CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, May 27, 2010

korang best lah

slm

walopun esok adalah cuti.. dan seterusnye cuti ujong minggu. tapi aku dengan rase sedihnye nak kabo ke kome yang ari sabtu aku kena ot manakala enchek su-a-mey pula kena keja half day. sob.. sob! sedih wo.

so.. tiada aktiviti yang panjang untuk kami ber-dating. oh ye.. kuala kangsar sudah tibe musim durian. =)

ari ahad.. kami mau berkebun. pokok bayam dah tinggi lutut, tapi ade dua pokok je. yang lain sudah menjadi santapan sipot ba*i. tak sempat kami tabur racun.. dia dah santap dulu. chait!

Monday, May 24, 2010

jelek

slm

ujong minggu kali ni berjaye jugak aku keluar dating sama enchek su-a-mey. walopun pagi tu aku TERpakse masuk keja o.t selama 2jam. memula sekali kami cari kedai perabot. masih cuci2 mata untuk melengkapkan kediaman. kemudian terus ke wayang, booking tiket muvi iron man 2. iye.. kami ketinggalan. orang dah sibuk story muvi2 lain.. kami baru nak tengok.
enchek su-a-mey malas nak bersesak dengan orang ramai time muvi baru kuar di wayang. ikotkan saja lah.

sebelom masuk wayang, harus dialas perut dengan makan fas fud walopun dalam keadaan aku sedang berpantang - say no to fas fud. apakan daya, aku hanya insan biasa. bisa cair + mudah tergugat iman. cewah!

okeh.. cerita asal adalah tentang JELEK

a. bila aku dan enchek su-a-mey sedang menengok muvi. bdak2 kecik @ skolah @ baru blajar nak up dalam 4-5 orang dok bising2. sebaris pulak duduknye di belakang kami. time lampu dalam wayang off.. bleh plak sorang budak nih, dok menjerit.. "mama.. saye takut gelap" ok.. memula memang lah aku pun amik port.. gelak sebab lawak. tapi bile ko dok ulang ayat tu dalam 6-7 kali. tu bleh buat aku marah! sudah lah buat bising. kaki tu panjang betul dok letak kat belakang kusi aku. dah tu plak dok goyang2 kan.
enchek su-a-mey dua kali jugak lah menegur.. tapi dorang jenis tak hormatkan orang langsung. sepanjang muvi aku pening pale sebab kusi aku digoyangkan oleh bdak2 tu. macam nak muntah pun ade.. mabuk akibat perilaku dorang.

b. di surau awam. adik.. akak tak marah kau nak bermake up lepas kau semayang. tapi kan dik.. ce tengok sekeliling. ade makcik yang sedang menunggu kau bangun sebab dia pun nak menggunakan sejadah yang sedang kau duduk tuh. ni bleh plak ko nak membelek muke kau nak dekat seploh minit. dok tekan black/white head. oh adik!

ngape le korang taknak memikirkan orang lain langsung!


Thursday, May 20, 2010

Tuesday, May 18, 2010

hantaran kawen

slm

ujong minggu ari tu tak ke mane pon. enchek su-a-mey sampai ke rumah jam 4pagi ahad. beliau perlukan masa untuk mendapat tenaga semula. maka.. beliau abiskan masa pagi dengan hanya merehatkan mata - ayat halus tu =p

sabtu dan ahad.. keluar bersama famili ke pekan kuale. daan.. aku berjaya menempah baju raya sebanyak 4psg termasuk 1psg jubah. padahal terang2 sudah nama ku akan naik di hari raya untuk berkhidmat untuk negara. saya yang menurut perintah.. pasrah! tapi aku tetap mau bergaya dan berbaju raya baru 4 hari berturut2 =)

aceli ade sorang silent reader telah meng-email aku dan mau melihat gambo hantaran. berkurun kawen dah aku nih. malu weh nak citer pasal hantaran2 lagi. tapi disebabkan tak mau menghampakan.. aku rela tahan malu dan rela dikritik. cheh! beliau akan menggunakan sangkarin2 juga untuk hantarannya. maka aku persembahkan hantaran yang telah kak andam aku gubahkan. tapi tak semua dalam sangkor.. ade yang dalam reban - enchek su-a-mey yang panggil begitu =p

you.. harap ni bleh bagi sikit idea untuk you gubah hantaran you sendiri. kalo nak tanye pape, email i smule ye. i tak tau name you =) i send by email.. tapi you tak reply pown.




hantaran dari kiri - sweeets, tepak sirih, perfume+shaver machine, belt+wallet, jam, cincin, cupcakes, jeans+shirt, fruties, cookies.

Friday, May 14, 2010

dating - cancel!

slm

esok enchek su-a-mey ke kajang. ade game futsal. aku tak folo sebab tiada geng untuk memakai skirt pendek bersorak di tepi gelanggang ~aku tipu perihal skirt pendek tu~ untuk merangka sebarang aktiviti semasa ketiadaan beliau sangat lah tak berkesan. tak berjalan otak nih. biasenye tiap2 malam kami selalu merancang aktiviti ujung minggu. bila permintaan saudara terdekat meminta beliau hadir secara mengejut begini, sedikit sebanyak mengganggu gugat masa yang telah diperuntukkan untuk kami berdating. haih!

jadi ujung minggu aku ke mana nanti?

akan di up-dated di entri baru ya! =)

Tuesday, May 11, 2010

usianya baru cecah 5

slm

check punye check ulangbulan ke-4 aku tak publish rupenye. tergantung2 je kat list entri tuh. uh.. nyanyuk suda! so.. tak bleh aku nak kenang2 kan semula. aci tak kalo aku publish balik? haha..

Sunday, May 9, 2010

kenduri kawen

slm

menghadiri kenduri kawen penganten lelakinya x-classmate enchek su-a-mey dan penganten perempuan nya rakan blog aku. first time berjumpe. kecik jak orangnya. majlis di parit buntar. kad kawen yang sangat comel ber-coverkan 2 biji basikal. tapi aku lupe nak snap. uh.. maafkan aku!

pelamin yang sangat sweet sebab kat belakang tu ade gambo dorang ti
me majlis nikah + bersanding. idea best tu.



gambo enchek su-a-mey bersama teman. asik gelak je dok ngan dorang nih. orang ni ngate orang tu, orang tu ngate orang ni. ish2 macam kanak2 ribena!




time ni nak balik dah. masing2 nak meninggalkan jejak di buku tetamu. bukan setakat jejak.. dorang sebenarnya mau menulis pesanan2 yang berbaur nakal. tapi tak kesampaian kerna ade sorang dua makcik yang dok berdekatan dengan meja buku tetamu tersebut. padan muke korang! huhu




bergambar kenangan sama enchek su-a-mey masing2. =p


awk..cane ngan hadiah dari kami? suke tak? semoga kamu berdua bahagia hingga ke akhir hayat ye..amin.



Friday, May 7, 2010

terkena suda =p

slm

aku terima suda tag dari puan nad 04mei ari tu. aku dah tak aktif ek? lagi mau tanya ye?
sebagai wasiat.. encik moo...


1. Thank & link the person that gave you the cow -
huhu.. thanks buat puan nad sebab sudi kongsi2 wasiat ni. dan saya dah link ke blog puan nad ye. =) lame daaah.

2. Bagi balik wasiat ni kat 7 bloggers yg paling active atau7 paling tak active - malu ah nak kasik wasiat ni pade yang aktif. sebab blog aku ni pun dah tak aktif macam dulu. mau kasik pade yang tak aktif.. same je pangai ngan aku. simpan je lah.. aci tak?

3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat..
terlepas kot syarat yang satu ni. =)

4. Cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv
- mau jugak landing dekat2 ngan enchek su-a-mey
- picit black/whitehead di muka hensem enchek su-a-mey
- mata tengok tv, mulot ngunyah2 (cane lah badan tak beso =p)

5. Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan
takde kot. aku tak berani makan yang pelik2 =(

6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK
on 07mei2010 - jumlah rakan yang ade seramai 373

7. Feveret soalan ni.. camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe...kat mana???
jumpe time kami same2 keja kilang lepas abis spm tahun 2000. kilang tanako buat jeans namenye. huhu!

yey! berjaye.