CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 26, 2011

hannah, 5 bulan

as.salam

mommy dah terlewat hampir 2 minggu nak menceritakan tentang hannah. anak dara dah menginjak ke 5 bulan. alhamdulillah, dapat vaksin bulan ke-5, hannah tak demam. balik je KKIA terus minta pengasuh bagi ubat demam untuk hannah.

berat hannah dah menjangkau 6.3kg. ringan lagi. ayah masih gagah dukung hannah kalau mommy sibuk bershopping =)

hannah dan pandai.. 


- kalau nak mengisi perut, dia menyelak sendiri baju mommy mencari punca kekenyangan perut =) kalau dulu tenang je nak bf hannah kat khalayak umum. sekarang, langsung tak tenang. nak kena jenguk-jenguk juga tangan si hannah ni. yang sepatut cover.. habis nampak. kadang-kadang saja mommy kepit tangan hannah. tak dok diam eh.

- pusing 45darjah semasa meniarap. dia masih meniarap. kadang tidur ngan menyusu pun nak meniarap juga. lantak! punggung memang terangkat-angkat lah juga konon macam nak ke depan. tapi.. sedey. 

- rasa keseorangan. kalau dia tengok takde sape keliling dia. dah menjerit minta perhatian. mommy balik keja nak masak dinner langsung tak berkesempatan. memang kena tunggu ayah balik, baru dapat masak. selalu makan lambat dah sekarang ni.

- pilih rancangan tv. betul.. mommy tak tipu. hannah suka rancangan *peach machine di channel babytv.com tu je. kalau bagi tengok rancangan lain. dia bo layan. lebih senang melayan kipas siling yang berpusing sambil senyum-senyum.

- marah-marah kalau dia tak suka sesuatu. contoh kalau mommy dah bawa hannah jalan-jalan keluar rumah, then mommy masuk je dalam rumah. mengamuk tetiba. tanjat mommy. menjerit macam stok kena dera tu. langkah je keluar, senyap automatik. drama pwinces!

mommy minta maaf eh hannah, sekarang mommy dah campur susu formula ngan susu mommy. stok jadi tak cukup masa mommy demam raya hari tu. habis pakai semua stok yang ada sebab risau hannah berjangkit dengan mommy. kami bagi hannah susu dulac. dah hampir sebulan pakai, macam takde masalah. 

sekarang hannah dah tak dihantar ke taska dah. lepas raya aritu terus cari pengasuh. ade kes tak best kat taska tu. bila ingat-ingat semula, selama 2 bulan ape lah yang terjadi kat hannah selama mommy hantar ke situ. mommy macam nak menangis je. hannah dah tentu tak tau nak mengadu. (^o^")

No comments :

Post a Comment

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!