CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, March 16, 2013

dia dah besar..

as.salam

selamat berhujung minggu sume. weekend ni aku tak ot. hoye! akan balik kampung untuk bersiap-siap sempena kenduri kawen adik enchek su-a-mey minggu hadapan. owh.. dah lame rupenye tidak buat persiapan majlis kawen2 nih. xcited sangat lah.

pernah berhadapan dengan situasi begini tak?


bila mana si anak tak mau dok dalam car seat nye? alahai, terpakse mami bawak keta secara sopan santun tau!

harits muke tak puas hati.. apsal?

Sunday, March 10, 2013

makanan tambahan

as.salam

dah berjanji dua purnama sudah yang aku akan buat maklum balas tentang produk yang aku guna kan? ke korang tak bace post aku aritu? sedih aku tau!

time nak abis cuti beranak aritu aku dah mule kelam kabut. stok ebm untuk harits yielek! langsung aku tak buat. mule lah tak senang duduk. belajar dari pengalaman semasa bf si hannah dulu aku ade amik makanan tambahan dari jenama shaklee. tapi time hannah dulu aku tak apply pun esp. entah kenape eh, dulu xde pakej yang masukkan esp. ke aku yang tak tau. wallahualam.

beli dari member enchek su-a-mey. cepat je lah dapatnye. selepas lebih dua bulan mengamalkannya.. alhamdulillah hasil tuaian semakin meriah! ewah.. macam padi plak ye. tapi tidak lah penuh lagi esbok aku tu. setakat ni bekalan susu untuk harits semasa di hantar ke taska menggunakan yang beku. masih belum di tahap pam hari ni, esok pakai. blom lagi lah begitu. harits ni jenis kalau minum tru botol, kurang minumnye. balik je rumah memang balas dendam sungguh. macam taknak lepas kalau dapat menyusu! haih.. memang banyak kali lah mommy skip masak dinner untuk ayah. huhu nak-nak pulak bile si hannah pun menumpang sebelah. memang mommy flat terus atas tilam..


produk kedua yang aku amalkan sekarang adalah vco keluaran everlynn. alhamdulillah dah masuk botol kedua dah. pakai produk ni pun aku nampak kesan yang ketara jugak. tambah-tambah kat kulit muka. licin je aku rasa. tegang pun ye juge =)  


gambar aku sekarang ni. suci je rupenye kan? maksud aku muka lah. haha.. gambar ni candid, hokeh! anak buah aku skang ni celik gadget sungguh lah. ntah bile le die snap. cek fon nak cari gambo harits tetiba ade plak gambo aku nih. so, buat tatapan mengkeme.. ini aku yang terbaru. comey ke tidok?


vco ni jugak aku sapukan kat pipi si harits. harits alami ruam susu yang berlarutan. kalau kena nak dekat 2 minggu baru nak elok. pastu kena lagi. petua orang tua, aku yang kena pantang makan. ala.. tentu aku nih jenis bukan begitu kan. dah mule keja ni, makan memang payah nak memilih. nak-nak kalau lunch pun aku tak sempat nak cari keluar. memang makan je ape yang ade. ce try klik gambar anak teruna aku yang tido mengepak tu. korang akan nampak pipinye kemerah-merahan. kesian...


ini gambar nak kate terbaru tidak jugak. lebih kurang lepas aku sapu vco kat kulit harits. merah2 dah hilang.. kan? kan dah jadi pau kukus =)


sekarang harits mula sibuk main air liur. kebiasaan aku selepas bersalin. keguguran rambut semakin banyak. kedua-dua makanan tambahan yang aku amik, aku tengok tak membantu pun. risaunye lah rambut semakin menipis. kena carik produk lain plak ni... ade yang tau tak?

Saturday, March 2, 2013

hari2 yang berlalu

as.salam

lama tak bersiaran. haaatcho! asik bersin je dari tadi. maklumlah banyak nau habuknya. jeles bile baca walopun kalangan korang jarang update blog tapi sebenarnya draft post berlambak bukan maen.. tunggu nak publish je. yang aku nih, draft pun tak dak. nampak sangat lah pemalasnye lahai.

februari lepas. bulan kelahiran enchek su-a-mey. tiada sambutan yang hebat. raikan bersama famili kecil kami saja. masih mengekalkan tempat yang sama seperti tahun lepas. mulanya nak ke sentosa villa. aku pernah buat post psal tempat nih. tapi hujan. maklumlah.. taiping kan tempat paling lembap di malaysia. haa.. tetiba nak refresh fakta geografi plak kan. cafe nye dalam taman, so di sebabkan kami ni membawa budak2 kecil, risaukan kesihatan mereka. makanya.. haruslah kami perlukan tempat yang berbumbung saja.

makan petang yang berat. alhamdulillah dengan rezeki allah. kesihatan yang dikurniakan dan rezeki yang diberikan kepada kami sekeluarga. enchek su-a-mey sudah pun 30-an. aku bakal menyusul bulan oktober nanti. in sha allah.. 


menjamu selera di ruang yang terbuka begini. memang tak senang duduk lah si hannah. dah elok duduk dalam baby chair, bangun balik tengok2 kolam tu. tapi tu lah.. kalau guest setakat datang makan jak kat sini.. tak boleh langsung guna kolam tu. kalau stay kat sane baru boleh. pandang je lah nak oi.


bila dok makan kat tempat2 macam resort nih. hati ni teringin beno nak pi bercuti. padahal baru je balik cuti beranak. tapi..tak kirelah.. tu lain. ni cuti nak rehat2. dapat yang tepi pantai. kan ke best! berangan je lah.


gambar terbaru si pau goreng (hannah) dan si pau kukus (harits) saya!

nota kaki : pn. nad, sy masih belom boleh review lagi tentang cik lis sy tu. sport rim tak tukar lagi lah. hahaha.. nak letak gambar terbaru rasenye macam belom cukup complete. acane tu.. =)