CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, May 23, 2012

pst.. pst..

as.salam

serasa malunya diri ini untuk menaip entri terkini =) kali terakhir membuat entri tentang kami bakal menambah bilangan ahli keluarga kan. alhamdulillah sudah 14 minggu usianya. aku mengalami alahan yang maha hebat. sama hebat semasa awal-awal mengandungkan si hannah dulu.

disebabkan terlalu lama menyepikan diri, aku mahu berikan berita gembira buat peneka yang berjaya meneka umur hannah ketika beliau mulakan langkah pertama.. kedua.. dan ketiga seperti di entri ini


hari yang tunggu adalah pada tarikh 22hb April 2012 lepas. genap umur hannah 1 tahun 15 hari. memang tiada yang tepat. tapi aku tetap mahu bagi hadiah. dah janji kan.

dah tengok gambar?

sudah?

makanya.. Iera Daniera silalah mengemail kan alamat anda buat mummy hannah ni. nak mengepos hadiah kekdahnya =) di email afidahhasanbasri[@]yahoo.com

insyallah rezeki lebih tahun depan, mummy hannah buat contest lagi ye.

tahniah buat pemenang. bagi yang tidak, terima kasih sangat-sangat sebab mencuba.