CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 31, 2012

berTUKAR!


as.salam

mode : sticky post

maaf ye, sebab dah ber-jaman blog ini dibuka. baru sekarang aku sibuk nak tukar link. buat teman-teman yang sudi berkunjung ke blog ni. sila lah tinggalkan jejak di ruang komen ye.

buat yang sudah ber-link. mintak ijin link ye. (dah link baru nak mintak izin.. sorry!)

Saturday, December 29, 2012

tatak!

as.salam

jangan jijik eh. aku tukar sume gambar kat blog nih sebab sekarang hannah suka dengan TATAK! huhu

sudah selesai sesi berpantang. 


alhamdulillah, seperti yang diceritakan dalam entry sebelum. aku meraikannya dengan menghadiri kenduri kawen. esoknya.. nah.. harits menangis tanpa henti. dalam 2 jam jugak lah aku bergilir2 dengan mak nak memujuk nya. tak tahu lah tang mana salah makannya.

bermula kehidupan di rumah sendiri minggu hadapan. bersilat jugak aku ni nanti dengan sorang diri di rumah bersama anak2. =) senyum je lah.

aku nak mencuba produk ni.


sedang menunggu kehadirannya. sejak dua menjak ni, kulit aku kering sangat.  harap dengan produk ni jadi okey lah hendaknya.

Tuesday, December 18, 2012

kesukaan ketika hamil

as.salam

saje je nak bercerita tentang minuman kegemaran aku masa hamil dulu. masa aku hamilkan hannah dulu. aku suka sangat minum air longan ngan air barli.

aku start minum air longan bila dapat tau yang longan tu bagus untuk ibu yang menyusu. belum beranak lagi dah start minum. hebat tak? x sabo2 nak menyusukan anak nampak gayanye. sehingga lah sekarang. dalam berpantang ni pun rajin jugak minum. rebus then guna gula perang. jangan lupe masa rebus tu masukkan selai daun pandan. harum dan sedap jadinye.

sumber
air barli plak, dulunye aku langsung tak suke. teringin minum pun tidak. sejak bercinta dengan enchek su-a-mey dulu baru pandai minum. dia lah yang bertanggung jawab mengajar aku minum air barli nih. rasa lemak2 gitu.

masuk bulan ke enam hamilkan hannah, dalam urin aku ada albumin. dalam erti kata lain.. kencing kotor lah tu. misi galakkan aku minum air barli banyak2. air barli yang tiada atau kurang gula. jadinya.. berganti2 lah aku bawak bekal ke ofis. kadang air longan, kadang air barli.

sumber

masa hamilkan harits plak, air barli ngan longan still jugak aku minum. tapinya tak sekerap jus avocado nih. dalam 3-4 biji sekali beli kat tesco. setiap malam minum. kalau beli jus kat kedai rm6.50 satu cup. mahai no. tapi kalau dah teringin sangat time tengahari waktu lunch, memang berhabis lah beli. 
sumber
berbagai-bagai kan kegemaran aku. sib baik tidak suka yang bukan-bukan =)

Friday, December 14, 2012

anak meragam malam tadi, la ni aku tak cukup tidur

as.salam

aku tengah panas hati ni. malam semalam harits mengamuk tak sedap perut. sumpah.. aku tak langgar sebarang pantang pun semalam. tak tahu lah ape yang aku salah makan. walaupun aku tengah panas hati disebabkan harits yang baru sebulan lebih tu takdelah pulak aku sampai hati nak memukul anak macam ni..

sumber
memula banyak dimuat turun dalam fesbuk. tapi aku tak sanggup tengok. pastu tertengok plak dalam berita. geramnye lah.


harimau malaya plak semalam telah dikalahkan dalam perlawanan piala aff suzuki dengan siam. berada di padang cuma 10 pemain. payah lah kan. aku pun jadi bengang jugak ngan lelaki kat atas nun. tak pasal2 bagi kad merah pada orang yang disiku. sepatutnya bagi pada yang menyiku. alahai..

 

pastu jiwa raga aku menggelegak, aku telah ditipu dalam perniagaan online. separuh ditipu lah. sebab aku order 2 pasang baju. tapi yang dapat cuma sepasang je. urusniaga dari bulan jun lagi. dah banyak aku send msg. tapi still tak berjawab lagi. serius.. aku tak halal kan duit aku tu. (^o^") orang melayu plak tu buat onar!

Wednesday, December 12, 2012

cuti-cuti.. ke mana kite?

as.salam

cuti2 sekolah ni ramai berjalan-jalan / bercuti kan? best nye lah.aku sebenarnye.. memang simpan angan-angan nak bercuti. maklumlah, bile dah bekerja kita bercuti kena bergilir. dengan rakan sekerja.. semuanya dah berkeluarga.. ber-anak. semuanya nak bercuti bersama famili. bile tiba musim cuti sekolah. masing2 berebut nak cop seminggu bercuti panjang. seminggu paling lama lah. nak lagi lama.. masam lah rakan sekerja yang lain. huhu

ok, dah kata pun angan2 kan. ni tempat angan2 aku nak pergi.. (malaysia je)

i-city
legoland
bukit tinggi
langkawi
kali ni kan aku ambil cuti 3 bulan. masa cuti bersalin kan hannah dulu, aku juz ambil 2 bulan je. sebab rakan sekerja yang lain tunggu turn nak cuti bersalin pulak. berganti2 kami =) cuti nak berjalan+berjimba tu takde. kali ni memang nak pastikan lah enchek su-a-mey bawak kami bercuti. huhu

kebetulan aku menaip kisah ni, emak sedara enchek su-a-mey mengajak kami ke langkawi jumaat ni. alahai.. timing lari. aku lagi seminggu nak abis pantang. lagi seminggu je. kalau ikutkan hati, mau jak aku hati kering pegi. tapi enchek su-a-mey tak bagi. takut aku meroyan dalam feri. tak lah, bukan meroyan. takut kepada sebarang kemungkinan. biar badan aku dan harits kuat sikit.. baru boleh berjalan jauh katenye.

minggu depan, 3 hari kena berurut. haah lah, tak mintak kakak aku call makcik yang mengurut tu lagi. pembukaan hari bebas pantang (wuhu.. bebas lah sangat, kan) aku ke kenduri kawen. hoyeah2.. makan lauk kenduri!

2 hari berturut ade kenduri kawen. pastu bleh berjalan ke mydin mall di ipoh nun. beli baju utk pakai hari2 si harits. enchek su-a-mey tak bagi aku pakaikan harits baju hannah yang girlie2 tu. bazir kot kalau tak pakai. elok lagi. 

makanya, kite sopin2 kat mydin je. (^o^) suka mummy dengor. 

Tuesday, December 11, 2012

tahun ketiga

as. salam

genap tiga tahun pernikahan kami.. alhamdulillah. moga diberkati dan bertambah rezeki dari Allah swt. amin.

Monday, December 10, 2012

satu bulan usianya


as.salam

alhamdulillah, kami baru pulang dari klinik. pemeriksaan harits cukup sebulan usianya. sehingga ke hari ni, 3 kali harits mengamuk kaw-kaw. sakit perut gamaknye.. bile mummy makan durian + kuah durian. (^o^") mummy cannot tahan lah bile digoda. yang first time harits mengamuk masa 6hb aritu. kate dek bidan, baby nak meraikan hari dia cukup sebulan. kebetulan hari tu memang khamis malam jumaat. nunjuk perangai lah dia. katanyelah. percaya tidak.. tidak percaya pun tidak. dengar sahaje =)

sebenarnya harits pernah kena ruam lampin. merah2 bon-bon nye. macam melecur. sejak lahir sampai hari kejadian kami memang pakai baby wipes je. langsung tak pakai air. ye.. saya mummy yang pemalas. bad mummy, huh?

ops.. ni bukan harits =) sumber dr google
mungkin sebab kulit baby kan lembut+mulus. so, dia tak tahan ngan losyen yang ada pada baby wipes tu. naik bukan sikit2. mengejut terus. sampai jadi melepuh. bila dah kena, tiap kali tukau lampin, mengeliat2 lah dia. pedih barangkali. kesian anak mummy.

bila dah jadi macam tu, setiap kali basuh bon-bon harits, aku pakai cotton puffs / facial cotton yang dibasahkan dengan air. ade jugak dalam 2 kali aku bawak harits ke sinki. tapi macam kesian lak, tiap kali terkena air paip. menjerit bukan kepalang. sejuk bebeno kot. tak tahan dia. walaupun time tu dah tengahari. bukan awal pagi. ate.. cane nak pergi tempat sejuk2 ni harits. air paip pun dah failed. haih!

solution mudah, pakai spray jak bila nak tukar pampers nye. pas basuh sebersih2nya dengan lemah lembut dan kasih sayang, sapu kan sedikit di bon-bon nye "drapolene cream" nih.

sumber dr google
dalam 2 hari pakai, alhamdulillah. segar bugar bon-bon anakku. nappy rash tiada lagi. berkesan sungguh lah.

berat harits dah bertambah sekilo. jadilah.. 3.6kg time mummy bawak kamu keluar wad dulu. halus je mummy tengok kamu nak ooi. la ni dah nampak lah kaki + tanganmu makin membesar diameternye. cucuk hep b tadi, memang drama sangat. menangis sampai satu kkia dengar. 

pengalaman menyusukan si hannah dengan si harits pada aku ada beza la sikit. macam hannah, dia akan stop sendiri bila dah kenyang. lain pulak dengan harits. menyusu bagaikan tiada hari esok. sedar2 dah terbatuk2 tersedak disebabkan susu dah penuh dalam mulut and tak sempat nak telan. 

dalam sehari kadang beberapa kali jugaklah menukau bajumu. muaknye kalau dah kering berbau masam. tapi punyalah suka aku bau. nikmat cium tu lain macam.. haha..

Tuesday, December 4, 2012

kalau ngidam lagi.. acane tu?

as.salam

masih berpantang lagi. jangan fikir bukan2 pulew. =p aritu dalam sokabar metro ade iklan pasal pak habib wat sale gile2. udah terbekenan plak ngan cincin batu permata yang ala2 gini. tu dalam kategori ngidam2 jugak ke? haha.. udah ditunjuk ke enchek su-a-mey. dia tak bagi feedback pape pun. sentap terus!
disebabkan aritu harits telah dibersalinkan di atas tilam katil kami. kami telah sepakat membuang tilam tersebut. tiada cara untuk membasuhnya. habis ikhtiar dah. darah meresap ke dalam tilam. suami dah basuh still lagi meninggalkan kesan. =( tu lah, time nak teran aritu tak terpikir nak lapik plastik ka.. apa ka.. 

tilam kami lebih kurang tebal macam gambar di bawah. saiz queen. beratnya.. tak mampu untuk diangkat sorang. perlu berteman. kalau aku nak menukar cadar tilam perlukan bantuan enchek su-a-mey lagi. 


bila tilam sudah tiada. haruslah beli tilam yang baru kan? ok.. yang ni pun kategori ngidam jugak kah?

peninglah enchek su-a-mey. cost ngidam lepas beranak ni lagi tinggi dari time pregnant dulu.