CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, July 17, 2011

rezeki hannah dan mommy

as.salam

alhamdulillah rezeki hannah sehingga sekarang masih ada. dalam freezer kami sekarang hampir penuh =)



aku banyak pakai paket2 je. yang botol cuma ada 10bj. banyak tu je lah dok di ulang pakai untuk sesi perah-memerah. sebotol dah memang letak di nursery je.

dah masuk kerja ni, sesi perah-memerah adalah sangat seronok. sambil2 buat kerja + bersembang bersama rakan sekerja. sebenarnya boleh je buat di surau. tapi sorang2 di surau rasa sunyi sepi pulak hidup. rakan sekerja pun semua dah pangkat mommy2. bos aku tu pun memang menggalakkan aku buat perahan selalu.



hasil perahan = tengok pada mud dan apa yang aku makan pada hari itu =) kadang banyak, kadang sikit. tengok shift kerja jugaklah. kalau aku masuk shift petang sebelum hantar hannah ke taska, dah siap2 bf kan dia. kalau shift pagi atau office hour.. memang banyaklah hasilnya.

diorang pun faham bila aku keluarkan uniform aku yang satu ni


gambar ulangan ni
kalau aku tak pakai baju yang memang khas untuk bf.. aku pakai poncho je. selak lah sebesar mane baju kat dalam tu. hannah sorang je yang nampak (^o^")

fesyen bf hannah..

buat masa ni kalau nk berjalan-jalan aku lebih suka pakai baju yang aku beli kat autumz nih. memula dulu time dok umah berpantangkan hannah, aku sempat shopping 2pasang ni je.

tapi tu lah.. asik ulang baju yang same. macam bosan plak.


kalau pakai baju camni.. tengah carrier hannah / jalan2 di tesco pun still bleh bf dia. dia pun takde plak merengek2 tak selesa. =) hebat anak mommy nih.

mintak plak pada enchek su-a-mey nak tambah lagi 2pasang. dia soh cari yang berbunga-bunga.



hah, yang ni rezeki mommy. sedang menunggu ketibaan baju2 ini pula =)

Wednesday, July 13, 2011

hannah, 3 bulan

as.salam

bermula sudah aktiviti sebagai mommy bekerjaya. belom capai tahap super-mommy lagi. berat tanggungjawab tuh (^o^")

kelmarin bawa hannah untuk pemeriksaan kesihatan bulan ketiga. perkembangan dia, alhamdulillah. graf naik sedang elok =)

sudah pandai tersenyum, kebolehan terbaru mengekek2 bila aku nyanyikan dia "baa baa black sheep". baru semalam ayahnya nyanyikan lagu lion sleep tonight tu. wah.. seronok sangat dengar dia ketawa. nak lagu omputih je ke, hannah?



Friday, July 8, 2011

resepi

as.salam

saja nak kongsi resepi yang aku ambil dari deco choco ni.

a
ku google banyak. tapi dalam banyak2 resipi yang dapat, aku amik yang paling simple.

pastu menggagau cari kat youtube plak. tengok cara nak membuat.

xcelen kan?



Bahan-bahan(+-24 set,48 keping):

2 biji telur - ambil putih sahaja
60gm gula kastor
80gm almond powder (aku beli almond, goreng tanpa minyak pastu blend kan)
120gm gula aising
sedikit esen vanila

filling
ape2 pon boleh. aku guna peanut butter. pemalas kekdahnye.

Cara-cara:
  1. Ayak almond powder + gula aising
  2. Pukul putih telur + gula kastor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila, pukul sehingga kembang
  3. Masukkan sikit demi sedikit bhn yg diayak td ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan macam buat kek.
  4. Masukkan adunan yg dah siap ni ke dalam piping bag
  5. Picit ke atas dulang oven yg dah di alas dengan baking paper. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm.
  6. Anginkan adunan lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar.
  7. Bakar dlm oven pd suhu 140-150 degree selama 15-20 minit.
  8. Sejukkan sebelum letak filing.
maap ek lambat post. mommy dah start bekerja =)

Friday, July 1, 2011

teruja lah jugak

as.salam

dah lame cuti, nak masuk keja balik. ade rase macam malas2 tak? ade sikit.. =p

tadi hantar cik lis ke car wash. lame no tak mandikan dia. =) tu kategori teruja + tak sabar nak keja je tu.. huhu..



siap nak singgah kedai belikan car perfume lagi. sib baik kedai banyak tak bukak jam 8 pagi. jadinya, terus balik rumah dengan hati yang sebal =(

owh ye.. sebelum ke car wash tadi, aku berjaya hantar hannah ke taska. orientasi bagi dia. tak tau lah ape citernye tu. tunggu dan lihat je jam 5 petang nanti. harap hannah baik2 saja.

berdoa kuat2 !