CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 22, 2011

sindrom "gelabah sempena raye umah ade 5 kudap2 je"

as.salam

seminggu je lagi nak beraye. alahai..makcik sorang nih telah diserang sindrom "gelabah sempena raye umah ade 5 kudap je"

tahun ni aku berkesempatan buat 2jenis kuih.


tat nenas
resipi cobaan yang baru mak enchek su-a-mey dapat dari kawannya. macam tahun lepas kami buat resipi turun temurun. adunan tepung sedikit keras. kali ni buat. lembut je. bila gigit.. aduhai, berderai2 rase dalam mulut. tak kire yang jatuh bertabur ke karpet lagi tu =p

kulit popia bersalut nestum+ horlicks
hah.. name kuih tak nak kalah. tetap nak panjang-panjang kan. senang je buat nih. gulung-gulung kan kulit popia. pastu goreng. samekan nisbah antara nestum dan horlicks. contoh, horlicks satu cawan.. nestum (sudah kisar halus) pun satu cawan. kalau nak manis.. tambahkan sikit gula aising. tapi kalau suke nestum lebih.. lebihkan nestum. macam tu jugaklah kalau sukekan horlicks lebih =)

biskut yang lain, tempah ngan rakan sekerja je.


kuih sepit
aceli tak minat yang lipat 3 segi. lebih suka jika digulung. rase macam kurang feel je makan yang macam ni. harge pasaran
100kpg = rm17

biskut forero
sedaap! raye pun belom.. biskut dah tinggal setengah balang. abih tu camne makcik ni tak gelabah. buka pose ngadap.. time sahur pun ngadap lagi. sedikit mahal
50bj = rm25

biskut semperit
sudah dimoden kan =) sedap. cair di mulut tidak di tangan. bila dikunyah rasa coklat sedikit. murah.
50bj = rm17

hah.. 5 jenis je buat masa sekarang. rumah korang banyak kudap2 tak?

No comments :

Post a Comment

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!