CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, April 7, 2012

cer teka, cer teka

as.salam

sempena hannah nak masuk satu tahun ni, aku teringin nak buat contest untuk kite-kite aje.

merapatkan silaturrahim kekdahnya.

syarat tak susah. tak payah buat sticky mode nye pun.. aduhai.

jawab kat ruang komen je.

soklan : pada umur berapakah hannah akan mula berjalan?
info tambahan - buat masa sekarang ni hannah baru pandai berdiri tanpa sokongan 5-6 saat macam gitu je. pastu dia jatuh terduduk.

jawapan mestilah dalam bentuk yang begini, contoh

satu tahun satu bulan satu hari

kena tepat ye. tak mau jawapan yang begini

satu tahun

atau 

satu tahun satu bulan

jawapan kena padat, cukup tahun, cukup bulan dan cukup harinya ya.

tarikh tutup penyertaan : hari kejadian hannah pandai berjalan. maka tarikh tutup tak dapat dimaklumkan.

sebelum menjawab mestilah menjadi follower blog ini. kan dah cakap nak rapatkan silaturrahim.
 

hadiah nya, biasa2 ja. bukan mahal pun. sebagai tanda ingatan tulus ikhlas. (^o^")

hadiah akan di poskan kepada pemenang. pemenang hanya perlu beri detail setelah disahkan kemenangannya dan dimaklumkan dalam blog ini tanpa perlu membayar sesen pun.

sempena anak menyambut besday, mummy kena bagi hadiah pada orang lain. boleh jadikan aktiviti tahunan tu.. kan?