday, August 12, 2009

keja kawen #18 - official photog

slm

entri ini adalah sejibik di-copy dari principal the photolicious team

tertarik dengan "double trouble triple" yang diutaraka oleh sis kay ini.

" let us (photographer) talks on this DTT we had so far

1.
20 phone photographer and 10 hobbyist dslr owner - don’t worry bride, just focus more to your official photographer and wait for the photographers signal if he/she got the shots before move to others photographers, why?? sometimes this 30 friends photographers don’t really bother us the official photographers to shoot, they don’t even want to move out from their spot after they shoot.. so, you pay the photographer to shoot you kan , ape yg penting k.e.r.j.a.s.a.m.a!!
- aku suke point yang ini. selalu aku tgk o.p plak kena kasik peluang pada amatur utk conquer bahagian hadapan pelamin. aku kena pastikan hari aku nanti.. aku akan pay attention pd o.p aku jak nanti. xpasal2 kang di cop penganten sombong plak..haih! ;p

2. copyright ::: ini lagi satu issue sengal aiyakkk - happen before, photos that i shoot, been up to the bunting, website, facebook without any copyright written (always www.thephotolicious.com). bende macam ni pun nak kene raise issue ke.. bak kate nabill lu pikir lah sendiri.. and yes, if your are from big company, i would love to sue you! stealing is a big no no no!! i did use a few others photographers picture to copy on the poses but I still maintain their credit link in every picture i took.. this is a win win situation lah kan. and for my lovely client/bride to be, as stated in the contract, all pictures going to be publish, in websites, buntings, even facebook have to maintain the credit to www.thephotolicious.com especially if you copy it from the website… janganlah rajin sangat pergi buang link kat bawah tu darling.. haiyoooo
- noted!
- and because of this, starting from today, all the picas here will be put link credit in the picture itself! i hate doing this!!! but hey, i forget,we’re malaysian!
- noted lagi. ya.. sis kay.. satu malaysia!
- mak andam please take note on this ye…serius issue dan rase tak best bile kite shoot, takde kredit seperti claim gamba tu die yang punye.. oooh i am so tired laling to talk on this…
- sis kay.. ini siwiyes..!

3. delayed - brides out there, please be punctual!
- adeh.. x confident plak aku untuk point yang satu ini. ;p
- but if you couldn’t make it on time, please don’t ignore the official photographers instruction, please listen to them.. they want to make sure all the important picas is happening and really there on your big day!
- huhu..sib baik. noted!
- please bear in mind, if your are late, that means you are dragging the schedule of the event, so jangan gelabah, just go with the flow and enjoy your big day without any stress faces… heheheheh, photographer can ask you to smile, but hey the picas won’t change your stress mood tu nanti
- noted lagi.
- please avoid this ye to all pengantin…. if you guys convoy like 30 kereta, than keluarlah 2 hours early so you won’t get stuck anywhere
- dan noted!

4. too many wedding planner - this always happen, so you are not aberrant, its normal!
- aduina..
- pengantin sendiri better brief photographers what shots that you want the most and hoping not to lose any details of it..
- baek!
- bagitahu photographer sesiap kalau berarak saye nak nampak carpet ni sebab saye design sendiri , kalau berarak saye nak nampak kasut ni sebab ade berlian bling bling ok!
- ok2.. noted!

5. make up - bride selalu tanye, cantik tak makeup saye kak, what photographer usually do, they will snap pictures of you and show it to you.. kalau u rase cun than that’s it, jgn pikir pasal org lain, it’s your big day , your are the queen!!!
- ye.. kena set dalam pikiran - sayelah ratu hari itu.. huhu!
- muke pengantin yg tension/risau akan mencacatkan gambar… i always asked my pengantin to calm down before the event
- aku x menjanjikan ape2 tentang point ini.. weee..

oh oh.. i do have a lot more to highlight, will be continue later k.."
- baek, sis kay! sy setia menunggu..

nota kaki : walopun team ini bukan o.p aku, tp aku perlukan tips2 sebegini dari mereka2 yang punya pengalaman yang dekat dengan penganten2 dan suasana kenduri kawen ;) dan trus mau berkongsi sama kamu2. mekasih ye thephotolicious.com team! u rawk!

credit to www.thephotolicious.com

Tuesday, August 11, 2009

lenggangan kangkung-kangkung

slm
pandangan mata tertumpu pada detik kiraan hari untuk majlis kawen ku ini. owh.. masih punya empat bulan?! lenggangku masih kangkung. senarai semak kenduri kawenku masih juak begitu. tiada point baru yang boleh di strikethrough. ~sigh~

selesai suda ku kira untuk sesi meminta alamat teman2 melalui talian telefon. kemudian ku sambung pula melalui medium - friendster. akun lah aku kerna masih punya sikap sang purbakala dimana aku masih aktif dengan akaun tersebut. masih belum mau untuk memulakan aktiviti facebook (paling glamer tika ini) pula.

dan ya.. di situ kekeliruan aku telah timbul. seakan tiada suda ideaku mau menulis di entri sebelum ini. hanya mampu ku teriakkan.. aku ketika ini sangat keliru setelah menerima pesan di kotak pesanan..

perhhh tu dia..
ujung thn ek..
lambat lg..dah prepare nk alamat..?

balik2 perlu aku terangkan bahwa tugasku hanya mengumpul semua alamat mereka2 dan berniat mau aku selesaikannya tika pulang beraya. alhamdulilah kartu kawen juga sudah siap diproses julai lepas. urusan pos nya pula akan dilakukan oleh keluargaku sebulan sebelum majlis mungkin.. atau bila punya masa terluang.
kamu mau bagaimana wahai teman..? esoknya kenduri.. baru mau aku poskan kartu nya ka?

tidaklah ku mau, ku pulang pada minggu terakhir sebelum majlisku nanti.. urusan kartu kawen masih lagi perlu aku pikirkan. nda mau aku stress!


nota kaki : kalau kamu pikir - masih panjang lagi masanya.. baiklah.. aku tambah lagi sebakul kangkung. lenggangku makin bertambah kangkung2. boleh kah begitu?

Thursday, August 6, 2009

Wednesday, August 5, 2009

keja kawen #17 - flower girl?!

gadis kecil ini anak buah kesayangan
kali terakhir aku pulang, dia baru tiga bulan
dia hanya tahu.. membalas renungan

kemudian suda pandai bermanja dengan senyuman dan tangisan

lebaran kali ini.. umur dia cecah sepuluh bulan
mungkin tika itu dia sudah handal berjalan?!?

saat itu, mungkin dia perlu 24jam pengawasan
jangan nakal fya.. makngah masih banyak tugasan

yang perlu diselesaikan..


insyallah, jika Allah izinkan

kenduri kawen yang dalam perancangan
kamu sudah punya gelaran
~ gadis kecil yang memegang bunga di tangan ~


(~o^)*
sekian saja puisi aku pada kali ini.. weeee~!

Tuesday, August 4, 2009

keja kawen #16 - pelaminan

slm

skrg aku sedang gigih (gigih lh sgt!) mencari pelaminan yang berkonsepkan warna tema majlis kawen ku nanti. teruja abis aku tgk hasil kerja bridal team yang aku cilok gambar mereka ini.


penat aku carik gambar full pelaminan dorang nih. tapi hampa. nanti klo aku jumpe aku akan updated ya.
sumber dari sini

sumber dari sini

sumber dari sini

sumber dari sini

bridal yang telah aku booking tu tiada lagi gambar pelaminan yang berkonsep warna yang sebegini. jadinya aku hanya maukan gambar2 ini sebagai cetusan idea (kunun!) bagi team bridal tu nanti. tidaklah mau sejibik begini.. tapi ianya hanya sebagai contoh dan sesuwai dengan budget yang telah dipersetujui.. hoho.. dengar tu kawan2.. budget tuh! (tekankan word budget itu ya!)

jadi janganlah kamu2 bayangkan pelaminanku nanti.. wow.. seperti gambar di atas ya! mungkin lagi double wow.. aku sendrik yang tukujut nanti.. haha.. ayat menyedapkan hati kerna perkataan "budget" telah merusakkan mud aku.

untuk kamu2..bagaimana pula pelaminan idaman hati ya? owh.. rasanya aku sedikit ketinggalan kerna rata2 rakan blogger yg lain sudah tunjukkan pelamin idaman hati kn?

Sunday, August 2, 2009

hey.. aku tau itu kamu!

slm
jam 13:46pm
hset ku yang satu berbunyik dr dlm bilik. mud bersantai aku sedikit terganggu. bermalasan aku mengambil hset. uik..nombor key-ell! dlm pikiran.. ini mesti kad kredit punya hal. aku pelanggan yang bagus! tidak pernah terlewat membuat pembayaran. tapi..aku jawab jak lah..

owh.. bkn kad kredit tapi..

yang cal aku. tujuan : pemberitahuan yg aku dpt vip card selama 7hr. katanya.. slh seorang 'teman' aku sudah menjadi ahli di sana.. dan sebagai syarat, dia perlu memberi nama dan no tel teman yang lain bagi tujuan promosi di centre tersebut. aku kira lebih kepada mau menarik menjadi ahli juak lah tu.. kan?

aku bertanya siapakah 'teman' yang memberikan namaku itu. sedikit kuciwa.. kerna ruang nama 'teman' ku itu di-blank! haih.. aku penuh dengan tanda tanya!

ini sudah tentu kes - 'teman' aku ini tidak membaca entri aku yang lalu!

aku di sabah. gimana aku mau menggunakan kad itu. walaupun.. paaaaapan, nafsu teringin mau ke gym tetap ada. ;p caller tersebut tersangat friendly. mau 10min jugaklah aku berborak sama dia. dalam otak.. aku mau tau juak siapakah 'teman' aku itu. last2 caller itu menyebut nama2 teman yang telah di-list kan.

akhirnya.. aku tau! dia tergolong dalam senarai tiga teman yang
aku kira, dia memang mau putus kawan!

hey.. aku tau itu kamu! owh.. ingat lagi ya kamu pada aku ;)

nota kaki : mungkin ada sedikit salah faham dari segi penceritaan aku dalam entri lalu. sebenarnya.. aku dan dia tidak pernah pun berbagi hati - udah aku bilang, aku sendiri yang terbuai2 dek perasaan sendiri.. di pihak dia langsung tiada balasan. kecewa cuma sekejap.. langkahku tersalah tika aku di tingkatan tiga ;p cinta seekor monyet yang bertepuk sebelah tangan.. boleh terima? sjak itu aku sendiri tlah tetapkan yang aku dan dia cuma layak bergelar - teman baik yang punya hati kering.