CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 15, 2013

sindrom xnak gi keja

as.salam

hannah dah berjaya di hantar ke taska untuk hari ke-dua. semalam aku hantar dia lambat sikit. tunggu dia bangun tidur dulu, pas mandikan dia dan harits. baru kami ke taska. 

bila sampai depan pintu taska. dia semacam xcited. tengok bebudak ramai kot. sampaikan masuk taska tu pakai selipar sebelah. aku pun tak perasan. time nak duduk baru tertengok. dia tersengih2. budak2 lain datang dekat ngan aku. aceli dorang lebih berminat untuk tengok harits. dorang dok menarik stokin lah, sarung tangan lah. sebijik perangai hannah. hannah plak macam nak lindung adiknya dari diapa2kan.

siapa yang dia tengok lain macam je, dia akan tolak budak tu jauh dari kami. nampak macam kasar, tapi dia cuma letak tangan di dada budak2 tu je. aku pulak yang lebih2 dok menjerit2 ke dia. 

elok je aku tengok dia main2 ngan budak2 tu. tapi ada sorang budak lelaki nih ganas pulak cara mainnya. nak je aku marah ke budak tu. haish! geram! tapi aku kuatkan hati. bukan aku tak tau cara budak2 main, paham jugak aku ni. so.. biarkan selagi tak bahayakan si hannah dan untuk masa hadapan si harits pulak. 

tiga pengasuh untuk 15orang budak. pada pendapat aku dah maksima sangat tu. pengasuh pulak muda2. 

tabahkan hati

tabahkan hati

tabahkan hati

dalam dua jam jugak aku duduk kat situ sementara hannah nak biasakan diri dengan pengasuh, budak2 dan keadaan kat situ.

bila aku keluar nak amik beg baju, dia ada di tepi pintu. bila aku datang balik nak bagi beg.. tengok dia dah seronok main. so, aku terus balik dengan harits. dalam perjalanan balik ke rumah tu. macam2 yang aku pikir.

doa kuat2 moga hannah ok kat sana. masa aku balik tu aceli memang time tido die. tak tau lah macamana pengasuh2 baru tu handle anak aku. haih!

balik rumah, nak buat kerja rumah sikit. harits pulak mengamuk2. taknak menyusu pulak. mungkin aku dah kacau time tidur dia.

dalam 3jam jugaklah dia menangis, sekejap berhenti, menangis balik. macam tau2 je yang kakaknya tiada. agaknya nak kan cepat pagi tu aku ala kadar je tuam perutnya. masuk angin lah kot. entah. macam2 kemungkinan.

sekarang ni aku gigih untuk menge-pam. sebab segala yang aku order dah sampai minggu lepas. cuba untuk konsisten dengan jadual makannya dan menge-pam nya. harap hasilnya lumayan =) inshaallah


aku start makan suma ni hari jumaat lepas. kalau nak buat testimoni pun rasanya macam awal sangat. bagi masa aku dalam sebulan. kalau hasilnya memuaskan akan aku kongsikan bersama ye. lagipun semua produk yang jual2 kat luar tu bukan semua serasi dengan badan kita kan. ada yang ok, ada yang tidak. tapi, aku cakap betul ni..

  

sejak aku makan produk2 ni. badan aku kurang letih berbanding sebelum ni. muka pun aku rasa macam tegang je. licin pun ye juga. tapi takdelah macam si adira tu (tetiba kan) so, tunggu je lah beberapa minggu. aku akan ceritakan kesannya.

apalah, si hannah buat kat taska sekarang ni kan. (^o^") pas aku hantar hannah semalam, enchek su-a-mey text. bleh plak kan aku reply ke dia

macam nak benti keja je. dok umah jaga anak2

haha.. aku dah terkena sindrom xnak gi keja daaa..

No comments :

Post a Comment

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!