CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, November 24, 2012

shopin on9

as.salam

seperti kebiasaan ibu berpantang di zaman siber sekarang ni tentu menghabiskan masa ber-on9 tika si kecil sedang beradu kan. same lah cam aku ni. 

kalau time hannah dulu, memang pantang tengok barang2 + baju2 baby je sure aku beli. disebabkan baju hannah pun still elok lagi, maka tak perlu lah beli beria baju2 baby dah. 

so, kita berabis beli baju mummy je wat masa ni. =)

 sini

 
 sini

 sini

masih mengekalkan gaya-gaya muda remaja =) dasar tak sadar diri.. huhu

Friday, November 23, 2012

semalam sepatutnya


as.salam

sepatutnya tanggal 22nov adalah edd harits. awal dua minggu dia nak keluar. =) alhamdulillah, apa2 pun semuanya dah selamat.

keputusan dari ujian darah yang diambil pun ok. harits discaj terus dari klinik pakar kanak2. lepas ni tak payah datang lagi ke sana. 

semalam genap umur harits 14hari, tuknya terus cukurkan rambutnya. memula tu elok je muka control ensem. tak lama lepas tu bermula la 'ombak rindu'. sedu sedan menangis. tak rela konon.

Tuesday, November 20, 2012

rindukan anak

as.salam

aktif semula ber-blogging nampaknye ye? sementara sedang lapang ni. hannah dihantar ke rumah pengasuh. tinggal aku dengan si harits je nih. kenyang perut si kecil tu.. tidurlah dia.

mummy plak sibuk nak masukkan markah skt untuk tahun ni. tapi disebabkan dari semalam, sistem hrmis asik dalam penyelenggaraan ja. terpaksa mummy ber-blog. =)

tadi kami ke hospital. harits kena ambil darah untuk ujian tiroid dan ujian cbc (complete full blood count) menda ni dibuat sebab aku kan bersalin di rumah. perjalanan dari rumah ke hospital malam kelahiran harits aritu menyebabkan darah yang ada kat tali pusat yang dipotong telah pun beku.

jadinya, adalah menjadi prosedur hospital. setiap bayi yang dilahirkan kena buat ujian ni. tapi harits terlepas peluang tu. terpaksa lah berulang arini ke hospital untuk diambil darahnya. 

masa doktor muda tu ambil darah dari tangan si harits, memang aku tak nak tengok lah. kesian oi.. dengar dari kejauhan je anak teruna aku meraung bila diambil darahnya. 

esok, ada temujanji dengan pakar kanak-kanak pulak. banyak menda yang terlibat rupenya kalau kita bersalin di rumah ni. berjumpa dengan pakar ni sebab dia nak tengok result darah yang diambil tadi. harap semuanya ok.

tetiba plak rindu ke hannah =(

 reaksi hannah bila tengok awek kat blakang tu berbaju leopard.. 
zirafah katenye. sib baik tak cakap kuat2.


Monday, November 19, 2012

pisah susu

as.salam

terkejut kan pengalaman aku bersalin di rumah. aku sendiri masih terkejut (^o^")

peristiwa macam tu sebenarnya memang tak digalakkan. bahaya untuk ibu dan juga bayi. bukan lah mendoakan sesuatu yang buruk tapi kita kena juga fikirkan segala kemungkinan.

tempoh berpantang kali ini, agak kucar-kacir sebenarnya. hannah sebelum tidur dia masih mau memerap lagi. kadang kesian jugak tengok dia. nak kata dia menghisap tu tidak. sekadar letak di mulut.. buat pelali untuk tidur. kesian.. belum cukup 2 tahun mummy menyusukan kau ye nak.. dah kena kasik ke adik pulak.

makanya, hannah dipisahkan tempat tidur dengan aku. sedih, sape tak sedih kan. dulu tiap malam mesti cium kepalanya. sekarang, cium kepala harits je. hannah kalau tak dijaga oleh mak enchek su-a-mey, dia akan di bawa pulang ke taiping dan dijaga oleh enchek su-a-mey. sian dua beranak tu.

hannah dalam usianya setahun lebih tu, memang faham dia dah punya adik. tak lekang mulutnya menyebut adik.. adik..
tapi tu lah, kadang kelakuan dia tu mengundang kerisauan jugak. bila dicium adiknya, tangan nya mesti memicit geram tangan si harits. mana mummy tak risau. 

ada sehari tu, nak mengajak adiknya main ultraman. bukan bagi elok2, dicampaknya ke muka harits. gugur jantung mummy mu ni nak..

walaupun dipisah kami empat beranak. dalam seminggu adalah dalam 2 malam kami tidur bersama. tapi kena berjaga-jaga juga. si hannah kalau tengah malam dia terjaga nak mintak susu.. dia bangun dan berjalan. makanya tidur2 ayam jak lah kami suami isteri. manalah tau kot2 terlangkah si adiknya pulak.. kan =)

tahun depan, hannah dan harits tak dihantar ke pengasuh yang sama dah. diorang dah berpindah. pencarian taska pun bermula lah.. moga semua dipermudahkan allah swt.

Thursday, November 15, 2012

saat muhammad harits dilahirkan

as.salam

alhamdulillah, syukur kepada allah swt di atas rezeki zuriat yang kedua ini. harits selamat dilahirkan ke dunia ini pada 08 november 2012. jam 7.05malam. lahirnya dia terus berkumandang azan maghrib. kisah kelahiran terlalu ringkas untuk diceritakan jika nak dibandingkan dengan kisah kelahiran kakaknya, hannah setahun 8 bulan yang lepas (^o^") iya, jarak mereka terlalu rapat. lepas ni perancangan keluarga harus dilancarkan secara besar-besaran untuk kami suami isteri =p

sebetulnya tarikh matang untuk harits melihat dunia adalah pada 22 november 2012. perut aku masih tinggi lagi bak kata kawan2 ngan makcik2 yang berada di sekeliling aku. sepatutnya juga aku perlu ke kkia pada jam 8.00 pagi hari kejadian. tapi aku sengaja lengahkan. nak beranak ni bukan keja main2. banyak keja yang aku kena langsaikan. nak2 pulak dah hujung tahun ni kan. macam2 aku kena buat. disebabkan harits ter-keluar awal ni jugak lah, tak dan aku nak wat serah tugas pada pegawai yang sepatutnya. jadinya.. bersedia lah sepanjang tempoh cuti bersalin ni.. henfon jangan lah di-offkan. kang bukan aku yang meroyan baru lepas beranak, member2 kat opis pulak yang meroyan disebabkan keja aku yang terbengkalai tu =)

berbalik kepada kisah kelahiran.. aku postponed kan tarikh temujanji ke jam 2 petang. sampai di muka pintu kkia bukan jam 2 petang tapi dah menginjak ke jam 3 petang akibat hujan lebat yang melanda bandar taiping pada petang hari kejadian. mula dari pemeriksaan air kencing sehingga lah ke timbang berat badan.. bla.. bla.. semuanya berjalan lancar. bila ditanya ada apa2 tanda untuk bersalin tak. dengan yakin aku menjawab.. tentulah tiada. sebabnya memang tiada kan..

dengan senang hati pulang semula ke tempat kerja. hati berlagu riang kerana waktu bekerja sudah tamat. esok sengaja aku mengambil cuti rehat. cuti rehat banyak lagi toq! bos dah suruh abiskan jugak tahun ni. jika ditolak ke pencen pun masih berbaki dua digit. mane nak dapat pekerja macam aku yang jarang bercuti ni. aiseh!

lewat sedikit mengambil hannah dari rumah pengasuh. sesampai aku di sana pun, aku duduk melepak dulu. bersembang-sembang. hannah pulak tau lah.. budak umur setahun lebih. banyak akalnya. dok aku bilang2.. "mommy nak balik dah ni." dan2 tu jugak lah dia buat2 baring tengok tv lah. berlari2 ke dapur. masuk2 bilik. mau tak nak dekat sejam jugak lah aku kat sana.

tiba di rumah, sementara menunggu badan sejuk2 dulu.. melayanlah aku dengan si hannah ni tengok baby.tv sama2. dok menari2 lah dia, melompat2 lah dia. tak macam nak menerima adik langsung. haih.. lah! dah penat wat senaman.. aku ngan dia terbaring depan tv.

jam 6.10++pm

puff!

air ketuban aku pecah. tarik nafas.. bertenang. hannah dah terperanjat. dalam pikiran dia mesti dok heran. mane plak datang air nih, kan. 

terus capai henfon. cal enchek su-a-mey. tanyakan lokasinya di mana. masih ada perjalanan selama 45minit lagi nak sampai. beliau mintak aku telefon kakak aku pulak yang duduk berdekatan. dengar cakap enchek su-a-mey.

kakak dan famili pulak bukan di rumah. ambil masa jugak nak sampai ke rumah aku. hannah dah bising2 suruh aku baring2 dengan dia. nasib baik lah time tu kontraksi masih tiada. kalau tak, mau tinggi jugak suara aku marahkan si hannah.

ambil masa untuk aku bangun dan ke tandas untuk mempersiapkan diri kononnya. masih berfikir2 lagi time tu. sempat ke tidak.. sempat ke tidak.. 

dari dalam tandas tetiba kontraksi datang. terus tangkap di pinggang. ni jenis tak bagi salam dah. kalau time si hannah dulu merasa jugak aku kontraksi jenis manja2 dan datang sekali sekala. 

masa aku di tandas, dengar jiran sebelah rumah bagi salam. memang sebelum ke tandas aku dah siap2 bukakkan kunci pintu rumah. risau jugak kot2 aku dah guling2 kat dalam umah nanti, tak tercapai plak aku nak membukak pintu ke ape kang kan. yang hannah dah tak tentu arah. jiran mintak aku berkain batik je. senang kang kat labour room tak payah nak salin2 ape dah. 

jiran tawarkan diri untuk hantar aku hospital. tapi aku mintak dia telefon ambulans. bukan sombong.. pada aku kalau jadi apa2 biar keliling aku orang yang tau pasal nak bersalin2 ni. kot jadinya dalam kereta.. dengan siapa aku nak harapkan. cewah.. dalam sakit2 tu dan juge aku berfikir panjang.

masuk ja bilik.. nah.. kontraksi yang maha kuat berlaku lagi. aku tak pikir panjang. berguling2 di atas katil. aksi hindustan dah ni. pelik.. sikit pun aku tak menangis. cuba jugak aku nak menangis untuk kurangkan kesakitan lah konon. tapi sakitnya sampai tak terkeluar air mata. ade eh macam tu? aku le tu..

kontraksi demi kontraksi berlarutan sehingga jam 6.45++pm. kakak dan famili selamat sampai. tapi ambulans masih belum kedengaran sirennya. dari kedudukan aku berbaring.. aku menonggeng.. aku mengiring ke kiri.. mengiring ke kanan. sume aku buat nak kurangkan kontraksi. jiran makin ramai yang datang untuk bagi kata2 semangat. berzikir lah diorang sambil mengusap2 kepala aku. doa nabi yunus tak putus2 aku doakan. tapi dalam alunan suara yang seakan meneran. ye.. aku meneran. 

sepatutnya tak boleh kan? tapi dengan meneran sakit kontraksi aku rasa adalah kurang sedikit.. konon. suasana dalam dan luar rumah memang dah kecoh dah. marahkan ambulans sebetulnya mereka2 ni sebab mengambil masa yang lama untuk sampai ke rumah aku padahal takde lah jauh mane pun. dalam 20minit je perjalanannya. 

sedang aku sorang2 dalam bilik berhempas pulas menahan sakit..

ter-lahir seorang khalifah dengan 2-3 kali aku teran di atas katil. 

(^o^") ye.. aku melahirkan harits di rumah aku sendiri. keluarnya dia, terus berkumandang azan. jiran2 yang masih terkejut masing2 tidak tahu apa yang patut dibuat. kakak terus bersiaran langsung dengan mak di kuala kangsar melalui telefon bertanyakan itu ini (info: mak kitorang adalah seorang nurse, dan pernah berkhidmat di dewan bersalin)

mak bagi arahan melalui telefon je. cek mulut baby, keluarkan kalau dia tertelan ape2. lap badan baby, balut badan dia.. bla.. bla..

aku time tu.. udah keletihan. aku cuma berdoa moga2 anak yang lahir tu selamat. keluar je dia memang menjerit. kat situ aku dah bersyukur dah dengar suara dia.

tak lama lepas tu, ambulans dan enchek su-a-mey pun sampai. jm yang bertugas cepat2 periksa keadaan bayi. kemudian potongkan tali pusat, keluarkan uri+darah beku. enchek su-a-mey merasalah tengok menda tu secara live. bukan di private hospital.. tapi di bilik rumah kami sendiri. kelakar plak rasenye.
 
harits di azankan di ruang makan rumah kami =)

tak lama pun proses mengeluarkan uri+darah beku. aku terus dibawa ke hospital untuk proses jahit-menjahit. di labour room.. seorang demi seorang meng-interview aku tentang kejadian. serius aku penat nak bercerita.. tapi tu lah, proses jahit-menjahit tu menghalang untuk aku tidur seketika. sakit.. tahu? walaupun bersalin sendiri.. lukanya masih ada. hadap je lah. 

doktor silih berganti datang untuk bertanyakan itu ini.. (kisah kejadian)


jam 9 malam selesai semua. harits pun dah di-bf dengan jayanya. aku ditolak untuk berjumpa sekejap dengan keluarga sebelum dimasukkan ke wad. tersenyum semua, alhamdulillah selamat. tapi masih dapat aku perasan jugaklah riak wajah masing2 semua masih terkejut dengan kejadian yang berlaku tu.

di wad, pakar dan doktor datang untuk periksa keadaan aku dan harits. prosedur - bayi yang bersalin di rumah perlu dipantau 24jam sebab risaukan sebarang jangkitan kuman. malam pertama kami telah dipisahkan. merasalah harits 3 kali kekeyangan bila di-bf sebelum dia ditempatkan di wad ni


aceli, tak bleh bergambar dalam wad ni. tapi aku amik curi2. mase ni tengah tunggu turn pakar periksa harits untuk discaj

bersalin sendiri, syabas beteh! tak pernah aku pikir aku dapat pengalaman yang macam ni. dah memang bahagian aku.

kami ketika di dalam ambulans.. nee.. noo.. nee.. noo..