CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 29, 2011

hannah, 8 bulan

as.salam

anak mummy sudah 8 bulan. akal nya juga sudah macam-macam. hannah sudah mula mengenal orang yang biasa dengannya. kalau dulu bleh je orang lain dukung. sekarang ni, bila orang lain ambil nak dukung, tetiba je menangis. tak rela kunun.

asyik lah nak berkepit dengan mummy. asal mummy baring je, sibuk hannah nak mengempeng. stok ebm memang takde dah. hari ni pam, esok hantar ke pengasuh. makanya, tak boleh skip untuk mengepam. (^o^") kalau tak memang hannah tak minum lah susu. susu formula, hannah kadang ok dengan lactogen. tengok mud jugak. kadang, langsung tak nak minum.

kalau bf hannah sekarang kena hati-hati. bila dia mula kenyang. dia akan mengigit. alahai hannah, sakit tahu tak?
oh ya, mummy dah beli breast pump baru. =)

sekarang ni kalau hantar ke pengasuh, dah tak payah masakkan bubur untuk hannah. pengasuh willing nak masakkan bubur untuk hannah hari-hari. wah.. seronok lah mummy. =) nampak sangat mummy nya pemalas. huhu

merangkak masih belum boleh lagi. sekadar mengangkat punggung, buat kekuda seminit dua, kemudian jatuhkan badan semula. masih kurang yakin lagi gayanya.

bila mummy atau ayah duduk di lantai, hannah sibuk nak duduk same. memula panjat peha kami, kemudian sikit2 badan hannah menyenget. dan terus duduk dengan kaki terkangkang. anak dara.. hish.. hish..

kalau kita tak layan, hannah sudah pandai memanggil. dok tegur-tegur supaya melayan dia minta perhatian. kalau dulu, boleh je tinggalkan hannah sekejap-kejap sementara mummy masak di dapur. sekarang ni, langsung tak boleh berenggang. ada je keja mengemas yang dia buat. tak senang duduk.

bila dah lasak, berat hannah makin menurun. normal kan? tapi belum lagi kena garisan kuning dalam buku biru tu. maintain je ngan berat badan masa umur 7 bulan ari tu. 

kami sempat bawa hannah ber-swimming cuti krismas yang lepas.

bagus, langsung tak takut air. pasni kita swim lagi eh.
muka ketat tuh apesal hannah?
suara pengulas sukan memang jelas, maka sila turn down volume pc/laptop anda sebelum video dimainkan. (^o^")

Sunday, December 25, 2011

dua tahun sudah

as.salam

aiyak! lepas enchek su-a-mey dok bagitau mimpinya tu. baru aku terperasan ticker di atas. sudah dua tahun usia perkahwinan kami.

alhamdulillah..


penguat "kasih sayang" antara kami dengan kehadiran si kecil ini
 

entri hannah 8 bulan, minggu hadapan ye. dah dalam draft dah =)

sungguh!

Saturday, December 24, 2011

ini adalah mimpi

as.salam

tadi dalam kereta enchek su-a-mey cakap..

"malam tadi abang mimpi sayang pregnant.."

ok, aku masih terkujut!

 enchek su-a-mey, sy masih belom ready lah..

Thursday, December 22, 2011

Jogja - Solo - 4

as.salam

hari keberangkatan pulang ke malaysia.

p/s : entri ni kurang gambar dah. lega tak hati kamu urang? lega kan?

tahape hape ntah ade p/s kat permulaan entri ek. lantak..

setelah siap semua barang di-packing. kami lepak2 dulu di bilik sementara menunggu masa untuk sarapan di cafe.

 
 hati gembira!

lobi yang menyediakan wi-fi secara percuma. nampak je hotel biase2, tapi kasik wi-fi free. hotel mahal, sume nak berbayo!
keropok yang berbau sapi. aku tak makan. enchek su-a-mey lah yang kata. kuat jugak baunya. euw!
pilihan makanan untuk sarapan pagi adalah sangat boooring. tak banyak pilihan. nasi goreng pun nasi lembik. kurang sedap =(

  
sudah kenyang, mari kita pulang.





 

kami berangkat dari airport yang bernama adi soemarmo boyolali. airport yang baru dan selesa kalau nak dibandingkan dengan airport hari tiba. cantik dan bersih lagi.


gembira sangat.. rupanya flight kami delay satu sejam lebih. sebab kapal punya masalah enjin. 

disebabkan dorang delay. maka kita harus denda dorang. bagi makan free pada kami! yeay.. makanan tengahari telah ditaja oleh pihak air asia di atas kelewatan jadual penerbangan.


dan makanan tersebut adalah sangat sedap. =) walaupun simple.

makan je dapat. minuman takde. dan air asia adalah sangat tegas kalau kita bawak masuk minuman atau makanan lain. nak promo makanan ngan minuman yang dijual mahal lah tu time kat atas. cheh!

nyaris ada si hannah. guna alasan untuk air membancuh susu buat si anak kecil lah. kalau tak memang botol  mineral tu disuruh letak tepi time pemeriksaan kastam.



penerbangan pulang. hannah sedikit meragam. dia tidur sepanjang masa. mungkin telinga nya terasa bengang dan kurang menelan air liur. tapi anak mommy bagus. meragam tak lama, dalam 5 minit camtu je. pastu ok sudah.

alhamdulillah, percutian yang sangat best. pasni kita doa ye hannah, kalau rezeki ayah bertambah.. kita mintak ayah pergi singapore pulak. bleh tengok kartun besar2. dalam tv kecik jew.. kan hannah kan?

Tuesday, December 20, 2011

Jogja - Solo - 3

as.salam

seperti yang telah dikatakan, selepas cerita kawen. aku kena lah sambung semula tentang cerita kami ke jogja - solo tempoh hari kan? kang ade orang marah. janji je lebey, buatnya tidak. ade ke yang marah? =p

kami check out dari hotel ni sebab malam seterusnya kami akan bermalam di bandar solo pulak.

hannah muka puas tido =)
puas suruh hannah pandang camera. dia lebih tertarik dengan kartun yang dialih suara bahasa indon di tv
hari nak check out ni jugak lah baru kami anak beranak sibuk nak jejalan di kawasan hotel. hari sebelum memang tak dan lah. penat satu hal lagi.


siapa yang dapat tingkap bilik mengadap pool sure best eh. bilik kitorang mengadap air terjun je. ape yang nak ditengok kan. huhu.


proses menunggu ahli rombongan semuanya cukup untuk memulakan perjalanan adalah sangat lama. sampai tertidur semula hannah di lobi tu. mummy nak ambil gambar pun tak best. mengusung hannah yang sedang lelap tu ke hulu ke hilir. ayah layan kan aje.

bergambar di kawasan lobi

perjalanan untuk hari ketiga diteruskan. tapi kami singgah sebentar di pusat jualan makanan tempatan. tapi yang paling femes bakpia pathok tu lah. seperti yang aku cerita dalam entri sebelum ni.

besar pusat jualan ni. kami tak banyak membeli sebab duit di simpan untuk membeli benda lain =)

 
masa kami sampai, punya lah ramai makhluk tuhan. lebih kurang 3-4 bas jugak lah berhenti kat sini.


tengah pilih2 gambar nak upload. tetiba plak ade gambar ni. ni mesti keja enchek su-a-mey. tak sexy pun. sexy lagi hannah time kenduri ari tu.


di sisi tepi pusat nih, ade sekumpulan pekerja tengah membuat bakpia pathok ni. dok menguli adunan tu. macam kurang bersih plak aku tengok. dengan tak pakai glove nya lah, cap pun tak pakai. salah satu sebab aku tak memborong banyak. huhu

perjalanan ke bandar solo atau dikenali juga sebagai bandar surakarta mengambil masa dua jam setengah dari bandar jogja. sepanjang jalan, kami sume tidur walaupun pemandu pelancong dok menerangkan info2 tentang tempat yang kami lalui. tambah pulak, kadang ayat yang digunakan tu kami langsung tak faham. kenapa lah dorang tak pakai je rakyat malaysia sebagai pemandu pelancong. lebih mudah nak faham segala cerita, kan? bagus tak cadangan aku?

terus kami ke javenir (pusat jualan kraftangan/oleh2 khas solo). memang banyak lah kami memborong kat sini. lebih kepada barangan batik sebab dorang glamer dengan hasil batik. berhabis hampir rm200++ gak lah kami.



  
tengok anak dara kami, mungkin berlama dalam bas, asik berdukung je, dapat kusyen, terus lepak gaya macam tu. ish..ish..

kemudian berhenti makan di restoran masakan padang.. restoran sederhana



hannah try aiskrim avocado. sangat best rasenye. mak enchek su-a-mey belanja =)
sudah kenyang, hati pun senang. kami dibawa ke tempat sopin. rasa menyesal sebab berhabis duit di javenir. tengok kain sulam, kain pasang.. gigit jari je lah =(


aku banyak membeli kain pasang untuk famili. pastu menghabiskan masa dengan menjamu mata jew. kesian kan?


di bandar solo, kami menginap di hotel baron indah. biliknya kecil sedikit berbanding hotel yang kami tinggal di jogjakarta. suasana pun macam tak best sikit lah.


 


malam tu jugak sebelum keluar untuk makan malam, kami dah mengerah tenaga untuk menyumbat hasil perlaburan siang hari ke dalam beg. sebab esoknya mau terbang pulang ke tanah melayu.

giler kentang banyaknye!
makan malam di restoran yang sama masa kami makan tengahari. tak jadi hal sebab masakan kat situ memang sedap =)

otw ke restoran, hannah tido. bangun je dia, terus bagi dia makan
udah kenyang, ahli rombongan yang lain mau berjalan ke shopin complex solo square. lebih kurang macam di malaysia jugak. jadinya, kami langsung tak membeli apa2.

 

pondok pujian namanya =)
malamnya aku tidur sedikit lewat. sebab enchek su-a-mey telah memanggil pak urut untuk mengurutnya. nak menyembang pun payah sebab pak urut tu kurang faham bahasa kite.
tamat suda hari ketiga.