CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 10, 2012

satu bulan usianya


as.salam

alhamdulillah, kami baru pulang dari klinik. pemeriksaan harits cukup sebulan usianya. sehingga ke hari ni, 3 kali harits mengamuk kaw-kaw. sakit perut gamaknye.. bile mummy makan durian + kuah durian. (^o^") mummy cannot tahan lah bile digoda. yang first time harits mengamuk masa 6hb aritu. kate dek bidan, baby nak meraikan hari dia cukup sebulan. kebetulan hari tu memang khamis malam jumaat. nunjuk perangai lah dia. katanyelah. percaya tidak.. tidak percaya pun tidak. dengar sahaje =)

sebenarnya harits pernah kena ruam lampin. merah2 bon-bon nye. macam melecur. sejak lahir sampai hari kejadian kami memang pakai baby wipes je. langsung tak pakai air. ye.. saya mummy yang pemalas. bad mummy, huh?

ops.. ni bukan harits =) sumber dr google
mungkin sebab kulit baby kan lembut+mulus. so, dia tak tahan ngan losyen yang ada pada baby wipes tu. naik bukan sikit2. mengejut terus. sampai jadi melepuh. bila dah kena, tiap kali tukau lampin, mengeliat2 lah dia. pedih barangkali. kesian anak mummy.

bila dah jadi macam tu, setiap kali basuh bon-bon harits, aku pakai cotton puffs / facial cotton yang dibasahkan dengan air. ade jugak dalam 2 kali aku bawak harits ke sinki. tapi macam kesian lak, tiap kali terkena air paip. menjerit bukan kepalang. sejuk bebeno kot. tak tahan dia. walaupun time tu dah tengahari. bukan awal pagi. ate.. cane nak pergi tempat sejuk2 ni harits. air paip pun dah failed. haih!

solution mudah, pakai spray jak bila nak tukar pampers nye. pas basuh sebersih2nya dengan lemah lembut dan kasih sayang, sapu kan sedikit di bon-bon nye "drapolene cream" nih.

sumber dr google
dalam 2 hari pakai, alhamdulillah. segar bugar bon-bon anakku. nappy rash tiada lagi. berkesan sungguh lah.

berat harits dah bertambah sekilo. jadilah.. 3.6kg time mummy bawak kamu keluar wad dulu. halus je mummy tengok kamu nak ooi. la ni dah nampak lah kaki + tanganmu makin membesar diameternye. cucuk hep b tadi, memang drama sangat. menangis sampai satu kkia dengar. 

pengalaman menyusukan si hannah dengan si harits pada aku ada beza la sikit. macam hannah, dia akan stop sendiri bila dah kenyang. lain pulak dengan harits. menyusu bagaikan tiada hari esok. sedar2 dah terbatuk2 tersedak disebabkan susu dah penuh dalam mulut and tak sempat nak telan. 

dalam sehari kadang beberapa kali jugaklah menukau bajumu. muaknye kalau dah kering berbau masam. tapi punyalah suka aku bau. nikmat cium tu lain macam.. haha..

No comments :

Post a Comment

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!