CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 4, 2011

hannah turun kl

as.salam

minggu lalu kami sekeluarga turun ke kajang dan kuala lumpur. menghadiri majlis perkahwinan saudara sebelah enchek su-a-mey di siang hari. kemudian menziarah opah. malam pula majlis rumah terbuka anjuran MPKJ. seharian yang padat dengan aktiviti. kami yang tua ni pun penat duduk dalam kereta. apatah lagi hannah. tapi alhamdulilah, dia tak banyak ragam. senang bawa hannah berjalan jauh lagi lepas ni.


hannah bersama dua pupunya. lahir lebih kurang sebulan lepas kelahiran hannah

semua dua pupu yang lahir sama tahun hannah dah jumpe. nanti mommy upload gambo ye.

pelaminnya sangat sweet
 kami tak sempat pun berjumpa pengantin. sebab nak berkejar ke jalan ipoh pula. snap gambar pelamin je lah. enchek su-a-mey tak habis-habis dok perli time aku mintak permision nak masuk umah pengantin. 
"sayang dah macam geng makcik-makcik eh, gi kenduri kawen mesti nak tengok pelamin lah, tengok bilik penganten lah, hantaran lah.."
sentap!
hannah teruja melihat key-ell..yaw!
kami ke jalan ipoh, melawat opah yang uzur. opah masih sihat. matanya masih tajam mengenal orang. opah cuma makan vitamin je seharian sebab dia kurang makan nasi. makan nasi pun berulam dengan mempelam. itupun kalau ada mempelamnya. kegemarannya kuih goyang je. tu je lah yang selalu dia mintak kalau nak makan pun. moga opah sentiasa sihat. sebelum balik, opah semacam sedih. opah mintak maafkan semua kesalahan dia, halalkan makan minum dia. 

runtuh dinding hati mendengarnya (^o^") 

hannah bersama onyang



mintak enchek su-a-mey berhenti kan kereta semata-mata nak gambar hannah berlatar belakangkan klcc. teruja sangat pun aku nih. perjalanan jauh hannah yang kedua selepas cameron highland sebelum ramadhan lepas

  
klcc di belakang hannah
kami bawa balik macam-macam pemberian makteh dan makwe untuk hannah. terima kasih sangat-sangat. =)


No comments :

Post a Comment

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!