CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 30, 2009

keja kawen #28 - bunga manggar & cenderahati

slm
tidak ku sangka dunia udah punya bunga manggar berwarna itam. lama suda kewujudannya, tapi aku sikit pun tidak tahu. ish2.. aku masih dalam mud teruja neh! siap suda dibikin 20btg. merah + silver masih belum dimulakan lagi pembikinannya. kasik rest dulu.. nanti semangat mau nikah cepat menguasai minda pula. haha..


tadi pagi juga sudah siap pergi menempah cenderahati buat teman2 di sabah. jenis labu tapi bentuk nya seakan sebiji telur. warna bukan seperti imej dibawah yang aku copy dr website ... (erk, aku lupa.. pada tuan gambar - maaf ek sy lupe copy, sile inform sy ye untuk kredit)



warnanya seperti labu2 yang terdapat di gambar sebelah kanan.. selari dengan warna tema kegilaan ku.. hitam! akan ditambah sedikit spray shining 2+ blink2 skit oleh tauke kedai tadi - itu janji beliau padaku. tentu gojes! sengajak memilih labu untuk dikasik dengan diorang.. tunjukkan sikit yang aku ni pure kuale! ate.. itam kan mutu keunggulan!

borang2 juga sudah dihantar ke pejabat agama tadi untuk mendapat surat kebenaran. hari jumaat datang collect.. katanya. alhamdulillah.. banyak yang sudah diuruskan.

Tuesday, September 29, 2009

keja kawen #27 - hari pernikahan

slm

selama tiga hari berturut2 aku berjumpe dengan bakal mil. owh.. kami suda punya tarikan kimia. aku gembiwe sangat. hari minggu yang lalu beliau datang ke rumah untuk menghantar belanja, kelmarin aku minta pertolongannya melengkapkan borang.. tadi pagi pula aku datang untuk ambil borang itu semula. senyum simpul2 jak aku bila beliau kenalkan aku pada teman guru2nya yang aku ini adalah bakal menantunya. owh.. ada senior ku dulu sudah menjadi guru. guru pendidikan seni ku dulu pula sudah pun menjadi guru besar walaupun beliau kecil jak orangnya. tapi masih maintain hensem. itu sebab subjeknya aku dapat 'a' selalu ;p

tadi petang aku sudah berjumpe dengan tok kadi. esok, lagi sekali aku perlu ke pejabat agama untuk ambil surat kebenaran berkawen. bila sudah punya surat itu, bila2 pun kami bleh dinikahkan.. ish, x sabar!

tok kadi masih berkhidmat sebagai pegawai kerajaan. jadi.. weekdays selepas jam 5 baru available untuk menghadiri sebarang majlis. di situ bunga2 perancanganku sudah berubah. bukan itu jak, beliau jugak menolak cadangan aku untuk membuat majlis pernikahan di rumah. aku tak menolak memang majlis lebih afdal jika dilaksanakan di masjid. tapi ndak semua yang akan hadir. opah sudah uzur, sukar untuk bergerak. ibu pula takkan ada sekali kerna beliau tentu akan sibuk memikirkan tentang keselesaan tetamu yang hadir ke rumah jika beliau juga turut serta ke masjid.

aku mau semua ada tika aku ditabalkan menjadi 'isteri'. kamu nampak tak, apa yang aku mau? nampak tak? kejadian2 begini sudah berlaku tika majlis pernikahan kakak ku dulu. jadi.. aku x mau peristiwa sebegitu berulang lagi sekali. aku mau semua berada di sisiku.

Monday, September 28, 2009

keja beliau adalah planner..

slm

hari ini acara yang diisi bermula dengan pagi tadi.. menghantar fya tomei ke rumah pengasuh. kemudian aku merempit ke rumah salah seorang saksi pernikahan ku nanti. kali kedua ku pergi ke rumahnya.. urusan dipermudahkan. sebelum ini ayahku pergi, beliau asik tiada.

kemudian pergi ke rumah pendaftar pula. isterinya jak berada di rumah. borang mr.b pula tidak lengkap. aku pikir udah siap kesemuanya. terpaksa ke pejabat agama pula. pendaftar (naib kadi) kawasan rumah mr.b sedang sakit dan kini berada di rumah anaknya. mintak pertolongan pegawai2 di sana untuk menghubungi pengganti. tidak punya henfon pula. berkali2 telefon ke rumah mau bertanyakan lokasi beliau.. tapi jawapan masih negatif.

pergi ke saloon amoi untuk mengerat rambut yang semakin panjang. owh.. ade promosi untuk treatment kulit kepala + rambut. mau jugak aku.. tapi masa betul2 mencemburui aku (kelihatan comel pula aku bila menggunakan bahasa perbahasan di sini). sempat cantas jak..

kemudian, pergi menghantar kain pasang untuk dijahitkan sepasang persalinan bagi diletakkan di atas salah satu dulang nanti. mak aii.. rm150++ upah jahit. tetiba menyesal plak aku tidak mengambil kursus menjahit2 dulu.. tetiba plak kan..

menjadi runner menguruskan soal kawen2 seorang diri bikin aku jadi sedikit emo. sambil merempit, sambil tu aku ber-text + caling2 sama mr.b yang sudah mula bekerja. pitching juga sudah semakin tinggi bila berbicara dengan beliau. pasni kena mintak ampun!

ambil keputusan menghantar borang pada bakal mil untuk minta diuruskan oleh mereka. mungkin esok boleh suda disubmit ke pendaftar + kadi di kawasan aku pula. berdoa sungguh2 ni.

aku : ni yang nyampah ni, apsal borang x complete? dh tu kena lak syg jd runner mencari orang nk mtk sign2.

beliau : ate, nk kawen same2. kena la tlg menolong

aku : ni bkan tlg menolong.. tp dh jd cam pengarah lak. memerintah plak tu!

beliau : tu nk make sure smua lancar..

aku : abih, sape yang sebenarnye wat menda ni jd x lancar?

aceli niat aku tanye nk suruh die ngaku salah die sbb miss out satu part dalam borang tu. bleh plak die jawab..

beliau : ustaz ***zi n org pej agama

aku : dorang ke nk kawen ngan syg?

beliau : bukan. syg cube melancarkn.. abg planner.

sudahnya.. mati terus akal aku.

Sunday, September 27, 2009

aku cemburu dengan kamu.. maka..


kualiti gambar sengaja dibuat begini supaya kelihatan tidak memuaskan ;p

slm

boleh kamu agak tak.. di manakah lokasi sebenar untuk kedua2 gambar di atas? teka lah.. cepat! eh, semacam memaksa pula ya.

huhu.. aceli kami melawat uncle poh kong.. sehari sebelum hari raya dengan alasan untuk membetulkan cincin tunangku ;p nasib agak baik kerna batunya betul2 jatuh di atas meja tatkala aku bercerita penuh dengan emosi dengan rakan sekerjaku sambil mengetuk2 tangan di meja = hasilnya.. tergolek2 batunya di depan mataku. untung.. tika berita dikhabarkan pada mr. b, beliau cool jak. adalah hampir 3bulan juga aku tidak dapat melaram dengan cincin tunang itu.

sebenarnya, aku tidak pernah masuk ke kedai emas bersama beliau sebelum ini. cincin risik + tunang + gelang untuk hari pernikahan, semuanya hasil dari pilihan beliau sendiri. sib baik beliau pandai memilih ;)

bila baca blog kamu2 yang punya pengalaman mencari cincin tunang / kawen bersama2.. siwiyes aku cemburu. jadi, untuk kali ini.. aku betul2 tidak mau terlepas saat2 romantik begini.. boleh kah begitu? aci jak lah.. kan kami ni jarang berjumpa.

dalam perjalanan, sudah aku bisik2kan pada beliau yang aku mau sepasang subang. yang simple2 + lagi murah. sementara menunggu cincin dibetulkan.. aku pun ambil peranan.. minta beliau pilihkan.. minta pendapat.. tidak sampai sepuluh minit.. dapat sudah subang idaman hati. siap beliau tambahkan lagi peruntukan. akhirnya.. dapat jugak aku rasa apa yang kamu rasa. ;) puas ati sangat!

tapi rasa puas hati tu tak lama, raya ke empat kami melawat uncle sekali lagi.. kali ini batu trus hilang dari pandangan. entah bila pula masanya batu tersebut terlucut. kesukaan aku mengetuk2 tangan di meja harus dikawal lah aku pikir! kali ini masa diambil, 2minggu untuk dibetulkan. maka.. pulang untuk berkawen nanti lah pulak baru aku dapat memakainya semula. haih.. mengeluh panjang suda aku ni.

nota kaki : esok pagi, beliau + parents mau bertandang ke rumah untuk menghantar belanja. dag dig dug jantung ai..

Saturday, September 26, 2009

keja kawen #26 - kartu kawen 3

slm

kartu nya amatlah ringkas.. tapi bila tiba masa mau diserahkan ke tangan para jemputan membuatkan tetiba wajahku akan bertukar menjadi seakan2 warna he*l boy tuh..

sudah selamat diserahkan.. pelbagai pertanyaan bertubi2 ditanyakan padaku. ada yang tak terjawab.. aku balas dengan senyuman jak. ;)

nota kaki : sebetulnya, banyak mau dikongsi, tapi tetiba plak mr.b cal mau ambil aku untuk dibawa ke saloon.. kami mau berfacial sebentar di ipoh ;) teruja nyeh!

Sunday, September 20, 2009

1 syawal 1430

slm

begitu lapang aku ari ni walaupun hari ini adalah hari kemenangan. aku rasa yang segala yang aku rindu sudah dilepaskan tadi. berjemaah solat sunat aidilfitri.. berjumpe dengan insan2 yang dulu besar bersama2.. masing2 sudah berjaya, alhamdulillah.. termasuk aku (aku kan heroin dalam cerita ni, tentulah xmau kalah ;p)

tadi berpelukan dengan seorang "makcik" ;) ntah mengapa terlebih erat pula kali ini die memeluk ku sambil mencium pipi. sayang sungguh dia sama aku. khutbah aidilfitri kali ini ada juga diselitkan tentang jodoh + mencari pasangan. macam tau2 jak imam tu aku mau kawen ujung tahun ini ya. tersipu2 aku malu di sudut masjid tadi. semacam semua memandang sinis pada aku. haha.. perasaan!

bermaafan dengan ibu + ayah tahun ini, air mata ku seakan air sungai yang deras. ish.. abis make-up. terasa macam selepas ini, tiada pula sesi bermaafan begitu berlangsung. argh... ada sendu di perenggan ini. tahun ini duit raya untuk ibu ayah aku bagi lebih.. alhamdulillah rezeki lebih tahun ini. untuk adik2 dan fya tomei kena cut skitlah coz baju raye dorang aku dh sponsor sorang sebijik.

dan yang paling aku terkejut dengan satu berita yang disampaikan oleh adik ku tadi..

jiran 1 : kakak kamu nak kawen dah ek ujung tahun ni?
adik aku : haah, 12dis ni. datang ye..
jiran 1 : xdpt kot. bln sebelas nk terbang g ausie.
adik aku : owh.. ye ke.
jiran 1 : dulu aku suke ngan kakak kamu. memang ade niat nk kawen ngan die. tapi tu lah.. jodoh masing2 kan.

rupenya die simpan ati ngan aku ye. yang selalu usik aku bukan die, tapi adiknya. lawak lah. tersenyum jak aku sampai sekarang.

aku rasakan memang syawal kali ini adalah bulan silatulrahim yang betul2 aku rasakan. kelmarin aku berselisih dengan rakan sekolah rendahku yang lameeee betul x berjumpe. tadi jalan beriringan ke masjid dengan seorang "kawan". malam nanti insyallah aku + shida akan ke rumah seorang sahabat yang sudah lama kami x hubungi. ;) senyum sikit..

nota kaki : mr. b sempat datang ke rumah pagi tadi selepas sembahyang raye untuk menghantar kad raye kawen. malunye ai nk g beraye ke rumah sedare-mare sambil menghulur kad kawen ai sendiri. siwiyes.. malu ah!

Friday, September 18, 2009

keja kawen #25 - bunga pahar buat teman

slm

adakah yang masih setia berjalan2 di dunia blog ini sekarang? mud raya kan.. mana lah tau. alhamdulillah bunga pahar budget ku sudah siap dikerjakan oleh tauke bunga pahar ini
.

insyallah mungkin akan terima dalam minggu hadapan. yang ini hanya untuk teman. yang lain akan dibeli je di jalan kuala kangsar (ala2 nilai / semua house korang tu jugak) aku kan di perak sudah ni.. kt situ je lah pun heaven aku ;p

owh.. aceli banyak yang mau di story lagi..

Thursday, September 17, 2009

banyak mau dikongsi..

slm

alhamdulillah, selamat sampai sudah di kuala kangsar indah permai. satu badan sakit2 hasil dari tiada rehat di hari selasa lepas. kemudian semalam seharian di key-ell membuat sedikit sumbangan kepada tauke sogo + peniaga2 jln tar. jam 12.30pagi terbit idea gile dari 03orang anak dara untuk drive trus dari bangi yang pada mulanya rancangan kami mau bertolak selepas bersahur. keinginan pulang beraya mengatasi segalanya.

setiap perhentian r&r kami berhenti, mabuk dengan kacip fatimah.. sepanjang jalan diharamkan untuk tidur kepada penumpang.. akhirnya.. sampai jam 05.00pagi. bersahur terus di rumah shida.
aku boleh, anda bagaimana? haha.. iklan hari raya khas untuk tahun ini.

jam 06.15pagi aku tiba di rumah. subuh.. kemudian lelapkan mata terus. badan terus rata.. dan sehinggalah masuknya zuhur.. lihat adik ku sedang ber-online. pinjam seminit dua untuk memberi khabar terbaru tentang diriku.

terima kasih pada yang sudi mendoakan perjalananku selamat. aku pun selalu doakan kesejahteraan kamu2 juga. banyak mau di story. tapi biarlah badanku ok dulu ya? masih sengal2 lagi ni.

nota kaki : sehingga ke saat ini, aku masih belum melihat baju nikahku. ;) aku bukan gopoh seperti yang kamu pikirkan.. haha..

Monday, September 14, 2009

esok.. aku mau terbang

slm

jadual aku untuk 15sep09.. insyallah..

jam 08:15pg : dari sini aku akan ke kota kinabalu dengan menaiki kapal terbang jenis fokker yang jika terlanggar sekumpulan awan akan mengakibatkan gegaran satu kapal dan secara automatiknya akan terkeluarlah segala surah2 yang aku hafal dari mulutku..

jam 09:10pg : dijangka sampai di lapangan terbang antarabangsa kota kinabalu. akan bergegas menaiki teksi untuk ke terminal dua pula. kalau sempat.. kasik panaskan badan dulu untuk aktiviti sopin2 di sini barang 10-30min sebelum berangkat ke terminal air asia. eh, bukan sopin dulu, aku kena pegi ke bahagian cc utk tukar tiket blk kawen ;) ujung tahun. mau pulang awal kerna aku sedang dipengaruhi perasaan yang amat sangat ter risau sekali jika kepulangan aku kali ini tidak membawa apa2 perubahan di senarai semak keja kawen. owh.. kakak tersayang memesan pearl.. aktiviti mencari juga memakan masa lagi tuh.

jam 12:30tghr : dari kota kinabalu, berbekal tiket harga economy promo (tiada bekalan makanan kerna berpuasa) untuk terbang ke kuala lumpur. mungkin aku bakal tersesat kerna tidak pernah terbang dari sini. biasanya aku terbang pulang ke tanah melayu dari tawau jak.

jam 15:00ptg : dijangka tiba di terminal penerbangan tambang murah, kuala lumpur. kendian.. menunggu bagasi.

jam 15:00ptg ++ : baru boleh mula berpikir.. siapa mau jemput aku nih? siapa sudi.. katakan lah!!! owh.. abang2 teksi ramai tunggu di luar sana.. cuma hulurkan saja duit raya.. huhu!

nota ringkas : kamu excited tak? kamu
excited tak? kamu excited tak? dengar entri yang sama dari aku dua hari berturut-turut? huhu.. aku yang sekarang giler excited sebetul nya!

Sunday, September 13, 2009

perasaan

slm

macam tidak tahu bagaimana ingin aku khabarkan. siwiyes.. terlalu banyak bercampur. tapi rasanya lebih kepada suka lah. lagi sehari jak lagi aku ingin terbang ke tanah melayu setelah 06 bulan aku tidak pulang! - pa wau ya wau! org lain x balik puluh2 tahun, steady lagi rupenya..

okeh.. mau aku kongsikan di sini. aktiviti yang akan aku lakukan nanti. udah aku bilang dientri dulu.. aku mau puya2 dulu. lihat, aku tidak tipu kamu. ini antara aktiviti yang ingin dibuat..

selasa - 15hb sep 09
aku sampai di kl insyallah jam 3ptg (ikut jadual - tapi kamu paham2 lah penerbangan tambang murah tersebut kan, penuh dengan alasan.. ;p) paling busuk pun.. tolak time kena berebut2 kuar pintu kapal (lagak macam kena denda jak klau turun paling lambat.. hish!), tolak berjalan kaki ke terminal - sudah la berpuasa, eh mcm aku sorang jak yang berpuasa (pelik sungguh aku.. napelah dorang slalu parking kapal jauh dari arrival hall? ade pilot x bace blog aku nih? ce explain skit..) tolak time tunggu bagasi lagi (see.. aku bawak bagasi okeh! cuti macam 2bulan.. huhu)
tolak masuk toilet lagi.. kasik selesa2 kan diri dulu, cek make-up cair ke tak (eh, aku pakai mask.. so cek eye liner jak lah.. kot2 sememeh plak time terlelap dalam kapal) so.. siaplah semua kisah dalam jam 4ptg.

mungkin tiada aktiviti sampingan untuk hari ini. tapi yang paling aku mau.. aku nak mintak rakanku - shida membawa aku untuk berbuka ke village view. sukekan sangat tempat itu. ;) getek kan!
selama 2mlm aku akan bermalam di bangi.. ada diantara kamu tinggal di sini x? ketemu.. mau?

rabu - 16hb sep 09
aktiviti puya2 + sopin2an akan berlangsung sampai malam, mungkin! mau carik.. baju raya (kuning ka, ijau ka, dark blue ka, ek?) mau carik barang hantaran.. owh, senarai semak ku telah berubah untuk jumlah hantaran. tukar ke sembilan berbalas sebelas.

khamis - 17hb sep 09
perjalanan pulang ke kampung dengan menaiki kuda besi shida yang baru dibeli. 1st time aku akan mengambil alih tugas sebagai driver.. dari bangi terus ke pekan kuala kangsar. aku pasti.. lagu2 raya akan kami mainkan sepanjang perjalanan. amik mud.. perantau pulang beraya.. lah kan!

doakan perjalanan aku lancar dan selamat ya!

Friday, September 11, 2009

03 purnama

slm
lihatlah wahai teman2.. tinggal tiga purnama jak lagi. lek ar.. puya2 la dulu. panjang lagi masanya tu. xperlu berpikir banyak. xperlu serabut sesak. aku hanya perlu melepak. truskanlah rasa bangga + riak. (sudahnya berpantun pulak)



owh.. bukan. bukan itu yang aku rasa sekarang. sebetulnya terlalu banyak keja kawen yang perlu dilangsaikan. emosi juga kadang terganggu. masa tidur.. usah cakaplah. sering lari dari masa yang telah ditetapkan. terlalu banyak berpikir pun.. iya juga.

mimpi yang bermacam2 sering mengacau tidur. pernah termimpi perihal cincin dan gelang untuk sesi membatalkan air sembahyang hilang dari simpanan di hari pernikahan. choi!

ada juga termimpi perihal dj + pa system. ntah mengapa "man belon" pula yang terbabit. kamu kenal dia? ala.. peserta raja lawak tu. kisahnya, di pagi hari bersanding aku sedang dihias oleh kak andam. tiba2 ayahku masuk ke bilik pengantin lalu meng-informkan.. "ooo.. patutlah man belon selalu main lagu2 melaka, dia orang sana rupanya!" haih, dalam ramai2 star, mengapalah dia juga yang hadir dalam mimpiku. sungguh.. terlampau juak aku berpikir + risau tentang keja2 kawenku. choi lagi!

pulang beraya tahun ini, mungkin perasaan aku bukan pada semangat mau beraya, tapi lebih pada - mau nyiapkan keja2 yang berkaitan dengan kenduri. aku sampai di kampung.. insyallah tanggal 17hb. sampai2 jak di rumah, peluk ibu+ayah.. cium si yaya comel.. berbasa-basi dengan mereka barang seminit-dua, kemudian.. lari2 manja ke bilik.. haruslah di-try dulu baju nikahku! fuh kiri, fuh kanan.. minta lh badan ini x pandai mengembang.. jika tidak, tentu di pagi raya nanti akan aku banned ketupat+lemang+rendang di rumah ku. gila ke hapa.. hari raya pun mau berdiet! choi lagi dan lagi!

nota kaki 1 :
maaf, aku beremosi seketika. apakan daya jasadku masih terperangkap di sini. langsung tiada kesempatan yang boleh aku buat dalam menyiapkan keja2 kawenku. ;( aku mau pulang.. isk.. isk..

nota kaki 2 : man belon orang melaka kah?

Wednesday, September 9, 2009

keja kawen #24 - kehidupan selepas kawen

slm

tidak mau aku terlepas untuk mencatat sedikit kemanisan (eh, manis ke? cam tak pose je nih dpt rasa manis atau tidak) baiklah, aku tukar.
tidak mau aku terlepas untuk mencatat sedikit entri pada tarikh 090909 hari ini, cantik kan? sebab itu lah aku gigih untuk tidak tidur dan menaip entri ini waktu subuh sipi'e begini.

ini adalah diantara isu yang pernah aku bualkan dengan
staf tempat aku bekerja dan rakan2 ketika berita aku ingin berkawen di war2 kan pada pengetahuan mereka.
  • mintak la tukar. ingat senang ke pas kawen sorang dok sini, sorang dok sabah. klau 2-2 kat semenanjung. boleh lah tahan lagi. ade cuti lebih sikit bleh jumpe.
bukan aku tak mahu bertukar! tegas aku katakan di sini. sudah tiga kali aku mohon pertukaran. cukup jak setahun aku berkhidmat sebagai penjawat awam ini memang aku terus berusaha untuk bertukar. tapi, ketiga2 permohonan telah mendapat reaksi yang sama dari pengarah hospital - dilepaskan serta merta setelah ada pengganti.
  • bistu, suami nanti.. kena cari kerja kat sini ke? okey lah tu, sorang keja gomen sorang swasta.. kan dapat epw tu. bleh la dapat duit lebih lagi.
tidak, selama 2tahun 4bulan aku tinggal di sini. aku tidak pernah merasa epw yang pada kamu - sangat lumayan itu. kenapa? aku tinggal di kuarters. menurut pengurusan di sini, sekiranya kamu tinggal di dalam kuarters.. secara automatik rm730 (yang lumayan itu) akan dipotong tanpa sebarang budi bicara. semacam pelik jugaklah, sudah la aku terpaksa berkongsi rumah dengan staf yang lain. yang sebetulnya aku layak untuk mendapat satu unit kuarters jika mengikut taraf kerja aku. owh.. bukan taraf yang ingin aku ceritakan di sini. bayangkan lah, sudah lah aku ni dari semenanjung.. sah2 la payah nak mencari rumah sewa yang rata2 di kawasan ini terlalu ramailah pendatang! aku tak nafikan epw itulah pun sebagai galakan untuk aku ingin berkhidmat di sini (nampak no mata duitan) .. dulu. tapi itu dulu. diorang tak terpikir.. walaupun dapat epw tu, mintak menyewa di luar lagi.. berapa jak lah yang tinggal? berharap sangatlah, ada pihak jkns + kkm yang baca blog ini ;p aku ditindas okeh! kata.. rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.. kan?

semasa aku melapor diri dulu, kami seramai enam orang. rasanya, cerita ini berulang sebab aku pernah ceritakan dalam entri yang lepas2 (perasan nya lah aku ini, ada ka yang rajin membaca, haih!) tiga orang perempuan termasuk aku. sorang dari kelantan, sudah selamat berkawen.. dan sudah selamat berpindah ke negeri sembilan awal tahun ini.. dan bakal berpindah lagi hujung tahun nanti ke negeri kelahiran, kelantan. senang bukan? guna orang dalam rupanya. bila ditanya.. mulanya dia kata tiada orang dalam.. rezeki allah swt yang bagi. wah.. statement! mungkin dia terpikir ini bulan ramadhan, tak baik untuk menipu.. statement diubah.. bukan saya yang uruskan, husband saya yang urus. dia ade kenal2 gak ngan orang kkm. memang lh, kalau Allah tak diizinkan.. memang dia takkan dapat bertukar. tapi jangan lah sampai tak mengaku yang dia tak menggunakan orang dalam.

sorang lagi, dari kedah. juga sudah berkawen. dan sekarang sedang giat menjalankan usaha untuk bertukar. surat sokongan dari tempat kerja husband nya, medical report ibunya dan laporan polis (ada sedikit kes terjadi dulu) telah dihantar.. tapi jawapan masih sama -
dilepaskan serta merta setelah ada pengganti.

aku sangat teruja tika entri ini ditaip dulu. spa bilang terdapat tujuh orang calon dihantar ke sabah untuk jawatan yang sama denganku. tapi 7-7 tidak datang melapor diri. aku cuma terpikir, mungkin mereka mau beraya dulu kot, jadi mereka akan datang selepas raya nanti. tapi itu terjadi jika aku berfikiran positif. jika tidak.. gimana? nampaknya.. tambah lagi 2 tahunlah aku berkhidmat di sini rasanya jika tiada pengganti. aku tak mau.. begitu!

selalunya bila aku terlalu sangat berpikir mau berpindah ni.. semangat bekerja juga pandai untuk menurun. bangun jak pagi, jika tak pikirkan soal kerja yang menimbun.. memang serasa malas mau kerja. kadang takut juga rezeki yang dapat macam tidak sah pulak aku terima ;( dan semalam, di ofisku banyak jugaklah yang telah aku kemas2kan. sebetulnya untuk aktiviti 5s (susun, sisih, sapu, seragam, sentiasa amal) tapi sorang staf aku telah menegur..

bos ni, mengemas semua macam nda mau pulang ke sini sudah ka lepas raya nanti?

hah, amik ko! bahasa badan aku telah disalah ertikan. mereka pun tau yang aku memang ada buat permohonan untuk bertukar. sudahlah, aku pulang bercuti ni tiada siapa yang ambil alih untuk menyelia.. pandai2 lah kamu orang bawa diri nanti. eh, macam terlebih sudah aku menaip nih. maaf.. ini jak lah cara aku untuk melepaskan rasa.

nota kaki 1 : tahun ini kemungkinan besar tiada duit raya untuk aku dari mr.b kerna kelmarin beriban jugak lah beliau habiskan untuk membeli perabot di rumah baru kami nanti. mulanya.. kecewa juak lah.. tapi kan itu pun untuk aku jugak. redho jak lah.. huhu.

nota kaki 2 : esok gaji lagi.. (~0^")

Monday, September 7, 2009

keja kawen #23 - busana di hari persandingan

slm

boleh senyum dulu kah? okeh.. senyuuum! tadi pagi aku ada ber-text sama kak andam untuk kenduri kawen ku nanti.

yelah, hari itu semakin dekat. harus lah aku rasa seperti ini. banyak perkara rasanya terbeban dalam pikiran, tapi apa jak lah yang boleh aku buat? mana yang boleh disettle melalui angin.. aku settle kan dulu. mane yang tidak.. secara pukal akan aku settlekan tika pulang beraya nanti. [pergh.. gaya macam ilmu2 pula, settle melalui angin ya]

mulanya cuma bertanya bilakah masa yang paling sesuwai untuk aku men-fitting busana. maklumlah, ini adalah kali terakhir aku pulang bercuti. bulan nov nanti, aku akan pulang seminggu sebelum kenduri. risau juga jika tidak cukup masa pula nanti.

kata kak andam, busana untuk aku itu telah dibikin baru. mengikut apa yang diidamkan dulu. woho.. terkejut terkujat siya! maknanya.. menjadilah apa yang aku maukan itu ya.. jubah moden idaman hati. dijangka siap selepas raya. tetapi ini tidak bermakna akulah bakal penyewa pertama busana tersebut kerna majlisku akhir tahun, sudah tentu ada juga yang akan berkawen antara bulan okt dan nov nanti.



xpelah.. sharing is caring, kan? haha.. tetiba! ;p aku berfikiran positif orangnya.. owh bukan.. maaf, aku lekas teruja juga orangnya.

Saturday, September 5, 2009

rindu

aku
rindu dengan bau rumahku
rindu dengan bau tilamku
rindu dengan bau bilikku bila bangun pagi
rindu dengan bau perfume ibu bila pagi2 beliau mau pergi kerja
rindu dengan bau ayah yang baru balik dari kandang lembu setiap petang
rindu dengan bau yaya si comel itu
rindu dengan bau di dlm kereta kelisaku setelah berjemur lama di bawah terik matahari
rindu dengan bau di dlm masjid taman bila malam bersolat terawih di sana
rindu dengan bau bazar ramadhan di arena square pekan kuala kangsar
rindu dengan bau bila duduk di dalam si kancil mr.b

aku
rindu dengan rasa masakan ibuku
rindu dengan rasa laksa + cendol (kuahnya jak aku minum, hijau2 tu aku filter) di lembah + kelapa lemon kota lama
rindu dengan rasa mc d, pizza, kenny, secret recipe, dunkin' donuts
rindu dengan rasa white coffee ice blended oldtown + roti aiskrim (lupa namanya!)
rindu dengan rasa nasi lemak daun pisang, murtabak pak din, roti planta, ed char kuetiaw, popia railway, teh tarik benteng
rindu mau rasa juadah2 moreh di malam terawih
rindu mau rasa nasi dagang mak shida
rindu mau rasa buah kanto (orang bilang..buah kabung)

aku
rindu dengan suasana ketika bangun bersahur bersama keluarga
rindu mau shopping2
rindu mau nge-date
rindu mau nonton wayang
rindu mau menghabiskan masa membelai rambutku di salon amoi
rindu mau kuar ngan gf2ku
rindu mau breakfast sama mak+ayah di restoran kak bitah
rindu mau dinner satu family di restoran proton
rindu mau tunggu di luar rumah sementara menunggu mr.b datang
rindu mau menjerit2 marahkan dua adik lelakiku kerna lambat bangun pagi menyebabkan aktiviti membasuh baju aku tergendala
rindu mau kluar ke pasar minggu bersama ibu+kakak+yaya untuk melihat kain pasang terbaru
rindu mau duduk di luar rumah, duduk di buaian besi sambil bergosip2 liar
rindu mau lihat suasana taman perumahanku
rindu mau lihat perubahan dan berjalan tanpa tujuan sekitar pekan kuala kangsar
rindu mau merempit bersiar2 di atas jambatan sayong
rindu mau menembak mengguna dslr cap ayam ku
rindu mau menjawab soalan panas ala2 melodi yang datang dari mulut makcik2 qay-poh
rindu mau melihat rakan2 sebaya ku yang semakin hensem dewasa
rindu mau control2 ayu di hadapan 'seorang' makcik ini
rindu mau berjalan di bazar raya di sekitar bus stand

siwiyes.. aku rindukan semua itu
10 hari lagi aku sampai ke tanah melayu!
insyaallah

Friday, September 4, 2009

keja kawen #22 - fesyen untuk majlis nikah

slm
entri kali ini berkisar tentang fesyen yang diidamkan tika majlis nikah ku nanti. disebabkan mak andam yang akan men-transformer kan aku nanti bukan dari butik yang punya eksesori yang hebat2.. maka apa yang aku maukan cukuplah sekadar yang simple2 jak. maknanya - sendirian berhad lah.



dan.. oleh kerna baju nikahku nanti lehernya seperti gambar di atas, sungguh lah getek aku maukan fesyen tudungku nanti dimasukkan ke dalam. mungkin akan dipakai bersama veil atau tudung siti. tudung masih belum ditentukan lagi kerna kesempatan mencari materialnya akan diambil tika aku berpuya2 di sekitar key-ell pada tanggal 15sep ini nanti..


credit to munie ahmad

cantik sungguh cara sis munie ni make-up. natural jak. begini lah fesyen yang aku mau.. tapi tiara tu sudah tentulah tiada.. nama pun sendirian berhad kan..ok x kamu rasa?

Tuesday, September 1, 2009

makruh je kot.. kan?

slm

agak2 kamu lah.. tentu pahala aku untuk berpuasa sentiasa gumuk kan? mengapa? huish.. dugaan yang aku tempuh setiap hari bekerja tersangat lah menguji keimanan. bau2an masakan memang secara tidak sengaja akan terhidu secara berterusan (makruh kan?). jika tidak bernafas.. mati keras aku di sini nanti.


gambar di atas adalah situasi hari2 di tempat kerjaku. ;) lihat.. dugaan maha hebat bukan? jika tidak berpuasa.. ayam/ikan yang dimasak tanpa garam.. sikit pun aku tidak hairan. tapi.. bila tiba bulan menahan lapar & dahaga ini.. sungguh lah semacam memanggil2 jak ayam/ikan itu namaku secara halus di telinga. huhu..

owh.. bukan itu isi penting untuk entri kali ini. suasana kerjaku dikelilingi kakak2 (ada juga yang hampir sebaya dengan ibuku, tapi wajib dipanggil 'kakak') dan seorang abang ;p (tapi aku tidaklah panggil dia 'abang') setiap tahun mereka akan bergilir untuk bercuti raya. memang sudah ditetapkan.. tidak boleh tidak mengikut giliran! adakala risau juak.. sudahlah tempat kerjaku ini dikelilingi dengan benda tajam.. takut ada yang tidak puas hati, main menetak jak nanti.. huh.. nauzubillah..

berbalik semula kepada perkara pokok. sebetulnya, tahun ini giliran j dan n untuk bercuti raya. makanya staf yang lain, cuma boleh bertakbir di malam hari jak lah kerna esoknya mereka perlu bekerja. tapi lain hal pula dengan seorang staf ku yang satu ini, s namanya. mau jugak dia pulang beraya. owh, maaf.. bukan beraya. katanya mau menghadiri majlis anak kakaknya (majlis mengikat merisik).. katanya!

aku cuma terbayang, jika tiga orang sudah aku lepaskan untuk beraya, tinggal lah empat orang terkontang kanting bersilat+berkuntau (begitukah ejaannya?) di dapur? ada pulak nanti pisau potong ayam terbang2.. haih..

berbalik semula kepada cerita. tatkala s meminta cuti tersebut. aku sudah buat muka seakan2 tidak redha untuk melepaskan dia untuk bercuti. dan inilah klimaks cerita ini..

"bukan apa bos, kakak akak ni kan tidak sihat. jadi, akak perlu gantikan dia untuk majlis ni. bos ingat tak, kakak akak yang kena 'breast cancer' tu? hah.. dia lah tu. anaknya pula cuti, cuma seminggu. semalam baru confirmkan dengan akak. dari johor pulak tu. kalau memang kerja di sini.. mungkin akak tak mintak cuti."
ambil nafas
"lagi pulak.. majlis di pulau (semporna). kalau di sebelah darat akak boleh kerja pagi, petang boleh pergi. tapi tau2 lah, kalau kenduri dibuat di pulau, makan masa untuk perjalanan lagi.
buat muka kasihan
"bukan upah orang lain yang masak, kakak akak mau jugak akak yang masak kan. tak boleh pulak nak menolak.. saudara sendiri?"
"sebetulnya akak tau yang tak boleh minta cuti.. sebab bukan giliran akak. tapi serba salah pulak dengan keluarga di sana nanti."
"jadi..boleh kah tu, akak mau cuti?"
senyum menggoda

aduina.. panjang sebab mau bercuti dia ni. kalau kamu jadi aku.. bolehkah kamu berkata.. tidaaaak?

nota kaki : mengumpat kah ini? uhuk.. terbatuk i! baru jak tadi.. riak mengatakan pahala puasaku gumuk.