CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 30, 2011

kami udah pulang!

as.salam

alhamdulillah, kami selamat pergi dan selamat pulang.

Tuesday, November 29, 2011

roti segar dari ketuhar

as.salam

*alahai, mummy silap date lah. patutlah entry roti segar ni tak kuar2. rupanya telah dijadualkan pulak. maaf eh!

  
ini adalah anak saudara mummy yang ketiga. alhamdulillah, ibu dan bayi dalam keadaan sihat.

namanya aufa qaiser adik bongsu kepada afya qamra dan atif quwaidir. tengok berat nye tu.. 3.7kg weh. lebih kurang sekilo dari berat hannah time lahir dulu. aufa semangat sungguh!

maknanya, cucu mak ngan ayah dah dua pasang dah. 

aufa dan hannah sebaya tahun pulak (^o^) suka!

kakak menjalani tempoh berpantang di kuala kangsar sekarang. rugi sikit lah kot sebab bersalin time memang cuti sekolah. bonus sebulan je bila ambil cuti bersalin selama 3 bulan. 
kenduri lagi dua minggu. mummy pun sibuk jugak nak buat persiapan nih.

pasni..kakak afya, kena jadi kak long besar. kena jaga adik2 tau.

Thursday, November 24, 2011

Jogya - Solo

as.salam

kitorang dah dapat jadual. memula kena buat homework pasal tempat2 yang hendak dilawati. 

25hb nov 2011
Selesai urusan di airport kami akan ke

sumber

Istana Sultan, Kotagede
tempat buatan perak yang mewah. tak tau lah ape aku nak beli kat sini sebab yang ni bukan tempat kesukaan aku. enchek su-a-mey suh aku bawakkan calculator jugak. senang nak urusan sopin2 ni. kalau dah harga nye lebih kurang ngan msia. baik beli kat tempat kita. wat berat beg je nanti. tapi tak semua yang ada kat msia same ngan kt sana kan? perbelanjaan dicatu namanya ni bang oi =P

sumber
Kasongan
terletak di bahagian selatan Jogja. merupakan  pusat industri seramik. lebih kurang dengan sayong, tempat aku ni kot. kalau membeli pun sekadar yang kecik2 sudey. kang nak membawak nye ke hulu ke hilir dengan hannah lagi. mane mau nyeee.
dan ini juga bukan tempat kesukaan aku.
makan tengahari di restoran tempatan.. erk!

kemudian..

sumber 
Manding
industri barangan kulit. nampak gambar yang aku google. rasenye mungkin aku akan beli beg atau purse kot. sebabnye aku nih bukan jenis yang beli beg selalu dan tukar2 ikut warne baju -tangan ke dada, mata ke atas (^o^") aku pakai sampai dah koyak baru lah mencari yang lain.


sumber
Pantai Parangtritis
dan hari berakhir di tepi pantai untuk melihat matahari terbenam (sekiranya cuaca mengizinkan) dan terus ke hotel untuk check-in dan makan malam.

26hb nov 2011
selepas sarapan, mulakan hari dengan aktiviti melawat ke

sumber
sumber

Ketep Pass
melawat ke candi borobudur Buddha. salah satu 7 keajaiban di dunia? okey, baik mengaku sekarang yang aku tak penah hafal ape tujuh benda ajaib di dunia. setiap kali nak hafal, jadi macam terlebih tujuh pulak. huhu

sumber
Pasar Salak Pondoh Sleman
rata2 gambar yang aju google sume menunjukkan buah salak. adakah ianya syurga buah salak? aku sukakan buah ni jugak. tapi bukan ke"suka"an. makan dalam kuantiti yang sikit sudah cukup. mau bawa pulang? rasanya, boleh kot. buah tangan buat teman =)

selepas itu,kembali ke Jogja

sumber
sumber


sumber
untuk membeli dan membelah di pengeluar kilang yang terkenal ; omah mode, cosmo, dagadu dan jalan malioboro. pelbagai jenis batik, kraf kayu, cenderahati, makanan (bakpia pathok - gambar di bawah)
sumber
Kemudian makan tengahari di restoran tempatan. aktiviti bebas hingga ke malam di sekitar bandar Jogja. dan makan malam juga di restoran tempatan.

27hb nov 2011
sesudah sarapan, jelajah ke bandar solo.. melawat ke Istana mangkunegaran solo, 






 sumber
pasar Tradisional klewer (yang popular menjual batik solo), dan Pasar Antik Triwindu (menjual barang–barang antik dan unik dari serata tempat).




sumber
sumber
aktiviti membeli dan membelah sekali lagi akan berlaku sekali lagi. tapi, dinyatakan di situ, pasar barangan antik? tak lah kot aku nak memborong menda antik? tak berapa minat lah! 

Selepas makan tengah hari, melawat ke ke Sungai Solo Bengawan (popular dengan lagu solo Bengawan).
sumber
Seterusnya ke Kilang Batik Semar untuk melihat proses pembuatan batik Makan malam disediakan di restoran tempatan. 

sumber
Bermalam di Solo.

28hb nov 2011
pulang semula ke tanah air. insyallah.

itulah aturcara yang telah ditetapkan. kita hanya merancang, Allah juga yang menentukan.

tunggu laporan setelah kami pulang nanti ya!

Friday, November 18, 2011

hannah, 7 bulan (post 2)


as.salam

gigi atas hannah sudah mula tumbuh. mulanya macam risau sikit lah sebab gigi yang sebelah kanan je nampak, gigi sebelah kiri macam malu-malu je nak tumbuh. tak mau lah tak sama besar kan. tak cantik pulak nanti.

alhamdulillah, 2 hari lepas tu gigi yang sebelah kiri sudah keluar dari celahan gusi. hari demi hari dah sama besar dah.

nak bf kan hannah pas tumbuh gigi yang atas ni sedikit fobia lah jugak. dah gemar menggigit. ouch!

hannah semakin besar nih, semakin kuat mengempeng. dia susah nak terima susu formula pulak. mula2 dulu bagi dulac. pastu dia menolak. try pulak dutch lady. lagi lah tak sudi. dia luahkan balik. mau yang mahal2 pulak kah hannah?

ibu-ibu, ade idea lain tak?

Thursday, November 17, 2011

telur rebus colorful

as.salam 

apa khabar sume? sihat tak musim cuti sekolah nih? of coz lah sihat kan.. cuti sekolah bersamaan dengan musim orang kawen. 

terima email tentang dekorasi telur rebus ni. sungguh menarik. mungkin ramai dah tahu. saje je nak post kat dalam blog nih. =)

mohon share buat pemilik idea dan gambar ini. sila tinggalkan komen sekiranya gambar ini milik anda. terima kaseh.

Wednesday, November 9, 2011

yee haa.. lulus!

as.salam

baru semalam pom pang pom pang pasal nak ke indon. padahal kelulusan nak keluar negara (tsk..tsk..macam jauh je bunyi) tak dapat lagi.

tup tup tadi dapat surat dari jkn. dah lulus dah. alhamdulillah. seronok nye lah. dari tak tau rakan sekerja aku nak bercuti.. sudah heboh plak satu opis. macam2 plak dikirim diorang.

boleh je kalau tak payah minta kelulusan jkn tapi KALAU terjadi apa2 berputih mata lah. setidak2nya kalau minta kelulusan ada insurans yang boleh dituntut. gitulah ceritanya.

time kami pegi hatyai tahun lepas, berani mati jugak lah. sebab perancangan memang last minit. syukur lah, perjalanan pegi balik lancar.

sekarang kami laki bini sibuk online tips2 membawa anak kecil bercuti. macam2 rasenye perkakas nak dibawa.

susu? dah senang dah kat situ. direct bf je. cuma untuk makanan lah kot sebab hannah dah mula makan. kena buat homework banyak nih. (^o^")

Tuesday, November 8, 2011

hannah, 7 bulan

as.salam

untuk bulan ke-tujuh, mommy tak payah bawa hannah ke kkia untuk pemeriksaan kesihatan. bulan ke-lapan nanti baru ke sana.

sehingga ke bulan ini, hannah diserang demam yang kerap. mungkin faktor cuaca yang kurang menentu di bandar paling lembap di malaysia ni mempengaruhi kesihatan hannah. alhamdulillah, cuma demam. batuk tidak, selsema juga tiada. kalau diberi sirap dari klinik perisa ceri tu, hannah kurang gemar. kalau nasib tak baik. hannah muntahkan sirap tu semula. keluar semua susu yang diminum. alahai..
ada sekali ke klinik pakar kanak-kanak, dapatlah sirap perisa oren. sampai mommy lah yang minum. sedap! laju je hannah telan =)

hujung bulan ni, insyallah kami sekeluarga berjalan ke indon. mula2 memang merancang untuk tinggalkan hannah bersama emak. tapi macam tak sampai hati pulak nak berpisah dengan anak. walhal bukan pergi berbulan pun, cuma 4 hari 3 malam je kot. tapi jiwa tak sekuat yang difikirkan. berpisah 9 jam sebab kerja pun dah rindu setengah mati pada anak. inikan pula nak berjauhan dipisahkan selat melaka. lagilah mommy rindu pada hannah. drama kan!

itu yang gagah kami laki bini kuar malam2 bawa hannah ke kedai gambar untuk bergambar pasport.

kami orang pertama sampai di imigresen pagi tu (^o^") hannah pun ber-mood baik
1001 tu.. tak sia2 hannah bangun awal pagi, kan.

seperti yang tertera di piagam pelanggan, pasport akan siap dalam masa satu jam selepas permohonan
pasport siap dalam masa satu jam? 
series ah, dorang tipo! pas bayar kat kaunter. duduk di kerusi. sempat lah jugak main aum-chak dengan hannah tapi hannah wat tak layan sebab uncle security guard tu pasang tv dan hannah sibuk melayan tv dari melayan mommy nye.

telefon emak, bercerita tentang aktiviti kami anak beranak. 10 minit berlalu. terus nama hannah di panggil di bahagian kaunter kutipan pasport. 
pergh laju gila diorang buat kerja. bertanya dengan pegawai bertugas tentang efisyen nye mereka pagi tu. pegawai tu jawab, kalau borang tiada masalah, mesin pencetak tak buat hal. memang proses buat pasport cepat.

tak macam time aku buat di ipoh dua bulan kebelakangan ni. pegawai langsung tak mesra. bila terangkan sesuatu sudah lah laju, lantang plak suare nye. macam nak kasik dengar satu opis. malu akak! ingatkan buat pasport di head office dapat lah cepat. tertipo rasenye diri ini bila kena datang ambil pasport 2 hari selepas permohonan diterima.

makanya, seusia hannah yang baru menjangkau 7 bulan sudah merasa naik kapal. mommy ngan ayah dah tua-tua baru merasa tau.

hannah, di pagi raya aidiladha.

puri labu

as.salam

kali ni nak kongsi cara2 untuk buat puri labu pula. ambil dari sumber yang sama dari buku "The Total Child"
penggunaan labu mungkin tak sampai sebiji. buat untuk hannah memang sikit je pun. 
bersihkan dan dibuang kulit. potong sebesar kiub lebih kurang 1"
seperti langkah buat epal puri, labu distimkan dulu. rebus pun boleh. tapi hilanglah pulak rase manisnye nanti.
bila labu dah lembut, lenyek2 kan sehingga hancur. 

mau campurkan dengan ebm pun boleh. buat pertama kali, itulah yang terakhir. sebab hannah tak suke. die main tolak2 ngan lidah je. kalau tau meludah.. tentu dia dah ludah. tak ngam ngan seleranya kot.

kalau betik, dia suka =)
mangga masak lagi lah feveret dia (^o^")

Saturday, November 5, 2011

kami mahu

smart kan?
aku mahu kami bergambar begini juge!

selamat menyambut hari raya aidiladha.

sumber gambar : sini

Tuesday, November 1, 2011

keDIAMan

as.salam

buat pengetahuan semua, aku sekarang duduk kuarters kastam. menyewa sejak aku dipindahkan dari sabah dulu. rezeki lah bila kawasan kejiranan sangat ambil berat antara satu sama lain. tapinya.. kuarters. bukan rumah kami sendiri. (^o^")

november tahun lepas, aku sudah disahkan jawatan. syukur sangat. takde sangkut-sangkut. 

pengeluaran kwsp pun sudah selesai. bakal dilaburkan buat keDIAMan kami ini nanti, insyallah..

keadaan rumah kami begini lah nanti.

tapi buat masa sekarang rupanya masih begini..

bukan sebaris rumah yang siap tu. tanah yang menimbun2 tu lah tempatnya keDIAMan kami. bakal siap awal tahun 2013. sabarlah wahai hati.