CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 31, 2011

batik kak marie

as.salam

aku dari kecik lagi sukakan batik marie nih. kali pertama buat, memang tak jadi sebab aku dapat resipi yang pakai telur. bila makan macam muak sebab bau telur sedikit memualkan hidung dan rasanya sangat tak best.
time tu buat rasenye aku tengah tunggu result spm kot. last-last buang begitu saja. sebab semua ahli keluarga tak lalu nak makan. terus give up tak nak buat sampai lah dah kawen dan beranak ni.

dalam awal tahun lepas, aku dapat plak resipi yang langsung tak gunakan telur. simple je. sejak itu.. bermula resipi yang selalu diulang tayang berpuluh kali. enchek su-a-mey pun tak paham. dia kate apelah sedap sangat ngan batik marie ni.

tetap aku buat walaupun dia kurang gemar. meh, aku kongsi resepi,

bahan-bahan

250g mentega 
200g milo
3/4 tin susu pekat manis
1 paket biskut marie

pilihan

susu pekat manis - boleh dikurangkan penggunaan nya sebab biskut marie dan milo sudah sedia manis

serbuk coklat - boleh dimasukkan sekiranya mahukan rasa pahit-pahit yang light2 dalam adunan batik marie ni. kalau mahu, cukup sekadar 1 atau 2 sudu besar. tapi aku tak pernah pun masukkan serbuk coklat. sebab tak beli pun =p

cara-cara

1. cairkan mentega.
2. masukkan susu pekat manis, kacau seketika
3. kemudian, masukkan milo. jika pakai serbuk koko.masukkan sekali. kacau hingga sebati.
4. akhir sekali masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan. gaul rata.
nak susunkan sekeping-sekeping dan diselang seli kan dengan campuran mentega+susu pekat manis+milo tadi tu pun boleh. tapi lain lah pulak namenye. jadi pelekat abang marie lah sebab takde corak batik =)
5. masukkan dalam bekas atau loyang. tekan-tekan kan biar mampat supaya tiada ruang kosong. nanti tak cantik pulak bila dipotong.

dua-dua cara aku dah pernah buat. tapi maaf, tiada gambar selepas dipotong =(

so, tak dapat nak bezakan. insyaallah kalau ade rezeki. aku buat. aku snapkan ye.

Sunday, October 30, 2011

fotogedix

as.salam, kawan-kawan mommy

tadi mommy ngan ayah bawak hannah gi kedai gambar.
tangkap gambar hannah.

fotogedix tak saye?

Friday, October 28, 2011

bukan sekadar rupa

as.salam

akak ni memang mudah tergoda. 
orang buat macarons, sibok akak nak buat jugak.
orang buat oreo cheese cake, gagah jugak akak buat.
nah.. sekarang demam pavlova sini sana. tengah malam dik, akak gigih pukul maringue ni hah. enchek su-a-mey dah tegur berkali.

"yang, wat keja slow2. kang jaga plak anak"
padahal..luar rumah meletop letop "dorang" main mercun. maklumlah "raye" kedua. haruslah berhabis main. semalam tak dapat nak main mercun sebab hujan lebat. huhu

"yang, sudah2 lah tu. esok kan masuk keja 6.30am"
akak maintain je dik, walopun tido jam 2pagi. akak tetap bangun tido jam 5pagi.

blom sempat dia panggil untuk kali ke-tiga. 
tara.. akak nunjuk kan hasil keja yang meriah ni. tapi dipandang sepi je lah sebab enchek su-a-mey ni memang jenis tak makan manis2. kesian.. (^o^")

ok, strawberry memang tinggal 2bj dalam peti ais sebab sebelom ni dah pakai untuk cheese cake. akak taknak orang kutuk pavlova akak sebab takde strawberry. naaak jugak akak letak..walaupun dua biji yang telah dibelah dua.

kiwi plak tinggal sebiji. sib baik bleh dikerat2. kan nampak meriah diselang selikan dengan anggur hitam tu. berselera tak tengok?
jangan dik.. rasenye tak tentu lagi tu. 

hahahaha! (^o^)

resipi amik dari puan nanonano kite tu

nantikan komen2 dari pengkritik yang dilantik nanti ye. 

harapan konon ade lah yang menantikan entri akak nanti. huhu

Thursday, October 27, 2011

tolong jangan




alah, kecik nye kamu time ni hannah ui! buuutak lagi.







tolong jangan membesar terlalu cepat ye nak.

Wednesday, October 26, 2011

zaman dirindu

as.salam

saje je tempek gambo time muda2 belajar kat poli dulu.


ada sukaneka kot time nih. sebab ade hamper.. =p
nape aku tersenyum girang sangat tu? sampai 2-2 gambo nih aku gembira sangat pun.

rehearsal sehari sebelum konvo

yang ni masa amali kitchen. sem nih aku bawak motor. tu yang teruja no sangkut kunci motor kat leher. macam kau sorang je ade motor. adeh!
korang kenal tak aku yang mana satu nih?


maubu nite. kalau tak "malibu" tapi maksudnye tak baik kan? jadilah "maubu"
ada yang mengikut tema.. ada yang tidak. hantam sajak!

gambar semua ihsan dari friendster member aku (^o^) thx cikgu alin!

Tuesday, October 25, 2011

hannah, 6 bulan

as.salam

masih perangai yang sama tidak berubah. mommy terlewat untuk entry hannah bulan ke-enam. 2 minggu lagi hannah akan berusia 7 bulan. tapi mommy ngelat. asik lewat je up kan entry hannah bila masuk bulan yang baru.

sori eh, mommy blom tahap jadi super-mak lagi (^o^")


bila anak dah mula makan macam2.. otak ligat berputar nak bagi menu apa untuk hannah setiap hari. bubur ikan, bubur ayam, bubur ikan bilis.. bijirin beras.. oat.. nyum nyum. untuk sayuran pulak mommy kasik bayam, sawi, brokoli, kentang atau carrot. hannah suka betik kan? apple ngan buah pir pun dah rasa. kadang hannah berselera sampai tak cukup2. kadang hannah banyak main dari menelan makanan. 

dan hannah sudah tumbuh gigi..


gigi bawah dua batang yang akan membuat mommy menjerit bila hannah menggigit tika mommy bf hannah. sakit dan perit sangat!

semalam hannah demam lagi buat kali kedua bulan ni. perubahan cuaca mungkin! tapi kata pengasuh hannah, nak pandai benda baru la tu. sampai demam2. entah lah.

malam hannah kurang tidur bila hannah diserang demam. asik merengek. kesian bila mendengarnya. apalah yang hannah dok ngadu tapi mommy ngan ayah langsung tak faham.

tadi pagi bawa hannah ke klinik. alhamdulillah.. suhu badan yang tinggi semalam beransur turun. batuk dan selsema takde. cuma demam saje. doktor sarankan bagi dia minum lebih sikit. kalau bancuh susu tin, lebihkan sukatan air sedikit. maknanya.. kepekatan susu kena kurangkan lah.

anak kecil demam bukan macam orang dewasa. jangan pakaikan baju bertangan panjang atau seluar panjang. maksudnya yang berkain yang tebal. cuma pakaikan dia baju yang selesa, nipis, berlengan pendek atau tidak berlengan. khuatir anak akan diserang sawan. pesan doktor tu lagi.. elakkan berstokin.

kalau dulu kami biarkan hannah tidur pakai pampers dan badan cuma diselimutkan napkin. basahkan kepala nya sekali sekala bagi mengurangkan suhu badan yang panas. kalau nak mandikan, mandikan dengan air suam.

pemakaian cool fever / bye2 fever juga baik untuk kurangkan suhu =)


tengok, cair jiwa mommy nengok anak demam! habis keja tadi time amik hannah.. dia dah mula senyum dan ketawa. makin segar lepas makan ubat dan tidur.

anak nak membesar.. cuti orang perempuan mengalir macam - eh..macam tak cukup2 je cuti yang dapat 25hari setahun tu..kan?

Wednesday, October 19, 2011

penTUAan

as.salam
camane aku bleh silap eh? aku br 28 tahun lh!

hari jadian yg ke 29tahun

as.salam
kekok bila mau mulakan bicara di saat hari jadian.
tak pernah rasenye memberi ucapan sempena kelahiran sendiri..eceh!
alhamdulillah, mencecah ke angka terakhir sebelum berpangkal kan tiga tahun hadapan, allah swt kurniakan aku dengan rezeki yang tak ternilai besarnya. syukur kepadaNya.
malam ni kami bertiga mungkin bersantap di luar. acara biasa menyambut hari kelahiran. tapi bergantung juga dengan kondisi anak dara sorang ni. semalam mummy balik kerja awal bila pengasuh call mengadukn suhu badan hannah naik mendadak.

Thursday, October 6, 2011

epal puree

as.salam

teruja sangat bila anak dah menginjak ke umur 6 bulan. mengeletis je mommy nak bagi hannah makan segala macam. cubaan pertama mommy bagi hannah bijirin beras (nestle product). bancuh dengan ebm. berselera dia. tak menolak rezeki yang masuk ke mulut.

cubaan kedua, mommy buat puri epal. tambah kismis. tapi kali ni bancuh dengan susu tin. tak cukup-cukup pulak padahal mommy buat sehiris epal je. takut nak buat banyak kot-kot hannah tak suka ke.

cubaan ketiga, mommy buat bubur nasi dengan ikan bilis. perlahan je makan. mungkin pelik hannah rasa ikan bilis tu kot. tapi alhamdulillah banyak dimakan walaupun tak habis semua yang mommy buat. mommy tolong habiskan. nak buang sayang (^o^")

meh, kongsi cara2 membuat puri. copy paste dari buku 'The Total Child'

basuh epal dibawah air yang mengalir













































kupas kulit dan buang bijinya
stimkan epal sehingga lembut. kalau guna buah lembut, tak payah stimkan (^o^)
kisar, lenyek atau parut buah tersebut


campurkan dengan ebm atau air untuk cairkan sedikit teksturnya







senang je kan? saaangat!

Tuesday, October 4, 2011

hannah turun kl

as.salam

minggu lalu kami sekeluarga turun ke kajang dan kuala lumpur. menghadiri majlis perkahwinan saudara sebelah enchek su-a-mey di siang hari. kemudian menziarah opah. malam pula majlis rumah terbuka anjuran MPKJ. seharian yang padat dengan aktiviti. kami yang tua ni pun penat duduk dalam kereta. apatah lagi hannah. tapi alhamdulilah, dia tak banyak ragam. senang bawa hannah berjalan jauh lagi lepas ni.


hannah bersama dua pupunya. lahir lebih kurang sebulan lepas kelahiran hannah

semua dua pupu yang lahir sama tahun hannah dah jumpe. nanti mommy upload gambo ye.

pelaminnya sangat sweet
 kami tak sempat pun berjumpa pengantin. sebab nak berkejar ke jalan ipoh pula. snap gambar pelamin je lah. enchek su-a-mey tak habis-habis dok perli time aku mintak permision nak masuk umah pengantin. 
"sayang dah macam geng makcik-makcik eh, gi kenduri kawen mesti nak tengok pelamin lah, tengok bilik penganten lah, hantaran lah.."
sentap!
hannah teruja melihat key-ell..yaw!
kami ke jalan ipoh, melawat opah yang uzur. opah masih sihat. matanya masih tajam mengenal orang. opah cuma makan vitamin je seharian sebab dia kurang makan nasi. makan nasi pun berulam dengan mempelam. itupun kalau ada mempelamnya. kegemarannya kuih goyang je. tu je lah yang selalu dia mintak kalau nak makan pun. moga opah sentiasa sihat. sebelum balik, opah semacam sedih. opah mintak maafkan semua kesalahan dia, halalkan makan minum dia. 

runtuh dinding hati mendengarnya (^o^") 

hannah bersama onyang



mintak enchek su-a-mey berhenti kan kereta semata-mata nak gambar hannah berlatar belakangkan klcc. teruja sangat pun aku nih. perjalanan jauh hannah yang kedua selepas cameron highland sebelum ramadhan lepas

  
klcc di belakang hannah
kami bawa balik macam-macam pemberian makteh dan makwe untuk hannah. terima kasih sangat-sangat. =)