CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, March 2, 2013

hari2 yang berlalu

as.salam

lama tak bersiaran. haaatcho! asik bersin je dari tadi. maklumlah banyak nau habuknya. jeles bile baca walopun kalangan korang jarang update blog tapi sebenarnya draft post berlambak bukan maen.. tunggu nak publish je. yang aku nih, draft pun tak dak. nampak sangat lah pemalasnye lahai.

februari lepas. bulan kelahiran enchek su-a-mey. tiada sambutan yang hebat. raikan bersama famili kecil kami saja. masih mengekalkan tempat yang sama seperti tahun lepas. mulanya nak ke sentosa villa. aku pernah buat post psal tempat nih. tapi hujan. maklumlah.. taiping kan tempat paling lembap di malaysia. haa.. tetiba nak refresh fakta geografi plak kan. cafe nye dalam taman, so di sebabkan kami ni membawa budak2 kecil, risaukan kesihatan mereka. makanya.. haruslah kami perlukan tempat yang berbumbung saja.

makan petang yang berat. alhamdulillah dengan rezeki allah. kesihatan yang dikurniakan dan rezeki yang diberikan kepada kami sekeluarga. enchek su-a-mey sudah pun 30-an. aku bakal menyusul bulan oktober nanti. in sha allah.. 


menjamu selera di ruang yang terbuka begini. memang tak senang duduk lah si hannah. dah elok duduk dalam baby chair, bangun balik tengok2 kolam tu. tapi tu lah.. kalau guest setakat datang makan jak kat sini.. tak boleh langsung guna kolam tu. kalau stay kat sane baru boleh. pandang je lah nak oi.


bila dok makan kat tempat2 macam resort nih. hati ni teringin beno nak pi bercuti. padahal baru je balik cuti beranak. tapi..tak kirelah.. tu lain. ni cuti nak rehat2. dapat yang tepi pantai. kan ke best! berangan je lah.


gambar terbaru si pau goreng (hannah) dan si pau kukus (harits) saya!

nota kaki : pn. nad, sy masih belom boleh review lagi tentang cik lis sy tu. sport rim tak tukar lagi lah. hahaha.. nak letak gambar terbaru rasenye macam belom cukup complete. acane tu.. =)

No comments :

Post a Comment

time kaseh lh sebab mengomen..tp jgn la mengondem yek!