CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 28, 2011

9 bulan 21 hari

as.salam

anak masih senang-lenang di dalam perut mommy-nye. sejak dua menjak nih makin giat dia ber-exercise. mengurut + baca 3 qul je lah aku tatkala perut menjadi tegang.

hujung minggu yang lalu, bermula dengan aktiviti ke klinik untuk pemeriksaan urin dan tekanan darah. tiada masalah seperti biasa. gigih minum air barli kekdahnye =) tekanan darah pun ok. makanya.. tiada lah bebelan dari jururawat yang bertugas.

kemudian kami dating nonton filem "hikayat merong mahawangsa". mungkin filem terakhir sebelum bergelar "mommy". ececeh.. padahal, tadi baru je pujuk2 enchek su-a-mey nak nonton filem "hop" pulek. macam cute jek anak2 ayam tuh walopun dorang nakal! ke-enseman James Marsden tu pun salah satu faktor gak =p


bergambar sama anak sedare merong mahasuasa. =p aku makin "comel" bukan?

semalam aku dapat minum air kelapa. tetiba teringin. tak salah kan? sementara menunggu kereta ditukar minyak itam. sorga nya! tapi kedek lah mamak tu, isi kelapa dia bagi ade lah dalam dua urat.


tak puas sunggoh ngunyah!

aku kasik petua olang2 cina ar..


"kasi bukak laci yang ale lalam lumah. bagi senang belanak.. mah!"
"buka laci yang ada dalam rumah, supaya mudah bersalin"

aku takde lah dan2 bukak laci kat umah bile dengar petua camni, sebab memang ade je laci yang sentiasa terbukak kat umah aku. pekerjaan enchek su-a-mey lah tu. amik barang tak penah rajin nak tutup balik. redha! - tangan di bahu, mata ke atas-

Saturday, March 26, 2011

kesokaan semasa hamil

as.salam

tak ke mana pon hari ni. pikir mau nonton "hikayat merong mahaw
angsa". tapi belom dapat kata persetujuan dari enchek su-a-mey lagi. dari pagi hujan sampai lah ke saat ini. tau je lah, kalau hujan program tv di *stro tu asik tak dapat je. biru je skrin tv. bosan!

so, saje kumpul2 gambar kt google. buat satu story.. sepanjang kehamilan nih, antara menda2 nih lah yang selalu aku dok ulang2 makan. tapi ade ketika nye, akan menjadi jemu secara tiba2.


alhamdulillah, semua yang menjadi kesokaan, menda yang senang nak dapat. tapi ade satu pagi tu kan, tetiba mintak kat enchek su-a-mey.. nasi goreng ikan masin. nah, kau! merayu enchek su-a-mey mintak menu tu di- postponed ke petang2 skit. mane ade kedai makan bukak pagi2 nak goreng nasi goreng tu kan? sib baik jiwa tak sensitip. buatnye dia nak2 jugak time tu. bersilat lah enchek su-a-mey masak kat dapur.

ade sekali tuh, asik nak mencari keropok nih je. bila dapat, sorga dunia sungguh!


di awal kehamilan, aku kemaruk nak kfc fun fries. =) malam2 memang mintak enchek su-a-mey tolong belikan. goreng sendiri tak mau. mau yang dari fast fud restaurant je. demand!



senang je kan nak handle ibu hamil ni? tak mintak bukan2 pon. ececeh!

Friday, March 25, 2011

dikhuatiri

as.salam

pemeriksaan mingguan kali ni keputusannya.. terdapat kandungan albumin dalam urin aku. 04 apr makin hampir, ade plak yang tak kena. sebabnya, aku kurang sangat minum air sejak dua menjak nih. malas berulang ke tandas sebetulnya.



hasilnya, aku perlu ke kkia untuk buat pemeriksaan urin dan tekanan darah sebagai rutin harian. sabtu dan ahad tidak terkecuali.

gigih tiap2 malam aku masak air barli. mudah-mudahan aku tidak tergolong dalam golongan yang menghidap darah tinggi ketika hamil.. doa kuat2.

Monday, March 21, 2011

9 bulan 14 hari

as.salam

sampai ke hari ini, cukup 9 bulan 14 hari anak dalam perut. tidur makin tak lena. jalan makin perlahan. sambil menampung bawah perut lagi kerna terasa sengal2. kaki kadang membengkak. tapi bab makan, sangat berselera =) macam2 permintaan yang dibuat. alhamdulillah, semuanya rezeki ada.

carseat untuk anak juga sudah berjaya kami rembat. mudah mau ke mana2 nanti.



baby carrier plak hadiah dari kakak enchek su-a-mey. mudah2an murah rezeki beliau nanti lepas nih.

Monday, March 14, 2011

9 bulan 7 hari

as.salam

sehingga ke hari ini anak di dalam perut berusia 9 bulan 1 minggu. esok pemeriksaan mingguan ke klinik kesihatan ibu anak. pemeriksaan yang mungkin tak makan masa yang lama lah kot sebabnya.. last week aku dah buat ujian darah + urin. maybe kali ni juz nak check degupan jantung anak ngan kepala anak dah ke bawah ke belum.

alhamdulillah, rezeki bulan ni ade lebih sikit. so, kami belikan dia sebijik kereta. memang rase macam awal je lagi. tapi macam tak sabar pulak kami nak beli. gasak je lah. bile dah beli kereta, baru sibok2 dok mencari car seat nya pulak. mudah nak menghantar ke nursery nanti. owh.. nursery pun tak survey lagi.


sampai ke entry seterusnya nanti ye.

Friday, March 4, 2011

8 bulan plas plas

as.salam

per-kembangan diri untuk bulan ke lapan. pemeriksaan bulanan aku kat kkia 3hb lepas berakhir dengan sesi scan perut untuk melihat perkembangan anak. doktor menganggarkan anak beratnya 2.2kg (tolak/tambah 300g) jadinya, dia sangatlah comel! kandungan air ketuban takde masalah. macam biase bile tau dirinya sedang dilihat, dia sangatlah tak diam. sangat aktif. doktor tu susah nak snap saiz kepala + tulang peha. ish2 anak mommy! =)

8hb lepas plak pemeriksaan bulanan aku di antenatal clinic. alhamdulillah, pasni tak payah pegi dah sebab doktor yang check aku bilang sumenye ok. tunggu mase anak nak kuar tengok dunia je. ape2 tanda untuk bersalin.. terus je lah ke labour room pesan beliau.

dari bulan ke-enam lagi aku macam nak sangat makan durian. sangat soka bila rezeki tu ada. bukan seulas dua tapi nak dekat sebiji jugaklah aku santap. esok paginya pulak, mak siapkan kuah durian cicah sama roti putih. oh.. sorga!


soping barang anak
adalah satu terapi untuk aku skang ni. pantang rehat, pantang balik keja awal je sure nak berjalan ke merate2 alam untuk mencari baju + keperluan anak. anakku sedang buat discount separuh harga tau sekarang nih. aku tak pegi lagi ke butiknye.. tapi kalau ke supermarket + hypermarket memang ade je aku tengok promo dorang.

bulan feb yang lepas adalah bulan ulangtahun kelahiran enchek su-a-mey. hadiah untuk dia adalah..


alat penimbang berat badan! nak beli yang digital sebab tengok macam best jek. ala2 'the biggest losser' tu kan. tapi macam remeh setiap kali nak timbang, kena on plak. so beli yang simple je. beliau skang tengah sibuk ber-exercise. bising sume orang tegur, dia sudah demok!

ingatkan minggu ni bleh balik umah mak enchek su-a-mey. katanya sarung bantal + tilam dah siap berjahit. tak sabo nak nengok. tapi.. tetiba plak nama naik untuk ber-ot minggu ni. mungkin minggu depan lah baru dapat nengok. design kain macam kat bawah ni. taste enchek su-a-mey yang belang2 tu. aku nak jugak munga2. baru la girlie kan! anak kan ge-girl!



keadaan diri sekarang - sehingga ke hari ini, aku sangat tidak selesa untuk drive atau duduk dalam keta untuk ke mana2. kalau boleh mau dok umah ngan baring2 + malas2an je. =) dasar pemalas! huhu.. risaunya lah kalau anak pun terikut perangai mommy dia yang satu ni ha.

badan selalu berpeluh dan terasa panas. tidur malam asik terjaga sebab panas dan pinggang mudah lenguh kalau posisi tidur tak ditukar selalu. bangun nak ke tandas taklah sekerap awal2 dulu sebab aku amalkan sebelum tidur memang kasi kosongkan terus. bangun untuk minum tu adalah dalam sekali dua jugak sepanjang malam.

doa kuat-kuat.. harap semuanya ok sehingga ke bulan yang ke sembilan.