CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, July 31, 2010

sekali dalam bulan biru

slm

ish2.. tuan punye blog nih mcm dah lupe diri plak ye. lame gile amik mase nak update blog kan. maaf eh. bile on je laptop, enchek su-a-mey yang men. on jak, die sibuk soh carikan ini lah. carikan itu lah. aceli, khamis lepas beliau telah selamat di-interview. untuk jawatan kerajaan. alhamdulillah dipanggil jugak akhirnya. hasilnya akan diketahui raye nanti. tak lame lagi je tu =) kena kuat berdoa nih.

kerja di opis semakin buat aku lelah. haih. bekerja dengan orang yang lebih berumur, lain carenye. beban keja akan bertambah bile seorang rakan akan berpindah. semua akan bertai-chi keja. owh..yang dikendong pon tak terkejar. ini pulak ditambah baru. kena kuat berdoa nih, tabahkan ati.

kesihatan sekarang agak so-so. tekanan di tempat keja dah semakin terbawak2 ke rumah. sering ditegur enchek su-a-mey. biaselah, aku nye emosi ni kan stok pelakon anugerah skrin. balik keja, ade je hidangan luahan hati buat enchek su-a-mey, menadah telinga je lah beliau.

next week rancangannya mau berjalan ke sempadan utara. tapi macam berat ke tak jadi je. enchek su-a-mey tak nak pegi dalam keadaan yang kelam kabut. taknak bertolak awal pagi. aku dah over eksaited dah nak sopin2 baju raye kt sane nih. kena kuat berdoa nih, bukakkan ati die ye. cewah.

alhamdulillah, bersyukur sangat2. ade rakan blogger yang dah selamat melahirkan baby. ade yang baru disahkan hamil. yang baru bergelar puan.. tahniah ye. pade yang masih dalam perjalanan ke hari bahagia. jaga kesihatan juga ye. macam ucapan nak tinggalkan blog lame plak gayenye nih. mud mau melahirkan entri baru kadang je tiba. susah nak ramal =)

jaga diri ye sume. slm.

Tuesday, July 13, 2010

takutnyew!

a. sejak bile plak lah aku ni "suke" terhadap kaum sejenis nih?

b. aku sudah sah berkawen, ok!

c. aku report ke polis nak? ni dah kire cam ugutan je ni.

d. dah la send text tengah2 mlm. esoknye, bleh plak cal pagi2 bute jam 3-4pg. ngacau idop orang betol lh!

e. "k0 nk mmp0s ngan ak kew..." - takutnyew! =p

Thursday, July 8, 2010

coti emergency

slm

todei.. memula enchek su-a-mey gi keja seperti biase. aku keja shift petang. jadinya, berilek2 dulu lh sambil menuntun tv. takdenye aku nak nengok hi-lite pasal bola spain vs german. tak reti pon nak tengok. yang pasti.. cukup untuk aku tau yang spain menang. huhu

tapi, dalam jam tujuh lebey macam tu. enchek su-a-mey text. dia bagitau yang dia patah balik. sebab enjin overheat. semalam lagi sebetulnye. ingatkan dah settle bile tambah air. tapi rupenye enjin nye memang dah problem.

bile dah enchek su-a-mey coti.. of cos lah aku pun turut gedik2 nak coti. text pade bos + rakan tugas. coti diluluskan. yeay!

maka, sekejap lagi kami akan berabiskan mase di worksyop di hari coti emergency yang indah ini. waseh!

kancil ijo kesayangan enchek su-a-mey dah lame tak sakit. sekali sakit.. umangaih, caj macam masuk hospital private. huhu!

Tuesday, July 6, 2010

kafein

slm

aku peminat kopi/kafein tegar. sukar mengelak untuk tidak menikmati kopi/teh tiap2 hari. dan sekarang aku dalam tempoh untuk berpantang.. katakan tidak pada kafein!

dan aku tahu yang kafein akan mengakibatkan kesukaran untuk hamil udah lama. tapi aku berpantang ni baru bermula. demi maukan bebi.. aww! =p


sekadar berkongsi info


Sukar Hamil.. Salah Siapa?


Kesuburan adalah anugerah yang perlu dihargai dan dipelihara. Banyak faktor boleh menjejaskan kesuburan seseorang, sama ada lelaki atau wanita. Untuk mengekal dan meningkatkan kesuburan, wanita perlu:

Kurangkan pengambilan kafein. Ada kajian menunjukkan pengambilan kafein melibihi miligram sehari boleh melewatkan kehamilan. Biasanya secawan kopi mengandungi antara 80 hingga 175 miligram kafein.


sumber : petikan entri dari sini

Kafein boleh jejas kesuburan.
Wanita kerap minum kopi sukar hamil.


Wanita yang mengambil kafein menyamai empat cawan kopi sehari berkemungkinan besar kurang mempunyai peluang mendapat anak sehingga 26 peratus - sebagai tambahan kepada bukti ia boleh menjejaskan kesuburan dan kesihatan janin.


sumber : petikan entri dari sini