CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 31, 2009

11dis09

slm
stori di hari nikah pula..

pagi jumaat, aku bangun jam 6pg. bateri badan tak abis caj + penat pown tak ilang lagi. = tapi aku gagah jugak! pas suboh, bilik penganten diset-up semula oleh aku "keseorangan". haruslah kan.. orang lain dah terlalu penat berhempas pulas akibat banjir malam tadi. lagi pun.. bilik tak besar mane, so.. tak jadi persoalan lah. =) alhamdulillah, bilik penganten masih same + masih "cung" seperti sebelum kejadian. syukran ya amat!

bile orang lain dah bangun dari tidur. masing2 mula sibuk set up bahagian dapur rumah + bilik lagi satu, ruang tamu + pelamin, depan rumah.. abis sume pelusuk umah perlu dibersihkan semula sekali lagi. banjir lumpur tak same ngan banjir air. maklumlah.. kesan die bleh meninggalkan kaler yang buruk =(

kaum lelaki gagah perkasa akan bertolak ke kandang lembu ayah bagi acara menyembelih + melapah lembu untuk kenduri esok. nak tak nak, yang ayu2 ni je lah yang tinggal di rumah melakukan aktiviti yang berat2. ape boleh buat..kan.

karpet depan pelamin totally langsung tak bleh digunakan
sebab dah tukar kaler dari biru tua ke kuning mude. jadi.. bersimen jak lah ruang tamu aku. jiran sebelah rumah dah offer karpet dorang untuk dipinjamkan. karpet dorang tak terjejas pun sebab dorang dah balut ngan plastik siap2.

jam 10++ kak andam and team pun datang untuk set up semula pelamin yang musnah semalam. kak andam dari semalam tak abis2 menenangkan aku. pr beliau sangat bagus. - cik nad, nanti awak jumpa jugak ngan kak akma yang sweet ini. dia sangat baaaek! aku pun selesa dengan dia. thx tau kak akma! kain di stage ditukar. lampu sorot (comel ek..bila aku bilang - sorot) ditukar baru sebab sudah terbakar. macam2 hal lah di kenduri kawen ku ni.

kesah mak andam import ku pula
isnin 07dis09 - ingatkan entri yang ini? kan suda dibilang mak andam ku itu diimport. pagi tu aku dah text + cal die untuk remind die psl majlis nikah aku. die balik ke siam. jadi..
katanya - malam khamis akak nek bas dari sini.. sampai pagi jumaat, dan lah nak kejar majlis fida lepas asar tu.
katanya lagi - sampai2 bus stand kuala pagi tu nanti akak cal fida, nanti kita jumpa kat dpn kawasan perumahan fida sebab akak nak tau jalan ke rumah fida, petang nanti tak lah kelam kabut nak cari jalan.
aku - ok, fine

berbalik semula pada hari kejadian, disebabkan mak andam dah berjanji macam tu, aku pun pagi tu dok text + call dia untuk mengesahkan dia jadi ke tidak datang ke rumah aku pagi tu. hangin aku satu badan bila semua text + cal aku tak dijawab. badan bile dah penat secara auto akan mengarahkan hormon yang berlebihan keluar dan menyebabkan perasaan aku nak maaarah je. mata yang sembab.. macam senang je air mate nak mengalir keluar.

aku tak nak hadap benda yang tensi ni sorang2.. so aku heret sekali mr. b yang aku tau time tu die memang tengah bz. jahat tak aku? mr. b ni pangai die kadang2 suke amik ringan satu2 problem. aceli, aku tau die takmo aku tensi. ade ke patut die soh aku make-up sendiri? patut tak? last nya aku meroyan surang diri.

dan-dan tu jugak aku text kate kat die.. aku takmo kawen ngan dia ari tu!

die trus ngelabah cicak tercabut ekor. tau takut! then die cal husband mak andam tu. rupenye2 mak andam tertidur di rumah sebab sampai awal pagi. cheh! kan aku cakap aku ni kalau lakonan sume stok anugerah skrin! syabas!

pas keadaan rumah settle, lembu pun dah selamat diqurbankan. tulang2 dah dihantar ke katering untuk dibuat sup tulang santapan sesudah majlis nikah petang nanti. aku ambil kesempatan untuk melelapkan mata. dengan harapan sembab di mata dapat dikurangkan.. tapi harapan tinggal harapan kerna mata tetap nampak bengkak + sembab. sedey tau.. sebab aku tak kelihatan macho di hari nikah aku tu.

jam 3ptg photog & videographer suda selamat sampai di rumah aku. mak andam pula sampai jam 330ptg, tu pun aku tengah siok tido sebetulnya. tersedar time diurang cal. dan la jugak aku terlena rasanya. dan aku tak mengambil masa yang lama untuk diconteng muka.

aisehmen, nda da plak pic muke mak andam import ku ini. mata ku pula memang tak bleh nak wat cane. still nampak bengkak dan tak gojes.. aku dah tahap pasrah jak lah!


jam 5ptg, mr. b dan rombongan suda selamat sampai di masjid. selesai jak durang suma solat asar. aku dipanggil siap2 ke sana. tak jauh pun masjid dengan rumah aku. sedikit terlewat dinikahkan kerna rombongan penganten perempuan pasangan satu lagi yang dinikahkan oleh kadi yang sama nda sampai2. hangin nya lah aku sebab terpaksa berlama2 plak menanti durang. tok kadi mau memberikan khutbah secara serentak dan nda mau berasingan. penat jugak kalau mau mengulang, panjang btul khutbahnya kan? - pertanyaan bagi seshiapa yang pernah menghadiri majlis akad dan nikah.


beliau tika dinikahkan. sebelum tu.. nampak cool. aku yang dibelakang pun nda mau dia pandang. tapi aku tau, time aku sampai di masjid sempat jugak aku lihat dia menjeling! aum..
alhamdulillah dengan sekali lafaz.. tandanya beliau betul2 maukan aku tu. wuhu!
ramai yang menegur.. selalunya penganten lelaki yang menjawab akad dengan laju, tapi ini kali.. ayahku pula yang melafazkan akad dengan laju. siwiyes.. bile ditengok balik video yang dirakam, mau tergelak jugak lah. =D
ayah dah pektis banyak kali ek time ngemop lantai semalam? atau.. ayah xcited mau menerima menantu lelaki lagi surang yang hensem lagi bergaye ni? uik.. terpuji hasben sendirik plak =p


sesi membatalkan air semayang dan menyerahkan mas kawen dilakukan di rumah. pas selesai akad nikah di masjid.. sume sedare mare + tetamu berpusu2 menuju ke rumahku. pegi masjid dengan orang laen, balik dengan orang laen sebab masing2 ingat aku pulang dengan mr.b. ada ka patut aku ditinggalkan terkontang-kanting surang diri, padahal aku heroin ari tu. nyarislah surang besfren belum balik lagi.. menumpang keta beliau lah aku petang tu pulang ke rumah. nda sanggup aku berjalan kaki walopun jaraknya dekat. aku kan heroin! sengajak ulang berkali2 =p
jamuan ringan petang tu, bihun sup tulang, bengkang ubi, cucur badak, teh o dan kopi o. sheeedap kate durang! aku nda sempat makan.. sibuk bergambar. huhu


time ni je lah pon ramai yang amik kesempatan untuk membuli kami. sib baek kami sporting! disuruh ulang2 segala aksi untuk dirakam gambar. tapi kami tak membantah.. kami urang rela, getek nya lah!



nota kaki : aku suda mau pulang ke sabah. kalo mau tonton drama sebabak di terminal lcc pagi ahad ni, jemputlah datang. dapat kan tiket di kaunter pawagam yang berhampiran dengan anda (~o^") owh.. aku sedey!

Thursday, December 24, 2009

10dis09

slm

sebelum bercerita tentang majlis2 yang hepi.. meh aku citerkan dulu detik2 banjir lumpur yang melanda umah aku malam tu.

petang khamis tu selepas asar, kami ada buat majlis tahlil bacaan yassin kat umah kenduri. semua berjalan lancar + cuaca pun panas cerah sampai ke akhir majlis. kaum ibu je yang dijemput sebab kaum lelaki sibuk memasang khemah kat luar. sampai tujuh buah khemah la untuk kenduri aku tak termasuk 2 rumah yang dijadikan tempat tambahan untuk tetamu duduk dan makan2. petang tu, tetamu dihidangkan dengan menu mee rebus, kuih karipap, kuih bengkang, teh tarik n kopi o panas. semua laaayan dengan menu pilihan ibu.

elok je lepas dorang pasang khemah jam 630ptg, ari pun hujan. siap berkemas ape yang patut.. ibu, ayah, adik aku yang kecik balik umah. aku, yong, abang long (abg ipar) n fya je yang tinggal kt umah kenduri. pas aku maghrib, yong plak maghrib + bace yassin sebab aku amik turn menjaga fya. time tuh ujan mula lebat gila babas suda.. so aku pun lepak2 jak lah. sambil main ba-ba cak sama fya dalam bilik penganten.

aku dengar abang long dok ngomel sorang2 sebab kami lupe plak nak angkat kusyen kerusi kat luar rumah petang tadi. jadinya, kena lah tempias hujan kat kusyen tu.. basah la sikit. =p

tetiba, dia masuk bilik dalam aksi yang kelam kelibut. dia jerit banjir. aku ngan yong budget.. die tengah buat lawak sebab kitorang bo layan ngan ngomel2 dia tadi. so kitorang balas ngan sengih2 n gelak2 je. tapi bile jiran sebelah pun dok jerit banjir-oo-banjir-oo.. rumah kita naik air ooo.. ape lagi, mencicit lah kami menyelamatkan barang2 kat bilik penganten. pastu aku keluar, aku juz mampu pandang je air tu masuk ikut bawah pintu slidding door. macam terkasima! plak ~ cheh!

sib baik lah, kat umah kenduri ni tak banyak sangat barang, sebab ade yang telah diangkut bawak ke umah satu lagi. jejas banyak kat buku2 blajar+ngajar yong ngan abg long je lah.
pastu aku mula sibuk call mak kat umah satu lagi suruh dorang datang cepat.. padahal kalo dok suh dorang datang cepat pun.. mane lah mampu dorang menahan air tu dari berhenti kan? biaselah.. drama aku nih sume stok buat anugerah skrin. panik jak lebih, huhu!

jom kite nengok gambo plak. ade yang kurang jelas tu aku snap pkai hp je. maklumlah.. tak tercapai dek akal aku nak mencari camera dalam keadaan gelabah cicak tercabut ekor tu.

bilik penganten
habis katil penganten dijadikan tempat segala barang2 kawen.. uhuk!

gambar 1 : orang2 penting sedang sibuk meninggikan kaki katil sebab nak menyucikan (ayat apakah?) bahagian bawahnya.

gambar 2 : tu ayah dok ngemop. badan terpakse dicover dengan smiley face kerna sedikit seksi plak dia malam tu.


ruang tamu + pelamin
sib baik banjir tak tinggi, klau tak abis dinding umah yang baru dicat tu.

gambar 1 :
nampak tak kerusi di pelamin dah dibawa lari ke luar pintu. sebab..

gambar 2 : stage pelamin dah terjejas.. uhuk sekali lagi =(


bahagian depan rumah

gambar 1 : time nih, mud dah okey sikit. sakit2 pinggang aku dok menolak lumpur + air. jiran2 ramai yang datang membantu. kaki2 yang diletak smiley face tu terpakse dicover jua kerana mereka sedang memperagakan fesyen musim banjir =p
gambar 2 : rumah jiran yang dijadikan tempat tambahan buat tetamu duduk dan makan2 juga turut terjejas teruk.

kesimpulannya, korang sian tak kat aku?

Wednesday, December 23, 2009

tiny2 ting di kenduri kawen

slm
masih giat mengumpul bahan laporan untuk di ceritakan satu persatu bagi ketiga-tiga majlis plus aktiviti tika ber-hanimun. untuk tak mau membiarkan blog ini ditinggal2kan sepi lagi. ni aku kasik crita menda2 yang kecik dulu na..

bunga pahar yang xdak telur rebush. tapi bagus tetamu2 ni. time kitorang bersanding je baru dorang mintak. time aku dok mekap2 dlm bilik.. time kami dok makan beradap, takde pun dorang berani nak mintak izin mau amik =)

hiasan di dalam bilik penganten. bilik dicat berwarna puteh + kelabu, hasil usaha penganten sendiri + adik yang kecik + abang iparku. ambil masa tiga hari wo walaupun biliknya kecik ja. biaselah.. keja xde mandur.. bleh la ngecat setengah jam, rehat setengah hari..huhu.. terlupa mau men-snap gambar satu bilik. harap photog pro.. ada mengambil nya.

kalendar tahun 2010 a.k.a kad bisnes ayah + adik ku.. buat semua tetamu yang hadir selain dibekalkan muffin buat dewasa, gula2 buat kanak2.

ada yang menganggap coklat yang dibekalkan dalam goodies bag adalah sabun! konfem sangatlah ada yang bermandi coklat plak nanti.

kasut nikah yang dibeli seminggu sebelum hari nikah. nyaris terlupa.. jika tak mau berselipar jepun je aku ke masjid =p jangan risau.. x mahal mane pun hasil dari y.e.s tu je.

bunting yang di-sponsor oleh adik buat kedua-dua belah majlis. diletakkan di hadapan rumah berdekatan dengan buku tetamu.

hantaran buat mr.b.. siwiyes, aku btul2 puas ati ngan hasil keja kak andam. sangat2 bersyukur sebab aku ambil jalan mudah dengan menempah dengan dia. kalau lah aku yang bikin sendiri.. tema warne sure tambah sikit ngan warne kuning2 coklat hasil dari kejadian banjir lumpur tu =(

nota kaki : kak andam turut bermurah hati kerna telah men-sponser 2 item (buah2an + cookies) akibat penganten terlupe membeli, tekanan ya amat kesan dari peristiwa banjir.

kak andam juga telah membuatkan bunga tangan fresh flower - daisy kot?!? kerna bunga ros merah agak sukar didapati pada minggu kenduri kawenku. xpe.. ape yang penting.. warna tetap mengikut tema. itu sudah cukup buat aku puas ati!

cupcakes yang aku idamkan.. berjaya di ambil oleh sepupu ku dari tauke cc dan letakkan di atas meja penganten dengan sukses nya oleh bakal adik ipar ku =) angah tau u bace blog nih kan? tenkiu so much kerna berhempas pulas semasa kenduri ni.

nota kaki : rupa2nya tauke cc ni ade kait mengait ngan famili aku jugak. dapat tau lepas hutang dilangsaikan. kalau tak, sure dapat discount kan? huhu! =p

idea aku berpayungkan bunga manggar telah dicuri oleh mr.b! tapi hakikatnya, bunga manggar tika majlis bertandang hasil keja tangan mr.b + adik2 nya lebih tampak hensem bergaye jika nak dibandingkan bunga manggar yang aku buat. dorang nye lebih meriah sebab dibawa berarak sekali semasa ketibaan penganten. bukan macam kami.. nak senang citer kami ikatkan je kat tiang khemah.
tapi ramai yang memuji wo.. hasil tangan aku tu. (^o^)

lenguh plak bahu ni dok ngadap laptop lame2.. kasik publish dulu yang ni. ada tambahan nanti aku edit smula ya!

Monday, December 21, 2009

alhamdulillah..

slm
hari nikah.. mataku bengkak akibat menangis + tidur jam 2pagi. kerna peristiwa di atas ini. banjir lumpur telah melanda kawasan perumahan ku malam sebelum hari pernikahan. time kaseh buat jiran2 banyak membantu. dugaan..

..selamat sudah aku kawen dua minggu yang lalu.
kasik time aku untuk upload gambo dari camera aku dulu. ni sume hasil dari photog amatur. jadi.. jangan hairankan hasil seni nya ya!

hari bersanding.. jiran2ku gelarkan pelamin ni. pelamin anganku musnah. aceli x musnah mane pun. banjir naik takat buku lali jak. sekali hentam dari pintu depan sampai pintu belakang.. dalam dua jam air dh surut. juz effect kat stage. yang lain masih utuh berdiri. esoknya kak andam datang kasik tukar kain skit.

hari bertandang.. lihat, cucuk sanggul poojaan hati telah berjaya ku pakai. mural di dinding tu hasil keja tangan penganten sendiri tau. mau jugak aku pomot di sini. huhu.. bukan sepenuhnya aku buat, adik2 aku pun ade gak menconteng. gambar di ambil sebelum berkonvoi ke rumah mr.b

hari jumaat yang lalu baru ja pulang dari hanimun.. auw! terlaksana jua mau pergi ke pulau mabul (~o^) walaupun program ada sedikit tercela.. tapi aku tetap soka. later kita story mory ek.

Friday, December 11, 2009

kamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawen
kamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawen
kamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawen
kamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawen
kamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawen
kamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawen
kamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawen
kamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawen
kamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawen
kamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawen kamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawen
kamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawen
kamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawen
kamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawen
kamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawen
kamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawen
kamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawen
kamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawen
kamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawen
kamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawen kamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawen kamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawen kamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawen kamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawen
kamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimauka
wenkamimaukawen
kamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawenkamimaukawen


Thursday, December 10, 2009

entri khas buat bakal penganten lelaki ku

slm

entri berjadual (ditaip pada 06dis09)

duhai bakal penganten lelaki ku,

mase kecik2 dulu aku pernah tengok cara ayah.. dia
tau cane nak repair kalau sinki blocked, tau ape problem bile tetiba lampu kalimantang terpadam, tau cane nak tukar tayar motor, tau nak baikpulih tv yang kadang2 dari skrin putih dan hanya keluar suara tetiba dan akhirnya jadi itam dan langsung tak keluar suara.. last2 hantar ke kedai =p tapi sekurang2 nya ayah berusaha kan ayah?
ayah serba tau, terus membuatkan aku time kecik2 dah pasang niat .. aku nak cari suami serba tau macam ayah.

duhai bakal penganten lelaki ku,

dulu mak tak pandai drive, jadinya ayah tiap2 hari hantar mak ke hospital nek keta atau motor. keja shift.. tentu penat. bukan mak je penat, ayah pon same. aku pun nak macam tu, walopun aku tau drive keta + nek moto.. mau jugak suami hantarkan ke hospital. tapi.. semua tu menghalang aku sebab kita jauh nanti, cane kamu nak hantar aku pergi ke kerja? ah.. tak mau sedey2!

duhai bakal penganten lelaki ku,

terima kaseh sebab selama aku dah tercampak ke sabah, tiap kali balik tanah melayu kamu tak pernah gagal untuk menjemput aku melainkan punya sebab yang tak boleh dielakkan.
kamu gagah untuk memandu ke mana saja aku mau pergi.
juga, masih seperti ayah..tiap kali kami adik beradik dapat sambung belajar.. ayah+ibu gagah mau menghantar kami ke mana saja kami ditempatkan. terima kaseh kerna sudi menjadi driver peribadiku sampai mati nanti.

duhai bakal penganten lelaki ku,

aku mau kau tahu.. walopun aku masuk course katering di sekolah teknik dulu, dan sambung di politeknik dalam bidang yang sama.. tapi ilmu masak2 aku masih cetek. jangan kamu bandingkan aku dengan ilmu yang penuh di dada ibu kamu tu ya. plz? aku pinta..

duhai bakal penganten lelaki ku,

aku tak mau kamu terkejut bila bangun pagi kamu lihat mukaku yang sememeh, tak cantek macam time kite kuar dating sama2 dulu. baju yang mungkin ku pakai mungkin warnenye tidak kena dengan seluar atau tudung tak macam kite kuar dating selalu. kamu tau tak.. aku lama tau berdiri depan almari bila dapat tau kamu mengambil aku untuk dibawa dating.. euw, ayat apakah itu!

duhai bakal penganten lelaki ku,

cara kita berada di rumah masing2 tentu berbeza bila kita tinggal bersama nanti. dari segi letak duduk sesuatu perabot.. cara lipat baju.. pas mandi, dalam bilik air sebelum keluar.. botol sabun perlu disusun rapi, berus gigi perlu tegak berdiri jangan dibiarkan condong ke tepi, cara sidai baju.. cara menyapu dari pintu depan ke pintu belakang atau sebaliknya.. semua nya berbeza dengan cara didikan ibu+ayah kita masing2. tapi.. kita saling perlu memerlukan dalam bina hidup kita yang baru. banyak perkara yang perlu kita serasikan bersama. kamu bimbing aku ya!

duhai bakal penganten lelaki ku,

aku sebenarnya malu untuk menerima kamu dulu. aku penah buat silap. tapi kamu tetap terima aku.. seadanya aku. tapi aku masih angkuh, walopun penuh dengan silap.. aku masih melampau, sebab aku tau kamu sayang aku. aku selalu amik kesempatan atas rasa kamu itu dan selalu buat kamu sedih.. tapi kamu tak tunjuk. aku sayang lelaki seperti kamu.


duhai bakal penganten lelaki ku,

terima kaseh sebab mau kawen dengan aku.. aku berdoa, semoga tuhan panjangkan jodoh serta rezeki kita di atas terbinanya satu ikatan perkahwinan ini. semoga dipermudahkan semuanya, amin..

Monday, December 7, 2009

beradab lah.. tak perlu biadap!

slm

aku suda emo! aku emo dengan satu situasi. bila nak taip entri ini, aku jadi semakin emo bila aku nak cek.. entri emo ke berapakah yang suda aku taip dalam blog ini. blog aku tidak berlabel seperti kebanyakan kamu. haih!

situasi ini masih panas. pulang jak dari pekan terus aku taip. aku tiada siapa yang boleh aku jadikan tempat mengadu. mau mengadu sama mr.b .. rasanya tidak adil pada beliau. aku sudah punya hidup baru, dan bakal membina hidup yang lagi baru dengan beliau. tak perlu mengongoi kisah sekecil ini dengan beliau. tapi bila berhadapan dengan seseorang yang tak mengamalkan konsep beradap tapi biadap, aku sangat emo!

okeh, banyak sudah perkataan emo yang aku sudah taip. jelas kan, aku sedang emo? emo lagi..?!?!

sekarang ni, ke mana2 aku akan bawa sekali kad kawen ku. manalah tau, akan terserempak dengan rakan lama, cikgu lama.. atau.. sesiapa saja yang dikenali. dan ya.. tadi aku terjumpa dengan rakan lama. aku hulurkan kad kawen..

la.. baru nak kawen?

eh, kawen ngan orang lain? ingat kan ngan ****. ape citer ngan die skang ek?

ko dh bertunang? senyap je. tak tau citer pun. ntah2 bertunang ngan orang lain, kawen ngan orang lain. bercinta dah ngan orang lain dah.. hahaha

hey kamu! cuba lah kamu beradab. tak perlu kamu biadap sebegitu. yes.. aku mengaku dulu aku bercinta dengan ****. tapi tu duluuu lah kamu! aku memang tak boleh lari dengan **** sebab rumah kami ya amat dekat. dan aku pun tak pernah lari dari dia. kami berpisah cara baik. itu anggapan aku.. tidak ku tahu pula.. di pihak dia cara baik atau cara buruk. tapi kalau kami berjumpa, kami masih boleh bersembang apa saja..tentu lah kami berpisah cara baik, kan kalau dah begitu layanannya. tapi soalan kamu tadi sangat biadap!

macam tiap2 tahun, malaikat akan bukak buku baru untuk tulis amalan kita di bahu kiri dan kanan. aku macam tu jugak. bila aku gagal dalam hubungan yang lalu.. aku bukak buku baru untuk hubungan yang baru. aku tak pasti kamu pun macam tu.. tapi tadi kamu langsung tak beradap.

kamu masih bercakap pasal hubungan aku yang dulu padahal terang2 suda kad kawen di tangan kamu tertulis nama aku dan bakal penganten lelaki ku. tak perlu lah kamu bertanya berkali2 mengapa aku tak berkawen dengan ****. kamu ingat aku suka2 ka tulis nama lelaki lain pada kad kawen aku n last minute pula potong2 nama dan tulis nama lelaki lain! sumpah.. kamu sangat biadap.

kalau aku kuat tadi, sudah aku tengking kamu. tapi aku tak kuat. orang sekeliling mendoakan kesejahteraan aku, jangan pikir banyak2. jangan stress2. senyum selalu, bagi muka naik seri. aku tak kuat nak melawan biadap kamu tadi. aku cuma balas dengan ketawa. dan aku mengaku, aku langsung tak ikhlas dengan senyum dan ketawa aku tadi. maafkan aku!

kalau boleh, aku tak mau berlama2 dengan kamu tadi. tapi disebabkan aku sedang menunggu ibuku bershoping di pasar basah, terpaksa jugak aku menunggu di parking.

setiap orang berharap hubungan yang dibina akan berpanjangan hingga ke alam perkahwinan. macam tu jugak aku. tapi kalau dah bukan jodoh aku tertulis dengan **** perlu ke aku terus sedey2 + derita2 + sebek tgk muvi romantik sorang2 + layan perasaan.. sampai sudah? tak kan?

ada satu situasi lagi, sudah lama berlaku. aku + mr.b + kamu (bukan kamu yang atas ye, ni orang lain plak) duduk minum2. tiba2 kamu mengutarakan soalan2 tentang cinta aku yang lama. oh mai god! kalau kamu tak biadap, kamu tak kan tanya soklan macam tu. aku tau mr. b terasa tapi beliau tak tunjuk.

adalah tak beradap bila seseorang sudah bina hidup baru dengan orang baru, tapi bila berjumpa.. masih kamu membincangkan isu hidup nya yang lama dengan orang yang lama.. masih mengungkit kisah2 bodoh kami dulu.. masih memperlekehkan hubungan kami dulu.. aku tak selesa kamu tau tak?

aku ingatkan manusia seperti kamu sudah pupus, rupanya masih ada lagi. kalaulah suatu hari nanti kamu terjumpa blog aku ni, kalau lah kan.. aku mintak maaf. kamu biadap tadi. sangat.. sangat.. biadap! nda apa, aku dah maaf kan kamu.. cuma hormon emo aku ni jak yang terlebih. maklumlah nak kawen!

Friday, December 4, 2009

keja kawen #39 - buku tetamu dan gula2

slm
buku tetamu

walaupun kenduri kawen aku ala2 garden wedding .. okeh aku melawak. kenduri kawen aku di taman perumahan (taman jugak kan? haha.. mau jugak!) bukan di hotel.. semacam nda ngam pula kan mau berbuku-buku tetamu ni. tapi.. ni kan kenduri kawen aku.. buku tetamu ini diwujudkan untuk memenuhi impian aku. kamu paham jugak kan.

nakal tau ini buku.. tika aku menjahit tepi2 nya, banyak sungguh tusukan jarum yang terkena jari-jari ku. sudahnya.. terpaksa aku memakai inai awal.. untuk mencepatkan kecederaan ku pulih. eceh.. alasan! - padahal dah tak sabar. =p|

cari jugak kertas yang recycle macam buku tetamu puan anil ni.. tapi nda jumpa.

gula2 untuk tetamu kecil

cukup tak .. aku buat setakat 200++ bungkus jak? risau nya lah jika tak mencukupi. mereka lah yang banyak memeriahkan kenduri ku nanti. letak 3 jenis ja di dalam. asal mereka happy.. suda.

warna kedua2 nya wajib mengikut tema. =)


nota kaki : sudah punya dj untuk kenduri ku nanti. last minute punya arrangement, kenal pun tidak. tapi, aku btul2 bersyukur. setengah b2b, sangat kisahkan lagu2 yang bakal dimainkan. pada aku.. malas pikir suda sebab aku mau kawen lagi satu minggu jak lagi. pikiran aku banyak! bilik penganten.. sudah 70% tukar make-up. ari ni abis lah kot, insyallah.

Tuesday, December 1, 2009

keja kawen #38 - manga

taklah.. bunga manggar lah!

slm

ini belom finished (dan2 nak cakap omputeh..) lagi tau. masih kelihatan buuutak. dah hensem nanti.. xbleh tunjuk dah.
pas kenduri baru boleh.

kejam tak?