CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, August 27, 2011

mud raye sudah mari

as.salam

alhamdulillah. tahun ni baju raya enchek su-a-mey beli yang moden2 je. baju melayu juz pinjam dari ayahnya saja. =) bukan ape, baju melayu ayahnya masih punya 3pasang yang belum dipakai. daripada dok tergantung dalam almari je, baik dipakai kan.

baju kurung mommy hannah ade 2pasang je. cukuplah. raye ke-4 start keja dah (^o^")

baju raya hannah.. baju kurung takde pun. hannah pakai skirt je nanti. itupun bukan mommy ngan ayah belikan. makwe ngan makteh dah beli banyak untuk hannah. rezeki sungguh.

salam aidilfitri 1432 dari kami

as.salam

dengan rasa rendah diri, aku ingin mohon kemaafan sekiranya mungkin ada yang terguris perasaan, terasa di hati dengan cara penyampaian aku.

aku bukan penulis yang bagus (^o^")

halalkan lah segala perkongsian yang aku turut kongsi selama ni.

moga aidilfitri kali ni, mendatangkan kebahagian buat kamu semua, amin.

selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir dan batin

afidah,syahman,hannah

Monday, August 22, 2011

sindrom "gelabah sempena raye umah ade 5 kudap2 je"

as.salam

seminggu je lagi nak beraye. alahai..makcik sorang nih telah diserang sindrom "gelabah sempena raye umah ade 5 kudap je"

tahun ni aku berkesempatan buat 2jenis kuih.


tat nenas
resipi cobaan yang baru mak enchek su-a-mey dapat dari kawannya. macam tahun lepas kami buat resipi turun temurun. adunan tepung sedikit keras. kali ni buat. lembut je. bila gigit.. aduhai, berderai2 rase dalam mulut. tak kire yang jatuh bertabur ke karpet lagi tu =p

kulit popia bersalut nestum+ horlicks
hah.. name kuih tak nak kalah. tetap nak panjang-panjang kan. senang je buat nih. gulung-gulung kan kulit popia. pastu goreng. samekan nisbah antara nestum dan horlicks. contoh, horlicks satu cawan.. nestum (sudah kisar halus) pun satu cawan. kalau nak manis.. tambahkan sikit gula aising. tapi kalau suke nestum lebih.. lebihkan nestum. macam tu jugaklah kalau sukekan horlicks lebih =)

biskut yang lain, tempah ngan rakan sekerja je.


kuih sepit
aceli tak minat yang lipat 3 segi. lebih suka jika digulung. rase macam kurang feel je makan yang macam ni. harge pasaran
100kpg = rm17

biskut forero
sedaap! raye pun belom.. biskut dah tinggal setengah balang. abih tu camne makcik ni tak gelabah. buka pose ngadap.. time sahur pun ngadap lagi. sedikit mahal
50bj = rm25

biskut semperit
sudah dimoden kan =) sedap. cair di mulut tidak di tangan. bila dikunyah rasa coklat sedikit. murah.
50bj = rm17

hah.. 5 jenis je buat masa sekarang. rumah korang banyak kudap2 tak?

Saturday, August 13, 2011

hannah, 4 bulan

as.salam

syukur, hannah menginjak ke umur 4bulan pula. pemeriksaan kesihatan di tempat mula-mula hannah membesar dalam rahim mommy =) sebelum ni menumpang di kkia kuala kangsar. bila berdua dengan hannah ke kkia yang sentiasa ramai orang menyebabkan mommy bergegas cepat-cepat untuk mendapat nombor awal berbaloi-baloi. mommy dapat angka giliran no 1 (^o^")

kalau sebelum ni, bertiga bersama emak temankan. langsung tak menjadi masalah bila nak mencari parking, daftar kad, bukakkan baju hannah untuk timbang. sekarang, mommy kena sendirian uruskan hannah. semua kelam kabut. berdoa2 supaya hannah tak malukan mommy or mommy malukan diri sendiri =p



-janganlah hannah terkencing atas penimbang nanti
-janganlah hannah menangis bila dibukakan baju
-janganlah mommy pakaikan baju/seluar terbalik pada hannah
-janganlah.. janganlah..

semua masalah menjadi satu berpusing2 dalam fikiran. sampai macam tu sekali lah. haih!



bulan ke empat, tak dikenakan apa-apa vaksin. cuma pemerhatian dari segi kepekaan bunyi dan mata.

mengekek bila digeletek perutnya. terbakar kalori mommy ngan ayah bila cubaan nak buat hannah ketawa. berpeluh-peluh kami dibuatnya. dengan puasanya lagi.. sampai kering2 tekak lah.

mudah tersenyum bila diagah. tapi macam ayu je. bila senyum sambil menunduk2 muka. alahai, anak dara sorang ni =)


mula kuat untuk meniarap. tapi kena memegang sesuatu untuk menolak punggungnye. tak mau tolong2 dia, onyang bilang nanti dah besar asik nak harapkan orang je bila nak buat sesuatu. jadinya, biarkan hannah membebel2 bising bila nak pusingkan badannya untuk meniarap.


terus buat kad untuk "family planning" =) kaunseling diberi juga.


Tuesday, August 9, 2011

selamat berpuasa!

as.salam

terlewat untuk ke hari yang ke-sembilan di bulan ramadhan ni, aku baru nak mengucapkan selamat berpuasa kepada member2 yang baca blog yang tak berapa meriah ni.

cabaran besar jugaklah, berpuasa sambil menyusu/mengepam. kadang2 memang terasa badan x cukup air. sampai pening2 nak pitam lah. tapi alhamdulillah.. tak tinggal puasa lagi. tak macam tahun lepas.. sampai 20hari lah jugak gagal berpuasa. ups..

sehari sebelum berpuasa lepas, kami sekeluarga dan emak + adik enchek su-a-mey sempat naik ke cameron highland. perjalanan yang tidak dirancang.

paling last aku ke cameron highland.. rasenye time rombongan form 4. time tu aku bersekolah teknik.. tapi menumpang rombongan sekolah lama. (^o^") tak malu ek.. tumpang2.

masih jugak lah terasa angin sepoi2 bahasa yang dingin berdiri bulu roma walaupun sebelum ni ramai yang mengatakan cameron dah tak sejuk macam dulu. owh.. berita baru2 ni ada nahas tanah runtuh. takziah buat mereka.

kami tak sempat pun pergi ke boh tea tu. nak jugak ber-hi tea kat pelantar tu. masa sangat tak cukup bila berada di atas sana. nak pilih sayur pun.. dah pilih2.. letak balik. pehtu amik balik. maklumlah.. perjalanan yang tak dirancang. dalam poket hanya ada rm50 je. sib baik kos minyak + makan mak enchek su-a-mey yang taja.. =p

kegemaran hannah.. menghisap jari makin ketara. tu ok lagi.. 2 jari je masuk. kadang2 lima-lima jari masuk. haih.. hannah!

mommy + ayah sibuk snap2.. anak terbiar panas. mak enchek su-a-mey kesiankan hannah.


=) menyusukan hannah di strawberry farm. feeling2 petani yang berjaya lah konon!