CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, October 3, 2012

post terus ke 33w

as.salam

alhamdulillah usia kandungan sudah mencecah ke angka 33minggu. mulai minggu hadapan bermula lah aktiviti kunjung mengunjung ke kkia secara kerap.

pergerakan anak yang perlu dicatat hari-hari dalam buku merah, banyak yang aku tipoo sunat. kadang rasa bersalah dengan si adik hannah ni. vitamin bekalan dari klinik juga banyak juga yang aku skip. tak macam hannah dulu, vitamin cukup, minum susu pun rajin. tiba tang adik hannah, sumenya malas.

perangai dalam membuat kerja rumah pun sama. mula dari mengemas, membasuh kain.. melipat kain lagilah bercinta untuk aku buat. bila tahu ada orang nak mai umah barulah sibuk aku mengemas rumah. terok bukan?

tapi.. tapi.. mendobi baju si adik hannah, aku dah berjaya harung. siap lipat cantik2 dan susun elok2 untuk beg nak bawak ke hospital. pastu lain2 keperluan dah masukkan dalam beg nak bawak ke umah mak untuk tempoh berpantang nanti.

adik hannah pakai kakak hannah punye baju je ye.. kitar semula =)
cumanya, beg untuk si mommy blom di lengkapkan lagi. maternity pad yang jenis spesel tu sebetulnya aku tak selesa nak pakai lah. mungkin akan beli yang biase je kot. tapi takut plak kena marah dengan misi2 kat hospital nanti sebabnya jenis yang spesel tu lah yang lagi praktikal. haih.. nak ikut selesa kite ke nak ikut nasihat misi2. tersepit!

lagi apa ye.. nak masukkan dalam beg mommy nak ke hospital ni eh? oh ye.. akar fatimah belum dibasuh lagi. masih elok tersimpan dalam almari di dapur tu. masa si hannah dulu, tak sempat aku minum. cuma digunakan untuk di sapu di perut tika mendaftar masuk awal ke hospital dan sapuan kerap dibuat semasa kontraksi berlaku.

choc bar sebagai penambah tenaga perlu ada juga dalam beg. hari minggu ni kot mula bershopping barang keperluan untuk beg si mommy ke hospital. tak mendengar cakap misi dah aku ni. sepatutnya beg si adik hannah + si mommy untuk masa sekarang dah kena siap2 letak di tepi pintu. ini siap beg si adik hannah je. tak patut.. tak patut.

minggu lalu, selesai menghadiri kenduri kawen. enchek su-a-mey bawak kami ke satu restoran. dia punye coconut blended nye.. huish.. punya lah syorga i tell u. lemak manis cukup. siap tabur nestum pastu letak laici sebijik. rasanya macam segelas tak cukup. tapi memikirkan perjalanan masih jauh, risau pulak aku dengan keadaan sekarang ni yang aku makin kerap nak ke toilet je ni. batalkan lah niat untuk ke gelas yang ke dua. cukup lah sekadar merasa.

 
lepas ni, kena banyak minom air kelapa. biar si adik hannah bebas dari lemak2 yang diselaputi ketika keluar nanti. =) nanti tak lah susah sangat misi2 nak menyentalnya dengan minyak masak.

info : aku kan keja kat dapur hospital, setiap bulan labour room akan order satu botol minyak masak. dulu2 aku macam tertanye2 jugak lah, ape kena mengena minyak masak dengan tempat orang beranak ni kan. bile ditanye.. misi jawab dorang guna minyak masak untuk mencuci baby yang baru lahir. kan setengah baby bila lahir, penuh selaput putih kat seluruh badannya kan? tu lah lemak. kalau cuci ngan air, memang payah. sian baby kena sental. so, alternatif lain dorang pakai minyak masak. nak pakai minyak zaitun.. botol kecik brape ml tu pun dah rm5++. tak mampu hospital weh!




hannah dalam usianya yang sudah menjejak satu tahun tujuh bulan ni, tahulah perangainya. semua permainan akan dikeluarkan dari bakulnya  bila pulang dari rumah pengasuh. habis bersepah satu ruang tamu. tu nasib baiklah kami dah beli pagar antara ruang tamu dengan kawasan nak ke bilik dan ruang makan. kadang terlepas juga mainannya sampai ke dalam bilik belakang tempat mendobi. nak basuh kain kena check dulu dalam mesin basuh, ada jugalah barang2 yang tak sepatutnya dia masukkan. haih lah anak!

sejak tau dalam tummy mummy ada adik. makin kerap pulak dia nak melekap. sakit2 pinggang mummy ni hah dok mikul dia. ubat untuk tidur. tak lama pun dia melekap tapi nak tunggu dia lena tu panjang lah jugak berlagu2.

cukup hujung tahun ni, pengasuh hannah akan berpindah mengikut suami. kami masih mencari2 pengasuh baru. enchek su-a-mey mahu hantar hannah ke taska. biar hannah pandai berkawan katanya. taska jugak kan ada mengajar anak2 yang sedang membesar ni. so memang bagus sangat lah. tapi nak menghantar adik hannah sesudah aku berpantang ni, rase macam terlalu awal pulak. tersepit lagi!

untuk cuti bersalin kali ni, aku mengambil cuti tiga bulan.. insyallah diluluskan kot. haha.. konfiden je kan bos bagi. doa2 je lah. jangan tak tahu ye.. cuti bersalin tiga bulan yang orang dok gebang2 untuk kakitangan awam ni bukan hak ye. cuti boleh ditarik balik dari 3 bulan ke 2 bulan demi perkhidmatan tau! aceli, aku tak penting pun kat tempat kerja aku, tapi disebabkan jawatan aku nih ade kekosongan satu memang terase jugaklah kalau ditambah dengan aku pulak yang akan cuti bersalin nanti. sian kat kawan2 yang tinggal. ada jawatan yang tinggi sikit tu pun, dah awal2 menolak untuk buat kerja lebih masa bila tiba masa aku bercuti nanti. kesian sungguh lah kat kawan2 aku tu, tapi apakan daya.. (^o^")

okeh, cukup untuk post kali ini. adik hannah dok mengeras2 dalam perut ni. dah lewat sangat ni. sepatutnya dah kena tidur katanya. dari dalam perut dah ajar, tidur awal. aci tak..?