CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 23, 2014

demam tarik

as.salam

aku nak kongsi sikit pasal tarik ni

apakah tarik?
tarik atau dalam bahasa inggeris 'fit' terjadi bila terdapat kegiatan elektrik yang datang secara tiba-tiba seperti ribut dalam otak.
kanak-kanak tersebut biasanya menjadi tidak sedar, lengan dan kakinya kejang sambil menggeletar, mulut berbuih, mata hitam akan memandang ke atas dan pada tahap tertentu boleh termuntah, terkencing atau terbuang air besar.

apakah demam tarik?
ia bermaksud tarik yang selalunya berpunca daripada sebarang penyakit bersama demam yang tinggi seperti batuk, selsema, jangkitan bahagian atas salur pernafasan, jangkitan telinga (penyakit otitis media) atau jangkitan kuman virus. pada amnya, jangkitan ini adalah ringan dan tidak berpunca daripada jangkitan selaput otak (meningitis). 
sawan ini bukan penyakit keturunan. namun ada segelintir mengalami sawan tarik kerana mempunyai anggota keluarga yang mengalami sawan tarik.
biasanya berlaku pada kanak-kanak yang berumur 6bulan hingga 6tahun. demam tarik adalah satu penyakit yang biasa terjadi pada 4 daripada setiap 100 kanak-kanak.

bolehkah demam tarik menyebabkan kerosakan otak yang kekal atau penyakit sawan?
walaupun demam tarik merupakan satu pengalaman yang menakutkan bagi ibu bapa, tetapi hanya serangan tarik yang berlaku slama 30minit atau lebih mungkin menyebabkan kerosakan otak. 
jarang-jarang demam tarik akan bertukar atau berlanjutan kepada penyakit sawan.
kebanyakan kanak-kanak yang pernah diserang demam tarik tidak akan tarik selepas menjangkau usia 7tahun.

bolehkah demam tarik berulang?
3 daripada 10 orang kanak-kanak yang pernah diserang demam tarik akan mendapat tarik jika mereka demam lagi.
walaupun begitu, risiko atau kemungkinan mereka diserang demam tarik akan berkurangan selepas umur 4tahun.

apakah yang harus dilakukan jika anak diserang demam tarik?

1. jangan panik! baringkan secara mengiring dengan muka menghadap kebawah supaya dia tidak tersedak bila muntah nanti. (muntah boleh berlaku semasa tarik)
ada juga pendapat mengatakan langkah pertama segera masuk bilik air dan basahkan seluruh badannya untuk menurunkan suhu badan yang mendadak tinggi dan apabila anak kecil sudah sedar dari kejang dan mula menangis, segera lap badannya (berdoalah ketika ini pada tuhan supaya anak anda selamat).

2. baringkan diatas permukaan yang tidak boleh mencederakan dirinya, sebagai contoh di atas katil atau permaidani.

3. jangan tinggalkan seorang diri.

4. jangan masukkan apa-apa benda ke dalam mulutnya secara paksa kerana ini akan mencederakan dia.

5. jangan cubit, menampar atau menggoncang dia, kerana dengan berbuat demikian tidak akan memberhentikan serangan tarik itu. usah cuba mengawal pergerakan anak sewaktu dia sawan kerana ini boleh mencederakan otot atau tulangnya.

6. beri anak minum ubat secara konsisten seperti sirap paracetamol mengikut sukatan yang betul. 
boleh juga memberi satu suppository voren 12.5mg (anak kecil) atau 25 mg (3 tahun ke atas) ke dalam punggung untuk mengurangkan demam mengikut nasihat doktor. 

7. juga pakaikan pakaian yang nipis dan awasi selalu anak jika ia tidur di dalam buaian (udara panas terperap ketika di dalamnya).

8. pastikan bilik tidak terlalu panas dan sentiasa monitor suhu badan anak walaupun anda terpaksa berjaga malam!  Pada masa yang sama cuba lihat jam pukul berapa ia berlaku dan pukul berapa ia tamat. Ini adalah kerana doktor perlu tahu berapa lama sawan itu berlaku

9. jika tarik tidak berhenti selepas 5minit atau bibirnya menjadi biru atau apabila anak sudah kembali sedar, bawa anak ke unit kecemasan hospital paling dekat.

info : http://pama.karangkraf.com/pakar/kenali-demam-sawan-1.10900
info : tarik dan demam, hospital taiping

kejadian serangan demam panas pada harits, mei 2014

serangan tarik pertama berlaku di taska. pengasuh telefon aku semasa di ofis.

bergegas pergi ke taska, dengan ditemani isteri kepada owner taska kami terus ke jabatan kecemasan.

serangan kedua semasa harits diberi rawatan. di hadapan doktor bertugas. serangan masih sama. kurang 2minit. 

jururawat mintak aku basahkan badan harits dengan tuala dan kain yang dibekalkan.

harits langsung tak sedarkan diri. banyak tidur disebabkan badan letih akibat suhu badan yang tinggi melampau..

anggota badan dicucuk merata untuk diambil darah. darah susah nak keluar pula. tahan je lah hati ni tengok merata kaki tangan harits dicucuk. untuk diambil sampel darah sekiranya terdapat jangkitan kuman.

turut diberi bantuan oksigen.. sebab kuku tangan dan dibir dah kelihatan kebiru-biruan. susahnya hati mami masa tu hanya allah swt saja yang tau.

lebih 3jam di monitor di jabatan kecemasan. serangan ketiga terjadi.  

masa ni mak dari kuala kangsar dah sampai. dapat perlepasan sekejap untuk menengok harits. kalau tak memang ibu atau bapa sahaja dibenarkan masuk. tapi disebabkan mak bekas kakitangan hospital, maka diberi kelonggaran. 
 
doktor mengesahkan untuk harits masuk wad.
risau sekiranya serangan tarik bagi effect pada selaput otaknya.

pasrah. nak anak sihat.. turutkan saja lah untuk bermalam sekali dengan si harits dalam wad.

diberi minum susu. tapi harits banyak menolak. dia langsung tak mahu. dalam perjalanan ke wad dengan menaiki ambulans, harits haus. sebotol susu pun tak cukup.

serangan tarik ke empat sekali lagi semasa doktor wad sedang periksa keadaan terkini harits sebelum dapat katil.

harits ditempatkan dalam wad kanak-kanak di bahagian pemantauan rapi. di monitor setiap jam suhu badannya.

hari pertama
hari kedua
balik dari surau untuk solat subuh.. sejuk ati nengok anak tertidur sendiri begini.

hari ketiga
hari keempat

kejadian tarik berulang 4 kali dalam masa satu hari. pemantauan di wad yang kerap. alhamdulillah. harits makin sembuh.

langsung tak demam. ubat diberi mengikut masa.

masuk ubat melalui drip. alahai nak.. menjerit jugak lah. ubat disuntik mengikut saluran darah. kita yang tua ni pun terasa perit. apatah lagi si kecil ni.

mami kuatkan diri jugaklah. bak kata enchek su-a-mey.. dia pun tak sekuat aku. 

kalau diikutkan kata pakar. harits demam dan suhunya naik mendadak disebabkan tonsilnya membengkak.

bila membengkak dia sukar nak menelan. minum pun jarang. maka badan kurang air. 

kalau boleh jangan kerapkan harits makan nasi. bubur atau nasi lembik adalah digalakkan untuk mengurangkan beban tonsilnya. bagi makanan lembut yang senang ditelan.

patutnya hari ketiga dah boleh discaj. tapi pakar sendiri request untuk aku stay lagi satu malam bagi pemantauan akhir. aku turutkan aje.

tapi yang tak bestnya, ada jururawat2 yang pandang kami ni macam menambah beban kerja mereka.

pada mereka kalau kami balik, kuranglah pesakit yang perlu dijaga.

aku tak kisah kalau aku tak dengar rungutan tu. tapi ni dah terdengar. siap dapat tengok reaksi muka tu lagi.

ya allah ya tuhanku..tahan jelah hati ni nak marah. macam nak menangis pun ada. padahal aku ni pun warga hospital. bekerja satu bumbung kot.

aku cuma terfikir, kalau lah terjadi pada diri mereka tu sendiri. anak tak sihat..doktor mintak aku sendiri untuk tambah satu malam untuk stay. demi kesihatan anak.. tak payah nak fikir panjang lah. aku setuju terus. nama pun demi anak. demi nak tengok anak tu sihat..

memang terasa hati sungguh lah dengan jururawat tu. 

mulalah berdoa macam2. (^o^")

Monday, November 17, 2014

sawan tarik

as.salam

makan masa yang lama juga untuk aku menyambung semula kisah yang berlaku ke atas harits malam entri yang lepas

maaf. atas kesibukan hal duniawi (^o^"). dan keadaan kesihatan hannah dan harits yang kurang memberansangkan sejak akhir-akhir ni.

malam kenduri berakhir lewat. kami pulang ke rumah kakak enchek su-a-mey jam 12mlm. anak2 memang dah tertidur dalam perjalanan pulang. 

jam 3pg kejadian pertama, aku dan enchek su-a-mey terjaga.

terkejut.

harits menjerit kuat.

kami hanya beranggapan mungkin kah ia hanya satu 'gangguan'. faham kan maksudnya.

matanya tegak memandang ke atas. sementara mulutnya seakan mengeluarkan bunyi mmmcik...mmmcik...

enchek su-a-mey membacakan ayat qursi di telinga harits.

aku hanya mampu menangis.

kali pertama melihat anak jadi begini. hanya allah swt saja yang tau perasaan aku ketika itu.

tak mampu melihat anak jadi begitu. aku angkat harits ke pangkuan.

aku peluk. aku selawat syifa' di ubun2 kepalanya.

kejadian berlaku kurang 2 min.

kemudian harits terus tertidur. lemah longlai badannya. 

kami berdua tidur pun tak nyenyak lepas tu. berjaga-jaga takut ianya berulang.

tak pernah berdepan dengan kejadian sebegini. kami langsung kosong..




sesungguh nya itulah serangan pertama harits terkena sawan tarik.

ya allah ya tuhanku.. beratnya lah dugaan buat harits. 

ya allah
jauhkanlah dia dari kesakitan
wahai tuhan sekalian manusia
sembuhkanlah dia, dan

engkaulah maha penyembuh
yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu
kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya
(riwayat muslim)

dan bila dia dah punya sejarah sawan tarik ni. kemungkinan ianya akan berulang. begitulah yang biasa kami dengar dan kami baca.

dan kejadian2 ini akan aku ceritakan nanti.

Thursday, October 23, 2014

kenduri kawen

as.salam

dah lama sangat aku berehat dari berblogging kan. banyak kenduri kawen yang dihadiri yang mau aku catatkan dalam blog ni.

ni salah satu kenduri yang aku hadir. sepupu sebelah enchek su-a-mey di kajang. majlis menyambut menantu. aktiviti santai.. dengan live band. lagu pun tak tertumpu sangat lagu-lagu orang kawen. yang muda suka lah. dapat yang berumur.. lagu apakah ini? termangu-mangu mendengar. tapi aku layan. haha

penganten pun hanya memakai dress + suit bagi si lelaki. suka pulak aku nengok.  masa dorang masuk pun diiringi bidadari dan bidadara kecil sambil membawa gelas yang berisi lilin. idea yang betul2 moden. (^o^) suke tau!

lampu-lampu di pasang seakan-akan mini fun-fair. seriesli hannah betul-betul enjoy. first time kot datang kenduri kawen malam2.

makanan..memang best. kambing golek sekoq! hah.. berulang lah aku ke meja buffet. kesukaan tu. 

desert pun tak boleh tahan. dengan ada candy bar..choc fountain dengan macam2 pilihan buah-buahan. dap2 =)


antara gambar2 yang senonoh dalam simpanan. yang lain tak lepas penapisan. huhu



kesian hannah..letih sungguh dia malam tu. tak dan menunggu majlis berakhir dia dah lelap.


begitu juga dengan si harits. satu kejadian malang yang berlaku kepadanya. pengajaran buat kami sekeluarga.

(^o^;) next entry ye..

Wednesday, October 1, 2014

demam campak double set

as.salam

hantar anak ke pusat asuhan kanak-kanak ni memang mudah sangat diorang terdedah dengan penyakit berjangkit-jangkit ni. 

kalau nak dibandingkan dengan keadaan hannah dulu dihantar ke rumah pengasuh.. memang jauh berbeza sangat lah. jarang sangat dia tak sihat. dan jarang sangat aku amik cuti untuk jaga anak tak sihat (^o^")

dua tahun kebelakangan ni, cuti rehat tahunan campur dengan cuti bawa ke tahun depan memang kejap je mengalir macam air. sekejapan dah tinggal satu angka. 

bila anak-anak jatuh sakit, memang berat hati sangat nak hantar diorang ke taska. bimbang kalau pengasuh terlepas pandang =(

mulanya..kisah demam campak merebak menyerang anak-anak rakan sekerja. memang menunggu giliran je aku dan enchek su-a-mey berdepan dengan keadaan ni.

tibalah dapat panggilan dari taska.. yang mengatakan hannah dah terkena. nah.. mula berfikir.. kemana nak bawak hannah ni dikuaratinkan sebabnya taska memang akan menolak punya.

kali pertama ke klinik az-zahra
mintak excuse dengan bos, bawa hannah ke klinik az-zahra area kamunting, taiping. dapat feedback dari owner taska. kebanyakan mak bapak budak bawa anak-anak ke sini. sebab ubatnya.. alhamdulillah lah setakat budak-budak yang terkena demam campak ni cepat je kering bintik-bintik merah di badannya.

doktor turut bagi mc buat mami sebab mami minta. nak jaga hannah di rumah je. berat hati pulak nak minta mak atau mak mertua di kampung jagakan. dan doktor sangat-sangat memahami.

mami dapat mc dua hari. selama dua hari dikuaratin kat di rumah.. ubat juga diberi mengikut masa yang ditetapkan. memang berdoa sangat lah.. jangan lah berjangkit pula pada si teruna kecik tu. 

alhamdulillah, ubat makan memang bagi keluar habis bintik-bintik merah. ada ubat gatal makan, losyen sapu. memang cepat kering.

habis cuti, masuk balik kerja. rupanya.. giliran si harits pula (^o^")


 

bersyukur juga dua beradik ni tak kena serentak. kalau serentak lemau jugak badan ni sebab kalau sakit dorang berdua lebih suka memerap. kalau sorang dengan ayah, sorang dengan mami takpe lah jugak. tapinya.. nak ngan mami saja. 

Tuesday, September 16, 2014

pemulihan cara kerja dan fisioterapi


as.salam

alhamdulillah, dapat jugak satu hari satu entri. masih berkesempatan untuk bercerita tentang harits. semua cerita ni sebenarnya berlaku pada tahun lepas. kerana itulah blog ini menjadi sunyi sepi. kesian.. terbiar.

kali ini nak bercerita tentang temujanji harits ke unit pemulihan cara kerja dan unit fisioterapi.

untuk kelas yang pertama, diorang cuma lakukan latihan ringkas dan ringan untuk harits. untuk mengetahui setakat mana kemampuan dia.

harits banyak enjoy. maklumlah dikelilingi dengan pelajar praktikal, kakak2 yang muda belia kan. mestilah enjoy =)

kami jugak diajar latihan praktikal yang boleh buat dirumah dengan menggunakan benda-benda yang ada di sekeliling.

bagus tau kelas-kelas yang harits pergi ni. pengajar2 pun banyak menggalakkan harits untuk berusaha sendiri. menangis lah anak jantan aku tu meraung tunjuk perangai taknak buat menda yang disuruh. tak sampai hati tengok memang lah, tapi sebagai ibu mau nengok anak sihat.. tahan je lah hati ni. mami memang kena kuat, bak kate enchek su-a-mey.

aku pun senang dengan pengajar2 ni. tapi kalau pada hari temujanji harits tidak sihat, aku dinasihati untuk tak membawa dia walaupun harits sedikit batuk or selsema. kalau demam lagilah dilarang sama sekali. sebab utama diorang takut harits takde mud untuk melakukan sebarang aktiviti.

 
macam kita jugaklah, kalau tak sihat.. hangin satu badan kalau disuruh buat kerja kan.

pada usia harits cukup 1tahun 2bulan harits baru berkemampuan untuk menyulur. alhamdulillah memang nampak perubahan. kalau sebelum ni harits banyak meniarap, terlentang. kalau dia nak ambil sumthin yang jauh dari dia, dia akan berguling.


banyak aktiviti yang boleh dibuat ketika di rumah. macam setengah pendapat melarang untuk letakkan bayi dalam walker kan. hannah dulu memang kami masukkan dalam walker. begitu juga dengan harits. untuk biasakan harits gunakan tapak kakinya.

masa ni, harits langsung taknak duduk. kena pegang sungguh2 sebab dia banyak melurutkan badannya.




bermula november 2013 sehingga sekarang harits masih berulang ke unit pemulihan cara kerja dan fisioterapi sehingga dia boleh berjalan satu hari nanti. in shaa allah.

Monday, September 15, 2014

pemeriksaan pendengaran


as.salam

berikutan dengan keadaan harits yang telah dirujukkan ke klinik pakar kanak-kanak, hospital taiping. makanya harits perlu menjalani pemeriksaan keseluruhan pada dirinya. apa yang menyebabkan dia lewat perkembangan. 

untuk ujian penglihatan, pihak klinik opto akan terus hantar laporan ke klinik. kami hanya akan tau keputusannya ketika temujanji dengan pakar nanti. walaupun secara kasarnya, kami dah tau tentang keadaan matanya.

kali ni harits kena buat ujian pendengaran pula. 

perkara pertama, kami diberi info ringkas mengenai pemeriksaan ni. harits perlu diberi ubat tidur. sebab semasa ujian, keputusan yang elok bergantung pada keadaan pesakit yang tenang. memang kami bangunkan dia seawal 4pagi untuk memastikan jam 9pagi ketika pemeriksaan dia akan mengantuk dan tidur. usaha ni mengelakkan dia daripada diberi ubat tido sebenarnya =)

dan sekali lagi cabaran bermula. tempat baru kan.. memang untung lah kalau dia dapat tido. langsung tak tido.
 

dah dibagi susu pun. matanya tetap buntang. sabo je lah. 

walaupun dalam keadaan bilik yang sunyi sepi seakan bilik kedap bunyi. macam studio jamming pulak (^o^") sejuk, nyaman.. masih tak dapat melawan matanya. 

tiada usaha lagi.. redha je lah menyerah harits pada pembantu kesihatan tu untuk diberi ubat tido. bukan sekali dibagi ubat tido. sampai 2kali jugak lah dibagi telan. hai lah anak.. tahan sungguh matamu.

setelah setengah jam berlalu..


dengan ayah2 pun leboh..

memang kuat lah ubat tido ni. tapi kesannya nanti.. mendapat lah. harits akan muntah mongek. kesan ubat katanya.

alhamdulillah, ujian gelombang kedua-dua belah telinganya keputusannya sangat bagus. sebelum ujian pun telah ditanya samada harits menoleh atau tidak sekiranya namanya dipanggil. kami jawab, memang dia tahu kita panggil nama dia. 

untuk pemeriksaan ini harits tak perlu diulang temujanji dah. discaj!

Sunday, September 14, 2014

pemeriksaan Harits peringkat awal

as.salam

alhamdulillah, berkesempatan untuk mencoret kisah harits sekali lagi. pemeriksaan harits pada bulan ke-10. aku ditanya kebimbangan mengenai perkembangan harits yang tidak mengikut carta tumbesaran. of coz la aku bagitau aku bimbang. tapi ayat memujuk hati jugaklah yang aku dengar.


"kadang-kadang perkembangan bayi ni berbeza puan. puan pun tak boleh nak bandingkan anak pertama dengan anak kedua. anak perempuan dengan anak lelaki. semua akan berbeza"

ok, faham. 

pada usia harits 10bulan. harits masih belum boleh duduk, berdiri. kalau boleh pun.. semuanya fully support. maksudnya aku sendiri yang akan duduk kan atau diri kan dia. kemudian dia akan tergoyang-goyang umpama pinggang nya langsung tak berfungsi. senang cakap tulang belakang nya langsung tak bekerjasama untuk menampung beban berat badannya. 

pada pemeriksaan nya juga kali ni aku informkan pada jururawat bertugas mengenai mata kanan nye sedikit juling (squint) bila aku tunjukkan sesuatu pada harits. dia akan tengok. tapi untuk bola matanya sebelah kanan mengambil masa sedikit untuk melihat objek tu dengan betul. tapi bila dia bagi tumpuan lama.. mata dia memang takkan nampak apa-apa masalah. yang ni aku rasa doktor masa pemeriksaan di klinik opto tu cakap mata harits kategori mata malas (lazy eye)

maaf, aku sedikit lompat cerita. bila aku bercerita tentang mata harits, klinik kkia terus dapatkan tarikh temujanji dengan klinik opto di klinik pakar hospital taiping. untuk pemeriksaan awal kata mereka. 

setiap kali aku dapat tau tentang sesuatu yang berkaitan dengan harits. aku dan enchek su-a-mey banyak mencari info. mata malas ni boleh dirawat. tapi dalam usia harits yang masih dikategorikan sebagai bayi masa tu mungkin sedikit sukar.

sebelum berjumpa doktor, kedua mata harits dititik kan sejenis ubat untuk membesarkan anak mata. kalau bayi atau kanak2 digalakkan tidur supaya ubat nak berkesan dengan cepat.

hm..tau lah harits. kalau dapat tempat baru. memang tak tidur lah. sibuk menengok orang keliling. 


doktor ada memaklumkan yang harits juga mungkin sedikit rabun. tapi dia tak boleh nak pastikan betul-betul lagi masa tu. ini disebabkan keadaan harits yang dikategorikan sebagai global delay development. sesetengah bayi yang mana dia lewat perkembangan akan bersangkut paut dengan anggota tubuh yang lain jugak. contohnya mata harits mungkin belum betul berkembang. yang mana otot mata masih belum berfungsi sepenuhnya. 

kami dapat tarikh temujanji yang lain. doktor nak tengok mata harits masa dia berumur 2tahun nanti.

bermula dari pemeriksaan mata, harits terus dirujuk di bawah klinik pakar kanak-kanak di hospital taiping pulak.

kami kena buat pemeriksaan pada harits dari segi penglihatan, pendengaran, kemampuan fisio, cara kerja dan pertuturan.

kad temujanji untuk harits (^o^")

Saturday, September 13, 2014

sedikit berita

as.salam

kehadapan blog yang disayangi. maaf kerana sudah lama terabai. banyak yang nak dibagitau ni. terlalu banyak kisah yang mau diceritakan, yang hendak dikongsikan dan pengajaran yang mau kamu tau.

seperti entri ringkas bergambar yang telah di-postkan sebelum ini, mungkin ada yang rajin telah minta pertolongan dari pakcik google tentang maksudnya, kan? atau mungkin ada di antara kalangan kamu yang sudah tau maksudnya.

harits telah di-diagnosis kan sebagai anak global delay development. Dari semua segi dia membesar tidak mengikut graf tumbesaran yang sepatutnya. pada awal pertemuan dengan pakar kanak-kanak. kami telah diberi pendedahan ringkas mengenai cerebral palsy. harits menunjukkan simptom-simptom awal penyakit itu. 

aku akan ceritakan semua detik-detik perkembangan harits nanti. in shaa allah, jika ada kesempatan aku akan mula ber-blog. moga blog ini akan dapat membantu sesiapa yang berhadapan dengan situasi anak yang sama. seperti yang aku lakukan selepas mendapat tau tentang harrits dan cerebral palsy ini, aku banyak mencari info.

dan blog Kasihku buat Nabila ini banyak membantu aku. kami pernah sekali dua bersembang dalam laman fesbuk dulu. tapi selepas akaun fesbuk aku ditutup, langsung aku terputus hubungan dengan beliau (^O^")

baiklah, ini saja sedikit berita buat kamu semua. 

semoga sahabat semua sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang allah swt.