CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 27, 2012

kenduri kawen

as.salam

ini malam kami dua beranak je di rumah. enchek su-a-mey ada game futsal. mungkin lewat habis program maka beliau tak balik taiping. stay satu malam di rumah kawannya. dah kalau enchek su-a-mey tak balik.. haruslah gunakan peluang yang ada untuk updated blog. kate aktiviti bawah tanah kan.

hujung tahun lalu (nampak no banyak cerita terperam) satu kenduri kawen yang kami hadiri. kawan time sekolah menengah. kawan aku cikgu dan suaminya adalah seorang photographer. gambo kawen dorang of coz lah lawa2 belake. gambo pre-wed - cun! tema kenduri - merah. blend plak dengan putih + kelabu. memang cantik lah.


selesai sudah cerita kenduri kawen tahun lepas.

aceli last week kami ke kenduri kawen gak di perlis. tapi nya, post entri yang dah basi ni dulu, bleh ke? huhu

dua kenduri dalam satu hari yang sama di ipoh. ke kenduri kawen adik bes fren aku dan geng sekolah enchek su-a-mey.

disebabkan kena pergi dua kenduri, kami gerak awal dari kuala kangsar. kebetulan sungguh lah, kami tiba kedua-dua kenduri time penganten baru sampai. dah jadi macam ahli rombongan plak.


untuk kenduri yang first, tak bergambar pun dengan penganten. kami dah lapo kejo lauk kenduri (^o^") tema kenduri merah + putih + hitam. dah macam kenduri kawen aku dulu. terimbau kenangan dulu.

rasa macam.. eh, kenduri kawen yang kami pergi sumenye blend tema kami. macam nak meraikan kami sekali lagi. dan semestinya diraikan bersama dengan hannah plak kali ni. nak jugak keeen.. 

kali ni, hannah tak sexy. pakaikan dia baju kurung pulak =p
goodies bag yang kami terima pulak, sebenarnya untuk famili sebelah penganten lelaki. dah kate adik bes fren kawen.. tentulah dapat yang spesel. comel ja.

jem + tea bag yang diimport dari tanah tinggi cameron
kenduri kawen yang kedua, di taman meru. kami tiba same time ngan rombongan penganten juga. sempatlah bergambar dengan penganten.

payung penganten tak sampai lagi, maka kami pinjamkan dulu payung kami =)
lauk kenduri yang best bila aku berjumpe dengan gulai ikan patin masak tempoyak. memang sorga lah. pas makan baru sedar diri yang pasni sure hannah payah lelap mata sebab sejarah sebelum ni, hannah akan meragam bila mummy makan tempoyak / durian. terus rasa kesal tiba-tiba.

ape ni mummy, mulut mummy bau tempoyak.. sambil tepis muka mummy
selesai kenduri, kami pun pulang terus ke taiping. sebelum tu singgah sebentar di butik andaman time aku kawen dulu.

hannah berkain dengan lampin je sebab aku bukak kainnya. panas..
tanyakan pakej perkahwinan untuk hannah nanti. dah teringin nak bermenantu plak kan pas pergi kenduri kawen. 

taaak laaah, kami bertanyakan pakej untuk adik enchek su-a-mey. kenduri insyaallah hujung tahun ni. tanya siap2 pakej yang ada. simpan duit sikit-sikit dari sekarang. tak tahu lagi nak sponsor ape..

Sunday, January 22, 2012

pi perlis

as.salam

kami selamat sampai d negeri kayangan. hannah tunjuk laku plak sampai-sampai di bilik hotel


posted from Bloggeroid

Thursday, January 19, 2012

rezeki yang tak putus

as.salam

segar pemandangan bila blog ini menggunakan latar belakang putih. okey dok? rase macam nak bukak blog hari2. tatap blog ni selalu walopun takde ape nak updated. sebab macam teruja bukak blog sendiri yang dah berubah wajah.

eh, puji diri.

nak bercerita tentang rezeki yang kami terima. rasenye sejak hannah menginjak umur tujuh bulan, kami suami isteri dah tak membeli banyak baju untuk hannah.

serius!

terkejut eh? 

rezeki bertambah bila mana ada rakan sekerja enchek su-a-mey yang berpindah negeri. untuk menjimatkan ruang lori, dia sekeluarga dah menyedekahkan kami baju-baju baby, stroller x 2, walker, baby carseat dan bath tub.

hari pemberian, penuhlah sang kancil enchek su-a-mey berisikan barang-barang ni semua.

baju-bajunya subhannallah. comel-comel belaka. nak-nak pulak anak diorang tu semua perempuan. dah pastilah baju yang banyak adalah design untuk ge-girl kan. berbundut-bundut dorang bagi.

macam baju-baju yang untuk newborn aku panjangkan sedekah bagi pada rakan sekerja yang sedang menunggu hari untuk bersalin. sebabnya, baju baby hannah dulu pun dah banyak. dah tak muat lemari dah. tu pun dah siap asing dan simpan cantik dalam beg plastik.

untuk stroller.. kami dah bagi pada kakak senior tempat kerja aku. dia nak panjangkan sedekah juga untuk adiknya di kampung yang kurang kemampuan. besar pahala.. alhamdulillah (-o-)

cumanya untuk bath tub, walker, baby carseat tu je lah masih tersadai di rumah sebab takde calon yang sesuai.

kalau nak tau, baju-baju yang sebelum ni pun hannah banyak pakai baju pemberian kakak aku. anaknya cukup tiga. seorang perempuan, yang kedua dan ketiga lelaki. baju si kakak ni lah telah diwarisi kepada hannah.


rambut kerinting pojaan ramai ni dah takde. tok ngan pah bawak afya ke saloon. trim masa ibu sedang operation bersalinkan adik bongsu, aufa. 

 

kak long besar yang semakin hari semakin bijak.


saje letak gambar dia banyak-banyak kat sini. afya selalu bukak tab ibu kan? pasni bleh selalu singgah blog mummy. tapi.. kena janji.. jangan kasik tau pada pak ngah yang mummy ada blog.

semoga rezeki orang yang sedekah kepada kami sekeluarga ni semakin murah dan bertambah-tambah..amin..

pastu kan.. kan.. pastu kan..

time mengasingkan baju yang hannah boleh pakai dengan baju-baju newborn. aku dah 'ter'ambil barut baby. sebabnya masa hannah baby, barut aku pakai yang kakak aku punya. ada je barut yang mak enchek su-a-mey buatkan tapi sedikit pendek.

persoalannya di sini.. kenapa aku sibok-sibok asingkan barut tu dan simpan eh?

Wednesday, January 18, 2012

cantik ke tidak?

hannah masuk tidur cepat malam ni. enchek su-a-mey plak ke ipoh sekejap. tukarkn wajah blog skit.

tenang tak kamu urang rasa?

posted from Bloggeroid

Saturday, January 14, 2012

hannah, 9 bulan

as.salam

tanggal tujuh haribulan, anak mummy pun sudah berusia 9 bulan. lambat mummy update eh entry hannah. 

hannah duk dalam nih kalau main bola2 nya
sudah boleh duduk tanpa sokongan. memula tu tumbang jugak lah. tapi bila biarkan hannah main sendiri2. e'eh dah terduduk elok je anak mummy nih.

bangun tidur, kami terus angkut hannah ke mcD.
sepanjang bf hannah, mummy tak pernah rasa luka bahagian nip*le. sejak ada gigi, kan hannah dah pandai menggigit. sakitnya.. hanya tuhan yang tahu. sampai terluka lah mummy. nasib baik lah sebelah kiri je. kalau dua-dua belah terluka. tak bf lah jawabnya.

terasa ngilu je bila gigi hannah terkena luka. bila nak bf sebelah yang luka, rasa macam takut je. dalam seminggu jugak lah nak tunggu luka tu sembuh. pakai medela purelan 100. alhamdulillah, luka cepat kering

sumber : sini
time mengepam. lagi lah seksa. ada sekali tu sampaikan susu dah bercampur darah. terbuang 3oz macam tu je. sedey! (^o^")

gigi hannah dah tumbuh di bahagian atas. 2 batang. nampak sangat bila ketawa atau menangis.

hannah sudah pandai sebut mamma.. mamma.. dan pah / bah. kalau nak bagi makan.  mam.. mam.. mam.. tahu sudah dia. kalau lambat suap, menjerit dia minta. 

makan dalam kereta otw ikut mummy tukar tayar keta. mummy pegi berdua je ngan hannah wooo
pok amai-amai. bila dia menepuk tangan. ada bunyi dah. sebelum ni tak berbunyi langsung. 

memanjat dan mengemas adalah kepakarannya sekarang. pantang kita duduk atau baring, memanjat je keja nya.


teman ayah ke saloon. hannah takut tengok kepala patung yang tidak berbadan tu eh?


Monday, January 9, 2012

Sambal Kering Ikan Bilis

as.salam

kali ni nak kongsi resepi sambal kering ikan bilis pulok.

bahan-bahan
ikan bilis (sangai, kisar kering)
bawang merah 
bawang besar
bawang putih
cili padi
cili kering (rebus, kisar)
minyak untuk menumis

* untuk cili, bleh je nak pakai semua cili padi atau semua cili kering atau separuh cili padi separuh cili kering. bergantung pada kesokaan korang dengan tahap kepedasan yang korang sangup.

1. sangai ikan bilis hingga kering. kemudian kisar kering.



2. kisar segala jenis bawang. panaskan minyak dan tumis hingga naik bau.


3. masukkan cili kering yang telah dikisar halus. dalam resipi ni akak pakai cili kering. sebabnya.. akak tak tahan menanggung kepedasan cili padi. 


4. masukkan ikan bilis yang dikisar halus. masak dengan api perlahan. hingga kering. jangan lupa perasakan. macam akak, akak masukkan sikit gula ja. sebab ikan bilis tu dah sedia masin. ikut kesesuaian lidah adik2 lah ye.


sesuai dimakan dengan nasi panas. nak dijadikan perencah nasi goreng pun boleh.

sesuai juga buat lauk untuk ibu berpantang. tapi janganlah makan selalu. ibu kan sedang menyusu bayi. kenalah makan makanan yang berkhasiat juga!

sesuai juga buat ibu yang tiada selera makan bagi ibu yang sedang mengalami "morning sickness".
berapa banyak sesuai daa..

ok.. (^o^) selamat mencuba!

Sunday, January 8, 2012

testing


posted from Bloggeroid

tira miss you 2

as.salam

akak janji kan nak tunjuk gambar pas potong kan ari tu? ni hah, akak dah kotakan janji. akak buat satu bancuhan. dah lah satu bancuhan, buat dua bekas plak tu. memang pendek lah kek tiramisu akak. macam kerdil je rase diri  ini.


percubaan pertama disambut gembira para pengkritik. dorang semua bagi markah A++. gembira! tak agak2 buat kali kedua plak. terus bagi mak sendiri ngan mak enchek su-a-mey merasa.


pasni kalau anak korang sambut besday, akak buat kek tiramisu je bleh? kek lain akak failed! (^o^")

mama affan, besday affan bleh le mummy hannah buatkan. eceh!

Thursday, January 5, 2012

hannah ke pasar fish


as.salam

musim hujan kan sekarang nih? stok ikan di pasar pun kurang. tak banyak pilihan. mahal pulak.

tak kan hannah nak makan sardin tong, kan mummy kan?

Wednesday, January 4, 2012

tira miss you!

as.salam

malam ni akak gigih buat tiramisu plak. tapi edisi orang malas nye lah. semua bahan yang ter-amat ringkas macam kat gambar bawah ni.

bahan-bahan
biskut tiramisu, cream cheese, whipping cream, serbuk coklat, gula castor (tiada dalam gambar)


 
disebabkan kat umah akak takdak nescafe, pakai hantam jak lah akak pakai white coffee. 

cara-cara
1. pukul cream cheese dengan gula castor sehingga kembang
2. masukkan whipping cream. pukul sehingga kelihatan - creamy. ketepikan.
3. bancuhkan white coffee.
4. rendamkan sekejap2 biskut dalam bancuhan coffee tadi.

5. biskut tiramisu yang telah dilumurkan dengan white coffee disusun cantik-cantik dalam bekas.

 
6. kemudian lapiskan dengan creamy cheese + whipping cream tadi. sampai menutup permukaan biskut. lagi tebal creamy lagi yummy!

7. tapiskan serbuk koko di atas lapisan creamy. 

8. ulang semula langkah 5 hingga 7.

9. tutup bekas dan simpan dalam chiller. dua - tiga jam lepas tu baru bleh makan.. 

10. gambar lepas potong takde. sebab akak tak potong lagi. esok baru potong (^o^")

teringin nak cuba ke? akak tau resipi orang malas camni takde orang yang nak salin pown. 

sedey akak tau..

Sunday, January 1, 2012

Sentosa Villa

as.salam

salam tahun 2012. tak ke mana kami. semalam aku kerja dan balik ke kuala kangsar. tapi pagi tadi dah siap2 balik semula ke rumah sendiri. nak mengemas rumah yang macam ^*%$%#$!#$ tu. 

kebetulan enchek su-a-mey bukak laptop. menumpanglah sekejap. release kan entry yang terlalu banyak dalam list. =)

saje je nak review pasal sentosa villa nih. aku tak amik ape2 keuntungan atau kerugian pun. bukan nye ade share ngan lembaga pengarah. saje je nak review.

sentosa villa ni terletak di jalan 8, taman sentosa, taiping. memang area lake garden yang terkenal di kawasan taiping.


aku ngan enchek su-a-mey kunun2nya nak menyambut aniveseri ari tu di sini lah. tak salah kan nak berhanimun lagi =)

pergilah kami tiga beranak ke sana. dalam hujan renyai2. aku redah jugak lah pergi ke lobinya untuk mem-booking.

tapi malangnya, tarikh yang kami nak booking sudah penuh. pastu enchek su-a-mey kate, tak lari kemane pun sentosa villa nih. kami pun memang tinggal dekat2 sini. bile time bukan cuti sekolah, boleh kot nak pergi. time tu sure bilik sentiasa ada. nak2 pulak booking yang honeymoon villa, kan.

dan disebabkan aku pergi time hujan, memang takde lah gambar2 yang membuktikan kami pernah pergi ke sana. korang nak claim aku tipooo lah tu kan? huhu
tapi tempatnya memang best lah. sunyi dari hiruk pikuk kota (aiseh, ayat!) meh aku tunjukkan bilik yang dorang ada.

Bungalow (sesuai untuk 8 orang)



 Family Villa / Family Suite(Queen) - Standard Suite (sesuai untuk 4 orang)




 Deluxe Villa (Queen) - Standard Suite (sesuai untuk 2 orang)



Deluxe Villa (Twin) - Standard Suite (sesuai untuk 2 orang)


Junior Suite (sesuai untuk 2 orang)


Honeymoon Suite (sesuai untuk 2 orang)



 Persekitaran


semua gambar telah diambil dari sini dan sini

amacam? cantik kan? kot kalau ke taiping. bleh la check in ke sini. harga pun aku rase macam ok kot. lari sikit dari tinggal di hotel yang tinggi dan bilik yang boleh dengar macam2 - kalau orang sebelah bukak paip atau pasang tv.

tapi nak dengar bunyi laut memang takdo do lah kek tepen ni jang oi. =p

aceli, raya tahun baru cina ni.. insyallah kami satu famili akan ke perlis. menghadiri kenduri kawen besfren enchek su-a-mey. kami pilih untuk stay di sini. menghadap laut lagi.

jadinya, sentosa villa punya plan ni tak tau lah bila jadinya. (^o^")