CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 27, 2012

Monday, March 19, 2012

banjir dan aku.. tak boleh dipisahkan

 as.salam

ini cerita minggu lepas.

jam 6.30 petang, waktu tamat aku bekerja. tapi aku masih di depan pejabat. tak dapat pergi kereta ekoran hujan ter-amat lebat.

nak pulak hari tu dijadikan cerita. aku kena parking jauh sedikit dari tempat biasa. hospital taiping memang punya masalah dengan kawasan parking sekarang ni. hadap je lah.

jam 6.45 petang, baru dapat berlari masuk ke dalam kereta. aku start kereta, tak mau hidup pulak dah.

akur, bateri kereta sudah tamatkan riwayat nya tanpa sebarang tanda. telefon enchek su-a-mey yang dalam perjalan pulang ke rumah. hujan lebat mengakibatkan beliau juga lambat tiba di rumah dari waktu kebiasaan.

telefon pengasuh, memaklumkan keadaan aku. tak mahu dia risau.

jam 7 malam, enchek su-a-mey masih belum dapat mengambil aku di hospital sebab jalan banyak tutup akibat banjir. 

minta enchek su-a-mey patah balik untuk melihat rumah sebab kawasan rumah kami pernah banjir sebelum ni. rumah kami juga dekat dengan sungai. 

telefon pengasuh, maklumkan berita terkini. katanya hannah elok je. 

malam membawa ke jam 8.. 9.. 10.. enchek su-a-mey masih belum boleh mengambil aku sebab air semakin naik. kereta langsung tak boleh lalu.

mana yang berdegil.. mati enjin, kena tarik pulak dengan trak tunda.


alhamdulillah, rumah kami hanya dapur saja digenangi air. (^o^")

jiran kami semua habis kena sapu dengan air dan lumpur. dari dapur sampai ke porch.


jam 11 malam, aku beralih tempat untuk menunggu enchek su-a-mey di dewan bersalin. ramai sikit orang, tempat pun terang.

nak berjalan ke jabatan kecemasan sudah lah hujan lagi. malas pulak aku.

sepanjang masa aku menunggu enchek su-a-mey, 3 orang bayi selamat dilahirkan.

hati rapuh teringatkan hannah masih rumah pengasuh. =( sedeh!

aku diambil rakan sekerja kerana kesiankan dengan keadaan kami. hampir jam 12 malam, aku tiba di rumah.

tengok keadaan rumah, alhamdulillah, ruang tamu, bilik semua ok. cuma dapur, bilik air dan tandas jak yang air naik. 

rakan sekerja sempat membelikan kami kebab dan murtabak. tapi aku hanya makan sikit je.
hati teringatkan anak.

hannah bermalam di rumah pengasuh. rasanya lebih selamat dia di situ. memang tak lena tidur lah.

jam 2 pagi, air mula surut. hujan pun berhenti.
menengok kan keadaan bilik air kami. macam kisah hantu pulak kata enchek su-a-mey. segala lipas, lipan.. semua naik dari lubang. euw!

aku dengan banjir memang ada kimia lah aku rasa!

Sunday, March 18, 2012

hannah, 11 bulan

as.salam

mummy banyak hari dah terlewat untuk post kan entri hannah yang ke sebelas bulan.

alhamdulillah, hannah baru pulih dari selsema, batuk berkahak. mungkin faktor cuaca di taiping ni hah. sekejap elok je panas nya. tetiba hujan pulak. ada ketika hannah terkena hujan sikit kot.

nak pergi kenduri kawen. baju tetap macam fasha nak sandar!
pergi ke klinik pakar yang biasa kami kunjungi. syukur, ubat yang semua di ambil nampak serasi dengan hannah.

kepakaran hannah sekarang..

kalau dah boring duduk saja dalam rumah, hannah dah pandai mintak kita bawa berjalan keluar rumah. meraung2 dia menunjuk pintu nak keluar. langkah je satu kaki keluar pintu. tersengih dah.

gemar sangat main air. bila cakap je.. hannah, jom kita mandi. badan dah melonjak2 suka. bila tanya mana suis lampu. mata terus tertancap ke suis lampu. mengerti sudah dia.

melambai bukan sebelah tangan ja. hannah bagi sekali pakej dengan kedua-dua belah tangan ke kiri kanan. kaki sekali terangkat2. nak menunjukkan dia nak pergi berjalan atau naik kereta la tu.

kalau duduk dalam walker, kaki dah pandai letakkan ke tepi walker, badan melonjak ke depan. kalau tak perhatikan selalu. dia dah boleh buat aksi stunt.. muka cium lantai.. nyaris nak jadi dah tu. sempat di sambut. enchek su-a-mey tak tahu nih. matilah mummy kena ceramah kalau ayah tahu nih hannah. terjadi time tinggal berdua dengan hannah. walaupun dah buka pintu bilik air, dah ajak hannah bersembang time mummy mandi.. hannah tetap tak puas hati. nak jugak tengok mummy depan mata. apa lagi, stunt girl kita buat lah aksi. terhenti sekejap jantung nih bila tengok dia dah elok terduduk atas walker tu. nak tergolek dah tu. mungkin allah, nak bagi peringatan tu. jangan sesekali cuai lagi lepas ni. (^o^") zip molut kita yeh?

angkat dia dari kerusi tu menjerit, nak jugak main kasut2 kat situ. terpaksa mummy beli bawak balik satu. =p
mungkin dia tengok gaya orang sekeliling, dia dah mula meniru. bila kita cakap "halo, hannah ada?" tangannya automatik letak kan di telinga gaya sedang memegang telefon.
ada sekali tu, dia terjumpa bekas termometer. selamba je, letak kat telinga dia. lepas tu bergaya macam tengah bercakap. dok ha.. ha.. ha.. mata nya melilau ke kiri kanan konon berfikir. ala comey nyeh!

makan pun dah macam2. hannah dah merasa udang, sotong, daging.. semua pengasuh hannah dok bagi makan. masukkan dalam bubur nasi nya. alhamdulillah, hannah nampaknya takde masalah hadam buat masa ni. b*rak mungkin bukan tiap2 hari. tapi dalam 2 hari tu memang dia akan b*rak sekali lah. buah-buahan buat masa sekarang ni tengah hot mempelam. memang mummy bagi hannah makan puri mempelam je lah. memang kesokaan dia tu.


air suam, hannah memang geng ayah. suka minum air suam. mummy kureng sikit. minum manis memang juara lah. sebab tu mummy masuk wad awal time nak bersalinkan hannah, sebab dalam urin mummy ada protein. suka sangat minum manis.

mummy baru dapat tahu, seorang bayi pola tidurnya akan berubah setiap bulan. makanya.. untuk bulan yang ke sebelas. waktu tidur hannah kadang terlari sikit dari asal2 dulu. kesian kan mummy ngan ayah, hannah ui. kami kerja pagi.. memang kena mengadap dulu hannah main. sampaikan kami tutup semua lampu, hannah tetap nak mengajak kami main. bersengkang mata jugaklah seketika.

anak dara dalam stroller time bersopin di tesco. ada calon mak mertua tak baca blog nih?
rumah sekarang ni, kalau dapat tahu orang nak datang je baru berkemas. kalau tiada tetamu, memang macam tongkang pecah. hannah telah mencetuskan huru hara di sekitar rumah. letakkan lah hannah kat mana pun. mesti hannah berjaya mengemas semula tempat yang telah sedia dikemas. mummy tak larat dah =) terus cancel calon mummy of the year tahun nih. huhu

okey.. okey.. okey..

bersempena kan hannah mahu cukup satu tahun ni kan. mummy nak buat contest boleh?


ada ka yang mau masuk contest mummy? next entry eh?

Thursday, March 8, 2012

besday enchek su-a-mey

as.salam

macam sudah terlewat nak menceritakan hal kejadian. entry hannah 11 bulan pun ter-delay jugak. 

terus ke stori. besday enchek su-a-mey jatuh pada 17hb dua. hari jumaat. sambutan nya cuma aku belanja dinner je kamalodge di area taiping ni je. aku tak dan nak masak dinner. sebab masa lunch tengahari aku ngan member se-opis telah merayau mencari hadiah. time lunch hari jumaat kan panjang. ingatkan boleh kot pas cari hadiah, balik umah jap buat preparation untuk dinner. memang tak dan lah. kate bukan super-mommy kan.

hadiah untuk enchek su-a-mey pun aku tak sempat balut. ape da.. tapi enchek su-a-mey macam dah tau je apa hadiah untuknya sebab aku pun ntah macam mane bleh lupe size baju suami sendiri. ishk..ishk..
terus call enchek su-a-mey tanya. suprise tak?

pas maghrib, gegas kami siap2 untuk ke tempat dinner. tak boleh lambat. takut ramai orang.

sampai2 alhamdulillah, kami pelanggan pertama. berjaya!
 

aku macam kelaparan nasi. so aku order nasi goreng kamalodge. gambar lupe nak snap sebab dapat jak nasi terus pelahap makan. sejak ade hannah makan memang kena ikut turn.

 ni besday boy punye makanan. layan steak lagi malam tu.
 

hannah sibuk melihat ruang dapur.


memula macam nak order kek. tapi disebabkan nasi yang aku dapat tu, portion nya sangat lah besar dan kenyang. terus tak merasa kek tanpa telur nih. memang macam terliur jugak. 


suasana di ruang makan di sana. kami lebih suka yang indoor. sedap ber-aircond dan tiada nyamuk. tu yang penting. kalau outdoor, bleh makan tepi pool, bleh makan mengadap hutan. siang takpelah kot mengadap hutan. kalau malam, apa yang nak ditengok. silap2 dapat tengok menda lain. huhu.

mau pulang sudah, dengan hati yang girang dan perut yang kenyang.

Wednesday, March 7, 2012

tengok wayang bawa anak, wajar kah?

as.salam

pengalaman membawa anak menonton wayang. hm.. rasenye boleh kot dibawak lagi budak hannah nih. sangat berwibawa je perangai nya.

enchek su-a-mey telah mem-booking tiket jam 8.45pm, couple seat lagi. habisnya jam 10++pm. memang time tuh time tidur hannah. masuk shopping complex tu dia still lagi segar. sebabnya bunyi bising. melilau je mata menengok sekeliling.

masuk je wayang dia macam sumthin sikit lah. dok menegur2 orang. mungkin dok bagitau kot nape lah mommy ngan ayah masuk dewan gelap nih. pastu ade tv besar punyiew.

dah lama2 dia ok dah. kemudian sibuk "mencari2". memang waktu tidur dia. nak ubat tidur lah. wayang start. hannah pun dah selamat berdengkur. kami bungkus dia dengan selimut satu badan. cover sikit telinga nya sebab nama pun wayang kan. speaker elok plak atas kepala kami.  memang berdentam dentum lah. tapi sikit pun tak kacau tidur hannah.

lelap sampai habis wayang. kami keluar panggung. dia terjaga sekejap sebab mungkin angin malam terasa lain dari angin aircond.

kalau diberi pilihan, aku tak pilih kot cerita nih.



tapi disebabkan enchek su-a-mey yang booking tiket dan belanja. ok jak lah. filem aksi. faham lah jugak aku tengok walaupun yang first movie aku tak tengok lagi. ending macam tergantung. mungkin ade sambungan lagi kot. anak heroin tu sangat cantik. pada aku lah. =)

mak enchek su-a-mey menggeleng kepala je bila kitorang cerita yang kami bawak hannah nonton wayang. mungkin tak setuju dengan tindakan kami tu. huhu..

jadinya.. wajar kah atau tidak membawa anak yang umur kurang setahun menonton wayang?

Thursday, March 1, 2012

cincin yang hilang


as.salam

rindu kat mommy tak? aduhai.. bukan sengaja tak nak updated. kalau dah satu bulan tu dapat tugas untuk buat order. memang busy sangat lah. sampaikan kadang2 terpaksa bawak kerja balik rumah. tunggu hannah masuk tidur, baru boleh on laptop. kalau tak memang tak merasa lah laptop ni on. hannah sekarang nih pantang kalau tengok laptop. dia plak lebih2 nak updated blog.

mesti macam pelik kan. nape tunjuk gambar cincin tu. al-kisahnya.. cincin merisik (cincin yang sebelah bawah dalam gambar) hilang!

sabtu dan ahad yang lepas aku ot. hari sabtu memang aku akan pergi kerja sendiri sebab enchek su-a-mey pun memang bekerja hari sabtu. hari ahad pulak nak merasa enchek su-a-mey menghantar pergi kerja. kan macam loving2 gitu, berhenti depan ofis, pastu suami hantar kita cium tangan dia. tak ke macam drama. haa... kan.

balik ot enchek su-a-mey pick-up plak lah. aku keja sampai jam 1.30 tengahari. tentu lah lapo kami sume. enchek su-a-mey pun mengajaklah ke tesco. nak makan kat kfc konon. on the way ke sana aku dok lah menyapukan lotion ke kaki hannah sebab macam kering-kering je kulitnya aku tengok.

dah nak menyapu lotion, of coz lah bukak segala barang kemas di tangan.

pas makan sedap kenyang di kfc. kitorang pun pergi pulak ke surau untuk zohor. langsung tak ingatkan barang kemas yang aku tanggalkan. ceh, macam banyak je mentioned barang kemas.. cincin je pun.

pas solat. enchek su-a-mey mengajak pulak masuk ke tesco. jalan cuci mata katanya. aku pun tak membantah. tiba tang pintu masuk.. aku macam teringat. eh, mana pi cincin aku. enchek su-a-mey plak jenis alert kalau aku semacam. bertanya lah dia. tapi aku dok kompomkan pada dia yang aku letakkan kat tepi kereta (tepi pintu kereta, tempat suis cermin tingkap) cincin tu. konfiden sangat!

dok senang hati berjalan dalam tesco. sampai rumah baru teringat pasal cincin. kelam kabut pergi ke kereta mencari. tiada!

rasa nak menjerit. enchek su-a-mey dah membebel-bebel dah. aku memang careless skit orangnye. ehem.. bukan  sikit tapi banyak. sebab.. sebab.. sebenarnya cincin tunang (cincin ber-batu sebelah atas dalam gambar) pernah jugak hilang tapi.. jumpa balik. jumpa balik tau. maknanye, cincin tu tak hilang cumanya aku tersalah letak je. (^o^")

aku dah jadi bebal. sampaikan hannah dok ajak main pun, aku dok sergah dan marah dia. sian anak mommy. =(

enchek su-a-mey suruh aku asar dulu. tenangkan diri. ingatkan balik step-step mula dari aku masuk kereta sampailah aku tersedar bila cincin tu hilang di jari.

benda dah hilang. solat pun jadi tak kusyuk. aku berdoa, kalau betul cincin tu rezeki untuk aku. mesti aku jumpa. kalau tak.. terima je lah dengan redha yang cincin tu bukan rezeki aku. 

pas solat, aku mintak izin enchek su-a-mey nak keluar. konon nak carikan depan ofis. mane lah tau kot-kot aku letak di riba, pastu aku kuar keta nak pi punch card, cincin tu terjatuh. ada kemungkinan kan.

pastu nak cari dekat tempat parking kereta di tesco. gila aku sanggup nak pi semata-mata nak mencari cincin pemberian enchek su-a-mey dulu. kenangan tu. eh.. tak gila lah.

pastu enchek su-a-mey bilang. takpe lah, jom lah kite kuar same2 mencari. sayangnye enchek su-a-mey. tak sangup kot tengok isteri nih macam orang hilang pedoman. huhu

memula mencari kami di kawasan depan ofis. security pun dah pandang pelik sebab kami dok asik menengok-nengok bawah kereta orang. dah macam nak mencuri kereta orang lagaknya.

tak jumpa. sedeh sangat. kami gerak menuju ke tesco plak. kebetulan tempat kitorang parking tengahari tadi, ade kereta park. enchek su-a-mey turun dari kereta mintak aku cari parking. cincin, biar dia carikan. dengan mendukung hannah lagi. mencarilah mereka dua beranak cincin yang hilang tu. dapat je parking, terus aku bergegas menuju enchek su-a-mey.

dengan muka control macho, enchek su-a-mey terus tunjukkan cincin tu tepat ke muka. 

gembira tak boleh nak kata lah. aku menjerit suka tengah-tengah parking. siap peluk cium pipi dia, pipi hannah. mengalir air mata jugak. memang drama swasta lah kat situ buat seketika. yang hannah terpinga-pinga tak tahu hujung pangkal.

sangat-sangat bersyukur sebab ada lagi rezeki aku mendapatkan cincin tu semula. bayangkan lah betapa lama masa aku ambil untuk patah semula ke tesco untuk mencari tempat jatuhnya cincin tu.

balik terus ke rumah. sepanjang jalan, menadah telinga je lah dengar enchek su-a-mey bagi naseeeeehat. =)