CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 27, 2011

07 apr 2011 - hari kejadian

malam ketiga tido di dalam bilik ber-aircond. nyaman sih.

sampel urin diambil seperti biasa. tidak ketahui apa keputusannya. sama ada bagus atau tidak tahap albuminnya.

jam 9pg, pemeriksaan bukaan dibuat. 3cm! kes aku akan dirujuk kepada doktor pakar yang lain. berita disampaikan kepada enchek su-a-mey dan ahli keluarga yang lain. kemungkinan bukaan akan terus bertambah.

enchek su-a-mey sudah tidak senang duduk. beliau mengambil keputusan untuk bercuti saja.

bermula jam 10pagi ++ aku sudah merasa kontraksi. darah yang keluar akibat dari "selukan" yang dilakukan semakin banyak keluar. untuk menunggu jam 12.30tghr, waktu melawat terasa agak lama.

aku sangat memerlukan tangan enchek su-a-mey untuk mengurut di pinggang tika kontraksi datang menyerang. aku berbaring saja di katil.

hidangan tengahari langsung tiada selera untuk disantap. waktu melawat enchek su-a-mey dihabiskan dengan mengurut pinggang aku je. sampai lenguh2 tangan beliau.


saat aku sedang bergelut dgn kesakitan.. ouch! langsung tak sedar bila enchek su-a-mey snap gambar nih.

5min sebelum waktu melawat habis. ketubanku pecah. jururawat dipanggil untuk periksa keadaan aku. bukaan menjadi 4cm.

kelam kabut aku dibawa ke dewan bersalin.. habis kainku dibasahi darah dan air. sempat jugaklah aku minum air selusuh dan sebiji kurma buat tenaga.

merasa kontraksi selama 6jam. pemeriksaan bukaan dilakukan sebanyak 5kali ditambah sekali dilakukan oleh pelajar praktikal. tiub urin dimasukkan sebanyak 3kali. pemeriksaan ctg dilakukan berulang kali di saat kontraksi datang menyerang adalah amat menyeksakan.

bilik ber-aircond pun masih terasa bahangnya. rezeki, tatkala aku sedang bergelut dengan kesakitan.. pelajar2 praktikal ada yang datang mengurut kaki dan pinggang.

aku doakan moga rezeki mereka2 yang menjaga aku sepanjang aku berada di wad dan dewan bersalin akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dpanjangkan umur oleh Allah swt

diharap dengan kehadiran hannah (kasih sayang) mengeratkan lagi "kasih sayang" kami berdua dan ahli keluarga yang lain.

Tuesday, April 26, 2011

06 apr 2011 - dua hari selepas due date

malam kedua, nyenyak juga lah aku tido. terjaga bila jururawat datang periksa je.

jam 6pg, seperti biase sampel urin diambil. tong collection urin yang dibuat telah di-pass over kepada jururawat bertugas.

jam 9pg, dipanggil doktor ke bilik pemeriksaan untuk diperiksa bukaan.

keputusan 2cm!

mungkin aku akan dipaksa untuk bersalin esok sekiranya bukaan still 1cm=1hari. berita disampaikan kepada enchek su-a-mey dan ahli keluarga yang lain. aku digalakkan banyak buat senaman dengan berjalan. tapi disebabkan cuaca terlampau panas. aku hanya dok berbaring di katil. tertido sampaikan zuhur pun terlewat.

menjelang petang, aku ditukarkan ke wad kelas 2.

waktu melawat, tiada siapa pun yang datang. semua masih berkira2 nak datang esok. macam confirm sungguh aku bersalin esok.

enchek su-a-mey datang jam 8.30mlm. digasak soklan betul ke aku bersalin esok? aku pun tak tau jawapan. aku pakse juga beliau untuk kerja esok macam biasa.

Monday, April 25, 2011

05 apr 2011 - satu hari selepas due date

berubah tempat tidur. memang menyeksakan. langsung tak lena tidur. 04 jam sekali jururawat akan datang untuk periksa tekanan darah, degupan jantung bayi, suhu badan.

ditambah pula bila dikelilingi dengan ibu yang sudah bersalin dan bakal bersalin. faham2 je lah. pelbagai bunyian yang boleh didengar.
bunyi bayi menangis
bunyi katil ditolak ke dewan bersalin
bunyi katil yang baru pulang dari dewan bersalin
bunyi ibu mengandung mengeluh akibat kontraksi

memang mencabar sungguh untuk malam pertama di hospital menjelang tempoh untuk aku pula merasa "nikmatnya" bersalin.

sampel urin diambil bermula dari jam 6pg. untuk disukat tahap tinggi atau rendahnya kandungan protein di dalamnya. tiap kali ke tandas, mengusung tong putih berisi urin. malu!

24jam sampel urin akan dikumpul sehingga jam 6pg esok. tiap kali minum, perlu dibuat catatan.

pengalaman pertama "diseluk" untuk periksa bukaan.

sangat menyakitkan bagi aku. doktor bilang baru 1cm. belum masanya lagi anak mahu keluar.

hari kedua di hospital, katil sebelah bersilih ganti penghuninya. khas untuk ibu yang bersalin cara "ceaser". ade je kes baru, terus jururawat tukar katil. seksalah bersalin operate ni. 24hrs terlantar. menunggu hingga kesan bius hilang, bertukar katil pulak. jalan pun masih tak betul lagi.

aku banyak habiskan masa berjalan ke tandas. mengumpul urin kekdahnya.

enchek su-a-mey datang melawat jam 8.30mlm. pulang lewat dari kerja. wah.. hardworkingya dia. =)

Saturday, April 23, 2011

04 apr 2011 - due date

seperti biasa pergi keja jam 8pg - 5 ptg (divided shift)

gi punch card, terus ke KKIA untuk weekly check up
. masih tiada tanda2 untuk bersalin.

berat badan : 64kg


tekanan darah : 110/72


gagah breakfast dengan air barli sahaja supaya keputusan urin cantik. tapi malang, urin masih mengandungi albumin. tandanya aku masih kurang minum air (^o^")


temujanji dipanjangkan untuk bertemu dengan doktor. Semua JM dah menegur.. "ai.. tak nak bersalin lagi ke? kuat lagi datang check up"
senyum je lah.

dapat jumpe doktor, dia scan anak. semua dalam keadaan okey. kepala anak sudah masuk laluan, air ketuban pun mencukupi. cuma doktor masih tak puas hati dengan keputusan pemeriksaan urin aku. dia minta untuk buat satu lagi test.

aku mintak untuk breakfast dulu. lapar sangat dah. so, makan roti + air mineral je. takut nak makan menda lain yang boleh mempengaruhi keputusan ujian.

pas breakfast, masuk klinik. bagi sample, tunggu result..

mendukacitakan!

kes aku dipanjangkan ke antenatal clinic. sabo je lah!

balik dari KKIA, masuk opis inform kawan2 yang lain yang aku kena ke anc clinic untuk rujuk doktor pakar.

sampai klinik running no sumenye baru belas2. aku plak dapat no. 49. mau pitam sudah aku menunggu.

tunggu.. punya tunggu.. tunggu dan tunggu lagi..

jam 12++ dapat jumpa doktor cek perut, tekanan darah. doktor amik time yang lama untuk study buku pink

akhirnya.. doktor bagi surat untuk register masuk ke wad jam 2petang

pasrah! balik ofis inform kawan2 sekali lagi tentang aku kena masuk wad dah ari ni jugak. balik rumah, mandi dan bersiap. jam 2 petang daftar masuk sendiri ke wad bersalin. aku masih taknak benarkan enchek su-a-mey amik cuti. bukan mau bersalin pun lagi.

aku kena monitor
- untuk 24hours urine protein.
- setiap pagi urin perlu diambil dan diuji tahap albuminnya.
- kekerapan buang air kecil dan urin juga perlu disukat ml nya.

Wednesday, April 20, 2011

berpantang



as.salam

masih mengambil masa untuk mengarang pengalaman ketika melahirkan hannah.

aku sudah berurut, mandi daun 21jenis, bertungku, berbedak, berpilis, berparam, berbengkung..

aku belum lagi minum air kunyit, air pegaga, minum air akar daun pemberian ibu enchek su-a-mey

dan

hannah masih belum terpisah tali pusatnya (^o^")

Sunday, April 10, 2011

10 bulan 1 hari

hasilnya..



hannah
07 apr 2011 @8.59pm
2.93kg