CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 26, 2011

anak

slm

subhanallah, eksited sangat bile first time dapat tengok gambar anak. tido dah macam orang tue dh. berbantalkan lengan lagi. susah nak snap gambar dia. terpusing sane.. terpusing sini.

ade sekali tu.. sempat jugaklah nampak anak menguap.
alolo.. apelah yang letih sangat tu. tapi tu lah, langsung tak dok diam. tak dan tuan doktor nak snap gambarnye.

aceli pegi ke hospitalnye dah lame.. 06hb jan aritu. asik dok postponed je nak post gambar anak kat blog. baru skang ade keluangan waktu nak bercerita.

udah punya nama untuk anak? kami belom lagi. sedang mencari dan masih mencari nama bayi perempuan, insyaallah.

Tuesday, January 25, 2011

selusuh

slm

kali ni nak kongsi ngan sume pasal selusuh. bukan nak jadi mommy je yang perlu tau. yang belom pun kena amik tau. sekadar info. untuk masa akan datang atau perkongsian sesama kawan+keluarga, btol tak?

selusuh ni s
ekadar usaha dan ikhtiar. jangan la pulak ade yang anggap selusuh ni boleh buat kite mudah untuk bersalin. Allah yang tentukan segalanye. masing2 ada bahagian dan rezeki dalam mengalami pengalaman bersalin.

banyak yg bleh kite gunekan untuk buat selusuh;
- air (air mineral, air masak atau sebaik2nye air zam-zam lah)

- minyak (minyak kelapa muda, minyak masak biasa atau minyak zaitun)
- kurma

- kismis



pengalaman yang ade aku baca adalah menggunakan air yang direndam dengan akar fatimah macam kat gambar atas tu. ade yang panggil akar fatimah. macam2 namenye. bunga akar fatimah, sanggul siti fatimah atau genggam siti fatimah.

akar tu aku dapat dari mak sedare enchek su-a-mey yang baru balik dari mekah. belum lagi rendam untuk tujuan membasuh akar tu. bukan untuk buat selusuh. lagipun masih awal lagi untuk diguna =p

cara buat selusuh -sebijik2 aku copy dalam majalah pa&ma

cara satu
1. al fatihah
2. surah al hasyr ayat 21
3. selawat syifa (penyembuhan)
"Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami nabi Muhammad s.a.w yang menjadi penawar kepada hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya"
4. bacakan doa
"Ya Allah, dengan hak Maryam dan dengan hak mereka yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang maha pemberi rahmat"
kemudian ditiup pada air atau minyak dan perlu diminum tujuh hari sebelum tarikh jangkaan bersalin
5. sapukan air atau minyak kat perut ibu dari atas ke bawah sambil baca selawat 7x
6. minyak selusuh perlu diminum sebanyak satu sudu apabila terasa sakit bersalin (yang nih, macam aku kurang pasti plak. larat ke nk telan minyak? kalo air tu tahanlah lagi. so.. mintak kawan2 cek balik ek)

cara dua
1. istighfar 3x
2. hadiahkan bacaan kepada nabi Muhammad s.a.w, keluarga, para sahabat dan para pengikutnya
3. al fatihah 1x
4. selawat 11x
5. alam nasyrah 7x
6. al ikhlas 3x
7. al falaq 3x
8. an naas 3x
9. al fatihah 1x
kemudian berdoalah apa yang dihajati

cara tiga
1. al fatihah. apabila sampai di ayat 5, lintaskan dalam hati memohon dimudahkan bersalin sebanyak 3x
2. selawat syifa 7x
3. surah al hasyr ayat 21 3x
4. surah al a'raaf ayat 54 3x
5. hembus pada air, minyak atau kurma

begitulah. selusuh tak digalakkan dibawak masuk ke labour room (apa yang telah dilalui oleh kawan aku sendiri) sebabnye khuatir ransangan berlebihan yang boleh memudaratkan mommy dan anak. ransangan macamane.. itu aku tak tau.

huish.. post aku kali ni penuh ilmiah. bangga (^o^)

Thursday, January 20, 2011

7 bulan plas plas



slm

alhamdulillah, sampai sudah ke bulan yang ke-tujuh aku mengusung anak di dalam perut nih. syukur juga berita gembira diterima bahawa aku+anak tidak mengalami sebarang masalah setelah pakej tiga hari dua malam aku ditahan di hospital akibat turun darah.

ditemani rakan terus ke labour room. memang telah dinasihatkan oleh bidan yang merawat setiap bulan di kkia sekiranya;
- turun darah
- keluar air
- pergerakan anak kurang dari 10kali dalam masa yang ditetapkan
terus2 lah ke labour room.

selepas daftar, bp diambil, berat ditimbang, anak di-scan, bahagian 'laluan keluar anak' diperiksa.. aku ditahan dan dimasukkan terus ke maternity ward. pada fikiran aku, hanya diperiksa je. tapi rupanya prosedur baru, ibu perlu ditahan sehari-dua untuk pemantauan menyeluruh. datang cuma sehelai sepinggang, mengharapkan enchek su-a-mey dapat half day dan menge-pack barang2 harian secara kelam kabut. haih!

memang telah dinasihatkan orang keliling, masuk je bulan ke-tujuh semua barang kena ready dalam bag. tapi name pun aku. langsung tak amik pusing. sume nak mudah. balik je dari hospital semalam, terus2 aku packing barang dalam beg. bimbang kepada sebarang kemungkinan!


tinggal di wad, makan hidangan yang disediakan oleh kakitangan dari unit sendiri tersangatlah istimewa rasanya. maklumlah, perhatian kepada makanan yang hidangkan mereka sangatlah melampaui batas. pesakit lain dapat 2keping roti, aku pulak sampai 4keping roti. mau tak menjeling je akak katil sebelah aku tuh. (^o^")



kelayakan tinggal di dalam bilik untuk 2orang pesakit kadang2 terasa macam sunyi je. maklumlah.. dua-dua pesakit masih belom keluar anaknya. bila akak sebelah keluar untuk di-scan, tinggallah aku keseorangan dalam bilik. akak satu bilik ngan aku nih punya masalah placenta praevia (uri bawah) dah dekat sebulan berumahtangga kat hospital. sian tu. keadaan aku yang sakitnya - turun darah ni memang tak digalakkan untuk berjalan banyak. nak gi bilik sebelah buat lawatan pun dah kena marah dengan misi.



17hb - 19hb jan 2011 cukup untuk aku memakai uniform all pink yang hot itu. wajah gembira dirakam setelah mendapat tahu yang aku dah boleh pulang petang 19hb. cuti sakit bersambung sehingga ahad ini. disarankan berehat saje oleh doktor dan misi.

cuma nak berkongsi info tentang pendarahan yang berlaku ketika hamil ni;
- tindakan mekanikal daripada hubungan intim
- perubahan tahap keasidan dalam vagina (pH)
- kesan jangkitan pada sel di serviks keadaan seperti cervicitis (pembengkakan akibat jangkitan selalunye disebabkan jangkitan yis. tapi biasanye bleh diobati dengan sapuan ubat krim yang memang akan diberi oleh doktor.

tapi ape yang berlaku kat aku, tiada sebab. memang dibagitau oleh doktor. 30% pendarahan yang dialami oleh ibu hamil adalah kerana tiada punca. aku pun tak pasti.. ke saje je doktor tu nak tenangkan aku.

ape2 pun, aku sangat bersyukur sebab aku dan anak ok. periksa tekanan darah + degupan jantung anak setiap 4jam sekali sangat dinantikan aku sepanjang berada di wad. teruja sangat nak dengar jantung anak berbunyi. duf..duf..duf..