CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 28, 2010

malunye nak taip entri lame =p

slm
lame sungguh aku amik mase untuk entri balik kenduri kawen ngan berpoya-poya di taman burung ari tu ye. huhu.. menguruskan keperluan di rumah banyak memakan masa senggang aku.. so, tak dapat nak kasik entri baru dalam masa yang terdekat.

kasik stori gi kenduri kawen dulu ye. well.. malam kenduri aku bersama adik + kakak enchek su-a-mey semua berkebaya. dalam erti kata lain "semua melawa". baju yang dipakai semua punya sejarah sendiri. baju aku of coz lah time baju nikah dulu kn. erk "dulu".. macam dah lame je ek =( baju adik enchek su-a-mey pulak baju kenduri time kakak enchek su-a-mey kawen dulu. daan.. baju kakak enchek su-a-mey adalah baju bersanding dia. hah.. semua bersejarah kan? cuma enchek su-a-mey + mak + ayah + abang ipar enchek su-a-mey sedikit sempoi malam tu.

malam tu aku malas nak ber-make up. maklumlah.. segan pula aku mau duduk lama-an di hadapan cermin disaksikan ibu enchek su-a-mey. aku kan pemalu orangnye. ececeh! jadi ramai yang menegur aku sedikit pucat. sudahnya pelbagai spekulasi pula yang timbol. kamu paham2 jugak kan isu ape yang timbul =(

wlaupun demikian (uih.. ayat!) aku pulang bukan dengan tangan kosong. ade acara penyampaian hadiah misteri dari penganten malam tu. huhu.. aku menang weh! aku dapat jolokan "gadis berketrampilan menarik" ish2 tak sangke! adik
enchek su-a-mey pengapit penganten pula dapat gelaran "gadis melayu terakhir". tiada pula gambar aku di atas stage masa mengambil hadiah. tiada bukti yang dapat ditempelkan di sini kerna enchek su-a-mey sedang sibuk makan kambing golek sampaikan terlupa mau menye-nap gambar =( biase die tuh!

pulang jam satu pagi kerna kami galak berkaraoke. oh.. aku tidak. blom punya semangat lagi mau menyanyi depan khalayak.

esoknya, aku dan enchek su-a-mey gerak ke taman burung seperti yang dirancang. naik komuter di hentian kajang. ramai hari tu. tak tau lah mereka2 sume ni ke mana. bersesak2 weh. ingatkan hari minggu tak ramai orang. dan yang paling touching.. aku tak merase nak naek koc merah jambu itew. =p




di taman burung pun ramai juge. orang2 kite kurang.. yang ramai pelancong2 je. saaangat luaaas (betapa aku nak bayangkan kat korang taman itu luas) bape kali entah kami benti. air mineral berbotol2 kami bawak. jangan beli di dalam taman.. sedikit mahal bagi aku yang kurang mampu ini =p kami siap2 beli di bawah, di depan masjid negara. tapi berat beg ah time nak mendaki bukit nak ke taman burung tu.


persekitaran bersih. memang dijaga oleh petugas2 sane lah. ade show. sangat terhibur tengok binatang yang di-trained kat situ. ade burung nuri nek beskal.. nek jeep.. pandai mengira. enjoy lah kami berdua kat sane. merase jugak lah kami sesat. maklumlah sangat luas kan.

kami bergambar sama burung2 yang ade kat sane. yuran dikenakan.. eh ape plak yuran. caj yang dikenakan adalah rm25 ringgit siap print + frame. kalau nak gune camera korang sendirik, cuma bayar rm18 je. ha.. yang ni aku mampu =) huhu! see.. burung antoo kat bahu aku tu. tu burung harry potter tau. ececeh.. harry potter pun tak penah tengok sampai abis.. beria je aku kabo kat korang eh. kami keluar taman jam satu tengahari.

terus menuju ke stesen keretapi kuala lumpur yang heritage tu. enchek su-a-mey merase jugak menaiki ketapi ekspres rakyat. kami di gerabak kedua terakhir. malas suda berjalan mau mencari kantin / cafe mereka. tido - terjage - tido lagi - terjage balik je.. sepanjang perjalanan. selamat sampai di stesen kuala kangsar jam lapan malam..



terus ke pekan kuale untuk menyaksikan panjut sempena keputeraan sultan. itulah laporan untuk entri yang sebelom ni. ari pekerja esok..insyallah kami akan ke parit buntar, untuk menghadiri kenduri kawen kawan kepada enchek su-a-mey.

nota kaki : awk, kami ade hadiah spesel untuk kamo berdua =)


No comments :

Post a Comment

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!