CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 25, 2010

teringin lah

slm
esok coti. petang ni, pas keja.. enchek su-a-mey janji nak mai sini. nak kutip aku then bawak gi manjung. sok.. kami nak masak makaroni bakar or lasagna. feeling2 omputih sat na. =)

keja kat dapur hospital nih, memang cabaran amat tinggi. tau nape tetiba nak makan mende alah tu? tadi la.. dok t
engah order bahan makanan untuk patient, last2 aku plak yang sibok tertelan air lioq. tu dia.. 1st class patient makan makaroni goreng untuk breakfast sok. tapi, aku xmo lah yang goreng2 ni. so teringin plak nak yang bakaq2. haih.. macam2 lah keinginan pewut ni kan.

kidnap lagi sekeping!=p

Tuesday, February 23, 2010

makin semangat dah ni

slm
mekaseh untuk kata2 semangat rakan blogger yang lain untuk entri yang lalu. insyallah, kalau punya rezeki.. yang penting berusaha dan tawakal, btol tak kawan2?

time nak kawen2 dulu, aku dok bising yang aku nih kuraaang sangat berat badan kan. la ni.. berat badan aku makin bertambah lah. baju kurung yang dipakai pun dah rase cam ketat tang vontot. aiyo.. harus lah aku mula berdiet dari sekarang..

siwiyes.. aku suda mula rasa cuak o bebeh! tapi orang keliling dok cakap aku nih makin kurus plak lepas kawen. tu, yang aku naik syeh makan tak benti tuh. sebelum datang keja jam lapan aku minum susu. masuk keja, wat keja skit.. jam seploh aku dah mula mengelupur lapo. makan bukan alang2.. mesti makan nasi lemak punye. time rest makan plak nas
ik putih ngan lauk pauk yang meriah. tapi nasib baik aku tak makan ayam. la ni aku perasan yang aku kurang sangat nak makan ayam. ape jenis ikan.. memang tak tolak lah. jam 3, mulut dah biru2 plak lapo. huhu.. xde la biru2 - tu aku tipo je nak menyedapkan ayat. tup2 bile dok pakai baju kurung yang biase aku pakai tu.. memang terase lah ketatnye. haih!

enchek su-a-mey lagi lah, time aku balik ujung minggu je.. kus semangat bile menengok dia makan. macam last week kami makan tengahari jam doblas.. 3 kali beliau tambah. jam enam petang kami m
akan lagi sekali, kononnye nak meneman aku makan. alih2 dia yang bertambah 2 kali. perut beliau aku nengok dah ade potensi nak memboyot tu. ala.. tak macho lah beliau kalau ade belon2 kat pewut =(

kekadang aku nih terase macam disumpah plak. selalu sangat mengutuk beliau pasal boyot.. last2 aku plak dah terasa mengembang -> ( 'o' )

aku dah dapat soft copy gambo kawen dari photog untuk dipilih. ni aku curik dari beliau sikit. mintak ijin ye tuan punye gambo. gambo korang lawo sangat. tak menahan nak letak kat blog nih. penganten lame pun nak tunjuk gak gambo time kawen dulu2. bluwek!

Thursday, February 18, 2010

insyallah..kalau punya REZEKI

slm

aceli menda nih memang dah brape kali aku pospon nak pos. taip sikit, aku padam. taip sikit lagi, aku padam. macam mentol kat atas pale nih dok lip lap plak. konon2 banyak sangat nak dikongsi. bile stat je, tetiba die pandai terpadam sendirik. last2 bile puan ryna dok cakap pasai ni. aku cam terpanggil plak nak bicara pasal hal yang same.

dah jadi perkara biase, bile dah berkawan, orang keliling dok tanye.. bile nak tunang. dah selesai bertunang.. sibok plak bertanye bile nak kawen. udah pak2 pong kawen.. soklan seterusnye.. dah ade isik ke blom?

aku pun tergolong dalam golongan yang ditanye camtu berulang kali. sape pas kawen yang tak mau bebeh weh.. ce kabo kat aku? hok nate beghuk pung suko ado anok. =) owh.. speaking ganu pulok!

dalam bulan lepas rasenye.. sorang teman aku bertanye pasal aku ni dah peknan ke belom. kebetulan time tu aku tengah period. elok seminggu lepas tu dok text aku kat fb.. lagi sekali repeat soklan yang same ~ ko dah peknan ke blom?

ek eh.. dia ni. kau ingat aku nih macam lalat ke senang bebeno nak bertelo? kecik ati tau. aceli, dia excited sangat.. kot2 anak kitowang nanti sebaya. yelah.. ko kan tengah peknan.. kan! okey.. aku maafkan ko. baik tak aku, weh?


bile mengabiskan mase ujung minggu bersame enchek su-a-mey, aku selalu bercerita dengan beliau psal hamba2 allah yang yang dok bertanye2 psal aku nih dah stat makan asam2 ke belom.

beliau dok nasihatkan aku,

kita doa je lah. ade atau tak.. allah je yang tau mana yang terbaik untuk kita. hari2 kita dok doa.. kadang2 doa yang kita doa tu pun kita sendiri tak tau, betul ke atau bagus ke tidak untuk hidup kita. mungkin kita mintak nak ade zuriat.. tapi allah bagi lewat sebab kita ni belom bersedia. masih belom mampu nak pikul tanggungjawab nak didik anak. sampai time yang betul2 allah tau.. kita dah bersedia, ada jugak rezeki untuk kita nanti. makan, pakai, keja tu pun rezeki jugak. yang penting skang.. jangan stop berdoa dan rasa bersyukur.
itu namenye ujian supaya kita sentiasa bersabar.

jangan lah sebab orang keliling kita rase tertekan. kalo salah sorang tertekan, takut nanti terbawak2 pulak dalam hubungan. dah klo masing2 dok berbalah. ka
n dah jadi salah satu ruang untuk syaiton nak bisik2 kat telinga kita.

aku takmau syaiton bisik2 kat telinga aku ngan enchek su-a-mey.. mintak dijauhkan, nauzubillah.

bila enchek su-a-mey dok nasihat2 kan aku.. aku pun tenang. hati pun senang. punya hasben cam dia. =) insyallah, kalau punya rezeki..

Wednesday, February 17, 2010

kelik doh

slm
selamat sampai di perak kelmarin malam. alhamdulilah sepanjang perjalanan.. lancar walopun ade gak babak2 di mana semua penumpang dok berbalah dengan driver akibat tersalah jalan =p

sedikit bukti yang menyatakan kami sudah sampai di ganu..


sopin!

3hari 2mlm.. memang tak jalan abis kat sane. next time, poksu + moksu ghoyak nk wi mende lain pulok. nok hanimung lagi ko nih? haha.. gelak gatei!

today, beday enchek su-a-mey. langsung xbleh nak wat seprais.. =( sebab 24hrs beliau sentiasa berada di sisi. balik keja sat lagi lah nak ajak beliau singgah di "resipi rahsia". kepingin sangat nak istewi suapkan kek ke mulut katanya. jangan membantah.. permintaan enchek su-a-mey tuh ;*


Thursday, February 11, 2010

2 purnama suda

slm
alhamdulillah, genap 2 purnama suda. banyak yang kami belajar dalam tempoh yang singkat itu. syukur kerna aku langsung tak dan nak merasa susah payah untuk hidup berasingan dipisahkan laut china selatan dengan enchek su-a-mey.

sangat berwibawa kami menyandang jawatan sebagai suami isteri hujung minggu. dalam masa tiga hari bila berjumpa adalah tempoh yang amat singkat bleh kami gunakan untuk bercinta-cintun, bergaduh, merajuk, pujuk-memujuk, manja-manjaan.. sangat terkejar-kejar untuk melakukan semua perkara yang aku sebutkan di atas dalam masa tiga hari bila kami bertemu.

masih seperti ala-ala pasangan remaja ber-couple. bila tiba jumaat malam, aku gigih naik bas malam. dijemput oleh enchek su-a-mey di stesen bas manjung. time tu je pun aku rase macam bercinta.

sampai dirumah.. banyak kerja rumah yang beliau "sengaja" tinggalkan untuk aku buat. beliau rajin membasuh baju.. cuma dia "malas" untuk melipat2. habis suma beliau gunungkan di atas katil. sayang kamu sangat2 =*

biasanya di atas meja dan di sinki tak banyak harta ditinggalkan untuk aku. jika tidak, malam tu jugak aku berlari ke batu belah batu bertangkup. sayang kamu lagi sekali =*

masak untuk beliau.. tak perlu yang berat2. cuma maukan yang simple2 saje. senang membela beliau rupanya. teringat pesan mak beliau.. "man suke masak kicap berempah macam ni. kena blajo.. nanti mak ajokan". owh.. ade tokoh menjadi menantu kesayangan rupenya aku nih.

masa untuk kedua keluarga dibahagi sama rata. langsung tak terasa untuk mengejar masa kerna kedua-kedua rumah boleh dikatakan masih dalam satu daerah.

di awal kawen ni, banyak modal yang dihabiskan. maklumlah.. keperluan rumah untuk mulakan hidup baru. di sabah dulu, langsung aku tak ambil tau.. harga minyak petrol.. kedai makan mana yang best.. malam2 mau berlibur ke mane.. pasar malam setiap hari ada di kawasan mane.. mane jalan shortcut nak ke tempat keja.. bile keta nak kena tukar minyak itam.. banyak ah lagi. kata lebih halus.. aku langsung takmo amik tau pun.

skang dah mula hidup di tempat sendiri.. sumanya aku wajib amik tau. serabut pale otak. banyak kena pikir.

tapi.. naseb baek.. tiap2 ujung minggu aku berkesempatan berjumpe beliau untuk legakan sume tekanan.. mencari pahale yang tak payah susah nak cari-cari.
sejuk je ati bile menatap beliau ade disisi, bile tiap kali bangun pagi. biarpun cuma dalam seminggu tiga hari. itu suda cukup memadai.

enchek su-a-mey.. aku sayang kamu lagi dan lagi.. =*

Wednesday, February 10, 2010

menjawab tag pula

slm
lama suda i di tag. tapi tak punya waktu yang panjang untuk mengadap. i yang menurut perintah ye.. puan ryna =)

satu
adakah anda rasa anda hot?
i confident cakap i langsung tak hot. tapi enchek su-a-mey balik2 cakap i ni hot sangat2. tak daya nak tepis. x ciom bau sorga plak nanti =p

dua
upload gambar kegemaran anda

tiga
cerita pasal gambar
i, enchek su-a-mey, adik lelaki i sama cinta2 nya berpoyo2 ke pulau pangkor tanggal 25dis tahun lalu. masih tak puas mendugungkan diri di mabul dulu.. jadi we all sambung pula aktiviti ini di teluk nipah. terase yang we all comel masa ni. uhuk.. terbatuk pulak.

empat
bila kali terakhir anda makan pizza?
seminggu selepas kenduri kawen i. =) tu lah kali terakhir. pasni i dilarang makan fas fud dah. berpantang abes!
siap kasik bukti lagi.. nah..

lima
lagu terakhir yang anda dengar?
cinta abadi by blackrose
lagu dalam video kawen i. dah bape kali ulang tengok dah. i tengah rindu sama enchek su-a-mey sekarang! ;(

enam

apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
tengok senja permai kat astro prima =) santai

tujuh
selain nama sendiri anda dipanggil nama apa?
dipanggil kak ngah oleh adek beradek
dipanggil sayang oleh enchek su-a-mey
dipanggil mak nyah oleh sedare mare sebelah keluarga
enchek su-a-mey tanpa rela. tak kuasa mak, nok!

lapan
tag lagi 6 orang
1) hanis
2) adiwarnatasya
3)
adlyn
4)
cinderella striker
5) nreena
6)
eye-d4

sembilan

siapakah orang no.1 pada anda?
housemate time kt pjb dulu.. baru semalam jumpe setelah 5 tahun terpisah =)

sepuluh

kata sesuatu mengenai orang no.5?
date nikah + kawen kami same.

sebelas

no.3 ada hubungan dengan siapa?
mr. adha. member kepada enchek su-a-mey. kecik je dunia blog nih. pusing2.. terjumpe plak, kan? insyallah, dimurahkan rezeki.. mau ke majlis beliau pula nanti. kalau dijemput lh.. huhu.

dua belas
bagaimana pula orang no.4?
beliau akan menggunakan khidmat kak andam yang same ngan kenduri kawen i.

tiga belas

pesanan kepada orang no.6?
dah, xmo marah2 lagi.. senyuuum =)

empat belas

apa kelebihan yang anda nampak pada orang no.2 ini?
blog beliau tak pernah sunyi, ade je idea. yang best ade step2 nak wat macam2 hidangan. tak kedekut ilmu orangnye.

Saturday, February 6, 2010

terkini

slm

mintak maap sangat2 sebab mengambil masa yang lama untuk membiasakan diri dalam suasana baru.

terasa bagai sorang wanita yang hebat pula.

isnin - jumaat aku di di satu daerah
jumaat malam aku di manjung
sabtu petang aku di manong
ahad petang aku di kuala kangsar

begitulah rutin aku sejak entri yang terakhir ditulis. panjangkan alasan aku kali ini? diterima pakai tak? =p tapi yang pasti aku tak penah tinggal untuk baca blog kamu2. cuma kurang meninggalkan jejak ja.

next week, cuti raya suda kan? ingat tak entri yang ini? ececeh.. mau hanimun lagi sebenarnya kami ni. ini kali, mak enchek su-a-mey larang kami ligat2 sangat. jadinya.. tak dapatlah kami mau berendam2an lagi. dalam erti kata lain, no more pulau2 dah. aku pun seeedey ;(

setakat jalan2 makan angin suda cukup. dan kami juga akan ber-hanimun sama famili
enchek su-a-mey. nak merapatkan hubungan lagi kekdahnya =) yelah, pulang jak dari kenduri bulan doblas ari tu, terus kami duk di manjung temankan enchek su-a-mey di rumah sewanya. kendian, aku terbang ke sabah.. terbang semula ke tanah melayu.. terus stay kat umah sewa aku. jumpe ngan famili enchek su-a-mey pon.. juz ujung2 minggu jak. tak merase nak bertepuk tampar bila bersembang. haih!

sangat tak sabar untuk pergi berpoyo-poyo bersama mereka.. yeay!


semalam, sa kat kedai kak andam call. sorang silent reader pergi ke kedai kak andam and mention pasal blog nih. adeh.. sib baik, rahsia tak pecah sama enchek su-a-mey. beliau masih belom tau lagi yang aku suda lama punya blog. huhu.. nakal eh!

video kawen suda sampai di tangan. sangat best + kelakar! suke =)

ari selasa ada meeting di ipk, bangsar. setengah hari pulak tu. bontot pun tak dan panas.. dah kena pulang ke perak. =( aku yang menurut perintah ~ begitulah kan.