CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 28, 2013

Saturday, March 16, 2013

dia dah besar..

as.salam

selamat berhujung minggu sume. weekend ni aku tak ot. hoye! akan balik kampung untuk bersiap-siap sempena kenduri kawen adik enchek su-a-mey minggu hadapan. owh.. dah lame rupenye tidak buat persiapan majlis kawen2 nih. xcited sangat lah.

pernah berhadapan dengan situasi begini tak?


bila mana si anak tak mau dok dalam car seat nye? alahai, terpakse mami bawak keta secara sopan santun tau!

harits muke tak puas hati.. apsal?

Sunday, March 10, 2013

makanan tambahan

as.salam

dah berjanji dua purnama sudah yang aku akan buat maklum balas tentang produk yang aku guna kan? ke korang tak bace post aku aritu? sedih aku tau!

time nak abis cuti beranak aritu aku dah mule kelam kabut. stok ebm untuk harits yielek! langsung aku tak buat. mule lah tak senang duduk. belajar dari pengalaman semasa bf si hannah dulu aku ade amik makanan tambahan dari jenama shaklee. tapi time hannah dulu aku tak apply pun esp. entah kenape eh, dulu xde pakej yang masukkan esp. ke aku yang tak tau. wallahualam.

beli dari member enchek su-a-mey. cepat je lah dapatnye. selepas lebih dua bulan mengamalkannya.. alhamdulillah hasil tuaian semakin meriah! ewah.. macam padi plak ye. tapi tidak lah penuh lagi esbok aku tu. setakat ni bekalan susu untuk harits semasa di hantar ke taska menggunakan yang beku. masih belum di tahap pam hari ni, esok pakai. blom lagi lah begitu. harits ni jenis kalau minum tru botol, kurang minumnye. balik je rumah memang balas dendam sungguh. macam taknak lepas kalau dapat menyusu! haih.. memang banyak kali lah mommy skip masak dinner untuk ayah. huhu nak-nak pulak bile si hannah pun menumpang sebelah. memang mommy flat terus atas tilam..


produk kedua yang aku amalkan sekarang adalah vco keluaran everlynn. alhamdulillah dah masuk botol kedua dah. pakai produk ni pun aku nampak kesan yang ketara jugak. tambah-tambah kat kulit muka. licin je aku rasa. tegang pun ye juge =)  


gambar aku sekarang ni. suci je rupenye kan? maksud aku muka lah. haha.. gambar ni candid, hokeh! anak buah aku skang ni celik gadget sungguh lah. ntah bile le die snap. cek fon nak cari gambo harits tetiba ade plak gambo aku nih. so, buat tatapan mengkeme.. ini aku yang terbaru. comey ke tidok?


vco ni jugak aku sapukan kat pipi si harits. harits alami ruam susu yang berlarutan. kalau kena nak dekat 2 minggu baru nak elok. pastu kena lagi. petua orang tua, aku yang kena pantang makan. ala.. tentu aku nih jenis bukan begitu kan. dah mule keja ni, makan memang payah nak memilih. nak-nak kalau lunch pun aku tak sempat nak cari keluar. memang makan je ape yang ade. ce try klik gambar anak teruna aku yang tido mengepak tu. korang akan nampak pipinye kemerah-merahan. kesian...


ini gambar nak kate terbaru tidak jugak. lebih kurang lepas aku sapu vco kat kulit harits. merah2 dah hilang.. kan? kan dah jadi pau kukus =)


sekarang harits mula sibuk main air liur. kebiasaan aku selepas bersalin. keguguran rambut semakin banyak. kedua-dua makanan tambahan yang aku amik, aku tengok tak membantu pun. risaunye lah rambut semakin menipis. kena carik produk lain plak ni... ade yang tau tak?

Saturday, March 2, 2013

hari2 yang berlalu

as.salam

lama tak bersiaran. haaatcho! asik bersin je dari tadi. maklumlah banyak nau habuknya. jeles bile baca walopun kalangan korang jarang update blog tapi sebenarnya draft post berlambak bukan maen.. tunggu nak publish je. yang aku nih, draft pun tak dak. nampak sangat lah pemalasnye lahai.

februari lepas. bulan kelahiran enchek su-a-mey. tiada sambutan yang hebat. raikan bersama famili kecil kami saja. masih mengekalkan tempat yang sama seperti tahun lepas. mulanya nak ke sentosa villa. aku pernah buat post psal tempat nih. tapi hujan. maklumlah.. taiping kan tempat paling lembap di malaysia. haa.. tetiba nak refresh fakta geografi plak kan. cafe nye dalam taman, so di sebabkan kami ni membawa budak2 kecil, risaukan kesihatan mereka. makanya.. haruslah kami perlukan tempat yang berbumbung saja.

makan petang yang berat. alhamdulillah dengan rezeki allah. kesihatan yang dikurniakan dan rezeki yang diberikan kepada kami sekeluarga. enchek su-a-mey sudah pun 30-an. aku bakal menyusul bulan oktober nanti. in sha allah.. 


menjamu selera di ruang yang terbuka begini. memang tak senang duduk lah si hannah. dah elok duduk dalam baby chair, bangun balik tengok2 kolam tu. tapi tu lah.. kalau guest setakat datang makan jak kat sini.. tak boleh langsung guna kolam tu. kalau stay kat sane baru boleh. pandang je lah nak oi.


bila dok makan kat tempat2 macam resort nih. hati ni teringin beno nak pi bercuti. padahal baru je balik cuti beranak. tapi..tak kirelah.. tu lain. ni cuti nak rehat2. dapat yang tepi pantai. kan ke best! berangan je lah.


gambar terbaru si pau goreng (hannah) dan si pau kukus (harits) saya!

nota kaki : pn. nad, sy masih belom boleh review lagi tentang cik lis sy tu. sport rim tak tukar lagi lah. hahaha.. nak letak gambar terbaru rasenye macam belom cukup complete. acane tu.. =)

Sunday, February 17, 2013

bumper baby cot for SALE

as.salam

simple entri kali ni. ade tak sesiapa berminat dengan bumper cot seperti gambar di bawah? ukuran untuk bumper ni sesuai untuk baby cot yang dibeli di ikea ni. tapi bak kate pembuatnye.. baby cot yang standard tu pun boleh gune juge =)


Product dimensions
Length: 123 cm
Width: 66 cm
Height: 80 cm
Bed width: 60 cm
Bed length: 120 cm

blog tuan punye di sini

readystok bumper pad.
design : cars background - black
saiz : baby cot standard,katil kayu biasa/katil standard ikea/katil mcm dalam gambar.
readystok. pm jika berminat!!! serious buyer only!
backing : japanese cotton = polkadot black
finishing with piping cord
saiz : baby cot standard,katil kayu biasa/katil standard ikea/katil mcm dalam gambar.
readystok. pm jika berminat!!! serious buyer only!

ps : aceli aku pesan sebenarnye. tapi disebabkan hal tertentu aku tak jadi. jadinye kesian plak pade yang membuat. terpakse mencari pembeli lain. takde rezeki harits nak ber-bumper cot =(

Friday, February 1, 2013

ini harta..sapa yang punya?

as.salam

masih belum tidur? tak bleh tidur pule. macam nak update pasal cik lis kat blog. tak sabo2 tunggu esok.

cik lis aku dah bertukar warne! yeay! nak pilih warne untuk disemburkan pada badan cik lis bukan senang. berminggu-minggu pikir nak warne ape.

nampak je kelisa lain yang siap di-transform ke mini cooper atas jalan sume macam lebih kurang. kuning, merah, putih, biru.. sume macam orang mude. akak ni kan mak mude. taknak lah macam mini cooper tu. nak yang macam biase2. biar orang tengok, orang dah kenal dah kereta sape. cewah! alangkan ko glamer sangat kan..

warne untuk cik lis ni adalah warne yang sama untuk kereta jenis ford. mondeo namenye. kod kaler jenis parkside. pegi show room ford, mintak flyers. pastu past kat kedai cat. mintak dia carikan kaler yang same macam keta ford tuh. keji tak? tapi lagi keji orang2 yang dalam show room tu.. kami ke sana naik keta keluaran malaysia je. tengok kami semacam. mesti dok kutuk dalam hati. mampu ke nak beli keta ford? hek eleh.. kami nak flyers jew! hahaha

ni gambar mase cik lis dalam oven besar. 


aceli gambar dah siap aku tak sempat nak snap. nanti aku snap eh. dapat je cik lis terus gantung mende ni kat cermin belakang. kena bagitau orang belakang yang aku nih jenis driver yang drive perlahan (^o^")

credit : http://kiutmiutkraf.blogspot.com/ 
salah eja taxy tu. tapi aku dah betulkan =)

Thursday, January 31, 2013

takpe lah

as.salam

nak bercerita sedikit

situasi 1

makcik tua sedikit        : alolo, comelnya dia! first baby eh?
makcik muda lagi         : er, anak no dua ni.
makcik tua sedikit        : oo.. no dua. yang first umur brape tahun?
makcik muda lagi         : setahun sembilan.
makcik tua sedikit        : la ye ke. takpe2, mude2 gini la elok beranak ramai. tak kisah la rapat pun 
makcik muda lagi         : senyum saje

situasi 2

makcik tua sedikit        : takpe lah, first baby boy pun. sok ade adik, tau lah dia nak nolong wat keja umah.
makcik muda lagi         : ni no dua. atas dia kakak.
makcik tua sedikit        : oo.. no dua. kakak umur brape tahun?
makcik muda lagi         : setahun sembilan.
makcik tua sedikit        : ala, siannya. tak abis manje lagi dah ade adik.
makcik muda lagi         : senyum juge 

hah, acaner tu? sume salah. saya berhadapan dengan situasi begini dah selalu. kadang mental tak kuat nak atasi situasi2 bila nak berbual dengan makcik2 nih. tak kisah lah yang rapat atau tidak. 

saya taknak jadi macam pakcik saya. umur dah hampir nak pencen tapi masih memegang bayi. bukan cucu, tapi anak! kejadian macam tu pun dah jadi buah mulut makcik2. saya yang muda ni pun makcik dok cakap2.

pakcik saya kawen wanita muda setelah bercerai. bila anak yang sulung baru umur tiga tahun tu muntah2 sebab terlebih makan. boleh dia biarkan saja.

ala, muntah je. kang elok le dia main balik.

dia cakap gitu je. takdelah nak menengok ok ke tak anaknya. makcik muda aku tu tengah sarat mengandung. memang tak kisah dah. lagipun dia takbleh banyak bergerak - bed rest.

alahai!

minggu depan sudah mula bekerja =) tetiba!

Sunday, January 20, 2013

Masih belom happy

as.salam

hari ke4 dan ke5. masih blom gembira. menangis bila teringatkn mami. hati masih rapuh..

hari keempat
hari kelima

Thursday, January 17, 2013

hati kena kuat

as.salam

hari ke empat cik hannah ke taska. menangis kuat2. memeluk tengkuk aku ketat2. kakinya memanjat2. hati aku jadi tak kuat. (^o^,)

tak pasti..

dia tak suke keadaan sekeliling tu ke

dia tak pandai nak bergaul dengan budak2 kat sana tu ke

dia bergaduh2 ke

dia kena marah ngan pengasuh ke

dia rasa susu yang dibancuh tu tak sedap ke

dia rasa makanan yang dimasak kat sana tu tak sedap ke

dia nye pampers tak kerap tukar ke

dia nye waktu tidur dah lari ke

macam2 hal yang aku fikir sekarang ni. tapi hati kena kuat. kurang lebih 2minggu je lagi nak naik kerja. janganlah hannah berterusan macam ni. sedih tengoknye.

pengasuh tu cerita, bila pintu taska bukak je.. mesti dia ingat mommy nye yang datang. meluru dia berlari ke pintu. bila tengok orang lain. jebik2 je bibirnye macam nak nangis. 

aloh, siannya anak mommy. 

sat tadi enchek su-a-mey call, suh tenangkan hati. doa banyak2, harap hannah ok kat sana.

hari pertama

hari kedua

hari ketiga
bila petang jam 5 time nak ambil hannah kat taska, mesti hati jadi tak sabar. macam rindu setengah mati tak jumpe dia 9jam. huish! macam bercinta =p tu lah rase bila berpisah dengan hannah. pasni hantar encik harits ni pulak. tak lalu makan lah gamaknye aku ni.

ye.. hati kena kuat!

Tuesday, January 15, 2013

sindrom xnak gi keja

as.salam

hannah dah berjaya di hantar ke taska untuk hari ke-dua. semalam aku hantar dia lambat sikit. tunggu dia bangun tidur dulu, pas mandikan dia dan harits. baru kami ke taska. 

bila sampai depan pintu taska. dia semacam xcited. tengok bebudak ramai kot. sampaikan masuk taska tu pakai selipar sebelah. aku pun tak perasan. time nak duduk baru tertengok. dia tersengih2. budak2 lain datang dekat ngan aku. aceli dorang lebih berminat untuk tengok harits. dorang dok menarik stokin lah, sarung tangan lah. sebijik perangai hannah. hannah plak macam nak lindung adiknya dari diapa2kan.

siapa yang dia tengok lain macam je, dia akan tolak budak tu jauh dari kami. nampak macam kasar, tapi dia cuma letak tangan di dada budak2 tu je. aku pulak yang lebih2 dok menjerit2 ke dia. 

elok je aku tengok dia main2 ngan budak2 tu. tapi ada sorang budak lelaki nih ganas pulak cara mainnya. nak je aku marah ke budak tu. haish! geram! tapi aku kuatkan hati. bukan aku tak tau cara budak2 main, paham jugak aku ni. so.. biarkan selagi tak bahayakan si hannah dan untuk masa hadapan si harits pulak. 

tiga pengasuh untuk 15orang budak. pada pendapat aku dah maksima sangat tu. pengasuh pulak muda2. 

tabahkan hati

tabahkan hati

tabahkan hati

dalam dua jam jugak aku duduk kat situ sementara hannah nak biasakan diri dengan pengasuh, budak2 dan keadaan kat situ.

bila aku keluar nak amik beg baju, dia ada di tepi pintu. bila aku datang balik nak bagi beg.. tengok dia dah seronok main. so, aku terus balik dengan harits. dalam perjalanan balik ke rumah tu. macam2 yang aku pikir.

doa kuat2 moga hannah ok kat sana. masa aku balik tu aceli memang time tido die. tak tau lah macamana pengasuh2 baru tu handle anak aku. haih!

balik rumah, nak buat kerja rumah sikit. harits pulak mengamuk2. taknak menyusu pulak. mungkin aku dah kacau time tidur dia.

dalam 3jam jugaklah dia menangis, sekejap berhenti, menangis balik. macam tau2 je yang kakaknya tiada. agaknya nak kan cepat pagi tu aku ala kadar je tuam perutnya. masuk angin lah kot. entah. macam2 kemungkinan.

sekarang ni aku gigih untuk menge-pam. sebab segala yang aku order dah sampai minggu lepas. cuba untuk konsisten dengan jadual makannya dan menge-pam nya. harap hasilnya lumayan =) inshaallah


aku start makan suma ni hari jumaat lepas. kalau nak buat testimoni pun rasanya macam awal sangat. bagi masa aku dalam sebulan. kalau hasilnya memuaskan akan aku kongsikan bersama ye. lagipun semua produk yang jual2 kat luar tu bukan semua serasi dengan badan kita kan. ada yang ok, ada yang tidak. tapi, aku cakap betul ni..

  

sejak aku makan produk2 ni. badan aku kurang letih berbanding sebelum ni. muka pun aku rasa macam tegang je. licin pun ye juga. tapi takdelah macam si adira tu (tetiba kan) so, tunggu je lah beberapa minggu. aku akan ceritakan kesannya.

apalah, si hannah buat kat taska sekarang ni kan. (^o^") pas aku hantar hannah semalam, enchek su-a-mey text. bleh plak kan aku reply ke dia

macam nak benti keja je. dok umah jaga anak2

haha.. aku dah terkena sindrom xnak gi keja daaa..

Saturday, January 12, 2013

Hannah 1thn 9bln, Harits 2bln

as.salam

alhamdulillah, itulah umur anak2 mommy. lusa dah nak antar si hannah ke taska. mendoakan semoga hannah ok di sana. buat hari pertama dan kedua mungkin mommy kena stay dulu kot. takmo tinggal mengejut terus. kang ada drama berguling2 di lantai.

perangainya sekarang kalau kita melarang dia buat sesuatu memang dia akan berguling / baring di lantai. takdenye dia kisah orang lain. langsung x malu. haih lah.


18hb pulak, hari ke kkia dua beradik ni. tak tau nak handle macamana. mungkin akan check up harits dulu. kemudian tinggalkan harits di taska sekejap, ambil hannah. pergi check up. hantar hannah semula.. amik harits. kemudian pulang. kang ada yang terlupa step.. tertinggal plak salah seorang. baru naya..

tinggal selama 3bulan meng-handle si hannah dari pagi hingga ke waktu tidurnya kadang sangat mencabar. ok, tolak tepi dulu cerita tentang wujudnya si harits =)

pagi, biasanya enchek su-a-mey akan gerak hannah untuk bagitau yang dia nak pergi kerja. nak mengelakkan si hannah tercari2 ayahnya bila bangun waktu pagi dah cerah. dalam mamai2 tu dia akan salam cium tangan ayahnya, kemudian sambung tidur semula. so, aku plak bangun subuh buatlah kerja2 rumah sikit macam basuh baju, lipat kain, masak nasi..menyapu2.

bila hannah bangun tidur, aku pasangkan tv. bancuhkan susunya. bagi dia segar. baru mandikan dia. kalau rezeki, memang hannah akan poo-poo awal pagi. kalau tak dalam pukul 10pg++ dia poo-poo. nah.. kena mandikan dia lagi sekali.

kalau dia lapar, dah pandai mintak 'mamam'. ikut mood jugak. kadang nak 'kot' (biskut), kadang nak 'kok' (keropok). so, mommy kena tajamkan deria pendengaran. kan lebih kurang sama je bunyinye tu. kadang taknak langsung. dia akan mintak 'tutu' (susu) je.

dalam jam 11pg++ dia akan ngantuk2 dan ngamuk2. sume menda tak kena. sikit2 merengek. sikit2 menangis. so, tidurkan dia. makan tengahari dia memang tak tetap. bila aku makan lunch, nak suapkan dia sekali.. dia taknak. tapi kalau dia mintak jam 3ptg baru dia nak makan lunch. lagi sekali lah aku ni pun lunch sama =p

petang pun kadang dia tidur, kadang tidak. tapi aku pulak kena tidur petang. haha.. kantoi mommy tidur petang. time ni memang dia akan buat kerja dia sendiri 'mengemas rumah' katanya. =) aceli mommy takdelah tidur lame. lelap2 sekejap je.

mandi petang hannah pun tak tentu. kadang time ayah balik baru aku dapat mandikan hannah. kalau aku rajin, lauk untuk dinner memang lain dari lauk lunch. tapi kalau datang mud 'm' memang dinner makan lauk lunch je. takpe.. enchek su-a-mey tak kisah. hiks!

nak dijadikan cerita kisah mommy terlelap2 ni, hannah ni selalu lah jeleskan si harits. elok je si harits tu dalam baby cot, tangannya nakal menarik tangan si adiknya. tak dapat tangan, kaki pun di tarik. risau sangat. 

so, mommy telah melakukan blog walking. tertancap (wah, ayat!) mata mommy ngan blog ini. mintak beliau buatkan bumper cot. banyak2 blog semua dah fully booked. ade yg open blk april depan. tapi mommy pun tak nak lah macam nak cepat sangat since sekarang mommy blocked-kan cot keliling si harits dengan bantal. tapi jadi ruang tu sempit lah sikit.

yang ni pun kata in shaa allah bulan mac baru dapat. tu pun dah syukur dah. paling cepat dah tu antara servay2 yang lain. (^o^") nak jahit sendiri. tak pandai pula. untunglah sape yang pandai menjahit tu keeen?


kain pun dah dipilih. sesuai kot buat ge-gurl or bo-boy kan? ke sesuai untuk mommy? haha.. mommy lebih2.

Wednesday, January 9, 2013

besday ke 10 tahun

as.salam

perkenalkan ini adalah cik lis kesayangan aku. kereta pertama yang aku beli. sekeheng (second hand) je. akak tak mampu nak beli swift =p masa belajar2 dulu memang aku dah aim nak beli kelisa. tapi time tu langsung tak amik tau rega sekilonya berapa henggit. 


sekali bila dah bekerja, kewangan pun ala-ala kukuh sikit. baru la nak amik tau. amik kau.. terduduk mendengarnya. bila mak bapak pujuk2.. suh beli yang second hand. aku redo je lah. dari takde kan. tu pun terkencit jugak mendengar reganya.. rm36k keluaran 2002. beli atas tangan. owner nye chinese. dia tinggal area umah aku je. kalau ayah aku jumpe, mesti dia bercerita yang dia menyesal jual cik lis ni. pas jual pada aku, dia beli myvi. katanya tak best. tukar plak beli viva.. still katanya tak sehebat kelisa ni jugak. amboi beli kereta macam beli baju ye.

aku beli tahun 2005. maknanya sudah lebih 7 tahun cik lis berkhidmat dengan aku. dari aku bekerja di swiss garden dulu, kemudian dapat keja gomen di sabah. balik semula ke tanah melayu.. ini lah tunggangan aku.

pernah dilanggar dan melanggar (^o^"). kecederaan yang di alami takde lah teruk sangat. kemek kemudian ketuk2.. perkara biasa dah bagi dia.

tiap2 bulan macam kereta biasa. adakala tukar minyak hitam, tukar tayar / bateri (jika perlu) timing belt + minyak auto + aircond (jika perlu juga). tak pernah lagi meragam yang bukan2. mintak dijauhkanlah.

selang dua minggu biasanye aku bawak dia ke spa. aiseh! spa la kunun! nak mencuci sendiri.. aku buat snow mandi sendiri bleh la. snow untuk cuci kereta ni banyak pakai sabun.. so hantar je suh orang mandikan dia. kat area taiping ni kalau kelisa diorang caj rm7. cuci luar + vacuum dalam. okey lah reganya. nak kata puas ati 100% tu tak lah. ko bayar rm7.. apa ko harapkan? bersih pada pandangan mata kasar dah cukup kot bagi aku. 


sempena ulangtahun kelahirannya yang ke-sepuloh baru2 ni. aku hadiahkan pakej make over untuk dia. =) 

tukar kaler, tukar cermin (ada retak sikit, terkena batu time enchek su-a-mey pakai masa dia pergi kerja) tang bontot kasik up skit.. depan kasik muncung sikit. 

oh ye.. dengan nombornye sekali aku tukar. terduduk jugak lah rega hadiahnya kali ni. 

AJE 6*16

hasilnya.. tauke kedai suruh datang lagi sepuloh hari.. tunggu..

Tuesday, January 8, 2013

seri changkat

as.salam

kapal nakhoda berlayar ke seberang
hati mengidam batik dan pelikat
udah lame kami berdua gila bayang
menunggu kunci istana seri changkat

wah gitu kan. istana bagai. alhamdulillah rumah yang bakal diduduki kami sekeluarga sudah hampir 90% siapnya. moga semua urusan dipermudahkan allah swt.

15 jan 2012
30 okt 2011










01 feb 2012
01 feb 2012










11 feb 2012
18 mac 2012










1 apr 2012
19 apr 2012










ingatkan sempatlah dapat kunci sementara aku bercuti beranak ni. rupanya nan ado. part nak mintak cuti untuk berkemas sangatlah malas bagi aku. bukan apa. bila mana kita terpaksa memikirkan rakan setugas yang lain. keperluan cuti untuk kami ni memang kena amik kira jugak hati kawan2 yang lain. ntah2 dorang dah sibuk plan nak berjalan ke, ada hal keluarga ke. tup2 aku yang dh lame bercuti 3 bulan ni nek keja nak cuti balik. mesti bernanah je hati memember kan. huhu

06 jan 2013
makanya, cuti sabtu ahad lah aku terpaksa berhempas pulas untuk mengemas. janjinya bulan satu tahun ni. tapi aku tengok rase2nye tak kot. banyak lagi hal nak kena buat. pecah dinding nye. buat kabinetnye. tu tak tau lah berapa pulak ongkosnya nanti. (^o^") kita dapat bonus lagi tak? tetiba!

minggu depan hannah akan di hantar dulu ke taska. sesi orientasi katanya. harits aku hantar masa dh start keja takpe kot. sebab dia kecik lagi. tak kenal orang. si hannah ni sebab dah besar, so nak biasakan dia dengan persekitaran baru. sebelum hantar ke pengasuh sebelum ni memang hannah aku hantar ke taska. tapi umurnya masa tu baru 3bulan. umur nak masuk 6 bulan. udah hantar ke pengasuh pulak. tak tau lah macam mana penerimaannya nanti. 

cara dia berkawan ni lain sikit. mungkin dah biasa di rumah pengasuh kawan mainnya semua dah besar. bila berjumpa ngan kazen2nya kat rumah mak aku. kasar jugak aku tengok cara dia main. tak tau lah, kot nanti dia tolak2 je budak2 kat taska tu nanti. doa lah kuat2 moga hannah ok di sana minggu depan..

stok susu untuk anak teruna aku. hm.. percaya atau tidak dalam peti ais aku sekarang ade sepeket je. tak tau lah kenapa semangat untuk mengepam kali ni sangat sedih. takde galakan? tak jugak. enchek su-a-mey hari2 dok peringat suruh start buat stok. tapi aku still malas.

tak baik kan? beza2kan anak. esok dia besar baca blog mummy dia nih. mesti dia kata. time kakak hannah dulu mummy beria pam untuk kakak. tapi bila time harits mummy wat dek je.

ampunkan mummy harits.. mummy tak cukup kuat. in sha allah pasni mummy kumpul semangat eh. pas dapat vitamin yang mummy pesan online tu lah ye, bleh?