CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 29, 2009

keja kawen #37 - fitting bajus

slm

semalam i call u.. u tak answer..

ececeh, ngade!

okeh.. btul2 ni.

semalam aku gi fitting baju ngan mr.b! best woh..
xsangke, dari kawan kate mengate + gaduh mengaduh..
kami lost contact..
jumpe time aku tengah frust + dia pun frust..
kawan semula..
siwiyes couple..
tunang.. akhirnya sudah

mau kawen!

sooo.. teruja!
=p

nota kaki : baju nikah kena kurang 4inci, baju sanding nye corset bleh pusing dua kali.. baju tandang plak kena alter 2inci.. apa maknenye tu?

Saturday, November 28, 2009

keja kawen #33 - kiriman kartu

pos melekit

slm

memandangkan detik kiraan waktu untuk majlis kami sudah menampakkan ejaan "sebulan ++ lagi".. kami ingin menjemput teman seperjuangan di alam maya ini sudilah kiranya hadir ke majlis kawen kami sekiranya ia tidak membebankan.

nota kaki : tinggalkan alamat kamu di ruang komen ya atau email pd afidahhasanbasri@yahoo(.)com untuk kiriman kartu.. terima kaseh.

Friday, November 27, 2009

keja kawen #36 - pelan lokasi

slm
kepada teman2 yang sudi untuk hadir ke kenduri kawenku nanti - ada sedikit sumbangan mau aku kirimkan. ini adalah pelan lokasi yang lebih kompleks. yang mungkin memberi sedikit kesenangan untuk kamu mencari jalan ;) pelan di dalam kartu kawenku itu sudah di adjust oleh company tersebut supaya tidak nampak serabut..

mungkin banyak bezanya untuk kamu yang pertama kali sampai ke sini. jika punya kesulitan.. call jak aku. aku sudi menjawab panggilan kamu nanti..

jika tersesat.. nah.. tidak mungkin lah.. kuala kangsar ba ni.. bukan kuala lumpur ..

nota kaki : aku masih aktif ber-blog, cuma untuk entri yang baru mungkin tak serancak dulu. blog kamu2 memang aku baca.. masih menjadi pembaca diam yang tegar!

owh ya.. selamat hari raye korban ye kawan2! ari ni aku merasa naik keta mahal temanku! satu pencapaian dalam hidup yang wajib dibanggakan! wahah..

Monday, November 23, 2009

keja kawen #35 - cookiss ;*

slm
alhamdulillah.. selamat sampai suda aku di kuala kangsar, perak kelmarin petang. sedikit lewat dari waktu yang dirancangkan kerna aku menghadiri kenduri tahlil+berkhatan sepupu kecil ku di shah alam. walaupun terpaksa bertolak awal dan tak dapat tunggu sehingga masa bermulanya majlis.. tapi lauk kenduri wajib dijamah dulu.. haha.. buruk pangai kan!

lebuhraya penuh dengan kereta.. ya. aku sadar = musim cuti sekolah+musim mengawan sudah bermula! yay! ish2.. x senonohnye ayat. maafkan aku..

kelmarin dulu penerbangan lewat setengah jam. sesampai jak di klia, punya lah sesak nya dengan umat manusia. nyaris.. masa menunggu mr.b menjemput nda lama. kalau tidak.. mau muncung ku kalah cencurut.

sudah lama aku berehat dari membebel tentang keja2 kawen ni, kamu prasan tak? kepulangan kali ini.. tak boleh lari dari tanggungjawab dan amanah yang telah diberi.. seperti yang dijanjikan, sampai jak di kl aku akan trus mengambil cookiss ku itu.

walaupun design nya bukan seperti yang dihajatkan seperti di entri ini. tapi.. nda apa. masih kelihatan geram kan? bentuk lep2 (love) yang mewakili bride + groom ini akan dicocok di atas cupcakes di meja penganten. wah.. sangat teruja aku! gambar bukan aku yang punya ya. aku ambil dari blog tauke nya sendiri.


sampai jak di rumah, dapur udah dipenuhi dengan rambutan+manggis. durian jak tiada. harus aku cari sebelum tiba minggu larangan aku menikmati kesukaan aku itu. enjin masih belum panas lagi ni.. untuk hari ini, aku mau habiskan masa di rumah dulu. kemas mana yang patut.

esok2 lah aku pergi ke rumah di mana kenduri kawen ku akan diadakan bagi melawat kawasan dan mulakan misi.. ececey!

Saturday, November 21, 2009

jap lagi.. aku mau terbang

slm

jadual aku untuk hari ini.. insyallah,

jam 1440 : dari sini macam biasa aku akan ke kota kinabalu dengan menaiki kapal terbang jenis fokker. kali ni bersama teman.. yay! rakan serumahku mau pulang ke kampungnya di tuaran sempena raya aji. tidaklah aku surang2 diri macam selalu nanti.

jam 1535 : dijangka sampai di lapangan terbang antarabangsa kota kinabalu. mujur aku tidak perlu ke terminal dua untuk menukar kapal. jadinya.. harus ku tuju dulu ke restoran makanan segera itu dulu ;) owh big mac.. aku datang dari jauh! kamu harus melayan nafsu perutku ini.
senarai semak yang perlu dilakukan di sini
  • cari butang baju melayu mutiara untuk fbil.. lambat memesan. mungkin bakal diketuk harganya kerna membeli di airport. apa boleh buat.. redha!
  • tuntut voucher dan free gift dari body shop outlet sempena hari lahir aku yang lepas
  • pergi ke customer service untuk tukar date bagi tiket hanimun! (~o^) penting ni!

jam 1735
: dari kota kinabalu terbang ke tanah melayu. terasa kepulanganku dinanti oleh suma urang. perasaan kan! ;p ndak apa.. yang penting - perlu yakin dengan diri sendiri : ramai mau melihat bakal penganten ini!


jam 2005 : dijangka tiba di lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur. kendian.. menunggu bagasi. perlu pastikan dulu mr. b menunggu di jalan yang benar ;p maklumlah, kali pertama aku turun di sini. tentu tak dapat lari dari insiden tersesat menuju ke arah pintu keluar.
- kemudian perlu ke putra heights.
temujanji sama sis ini. untuk mengambil fancy cookies ku.
- dan
seterusnya menuju ke caltex, seksyen .. (aiyak brapa ya?) di pintu belakang uitm untuk menunggu saudara ku. bermalam di rumahnya.
- esok pagi baru kami bertolak pulang ke kuala kangsar.


nota kaki :
seronok nya punya perasaan best begini - mau pulang beraya dan terus mau kawen. owh ya.. aku sudah dapat hadiah kawen yang pertama kelmarin!

Wednesday, November 18, 2009

merisik gallery online contest

pos melekit

Hi Peeps,

Masih tercari2 penggubah hantaran untuk majlis perkahwinan korang? Atau dah pening tak tahu nak gubah gubahan sendiri? Atau tak cukup budget nak gubahan fresh flowers?

Here the good news!!!!!!!!

We would like to invite all of u to join the contest below which organized by MERISIK GALLERY! yeay!

Hadiahnya berupa :

PERCUMA 5 DULANG HANTARAN FRESH FLOWERS WITH ANY THEME COLORS!!!!

Cara Penyertaan:
  • Jadi FOLLOWER Merisik Gallery di blog ini
  • Letakkan banner promosi cuti sekolah ini di side bar blog anda dan link ke entry ini (pastikan anda link blog ini; jika tidak link, bermakna disqualified)

  • Jadikan entry ini STICKY POST/MODE sehingga 18 November 2009
  • Buat entry mengenai GUBAHAN HANTARAN IDAMAN SAYA dan link kan entry peraduan ini di entry anda
  • Nyatakan nama anda, nama pasangan dan tarikh perkahwinan anda
  • Pergi ke http://merisikgallery.fotopages.com dan pilih 1 hantaran yang kami pernah buat yang paling anda suka. Kemudian, paste juga gambar dari fotopages kami tersebut di entry anda
  • Pastikan tajuk entry anda ialah MERISIK GALLERY ONLINE CONTEST
  • Sesudah lengkap semua perkara di atas, tinggalkan komen di sini berserta link ke entry anda untuk kami hakimi

Syarat Penyertaan
  • Tarikh perkahwinan anda mestilah antara 20 November 2009 sehingga 31 Disember 2010
  • Terbuka kepada bakal2 pengantin
  • Entry anda akan diadili oleh team Merisik Gallery dan segala keputusan adalah muktamad
  • Jika anda telah terpilih sebagai pemenang, dan gubahan hantaran anda melebihi dari 5 dulang dan anda ingin menambah lagi beberapa dulang, harga istimewa akan diberikan!
  • Gubahan sireh junjung tidak termasuk dalam promosi ini
  • Jika kami dapati entry anda bukan entry sticky sebelum 18 November 2009, secara automotik anda akan terkeluar dari penyertaan ini
  • Penyertaan dibuka dari 26 Oktober 2009 hingga 18 November 2009, jam 11.59pm

Jangan lepaskan peluang ini!!!!!

Nak lagi????

Untuk follower ke 100, sila e-mail merisik_gallery@yahoo.com untuk menerima hadiah misteri!!!!!!!!

gubahan hantaran idaman saya

pos melekit

slm


ianya adalah salah satu syarat yang aku mesti ikut dalam Merisik Gallery Online Contest ini.

mungkin peluangku agak tipis.. iyalah, aku kan di perak. gimanalah nanti bunga2 itu mau bertahan.. kan? tapi, nda pa. apa yang penting? .. bukan kerjasama, tapi mencuba! ;) owh.. lagi pulak.. aku perlu bersaing cepat kerna majlisku sudah hampir tiba.


memang niatku maukan majlis kawenku nanti dihias dengan bunga2an segar + mekar. mau jugak di pelaminan.. tapi rasanya.. macam nda perlu pula. cukup lh sekadar di pinggiran hantaran. biar senang sikit hatinya, biar hidungnya sentiasa tercium bau wangi, biarkan puji2an tentang cantik sungguh gubahan hantaran
ini terdetik di hatinya = merujuk kepada, orang2 yang akan mengangkat dulang hantaran sepanjang perjalanan pulang ke rumah mr.b nanti. iya.. biarkan.. sampai begitu sekali!

kata.. peraturan tu lagi.. aku perlu memilih gaya gubahan hantaran yang pernah dibuat oleh mereka. aceli.. terlalu banyak yang aku suka.. tapi, setelah di short-listed kan (see.. mcm mau temuduga plak kaedahnya) aku lebih senang mengambil gambar2 yang berkaitan dengan warna tema yang menjadi kegilaan aku iaitu
mana2 gubahan yang punya elemen warna2 di atas, semuanya boleh membikinkan aku gila (~o^")

aku sukakan set hantaran yang pada dasarnya, punya silver atau putih. contohnya, yang begini..



dan dihias mengikut konsep yang sebegini..


gojes bukan? siwiyes.. mau jak aku pastekan semua yang ada. tapi mcm nda ngam pula dengan peraturan.. kan? ;p gila tamak!

okeh kita teruskan dengan syarat tambahannya lagi..

nama :
afidah hasan basri

nama pasangan : mohd syahman moktar lotfy

kenduri kawen : 11 dis 09

nampak tak aku sangat teruja sekarang? nampak tak?

nota kaki : puan amie + cik amy, adakah saya telah memenuhi peraturan2 yang telah ditetapkan?

Monday, November 16, 2009

slm

mud hepi
- perasan tak kamu yang hari untuk aku pulang beraya tinggal brapa hari jak lagi? ala.. buat2 lah excited! demi aku.. wuhu!
- keja pun happy jak memanjang kerna jasad tertinggal di sini tapi roh dah lama terbang ke tanah melayu.
- gaji diawalkan 2hari.. alhamdulillah.




mud teruja
- busana sanding ku udah diperlihatkan padaku. warna kelabu dambaan hati. tapi busana untuk penganten lelaki ku tiada pula gambarnya. harap sangat lah seperti pahlawan lagaknya mr.b ku nanti. wah.. gitu harapanku kan!
- kali ni aku pulang, kata mr.b udah musim buah! yay.. ada durian + manggis + rambutan. kesian.. tahun ni baru kali ini dapat merasa. sebab setiap kali pulang, mesti time bunga baru perputik.. tak pun time hujung2. sedey..



mud cinta2
- bakal penganten lelaki ku akan jemput aku di klia nanti. owh.. cintaku! hah.. kan dah jiwang karat pulak di sini! amboi..amboi (kait jari kelingking skit)



nota kaki : muke smiley ni dh mcm aku.. tapi taik lalat tu slh position lh. sepatutnya sebelah kanan. hiks!

mud malu2 tapi mau.. aum!
- ramai bertanya tentang apa hadiah yang aku mau.. hehe..
- kalau disenaraikan.. nampak pulak aku demand. jadi tak perlu aku meminta.

- tapi yang PENTING.. cukuplah dengan kehadiran kamu2 itu.


kalo aku mau hadiah : bertukar kerja ke tanah melayu.. agak2 ada tak yang sanggup bagi?!?! terlampau juak kn?


mud servay2 + jlnkn misi
- banyak lagi misi yang perlu dibuat (goodies bag, gule2 untuk tetamu kecil, veil, kasut, brg hantaran lagi .. dan.. ah tak boleh pikir suda.. jammed!)
- spa + facial
- dentist
- henna
- hair treatment






mud down
- harus pasrah.. tiada dj+pa system di kenduri kawen ku kerna tiada siapa yang menguruskan hal ini.
- ..
- ..
- ..
- ..
- ..
- ..
- ..
- ..
- .. cukup! aku down gigil-ler dah ni!


mud mau nanges
- sadar diri.. apa yang diangankan + diimpikan tak semuanya akan terjadi di majlis kenduriku nant. angan2.. kenapa kau mesti wujud dalam pikiran setiap gadis biasa sepertiku! kenapa? kenapa?!?
- aku akan terlibat sama dalam aktiviti mengecat rumah + bilik penganten. harus redha kerna atas permintaan sendiri juga ;p
- masih belom dapat jawapan dari tok kadi tentang waktu + tempat nikah. bercanggah suda pendapat kami.



mud zipkan molot
- banyak isu yang akan membuatkan aku terpaksa zipkan molot bagi menjaga hati semua pihak
- nda mau kenduri ini bagi kesan yang kurang senang.. sangat mengharapkan ianya menyenangkan semua yang datang, insyallah.



iya, kenduri kawen.. bukan semua keputusan terletak di tangan penganten. TERlalu ramai yang terlibat untuk membuat sesuatu keputusan.


mud cuak..oo..bebeh
- aku mau jadi bini urang!
- aku mau naik pangkat jadi "puan"
- aku mau
- aku mau
- aku mau
- aku mau
- aku mau
- aku mau
- aku mau
- aku mau
- aku mau kawen! erk!







mud matai!








Wednesday, November 11, 2009

bakal penganten lelaki diperlukan

slm
ini adalah bertepatan dengan tarikh kenduri kawen yang akan diadakan lagi se-purnama jak lagi. persediaan banyak yang udah dilakukan. jadi.. kepada para2 lelaki di luar sana untuk layak digelar penganten lelaki bagi 11dis09, di kuala kangsar, perak.

kamu mestilah..
  • tak perlu hensem di mata semua orang. cukuplah hensem di mata juri. tak perlu cerah+putih. cukup sekadar.. sweet2 mangoesteen gitu. ;p
  • seorang yg sangat sangat sangat mementingkan famili
  • tidak cerewet tentang makanan.. klau boleh setiap hari makan yg rebus+kukus2 jak. alergik dengan cili boh buatan kilang+kedai. mau yang ori dibikin sendiri. perlu belajar makan petai+rebung.
  • selalu memanjakan pasangan dalam apa jua cara
  • tau cara mau memujuk pasangan kamu yang selalu hangin satu badan tak kira masa. tambah2 bila tiba "serangan" sebulan sekali itu
  • pandai merancang untuk masa depan.. untuk kehidupan berdua dan seterusnya berkeluarga nanti.
  • sentiasa sabar dengan pasangan. tau menguruskan pasangan yang kadang tak pandai mengawal perasaan amarah+rajuk tak kira tempat.
  • pandai membawa diri dalam majlis kelompok ahli keluarga pasangan kamu
  • sentiasa memberi cadangan / pendapat sekiranya diperlukan pada bila2 masa. isu fesyen wanita.. kamu perlu tau juga supaya pendapat kamu bertepatan dengan citarasa pasangan kamu
  • kamu sanggup menerima pasangan kamu tak kira masa beliau cantik atau hodoh. terima lah dia dengan redha untuk semua kelebihan+kekurangan yang beliau ada
  • tidak setuju dengan amalan poligami ;p
  • tidak berkira dengan pasangan dalam segi kewangan.. masa dan apa saja sepanjang perhubungan
  • sensitif dengan perasaan + perilaku pasangan sekiranya mereka merasa kurang senang secara tiba2 dalam apa jua keadaan
  • sentiasa berhubung dengan pasangan tidak kira di mana saja kamu berada
  • tak lupa tarikh2 yang penting dalam hidup pasangan kamu. seprais2 yang tidak diduga memang sangat disukai oleh kaum hawa. tak salah kalau kamu juga bikin kn seprais buat pasangan kamu. jangan tunggu hari bahagia sjak.. hari2 biasa pun boleh juga. pasangan kamu tentu rasa bahagia (~o^)

ya.. itu lah dia kelayakan2 yang perlu ada buat kamu.

tetapi sayang seribu kali sayang..


duhai lelaki di luar sana. kamu terlewat! belum pun sempat entry ini di-publish.. pemenang udah pun berjaya memikat hati juri. jangan putus asa, cuba lagi untuk pencarian bakal penganten lelaki bagi musim yang akan datang oleh peserta yang lain pula ya! babai!

nota kaki : okeh! aku nervous!
cuak..oo..bebeh (sila nyanyi ikut rentak kumpulan moin itu - lupa suda tajuk lagunya ;p)

Tuesday, November 10, 2009

ni sume pasal CANTIK

slm
nak menempuh kenduri kawen ni, sebenarnya dah banyak mengubah cara hidup aku. uiks.. cam berat je intro nye tu. tukar lah jd fun skit.. okeh, xpayah intro2 lah. aku pun mcm orang pompuan normal jugak.. mau cantik di hari kawen.

dulu time aku blajar. tak kire lah pas akil baligh smpai lah mud nak kawen2 ni datang.. aku langsung tak cara nak amik tau pasal segala mak nenek nak mencantikkan muka ni. sungguh! paling banyak pun aku berabis untuk barang2 penjagaan muke ni hanya untuk facial wash + compact powder.

dulu muke aku ni banyak jerawat. bukan jenis yan
g besar2.. tapi yang kecik2. kalo kena time nak amik gambar ukuran pasport tu.. part tu paling aku mencik. muke aku memang akan jelas kelihatan merah akibat tompok2 jerawat tersebut.

tu dulu.. sekarang ni aku suke diamik gambar. maklumlah.. kedai skang dah pandai edit2 kasik kulit nampak licin+gegebu. ;)
owh.. lagi satu, aku banyak berabis untuk lipstick + lip balm. tu je lh pun.

tapi, sekarang.. baru lah aku belajar step by step nk memelihara kulit wajah. daaan.. penjagaan kulit di bahagian tubuh badan yang lain ;p

dulu.. aku tak rajin nak sapu losyen (tambah plak aku ni berat sangat nak minum air masak, tak tau lah nape)

dulu.. aku tak pandai pakai toner

dulu.. aku takde pun nak pakai moisturizer

dulu.. aku rase macam xpayah pun pakai foundation + concealer

dulu.. aku tak reti nak pakai makeup remover nih

dulu.. aku tak tau ape gune tea tree oil tuh

tapi, sekarang.. kalau aku lupe salah satu step dalam satu hari tu. aku sumpah seranah manje2 terhadap diri sendiri. mule ngomel sendrik2 macam orang setengah tiang. (~o~") huh?!?

ni sume pasal cantik punye hal untuk kenduri kawen aku nanti.

nota kaki : huh.. lambat nye nak tunggu jam 5. gambar tu sume mak amik kat yahoo image je. senang keja mak!

Monday, November 9, 2009

aku naik pangkat awal!

slm
mud tak tenang aku beberapa hari dulu memang betul2 mempengaruhi keadaan kewangan aku. cis debedah!

sabtu kelmarin dulu.. aku mau bikin seprais lah untuk mr.b kunuk! aku pun booking lah tiket untuk aku+beliau. ntah apa mimpi mas airlines. turun plak harganya. secara tiba2 buat promo. aku pun apa lagi.. ngelejat ulat sampah tak suda.

booking tiket.. done. bayar via maybank2u.. pun..done. jadi.. aku pun senang lenang lh. nuntun tv.. masak2+makan2 di hari cuti.. nengok muvi. maklumlah ati senang, tiket untuk jalan2 udah ada.

petang menjelma.. bila check di yahoo. nda sampai2 pulak e-ticket nya. check di maybank2u confirm dh deduct! check pula di akaun mas.. langsung tiada booking ku yang aktif! aku dah tentu ibarat menggelabah cicak tercabut ekor!

erk! takkan lah mau mengadu sama mr.b kan! sah2 mau bikin seprais. ilanglah macho. aku call hotline nya. memang betul2 hot. gilak.. asik bz jak. talian yang aktif entah berapa lah agaknya. ka.. sengaja di kasik busy! haih..

teringat pula.. seorang teman yang kerja di mas. mintak tolong sama dia. dia check di sistem.. sah! booking ku di cancel. wa.. mau menangis suda. dia mintak aku cuba lagi untuk call hotline tersebut banyak2 kali. kerna diorang jak yang boleh pastikan tiket aku boleh diaktifkan balik atau kena dibikin baru.

akhirnya.. ahad tengahari barulah dapat bercakap dengan pic. bookingku memang telah dibatalkan sbb system corrupt time aku buat payment. duit akan dipulangkan dalam tempoh 7hari bekerja. cis debedah lagi sekali! niat suci murni tak menjadi. mau settle isu tu jak.. makan masa setengah jam. sebab.. talian aku dipindah2. 1-300.. tu nda dicaj kan?

tertanya2 kamu aa.. macam nda ngam pula tajuk dengan isi entry.

aku masih nda mau melepaskan peluang promo tersebut. beza rm156 tuh jika dibandingkan dengan airasia. jadi.. kesudahannya, aku dengan rendah diri terpaksa lah mintak tolong sama mr.b

nda jadik seprais suda! aku hampa! dengan sentuhan jarinya.. booking berjaya dibuat. e-ticket pun sampai.. tapi.. aku terkasima!


owh.. cepat btul aku dikasik naik pangkat oleh beliau. aku masih mau menyandang titled
"cik" lagi lah.. ;( walaupun tiket tersebut memang akan digunakan selepas kenduri.. tapi.. macam seram sejuk jak melihat pangkat tersebut tertera di pangkal namaku! oh mai!

Friday, November 6, 2009

begini ceritanya

slm

kamu baca petikan artikel ini dulu.. nanti kamu nda paham cerita..

"BAGI setiap pasangan yang diijab kabul, mereka diraikan dalam majlis kenduri kahwin atau disebut walimatul urus kerana melalui majlis inilah perkahwinan pasangan terbabit diketahui ramai pihak, sekali gus mengelak prasangka buruk terhadap mereka."

cilok dari sini hasil tulisan oleh Idris Musa

sudah baca? jika belom.. aku kasik paste lagi satu kali.. supaya kamu benar2 mengerti..

"BAGI setiap pasangan yang diijab kabul, mereka diraikan dalam majlis kenduri kahwin atau disebut walimatul urus kerana melalui majlis inilah perkahwinan pasangan terbabit diketahui ramai pihak, sekali gus mengelak prasangka buruk terhadap mereka."

kali ini udah dikasik bold + diwarnakan merah. tentu sudah mengerti, bukan? entry sebelum ini amat lah sangat membuatkan aku tak boleh tenang!


niat aku baik.. mau mengundang rakan baik ku ketika keja di hotel dulu ke kenduri kawen ku. punya lh bagus aku ini, kau tau.. hari sabtu, pagi pulak.. aku send text.

mungkin salah aku jugak.. text dikirim cuma menyebut namanya sjak.

tetiba


text di-reply.. "sape ni?"

suda lebih.. aku pulak ditanya siapa? weh.. apsal delete nombor aku hah? nampak.. aku sudah bengang! tapi pertanyaan dalam ati jak. malas suda aku layan text nya.. aku senyap..

kemudian dia call.. tentu aku jawab. mau jak aku marah.. bespren lame kan. kalau aku marah.. tentu tiada kesan di hati.

tapi

blom sempat ku jawab, perempuan pulak di hujung talian.

erk.. aku diam.

perempuan itu berulang tanya..
"sape ni?"
"jawab lah weh"
"apsal diam"
"gatal sangat dok ngorat laki aku"

banyak lagi dia membebel. nda aku ingat suda. series.. aku tak berani dowh! tentu je lh aku diam.. trus aku letak.

last text aku reply sama dia.. "sorry, wrong number"

kepada sesiapa yang pernah menjadi kawan aku espesiali.. lelaki

boleh dak korang inform aku yang korang nak / dah / pernah kawen?

boleh ke tidak?

buat mud aku nda tenang jak lah kamu orang nih! owh.. silap, mane lh dorang bace blog aku ni kan?

xpe ah.. biar aku rawat luke ku sendiri... aceceh!